❤️3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jeon Heejin menengok jam di tangannya.15 minit menunggu di pagar sekolah masih tiada kelibat Hyunjin.Dia menoleh ke kanan dan ternampak Soobin yang baru sampai,dia mendekati.

"Mana Hyunjin?",soal Heejin.

"Sekarang ni,bukan waktu dia sekolah lagi.Ni waktu dia tidur.",jawab Soobin selamba bila melihat jam baru menunjukkan 7.15 pagi.Dia pun beredar meninggalkan Heejin.

"Gila ke..dia kata waktu tidur,15 minit lagi nak masuk kelas.Gianja.",marah Heejin dalam hati.Dia pun beredar dari membuang masa menunggu makhluk yang satu itu.

                            •••••••••

Hyunjin menapak kaki ke dalam kelas.Terperanjat bila muka Heejin yang bengang menerjahnya.

"Beg aku?",Hyunjin menghulur beg Heejin sebaik melihat muka Heejin seperti singa terlepas sarapan.Heejin menunjukkan beg Hyunjin yang berada di kerusinya.

"Hek eleh...dp bukan main senyum,jumpa depan-depan mengalahkan muka makcik kantin.",Soobin tergelak mendengar bebelan Hyunjin.Teringat pula dp Heejin yang tersenyum manis.

"Kalau makcik kantin muka macam tu,aku dah lama try.Kau ni pun nak marah agak-agakla",Soobin masih tertawa malah makin kuat.Hyunjin turut tertawa bila melihat Soobin.

                             •••••••••

Soobin mencari-cari kelibat Hyunjin yang hilang dari tadi.Dia segera menerpa bila ternampak bayang Hyunjin dari jauh.

"Hyun.....jin",baru nak luku kepala nasib baik tak sempat.Seorang gadis memandang pelik bila Soobin memanggilnya Hyunjin.

"Yeji...bukan Hyunjin",Yeji beredar dari situ.Soobin mengambil nafas lega.Nak kata kembar Hyunjin anak tunggal.Soobin menggaru kepala melihat gadis bernama Yeji yang mukanya sama seperti Hyunjin.

"Kau kenapa?",Hyunjin datang dari belakang menjamah gimbap yang dibelinya.Dia orang pertama yang beli bila menyelinap keluar dari kelas awal tadi.

"Aku jumpa kembar kau..",Soobin ketawa melihat muka Hyunjin.Dibayangnya Hyunjin berambut panjang,pasti orang boleh tertukar antara Yeji dan Hyunjin.

"Otak kau..aku anak tunggal",Hyunjin mengetuk kepala Soobin.Geram bila Soobin ketawa sejak dia muncul.Adalah tu dibayang Soobin pelik-pelik.

"Hyunjin-naaaa",Hyunjin menarik Soobin sebaik mendengar suara Yuna.Kalau dilayan,sampai tutup sekolah tak berhenti Yuna bercerita.Soobin yang juga terdengar suara Yuna,melambaikan tangan memanggil Yuna.Yuna yang perasan tersenyum girang.Dia berlari kecil menuju Hyunjin dan Soobin.

"Hyunjin",manja suara Yuna menyeru nama Hyunjin.Hyunjin menggeliut mendengar suara Yuna.Dia melayan acuh tak acuh.

"Awak nak apa?",sengaja Hyunjin menggunakan bahasa awak saya.Pernah sekali dia bercakap bahasa kasar,bengkak mata Yuna menangis.Terasa katanya.Jenuh juga nak memujuk Yuna ketika itu.

"Saya nak awak..Hihihi",Yuna menutup mukanya malu.Hyunjin menggaru kepalanya bukan disebabkan gatal tapi pening.Ni semua angkara Soobin.Pandai pula dia melarikan diri.Hyunjin mengeluh dalam hati.

"Awak,saya nak study ni"Hyunjin mencari helah.Nak sebut study pun teragak-agak.Risau gyemo muncul.

"Study?Awak bagitau saya kalau Heejin tu marah awak tau.Biar saya saman dia.",pesan Yuna.Mentang-mentang ayahnya peguam,suka hati nak saman orang.Hyunjin hanya mengangguk faham.

"Oklah,study elok-elok ye chagiya.",Yuna mencubit pipi Hyunjin sebelum meninggalkan Hyunjin.Bersungguh Hyunjin mengelap pipinya menggunakan hujung baju.Nanti tak pasal kena jangkitan kulit.

"Jomla study",Hyunjin hampir pengsan mendengar suara Heejin.Belum sempat nak melangkah,tangannya ditarik Heejin.Terpaksalah dia akur dengan Heejin.

                           •••••••••

Muncung Hyunjin pandang sedepa tanda protes.Buku yang di atas meja ditenung lama.Heejin tak menghiraukan Hyunjin.Dia berterima kasih pada Soobin yang selalu menolongnya mencari Hyunjin.

Huwaaaa!!

Hyunjin menguap seluas-luasnya.Pantang nampak buku, matanya mesti akan terasa berat.Dia menarik buku yang hampir untuk dijadikan bantal.

"Aduh!!",dia mengosok kepalanya.Merah dahinya bila tercium permukaan meja yang berbalut tu.Heejin tersenyum puas.Nasib baik dia sempat bertindak.

"Kau ni...aku dah cakap aku tak nak study,kau tak faham ke?",Hyunjin marah.Tangannya masih menggosok dahinya.Heejin memberi jelingan maut.Dasar pemalas!

"Kau ingat aku nak sangat ke ajar budak macam kau?Kalau ikutkan hati dah lama kau ni makan buku.Aku buat pun sebab aku pentingkan skor aku.Bukan macam kau,tak boleh harap,bodoh tak boleh bincang...kalau bincang pun tak ada penyelesaian jugak.",umpama peluru yang terlepas,Heejin menarik nafas semula.

Hyunjin terkedu.Air mukanya tiba-tiba berubah.Tubir matanya bergenang.Hampir saja air matanya terjatuh tapi cepat-cepat diseka.Kata-kata Heejin begitu menusuk jauh ke dalam hatinya.

Heejin tersedar dengan kata-katanya tadi."H-hyun-",Hyunjin pergi dari situ,buku di atas meja tak diambilnya.Hatinya begitu sakit mendengar kata-katanya Heejin.

Heejin memukul-mukul mulutnya.Macam manalah boleh terkeluar bahasa kasar macam itu.Dia melihat buku Hyunjin yang ditinggalkan.Rasa bersalah hinggap di hati setelah membelek buku Hyunjin.Kerja rumah yang diberinya kepada Hyunjin sempurna disiapkan.Walaupun boleh nampak kesalahan yang ada,dia tak menyangka Hyunjin menyiapkan kerja yang diberi.

                              •••••••••

Hyunjin melangkah longlai pulang ke rumah.Buat masa ini fikirannya entah melayang ke mana.Hujan renyai diredahnya.Malas mencari tempat berteduh.Dia singgah di taman yang selalu menjadi tempat lepak dengan Soobin.Taman itu kosong sekosong fikirannya sekarang.Dia duduk di buaian.Kakinya menghayun perlahan.

                             ••••••••••

Puan Choi tersenyum mendengar kod pintu yang ditekan.Dia yang sedang menyiapkan makanan,menuju ke pintu menyambut anaknya yang baru pulang.

"Kenapa basah-basah ni?Kenapa tak telefon Eomma suruh ambik?",Puan Choi terus menyoal.Hyunjin hanya menggeleng lemah.Dia meninggalkan Eommanya menuju ke atas.

Hyunjin meletakkan beg sekolahnya di hujung katil.Dia melelapkan matanya.Penat.Penat melayan perasaan.

Puan Choi mengintai anaknya.Dia menutup semula pintu bilik selepas melihat Hyunjin yang sedang lena.

-----------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro