CHAPTER 191 | THE NEW KING

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Unggun api menyala marak di tengah-tengah kawasan lapang Pekan Arastosa. Orang ramai bersuka-ria. Kanak-kanak bunian dan juga serigala asyik bermain tanpa mengendahkan kesesakan orang ramai...

Aku meneguk arak seraya menongkat dagu. Alunan muzik violin memeriahkan suasana. Pandanganku tertacap pada Vlademir dan Raisya yang duduk di sebelah King Avekins. Mereka asyik berborak mesra...

Yes, Vlademir wins the duel...

Aku sendiri tak sangka dia boleh tewaskan Dante. He's good tho...

Pandanganku beralih pada Loralyn yang duduk di sebelah. Dia leka menyuap daging bakar ke dalam mulut. Sebelah tangan lagi, mengusap perut yang memboyot...

"Sayang makin kuat makan..." Aku menegur seraya merangkul pinggang Loralyn dari sisi. Dia menoleh ke arah aku. Daging bakar disua...

"Nak? Saya suapkan..."

"Tak naklah...Lora makanlah..." Aku menolak suapannya. Loralyn tersenyum. Daging tadi, dia suapkan ke dalam mulut...

"Kenapa ni? Abang ada masalah?" Loralyn menegur tatkala aku menongkat dagu. Mata coklatnya tertacap padaku. Rambut ikal mayangnya, aku sisirkan ke sisi...

"Nothing...Its just..."

"Hurm...?"

"Abang tak sangka Vlad boleh kalahkan Dante...Gerakan dia boleh tahan pantasnya...Damn, he's good..."

"Lah? Kan abang yang ajar dia berlawan? Mestilah dia hebat...The legends teach him..." Loralyn membalas selamba. Aku mengangguk. Arak diteguk buat kali kedua...

Loralyn tersenyum simpul apabila aku meletakkan kepala di bahunya. Tangannya mengusap lenganku, lembut...

"Lycans..."

"Erm...?"

"Kalau saya di tempat Raisya...Apa abang akan buat...?"

"Lol, i just leave you there...Who need you...?"

"Really...?" Loralyn tersengih apabila aku berseloroh. Bau haruman bunga menerjah ke ruang pernafasan tatkala dia merapatkan muka...

Bibir bertaut rapat. Belakang lehernya aku rangkul perlahan. Eraman serigala mulai kedengaran halus. Orang ramai memerhati gelagat kami...

"The legends kissing! The legends kissing!" Suara penduduk Arastosa bersorak membingitkan telinga. Loralyn tersentak. Bahuku ditolak ke belakang...

Aku tertawa kecil melihat Loralyn tertunduk menahan segan. Pipinya merona merah. Aku memeluk bahunya dari sisi...

"Jom balik, Lycans..."

"Haha, sayang malu? Relakslah..." Aku berkata seraya mengusap kedua pipinya. Loralyn langsung tidak mendongak. Haha, she's goddamn cute!

TINGG...!!

TINGG...!!

Semua penduduk Arastosa menoleh ke depan apabila gelas kaca diketuk. King Avekins tersenyum apabila pandangan kami semua tertacap padanya. Vlademir hanya memeluk tubuh di sebelah Raisya...

"Ehem! Aku ada pengumuman nak dibuat! Pay attention, the citizen of Arastosa!" King Avekins berkata lantang. Suasana riuh rendah bertukar sepi. King Avekins mengusap janggut tebalnya...

"Arastosa...Sebuah pekan makmur...Setakat ini, tiada sebarang pertumpahan darah berlaku...Aku cuba bagi yang terbaik untuk keamanan sejagat...Tiada sistem kasta dikenakan...Setiap bangsa bebas untuk hidup di tanah Arastosa..." King Avekins memulakan ucapan. Semua penduduk menduduk mendengarnya teliti...

"Tapi, sudah tiba masanya untuk aku berundur...Arastosa need the new king..." King Avekins menambah kata. Aku mengerut dahi mendengar kata-katanya...

Apa maksud dia ni...?

King Avekins mahu berundur...?

Pandangan kami semua beralih pada Vlademir apabila dia bangun dari kerusi. Aku dan Loralyn berbalas pandangan. Vlademir tersenyum apabila kami bertentang mata...

"Vlademir Scovish, keturunan Winter wolf...Dia akan ganti tempat aku...He's the next heir of Arastosa...!" King Avekins berkata seraya menjulang wain merah. Semua penduduk bersorak mendengar kata-katanya itu!

Aku dan Loralyn tergaman....

Vlademir...

Becomes the King of Arastosa...?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro