❤️4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi.Puan Choi pergi ke bilik Hyunjin bila Hyunjin tak turun ke bawah.Makanan yang dihidang juga menjadi sejuk.

"Chagiya..bangun.Pergi sekolah",Puan Choi menggerak anaknya lembut.Dia menarik selimut Hyunjin.Riak muka Puan Choi serta merta berubah melihat Hyunjin yang masih berbaju sekolah.Hwang Hyunjin bukanlah seorang yang begitu bahkan kalau terkena kotoran sikit pada bajunya ditanggal pada masa itu juga.Puan Choi melekapkan belakang tangan di dahi Hyunjin.Panas.

"Hyunjin...bangun",Puan Choi menepuk-nepuk bahu anaknya.Hyunjin membuka matanya namun ditutup semula kerana silau yang memancar.

Puan Choi mendudukkan Hyunjin di katil.Dahi Hyunjin berkerut disebabkan sakit di kepalanya.Puan Choi menelefon adik lelakinya,Choi Jae Hyuk yang juga merupakan ayah Soobin,teman baik Hyunjin.

                            •••••••••  
Di hospital,

Hyunjin dikejarkan ke wad  kecemasan.Soobin yang juga ada di situ menenangkan Ahjummanya.Siapa tak risau sebab selama ini,Hyunjin tak pernah sakit teruk melainkan demam ringan.Encik Choi juga turut risau dengan anak saudaranya.Habis semua mesyuarat dibatalkan sebaik kakaknya memberitahunya pasal Hyunjin.

Dia ok...cuma suhu dia terlebih tinggi sebab tu dia ditahan,jadi Saya bagi dia 2 beg IV.Nanti bila dah habis,Puan boleh bawa dia pulang.

Puan Choi menarik nafas lega.Encik Choi meminta diri selepas mendengar penjelasan doktor.Soobin juga turut meminta diri untuk ke sekolah.Nasib baik Puan Choi cuti pada hari itu.

                            •••••••••

Sudah berapa kali Heejin menoleh ke belakang,tapi tetap sama.Tiada kelibat Hyunjin.Bayang Soobin kelihatan dari jauh.Heejin sedikit teruja menyangka Soobin bersama Hyunjin,malangnya Soobin berseorangan.

"Mana Hyunjin?",soal Yuna.Kalau diikutkan jam,waktu itulah Hyunjin selalu datang.

"Dia tak datang hari ni.Dia sakit",Soobin menjawab pendek.

"Sakit?Sakit apa?Teruk ke?Macam mana dia boleh sakit?",matanya bergenang air mata membayangkan Hyunjin terbaring di katil hospital dengan wayar yang berselirat.Over.

"Bukan teruk pun..dia sakit perut",terpaksa menipu.Kalau diberitahu hal sebenar,mahu menyalak si Yuna.Sakit perut pun dah nak menangis apatah lagi kalau masuk hospital.Soobin mengalih pandangan,risau terlepas perkara sebenar.

Heejin yang mendengar perbualan Soobin dan Yuna merasa bersalah.

Dia sakit sebab aku ke?

Dia memujuk dirinya sendiri.Habis sekolah baru ditanya semula Soobin pasal Hyunjin.

                             •••••••••

Hyunjin membuka matanya perlahan.Dia menoleh ke kiri,Eommanya setia berada di sisinya.Dia hairan yang itu bukanlah rumahnya sebaik melihat selimut putih yang dipakainya.Puan Choi terjaga disebabkan Hyunjin memegang tangannya.

"Hyunjin..Hyunjin nak apa-apa?Eomma belikan.",Puan Choi membetulkan kedudukannya biar selaras dengan Hyunjin.

"A..air",pinta Hyunjin perlahan.Kering tekaknya.Daripada semalam dia tak meneguk air.Puan Choi menuang air yang tersedia di meja bersebelahan katil Hyunjin.

Dalam sekelip mata,gelas yang tadi berisi penuh air,habis diteguk Hyunjin.Puan Choi gembira melihat anaknya yang kembali seperti biasa.Hyunjin memandang Eommanya yang dari tadi merenung mukanya.

"Eomma,kenapa pandang Hyunjin macam tu..seram",Hyunjin tertawa kecil melihat muka Eommanya yang comot dengan bekas air mata dicampur maskara.Puan Choi mengambil tisu mengelap mukanya.Dia juga ketawa bila membayangkan yang mukanya dari awal tadi memang comot.

"Kenapa Hyunjin tak cakap Kat Eomma yang Hyunjin sakit",Puan Choi bertanya.

Hyunjin memandang baju yang dipakainya,baju sekolah.Terbuntang matanya melihat baju yang tak ditukar daripada semalam.

"Semalam Hyunjin bangun semula tak?",soal Hyunjin pula.Puan Choi menggeleng.Baru dia tersedar yang daripada Hyunjin pulang petang semalam memang Hyunjin tak bangun semula.Dia menepuk dahinya.Kalau lah dia kejutkan Hyunjin semalam,tak adalah Hyunjin tak sedarkan diri.

Kriukkkk

Perut Hyunjin berbunyi minta diisikan makanan.Sejak semalam dibiarkan kosong.Puan Choi memberi Hyunjin gimbap yang dibelinya tadi.Hyunjin makan dengan berselera.

                            •••••••••
"Hyunjinnnnn....bogoshipeo",Soobin memeluk Hyunjin sebaik melihat muka Hyunjin yang masih pucat.Dia mengeratkan lagi pelukan.Sehari tanpa Hyunjin terasa seperti setahun.Maklumlah memang dari kecil asyik berkepit bila sesuatu berlaku,lainlah jadinya.

Pandangan Hyunjin berhenti pada susuk tubuh yang berdiri tak jauh dari katilnya.Heejin menundukkan mukanya,takut nak bertentang mata.Soobin melepaskan pelukan.

"Dia nak ikut,aku tak boleh nak halang.Dia cakap nak jumpa kau sendiri.",Soobin memberitahu bila melihat Hyunjin memandang tepat Heejin.Pandangan yang sukar ditafsirkan.

Heejin memberanikan dirinya.Dia sudah bersedia jika dirinya dilontar kata-kata yang sama kasar seperti yang dia buat pada Hyunjin.Pasrah dan menyerah.

"Mianhae...Jjinja mianhae",tulus dia meminta maaf.Dia menunggu Hyunjin bersuara.

Hyunjin masih diam membisu.Kata-kata Heejin masih segar di ingatan.Soobin mengundur diri.Malas masuk campur urusan mereka.

"Aku maafkan.",jawab Hyunjin acuh tak acuh.Heejin mengangkat kepalanya.Mukanya sedikit teruja mendengarkan jawaban Hyunjin.Dia punya terbayang Hyunjin menghalau dia keluar dari bilik.Sebaliknya Hyunjin memaafkannya.Hyunjin memandang muka Heejin yang tertunduk.

Padan muka.Semalam kau hina aku,hari ni pandai pulak minta maaf.

Hyunjin tersenyum sinis.Lepas ini,boleh dia mengelak daripada belajar dengan gyemo tu.

Say hohohohohoho

Heejin tergelak mendengar ringtone Hyunjin.Apa punya ringtone macam itu.Tak matang.Hyunjin mengawal riak mukanya.Waktu macam ini lah dia nak berhohohohohoho.

Lambat lagi ke?Aku tak sempat nak borak dengan kau pun😢😢

Hyunjin memandang Heejin yang masih membatu.

"Dahla..kau boleh keluar.Muak pulak aku tengok muka kau lama-lama.",arah Hyunjin.Heejin hanya mengangguk lalu pergi dari situ.Hyunjin mengambil nafas sebaik bayang Heejin menghilang.

Soobin membuka telefonnya bila terdengar notification berbunyi.

Masukla sayangku😂😂💕

Soobin tertawa.Ada saja lawak yang dicari.Tak padan dengan sakit.Dia segera masuk ke dalam bilik Hyunjin.
Terdengar gelak ketawa mereka memecah kesunyian di rumahnya.

Puan Choi dan adiknya hanya menggeleng mendengar gelak tawa anak-anaknya.

"Bila Jungmin hyung balik?",Tanya Jaehyuk sambil menghirup air kopi yang dihidang kakaknya.

"Lusa",jawabnya pendek.

----------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro