BAB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Luqman?"Panggil Puan Liza. Luqman mendogakkan kepala memandang uminya sebelum mengangguk sekali.

Senyuman manis tidak lupa dia lemparkan pada uminya.

"Luqman keluar kejap aunty, uncle."Pamitnya sopan sambil senyum pada Tuan Iskandar dan Puan Mariam. Tuan Iskandar dan Puan Mariam hanya membalas dengan senyuman sahaja.

"Lily ikut sekali."Arahnya pada adiknya. Lily mengangguk. Luqman bangkit dari duduknya dan mengatur langkah keluar dari rumah keluarga Naila.

Naila mengerutkan dahi. Aik, nak bercakap dekat luar pun nak bawak adik juga ke? Tanpa membuang masa, Naila berlari anak ke arah pintu. Lily mengikuti langkahnya dari belakang sahaja.

"Kau setuju nak kahwin dengan aku?"Soalan pertama yang Naila lontarkan buat Luqman. Luqman mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Aku tanya ni, jawablah!" Gesa Naila.

"Yes."Jawapan yang ringkas diberikan oleh Luqman untuk Naila.

"Tapi kita tak pernah bercinta pun kenapa nak-"

"Bercinta lepas kahwin lebih baik berbanding kita bercinta sebelum kahwin."Potong Luqman laju. Dia sedaya upaya untuk tidak memandang Naila.

"Jaga pandangan, Luqman"Gumamnya.

Naila menghelakan nafas kecil. Tanpa mendengarkan balasan Naila, Luqman mengangkat kaki meninggalkan Naila keseorangan diluar rumah.

Tidak manis pulak apabila berdua-duaan diluar rumah dengan bukan mahram walaupun Luqman tahu dia ditemani oleh Lily.

"Kak."Tegur Lily. Naila memusingkan badannya menghadap Lily. Senyuman hambar dilemparkan padanya.

"Lily harap akak fahamlah dengan perangai abang Luqman tu."Naila mengangguk faham.

"Lily, akak nak tanya sesuatu boleh?"

"Apa dia kak?"

"Kenapa Luqman dia suka tunduk je?"Soal Naila pelik. Bila bercakap dengannya pasti akan tunduk. Bila bercakap dengan orang tuanya bukan main lagi senyum. Dengan dia?Tunduk je.

"Oh, sebab Abang Luqman jaga pandangan dia. Dia kalau nak bercakap dengan perempuan pun ajak Lily temankan sebab nak elakkan dari fitnah."Jelas Lily.

Naila terkedu. Jaga pandangan? Bermakna dia seorang yang jaga batas pergaulannya? Masyaallah!

"Akak beruntung dapat abang Luqman sebab dia limited tau! Seribu dalam satu manusia nak dapat lelaki macam tu."Ujar Lily bagi menyakinkan Naila.

'Ya, seribu dalam satu manusia nak dapat lelaki macam Luqman. Aku patutnya bersyukur.'Desis hatinya. Dia senyum nipis pada Lily. Betul apa yang dikatakan oleh Lily tadi.

SERBA -SEDIKIT ILMU TENTANG JAGA PANDANGAN IKHTILAT:

APA ITU IKHTILAT

Ikhtilat secara umumnya membawa maksud percampuran antara dua jantina di satu-satu tempat. Ia adalah satu perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ia boleh berlaku di pasar, jalan raya, ketika solat berjemaaah di masjid, ketika tawaf di sekitar Ka’bah, ketika wukuf di Arafah, ketika melontar Jamrah dan sebagainya.

Ikhtilat pada asalnya dibolehkan oleh syara’, tetapi dengan beberapa syarat. Jika tidak, maka sulitlah kehidupan manusia seharian. Namun begitu, kita perlulah membezakan antara ikhtilat yang dibenarkan dan khulwah yang diharamkan.

Ikhtilat, sebagaimana yang telah kita sebutkan tadi, hukum asalnya adalah mubah (harus) bagi memudahkan kehidupan manusia. Tiada halangan padanya kecuali jika ia membawa kepada perkara yang haram.

Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro