BAB 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Naila meraba-raba sebelahnya. Kosong. Naila mencelitkan matanya. Dia bangun dan memandang sekeliling. Kosong juga. Mana suaminya?

"Abang?"Panggilnya dengan suara serak-serak basah. Matanya sembap dek kerana menangis semalaman akibat tidak mendapat burger arnab.

Dia dengan berhati-hatinya turun dari katil. Kakinya laju mengatur ke bilik air.

Klak!

"Abang?"Naila memajangkan kepala melihat di dalam bilik air. Namun, tiada siapa-siapa. Dia kembali menutup pintu bilik air.

Kakinya laju mengatur langkah keluar dari bilik. Dia turun ke bawah.

"Abang!"

"Oh,abang!"

"Abang!"

"Abang kat mana?!"Jerit Naila risau. Dia menguak pintu bilik bawah. Tiada. Dia kembali menutup pintu bilik kembali.

"Abang, oh abang?"Sedang-sedang dia panggil suaminya, dia terlanggar bucu meja makan.

"Aduh."Mengiris kesakitannya dek kerana perutnya terkena bucu meja. Dia memegang perutnya, tangannya lagi satu memegang kerusi. Dia mengerang kesakitan. Matanya juga berkaca.

"Sayang!"Luqman yang baru menapak masuk ke dalam rumah berlari anak ke arah isterinya.

"Sayang, kenapa ni?!"Soal Luqman kerisauan. Naila mengeleng sambil mengalirkan air mata deras.

"Come have a sit,honey."Luqman merangkul pinggang Naila untuk duduk di sofa. Naila akur dia menghenyakkan punggungnya di sofa.

Luqman turut menghenyakkan punggungnya disebelah isterinya.

"Abang pergi mana tadi?Kenapa tinggal sayang sorang-sorang kat rumah?Sayang macam orang gila cari abang,tahu tak?"Berdas-das soalan dilontarkan kepada Luqman. Naila mula menangis.

"Honey, please don't cry.It's hurt me so much."Luqman mengesat air mata Naila lembut mengunakan ibu jarinya. Naila tersedu-sedan bersama air matanya.

"Okay first abang minta maaf sebab abang tak bagitau sayang yang abang pergi keluar.Second,abang bukan nak tinggalkan sayang tapi,sayang kan tengah sedap tidur sampai keluar air liur basi-"

Pak!

"Aduh."Luqman mengosok-gosok bahunya yang dipukul oleh Naila tadi.

"Sayang!"Naila ketawa terkekek-kekek.

"Padan muka."Naila menjeling Luqman. Luqman tersengih,dia merangkul bahu Naila.

"Lepastu,abang keluar belikan sayang..."

"Ni!"Luqman mengeluarkan beg plastik berwarna kuning yang sudah lama berada dibelakangnya. Ternganga mulut Naila dibuatnya.

"Seriuslah abang?!"Luqman mengangguk.

"Nah, burger arnab yang sayang mintak semalam."Luqman memberikan beg plastik itu kepada Naila. Naila menyambutnya dengan gembira sekali.

"Terima kasih abang!"Naila memeluk suaminya erat. Luqman membalas pelukan sebelum senyum nipis.

"Dah makan."Arah Luqman sambil meleraikan pelukan. Naila laju mengangguk. Amboi seronok eh dapat burger arnab?

Naila membukanya dan laju memakannya. Luqman hanya menjadi pemerhati melihat isterinya makan sahaja. Tengok isterinya makan sudah cukup mengenyangkan dia.

Vote and comment 🧸

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro