23 Nikmat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata tercelik luas. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling lalu perlahan-lahan bangkit mahu duduk bersandar. Kanan kepala dipegang buat menongkat.

Mawar sedar ini biliknya di rumah asuhan milik Puan Dalila. Dia bukan lagi di hospital. Suasana di luar tingkap terang benderang memancarkan sinar mentari.

"Aira..." Gadis muda itu mula tercari-cari keberadaan si kecil kesayangan Luth. Kaki menapak ke lantai. Wajah lesu tak dapat disorokkan waktu itu. Dia memang tidak sedap badan semalam. Bukan setakat semalam, bahkan sepanjang minggu.

Pintu bilik dikuak separuh. Mata terpisat-pisat sambil tangan berpaut pada dinding sepajang laluan untuk ke bilik ibu.

Mawar menolak daun pintu kamar Puan Dalila. Keletihan yang membaluti tubuh bukan berpunca daripada kerja berat. Aktiviti membersihkan rumah Hakim sudah lama ditinggalkan si bunga. Tenaga gadis itu banyak tertumpu pada  pertumbuhan fetus di usia dua minggu.
Selain itu, peningkatan hormon progesteron di awal kehamilan boleh menyebabkan Mawar penat dan mengantuk sepanjang masa.

"Ibu," panggil gadis itu. Senyuman nipis terlekuk dek sapaan wajah bulat Aira di tengah-tengah katil.

"Mawar dah bangun? Sinilah duduj dengan ibu." Puan Dalila menepuk ruang kosong berhampiran. Tangan menantunya ditarik lembut untuk berlabuh di situ.

Mawar turuti sahaja. Dia masih terpinga-pinga tentang apa yang sedang berlaku. "Mawar pengsan ke semalam?"

"Ya. Nasib baik Hakim ada. Terus dia bawa Mawar untuk periksa dengan doktor. Doktor kata Mawar cuma letih je, tak ada apa-apa yang serius. Jadi, Hakim hantar Mawar pulang ke rumah waktu separa sedar. Mawar tak ingat ya?" Rambut Mawar yang sekadar dibuat sanggul disisir ibu dengan jemari.

Mawar menggeleng perlahan. "Mawar cuma ingat Luth minum susu sebelum Mawar keluar hospital..."

"Rehatlah hari ni. Biar ibu yang jagakan Luth," cadang ibu. Kekura tangan buah hati Luth ditepuk perlahan. "Rehat ya?"

"Tak boleh. Mawar nak kena buat segalanya untuk Luth. Kesian Luth... Mesti dia malu kalau jururawat yang buatkan." Baru hari ini dia bercadang hendak uruskan suaminya dari hujung rambut ke hujung kaki. Meskipun Lina melakukan itu kerana kerja, Mawar tidak boleh terima ada orang asing menyentuh Luth sesuka hati.

"Itu kan kerja dia?" balas ibu. Sedar dari pengsan, hanya Luth yang berada di fikiran Mawar.

"Tak boleh. Semua tu aurat. Mawar je yang berhak sentuh Luth." Aurat sesama suami isteri itu tiada. Mawar agak terkilan melihat sehari selepas pembedahan, alat sulit suaminya dibersihkan dengan kapas untuk tujuan steril sebelum pemasangan tiub urinari. Dia sendiri segan dan malu. Alangkah baiknya jika jururawat berkenaan ajarkan pada Mawar tatacara pemasangan tiub itu. Biar selepas ini, Mawar sendiri boleh lakukannya. Tiub itu hendaklah ditukar selepas dua minggu. Masih ada masa untuk Mawar belajar cara-caranya dan lakukan sendiri pada sang suami.

"Ibu faham Mawar sayang Luth. Sarapan dulu pagi ni sebelum ke hospital. Jangan lupa susukan Aira. Dari tadi dia tunggu Mawar," balas ibu lembut seperti selalu. Pandangan bundarnya beralih pada tubuh kecil di tengah-tengah katil.

Gadis itu mengesot berhampiran Aira. Wajah lesu menjadi ceria gara-gara senyuman yang tidak lekang di bibir bayi perempuannya. Mawar mula meriba Aira sambil tangan mengusap pipi  tembam anak itu. Dikucup pucuk hidung sekali. "Susu yang Mawar pam dah habis ya?"

"Dah. Aira kuat minum susu. Mana cukup kalau bagi tiga botol je."

"Amboi... Kuatnya awak ni minum. Patutlah muka bulat je." Jari mengusik celahan leher Aira yang tidak kelihatan.

Lagilah Aira suka apabila ada orang melayan. Mahu gelak tiada suara, maka gusinya dipamerkan pada Mawar. Mata bulat terpejam celik tika disentuh-sentuh pucuk hidung kecilnya.

" Bu, kenapa Hakim datang semalam?" Aira mendiamkan diri setelah disuakan susu. Kelopak mata diturunkan, separuh wajah terselindung di sebalik baju Mawar. Bau badan sang ibu mententeramkan hati kecil Aira.

"Dia nak tengok Mawar dekat hospital lepas balik kerja."

"Ibu... Tolonglah kata dekat dia supaya jangan kacau Mawar. Kalau Luth tahu yang dia sibuk nak cari Mawar... Mesti Luth sakit hati. Mawar tak nak sakitkan hati Luth lagi," keluh Mawar.

"Ibu faham Mawar tak suka Hakim kacau Mawar. Tapi jangan lupa ucap terima kasih pada dia sebab hantarkan Mawar balik. Nanti ibu pesan jangan kacau Mawar dah." Puan Dalila tersenyum nipis. Hakim ini pun satu, masih tidak putus asa dalam merampas isteri halal Luth. Ibu benar-benar takut perbuatan Hakim akan menjejaskan kesihatan Luth setelah Luth sedar dari koma. Itu pun jika Allah berkehendak mahu berikan lagi Luth peluang untuk hidup seperti biasa.

"Mawar tak nak Luth cuba bunuh diri lagi... Tolonglah fahamkan Hakim yang Luth perlukan Mawar dan Mawar sayangkan Luth sepenuh hati Mawar. Dia buta ke yang Mawar ni milik Luth?" Si bunga itu benar-benar geram. Serik dengan kejadian sebelum ini, cintanya pada Luth teruji dengan masalah kewangan. Mawar malu dengan diri sendiri. Bagaimana mungkin dia pernah bersetuju untuk mengahwini Hakim demi wang hantaran RM30 000?

"Sabar, Mawar. Mawar fokus pada Luth dan Aira je. Abaikan Hakim. Nanti lama-lama Hakim akan penat juga kacau bini orang kalau tak dilayan." Bahu Mawar dielus ibu perlahan.

Gadis muda itu buntu di tengah-tengah katil. Aira pula ralik dengan susunya. Wajah bayi di atas riba ditenung mata Mawar.

Diikutkan hati, memang Mawar mahu setiap detik digunakan untuk Luth dan Aira. Keluarga kecil ini tak mahu diusik dengan kehadiran orang lain, mereka bertiga sudah cukup bahagia walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

"Ibu," panggil Mawar.

"Ya, sayang." Puan Dalila masih menyimpulkan senyuman manis.

"Ibu doakan jodoh Mawar dan Luth berkekalan, ya? Mawar takut buat tindakan bodoh... Mawar takut kalau hati Mawar ni berbolak balik. Mawar tak sanggup nak tengok diri sendiri yang berani abaikan Luth lagi," ujar Mawar. Dia tidak rasa Hakim akan berhenti di sini sahaja. Lelaki bekerjaya itu ada satu impian yant sedang diusahakan, dan Mawarlah impiannya.

***

Ada perempuan yang sedang memakan rambut sendiri kerana terlalu lapar. Luth tidak sanggup untuk meliarkan mata ke sekeliling kawasan. Dia tidak mahu menyaksikan azab manusia lain.

Dalam keadaan tertanya-tanya bilakah seksa bakal berakhir, Luth dapat merasakan ada satu tangan besar yang mengutip dirinya lalu dicampakkan ke padang pasir. Aneh, kulit yang tadi rentung terbakar serta-merta menggelupas menjadi bersih. Lelaki itu berdiri perlahan-lahan dalam keadaab keliru. Tangan naik menilik wajah, rahang disentuh kedua-dua belah. Selepas itu, jarinya tersentuh pula rambut pada kepala. Luth statik berdiri di atas tanah gersang. Rambut ikal separas bahu diraup ke belakang.

Hal ini jadi semakin aneh apabila menyedari kawasan sekitar yang tadi dipenuhi batu berbara hitan pekat telah bertukar kepada sebuah kawasan hijau yang subur dan mekar. Kawasan berumput berkenaan terletak tidak jauh. Bagaikan dua dunia yang berbeza. Lidah lelaki itu kelu sekali lagi. Dia menoleh ke belakang bagi memeriksa kulit badan, nampaknya seperti tidak melecur walaupun sedikit.

Hatinya berdetik, kalaulah ini kiamat mana orang lain? Sunyi sahaja keadaan di situ. Kaki mula menapak ke arah bentangan padang hijau di hadapan mata. Makan rumput di sana lebih baik berbanding bara api.

Mata bundar Luth masih mengamati kulit tubuh sendiri. Tampak sihat tidak seperti orang sakit. Ketika menderita tumor otak, antara perubahan yang terjadi ialah kulit Luth bertambah kusam hari demi hari. Gembiranya hati.
Tubuh badan sempurna bak lelaki tampan. Inilah asal kejadiannya sebelum kemalangan jalan raya.

Liur ditelan kesat. Dahaga menyucuk pula dek lama berjalan. Kaki tidak lagi memijak rumput hijau.  Luth mula berlari-lari anak menuju ke padang itu. Diingatkan dekat sahaja, rupanya jauh. Luth jadi termegah-megah. Sebelum sempat memasuki kawasan subur tersebut, muncul seorang lelaki berjubah.

Langkahan Luth semakin perlahan. Akal logiknya sudah tidak dapat diguna pakai. Dari mana lelaki berjubah ini muncul? Hanya Allah yang tahu. Terlalu banyak kejadian aneh hendak diproses minda Luth.

Tiba sahaja di hadapan jasad berkenaan, Luth menerima sekuntum senyuman.

Lelaki berjubah itu menghulurkan sepersalinan pakaian pada Luth. Di tangannya terdapat air dan sebiji kurma warna keemasan.

Luth teragak-agak pada mulanya untuk mengambil pakaian itu. Rasa malu dalam diri membaluti jiwa dengan badan tanpa seurat benang. Tanpa berlengah, pakaian itu disarungkan pada tubuh. Elok pula saiznya dengan dada bidang Luth.

Lelaki berjubah di hadapan Luth menanti untuk huluran air dan kurma diterima Luth. Yakin tiada seksaan lagi selepas ini, perlahan-lahan senyuman Luth membentuk. Tekaknya memang berasa amat dahaga. Sebaik sahaja air melalui esophagus, bukan sahaja dahaga yang hilang tetapi kepuasannya tidak dapat digambarkan.

Sukar diungkap dengan kata-kata. Nikmat minum air seperti ini tidak pernah diperolehi Luth ketika hidup di dunia. Bahkan minuman keras yang pernah menjadi kegemaran Luth jauh sekali ketinggalan. Air berkenaan menghadirkan satu nikmat buat sang peminum. Pada fikiran Luth, ini bagaikan baru lepas minum selautan air dan tidak akan berasa dahaga lagi sampai 300 tahun. Hati makin teruja untuk mengunyah kurma pemberian lelaki berjubah berkenaan.

Luth memasukkan sebiji kurma keemasan ke dalam mulut. Dia hampir terlupa kesemua makanan yang pernah dirasai hanya kerana kurma itu. Bermacam-macam rasa makanan enak pula bagaikan terkandung dalam sebiji kurma yang diberikan kepada Luth.

Nikmat ini terlalu besar. Apakah ada lagi kejutan yang akan menanti?

Damai sungguh hati Luth apabila menyaksikan keindahan menghijau di hadapan mata. Dia hampir menangis di situ kerana terlalu gembira.

Selepas makan Luth dipelawa memasuki kawasan berkenaan. Namun pemuda tampan itu meminta izin untuk menunggu orang tuanya datang terlebih dahulu. Dia memilih untuk menunggu di atas seketul batu berhampiran pintu masuk. Mungkinkah ibu akan hadir kepadanya di saat itu?

Luth menanti dengan sabar. Ibu juga layak untuk menikmati segala keindahan ini.

Tidak lama kemudian ibu kandung Luth muncul. Orang itu berupa Puan Dalila. Di sebelah ibu, berdirinya seorang lelaki berwajah manis.

"Ayah?" Mata Luth tidak lepas memandang ibu dan lelaki yang dianggap ayah. Nafasnya menjadi tersekat. Sungguh Luth tidak percaya apa yang ada di hadapan mata. Kaki dikuatkan melangkah mendekati dua jasad kesayangannya.

Air mata menitis laju. Kepala menggeleng perlagan. "I-ibu, ni ayah Luth ke?"

Sudah lama hati menanggung perit. Ujiannya amat berat sebagai anak lorong. Dihina, dicaci, kasih ibu bapa tidak pun diberi. Sangat sakit.

Apabila terlihat wajah Puan Dalila dan lelaki di sebelahnya, kesakitan itu beransur pergi sekelip mata. Apa yang diharapkan Luth hanyalah untuk mendakap kedua tubuh itu. Kehidupannya yang teruji dengan berbagai ujian akan berakhir. Luth sudah bersedia untuk hidup dengan kedua-kedua ibu bapanya di padang menghijau itu.

" Abang," panggil pula satu suara.

Mata teralih ke bawah. Wajah Umar menyapa pandangan. Lalu Luth tertawa halus. "Umar, Umar pergi mana selama ni? Abang cari Umar."

Luth mengesat tubir mata dengan telapak tangan. Dia melutut di hadapan kanak-kanak yang menjadi penemannya selama ini.

"Umar ada je." Sengih Umar, gembira kepala diusap Luth.

"Abang nak berterima kasih pada Umar. Sebab Umar nasihatkan abang untuk maafkan ibu. Betullah, ibu pun manusia juga. Abang sendiri banyak buat salah, abang tak berhak nak hukum ibu. Abang hanya berhak untuk sayang ibu..." Tidak lekang senyuman pada bibir.

Hati Luth terubat hanya kerana melihat wajah-wajah yang dikenali di situ. Ada Umar, ibu dan ayah.

"Umar ada kata macam tu ke? Dah lupa dah..." balas Umar. Dia berkerut-kerut memandang Luth.

"Budak ni..." Luth memencilkan matanya. Buat-buat lupa atau sengaja lupa? Dicubit pipi Umar kerana geram. Terus anak itu mengaduh kesakitan.

Luth kembali berdiri. Kepala tertoleh ke arah sana. "Jom masuk dalam?"

"Tak boleh," balas Umar.

"Kenapa?" Hairan Luth.

"Mar kena tunggu mama dan papa. Mama dan papa baik dengan Umar, Umar nak masuk sama-sama dengan mama dan apa. Abang masuklah dulu." Umar tersengih. Tangan mengusap bekas cubitan Luth tadi.

"Ada orang kata... Mama dan papa Umar tak baik." Seingatnya itulah pondan di lorong khabarkan kepadanya.

"Mama dan papa memang banyak dosa. Tapi dorang jaga Umar... Lahirkan Umar beri Umar makan... Mar nak bawa mama dan papa sama-sama ke sana." Jari menuding kawasan padang hijau tidak jauh dari mereka.

"Mana mama dan papa? Biar abang carikan," tawar Luth.

"Mama dan papa kena azab. Tapi nanti mama dan papa akan datang sebab kanak-kanak yang mati sebelum baligh boleh memberi syafaat kepada kedua orang tuanya."

"Ha?" Luth tidak mengerti. Kening yang tidak gatal digaru.

"Tak ada apa. Abang masuk dulu, nanti kita main sama-sama. Nanti kita beli ais krim lagi ya? Janji?" Umar mengangkat jari kelingking ke udara. Barisan gigi jarang kelihatan.

"Okaylah. Abang janji. Nanti kita jumpa lagi." Lelaki itu menyambut janji. "Terima kasih, Umar."

Kanak-kanak bernama Umar ini sering menemani Luth di kala sunyi. Luth tahu Umar anak yang baik. Semoga mereka akan berjumpa lagi.

Luth beralih ke belakang. Dia melangkah sambil meraup wajah. Tersenyum melihat ibu dan ayah. Rambut ikalnya bertiupan dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Rahang ditampar halus.

Namun belum sempat Luth menyentuh mereka, suasana di kiri kanannya terasa seperti ada aliran laju. Dalam keadaan panik dia menjerit sekuat-kuat hati sebelum tersedar berada di atas katil hospital.

***
votexkomen
***

Maaf lambat update! Harap korang enjoy baca buku ni sambil ambil pengajarannya. Eh eh jangan lupa okay yang Hakim masih wujud!

Guys, nak promote channel telegram saya. Boleh join! Subscribe dan tekan loceng utk notification! Tengoklah jadual tu, ada kuiz tau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro