B L U R B

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LUTHFISYA : SI PENJAGA CINTA by EYRA SHAZLEYRA


'Jika mencintai sepenuh hati dianggap gila, hantarlah mereka ke hospital bahagia.'



Luthfi Hakim.

Dia bukan jejaka idaman Malaya walaupun namanya cukup kacak didengari. Dia pak cik gemuk dengan perut 'onepack'. Cermin mata bingkai tebal tak pernah tinggal sebab rabun. Bukan sekadar trend. Kata Alia, dia dah macam Superman yang belum bertukar uniform. Kata Muiz pula, dia macam Clark Kent versi Dean Cain dengan rambut belah tepi.

Itulah dia, si Luthfi Hakim. Jauh lagi perjalanan perutnya untuk jadi sixpack seperti idaman para gadis. Kerana itulah Firsya Elana tak pernah pandang dia walau dengan sebelah mata.

Akhirnya dia digelar Tuan Luth. Lemak degil pada perutnya sudah berjaya dibuang. Tubuh dah fit. Sado bak hang. Tetapi, seorang Firsya Elana tetap tak pandang. Jauh sekali mahu suka dan seterusnya jatuh cinta.


"You dah pandai nak ambik kesempatan sekarang, ya? Ingat I akan tergoda bila you dah transform macam ni? Jangan mimpi, Encik Luthfi!"

"Jangan you nak buat lupa batas yang I dah tetapkan. Jangan lupa jugak lagi 100 hari untuk you ada kat sini. Kalau you tak nak keluar dari sini, I yang akan keluar!" – FIRSYA ELANA.


Firsya memberi tempoh 100 hari untuk mereka berpisah. Luthfi Hakim enggan. Kenapa mahu melepaskan gadis itu sedangkan dia cintai sepenuh perasaan? Kenapa mahu berpisah jika mereka boleh mencipta bahagia?

Meraih cinta, namun yang berlaku adalah jiwa saling tersakiti. Luthfi Hakim mula sedar mungkin dia tak mampu membahagiakan. Apatah lagi bila mendapat tahu dalam hati isterinya ada manusia lain yang digelar lelaki cinta pertama.


"Tak kejam ke aku, Muz? Menghalang kebahagiaan Firsya. Padahal aku tahu ada lelaki lain di luar sana yang mampu menjaga dia lebih baik daripada aku." – LUTHFI HAKIM.


Melepaskan isterinya seperti yang dipinta, mungkin itu yang terbaik. Masalahnya sanggupkah untuk dia lakukan? Sedangkan Firsya Elana adalah amanah. Khianat dalam amanah pula merupakan salah satu sifat orang munafik. Tak nak dia jadi manusia munafik!


"Jangan nak jadi lelaki dayus, Encik Luthfi Hakim. Kenapa you nak simpan I padahal I langsung tak sudi nak pandang muka you."

"Because I love you, Firsya Elana." – LUTHFI HAKIM.

"You jangan nak buat kerja gila, Luth. I takkan terima you sampai bila-bila. Tak kiralah macam mana you transform sekalipun!" – FIRSYA ELANA.

Mana satu yang dia perlu lakukan? Terus mencintai atau melepaskan? Siapalah dia? Sekadar lelaki penjaga cinta yang tak pernah layak berdampingan. Apakah kesudahan kisah mereka? Bahagia atau kecundang sedangkan hati saling mencintai.


VOTE & COMMENTS ARE VERY APPRECIATED.

_FROM_ME_WITH_LOVE_



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro