BAB 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Haih...mana Luqman ni."Gumam perlahan Naila sambil bercekak pinggang. Matanya melilau-lilau mencari kelibat Luqman.

Namun hampa, tiada pun kelibat Luqman dia melihatnya. Selepas sahaja kejadian petang tadi berlaku Luqman dingin bersamanya.

Barangkali dia masih marah dengannya. Naila menghelakan nafas kecil sebelum kakinya mengatur ke bilik bawah. Pasti Luqman sedang melukis sekarang.

Naila menolak daun pintu bilik. Kosong. Tiada orang. Haih...mana Luqman ni!

Kaki Naila bergerak ke arah satu lukisan potret yang belum habis disiapnya. Naila memegang lukisan tersebut, tersenyum dia melihat tatkala dirinya menjadi pilihan untuk dilukis oleh Luqman.

Ditepi lukisan tersebut tertulis...

BIDADARI SYURGAKU NUR NAILA KAISARAH.

Mati seketika senyuman Naila apabila melihat ayat itu. Walaupun, ayat biasa tetapi bagi Naila dia berasa sebak apabila membaca ayat itu.

Klak!

"Sayang?"Naila menoleh kebelakang sambil matanya berkaca dan mahu menangis. Dia berlari anak ke arah Luqman sambil membawa potret tersebut.

Luqman kaku. Dia hanya membalas pelukan dan mengosok-gosok belakang Naila. Naila menghamburkan tangisannya di dalam pelukan Luqman.

"Honey , kenapa ni? Tiba-tiba nangis?"Soal Luqman lembut.

"Thank you."Ucap Naila bersama suara serak-seraknya. Luqman mengerutkan dahi.

"Thank you for?"Pelukan dileraikan.

"This!"Naila mempamerkan lukisan potret itu dihadapan Luqman. Luqman mengelap sisa air mata Naila.

"Kenapa nak say thank you?"

"Sebab abang dah susah payah nak lukis gambar sayang. Lepas itu, tambah pulak dengan ayat ni. Memberi makna sungguh!"Luqman mengeras.

"You call me what, sayang?"Naila menelan air liurnya.

"Err...I call you what?"

"You call me abang?"Naila tersengih.

"Mana ada sayang panggil abang."Naila menekup mulutnya.

"Tu apa?"Soal Luqman sambil menjogetkan sebelah keningnya.

"Hehehe, alamak kantoilah pulak!"Naila mula bergerak-gerak sedikit sebelum berlari. Luqman mengejarnya.

"Sayang sini!"

"Tak nak!"

"Bidadari syurgaku Nur Naila Khaisarah sini, sayang!"

"Argh! Tak nak, abang jahat!"

VOTE AND COMMENT ❤️🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro