#6-SPECIAL CHAPTER

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi hempasan ombak membuatkan suasana lebih tenang. Luqman menyuapkan aiskrim ke arah mulut Naila, Naila hanya membuka mulut sahaja.

"Sedap?" Soal Luqman, Naila hanya mengangguk sahaja.

"Terima kasih abang." Ucap Naila secara tiba-tiba.

"Terima kasih untuk apa, sayang?" Soal Luqman sambil mengerutkan dahinya.

"Terima kasih sebab sudi layan karenah sayang selama sayang mengandungkan anak kita. Tak kira siang atau malam abang tetap layan sayang. Thank you very much." Ucap Naila sebak sambil merangkul lengan tangan suaminya lalu, melentokkan kepalanya dibahu kiri Luqman.

Luqman tersenyum sambil merangkul bahu isterinya.

"Sama-sama sayang. Abang harap anak kita dalam perut tu sama perangai macam abang dia. Protective, comel, bijak." Kata Luqman sambil mengusap-gusap perut Naila yang kian membesar itu.

"Insyaallah. Haruslah ikut perangai macam abang dia." Kata Naila turut mengusap-gusap perutnya. Dia mendogakkan kepala memandang suaminya, Luqman turut memandang isterinya sebelum mereka berdua mengukirkan satu senyuman manis.

"Errr...Encik?" Tegur seseorang, Luqman memandang ke arah empunya suara.

"Ya, kenapa?"

"Isteri Encik kencing ke? Apasal basah kat pasir tu?" Katanya, Luqman mengerutkan dahinya sebelum memandang isterinya. Betullah kata orang itu, tempat isterinya sudah basah.

"Sayang?" Panggil Luqman.

"Ya?"

"Sayang tak rasa sakit ke kat perut?" Soal Luqman berhati-hati.

"Tak-arghhh! Abang sakit!" Jerit Naila sambil memegang perutnya. Laju sahaja Luqman mencempung tubuh kecil isterinya.

"Aduh, Ya Allah time mama dengan papa nak dating lah awak nak keluar ya sayang? Sabar ya sayang, kita kat pantai bukan kat bandar! Aduhai, mana aku nak cari hospital ni!!!" Jerit Luqman sambil mencempung tubuh kecil isterinya.

-THE END-

HEHEHE sorry kalau tak sweet and tak best ;) Amacam best Luqman comeback? Thank you very much kepada yang sudi membaca cerita ini daripada awal hingga akhir. Maaf atas kekurangan saya kerana saya baru aje menjelajah dunia oren🧡. Apapun, thanks support. Jumpa awak semua dibuku yang akan datang 💗.

Salam,
Nabila🪐

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro