CHAPTER 241 | KILL THE DRAGON

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Ratusan hunter memacu kuda ke arah Pekan Moonvalend. Pekan yang asalnya meriah dan makmur, kini bertukar padang jarak padang tekukur. Segalanya hancur. Segalanya musnah.

Yang tinggal hanyalah serpihan kayu. Mayat penduduk bergelimpangan di serata tempat. Api kecil masih membakar sisa bangunan yang ada. Asap tebal berkepul naik ke ruang udara.

Deathwing terbang ke arah tengah kawasan pekan. Matanya tertacap pada ratusan hunter di depan. Mereka semua bersedia untuk bertempur. Hembusan nafasnya menghasilkan wap panas.

"By the order of King Revant, surrender yourself!" Salah seorang hunter tersebut memekik. Deathwing mengalihkan pandangan pada bangkai Silverscale.

"He's already dead, hunter...."

"Kau yang buatkan kampung ni musnah, naga tak guna! Kau pemusnah!"

Seorang lagi hunter memekik lantang. Deathwing mengeram perlahan. Dia menutup kedua kepak di belakang.

"Kalian salah faham...Aku bukan pemusnah...Aku Drake...Drake Deathwing.."

"Mengarut!"

"Did you see Sheera...? Aku tak..."

PRAKKK...!!

Deathwing tersentak apabila cakuk besi terlekat di belakang kepak. Dengan pantas dia memusingkan badan! Ratusan hunter tadi mula memecut ke arah dia!

"ATTACK!! JANGAN BIARKAN DIA TERLEPAS!"

"ROAAARRRR!! ROAAARRRRR!!"

Deathwing merengus apabila ratusan cakuk dilemparkan kepadanya! Mereka semua menetak dia bertubi-tubi!

"AKU TAK BERSALAH! ROAAARRRR! DI MANA SHEERA!?"

"KILL HIM! SLASH HIM TO THE FUCKING SLICES!"

Ratusan hunter tadi mula melompat naik ke atas belakang badan Deathwing! Sang naga rebah ke tanah apabila cakuk besi ditarik ke bawah! Tanah bergegar hebat!

Belum sempat Deathwing mengepak sayapnya, dia sudah terperangkap di bawah tali besi! Lava merah mengalir perlahan ke tanah.

Dengusan nafas Deathwing membuatkan tanah bertukar menjadi hitam. Ratusan hunter tadi bersorak melihat sang naga api sudah tidak mampu bergerak.

"Grrrrr....Grrrr..." Deathwing mengeram perlahan apabila seorang hunter berjalan perlahan-lahan mendekati dia. Pedang disisipkan ke belakang.

"Prepare to die, you fucking beast..."

"Grrrr...Grrrr...Aku tak bersalah...Lepaskan aku..."

"Look at this village, dragon...Look..."

Hunter tersebut berkata seraya menunjuk ke kawasan sekeliling. Bebola mata sang naga tertacap pada hunter tersebut.

"Pekan Moonvalend musnah disebabkan kau..."

"Grrrr...Grrr...Kalian salah faham...Bukan aku yang musnahkan pekan ni..."

"Shut up! Don't say a word!"

Hunter tersebut menengking! Pedang digapai kemudian dihalakan ke arah sang naga. Deathwing merenung tajam pada hunter tersebut.

"Beritahu aku....Di mana Sheera....?"

"Siapa Sheera....? I don't give a single fuck about her..."

"Grrrr....Grrrrr..."

Pedang diangkat ke atas! Hunter tersebut bersedia untuk menetak Deathwing! Sang naga mengeram bengang...

"DIE!"

"ROOOOOAAARRRRRRRRRRRRRRRR!!"

Ngauman Deathwing membuatkan hunter tersebut terhumban ke belakang! Sang naga membuka kepak di belakang! Tali besi berderai begitu sahaja!

"Shit! Dia terlepas!"

"GROOOOOARRRRRRRRRRR!"

Belum sempat mereka semua menyerang, hembusan lava dari Deathwing dilepaskan! Puluhan hunter terbakar meninggalkan debu!

Sang naga mengepak sayapnya ke atas. Mereka semua mendongak. Deathwing merenung mereka semua dengan pandangan bengis.

"KALIAN ANGGAP AKU PEMUSNAH!?"

"SERANG DIA! ARGHHHHHHH!"

Ratusan hunter berpusu-pusu meluru ke arah sang naga! Deathwing melibas ekornya ke depan! Mereka semua tercampak bagaikan batu kerikil!

"I AM DEATHWING! I AM FIRE! I AM APOCALYPSE!"

Deathwing memekik lalu menarik nafas dalam-dalam! Mereka semua tergaman...

"God...Help us..."

"GROOOOOOOAAAARRRRRRRRRRRRRR!!"

Deathwing melepaskan hamburan lava maha hebat! Pekan Moonvalend meletup bagaikan dilanda meteor! Asap tebal berkepul naik ke ruang udara! Burung-burung berterbangan melarikan diri!

Sang naga mendarat semula ke atas tanah. Debu api berterbangan ke serata kawasan. Tulang belulang hunter tadi berselerak di tanah hitam.

Pekan Moonvalend hancur sekelip mata. Deathwing mendongak memandang awan. Lava menitis dari bibirnya...

"I did nothing to get this punishment...Grrrr...Grrrr..."

"Yeah...You did nothing..."

Deathwing tersentak apabila satu suara menegur dia dari belakang. Seorang lelaki berpakaian serba hitam tersenyum apabila mereka berbalas pandangan.

"Who are you...? Kau juga cuba bunuh aku?"

"Ah, no...I'm a friend..."

"Friend...?"

"Yes, izinkan aku perkenalkan diri...Nama aku Balanar..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro