01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

1st February 2021- 9:34 a.m

4 years later

Aris merenung jam yang berada pada dinding kamar tidurnya. Fikiran mula dilanda badai. Ombak mula mencari daratan yang damai setelah serabut dengan assignment yang perlu dihantar petang ini.

Di luar, awan sedang berarak melintasi matahari tatkala tangan sudah penat menaip anak-anak papan kekunci komputer ribanya. Aris meraup wajahnya.

Pejam celik waktu pun dah siang. Dia tak sedar langsung masa telah berlalu dengan begitu pantas. Dalam keadaan duduk bersila di atas katil, belakang badan mula terasa lenguh. Yalah, duduk je sepanjang malam. Mana tak lenguhnya.

Aris menumbuk belakang badannya dan perlahan-lahan bangkit dari katil. Komputer riba tidak lupa untuk dimatikan. Langkah kaki diatur kemas menuju ke ruang tamu. Sambil berjalan, sambil dia menumbuk belakang badannya.

“Aris.” Langkah Aris mati sebaik sahaja dia mendengar satu bisikan suara memanggil namanya. Setahu dia, hanya dia seorang sahaja yang menghuni di dalam rumah kondominium ini. Kepala ditoleh ke kiri dan kanan. There's no one. Perkara itu diendahkan lalu dia mencapai alat kawalan jauh yang berada di atas meja kopi.

“Aris.” Suara itu memanggilnya sekali lagi. Aris mendengus kasar. Baru je nak labuhkan punggung, ada je benda yang menganggu. Sekali lagi dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa. Dia duduk bersandar di atas sofa sambil menguap. Ngantuk. Rambutnya diraup ke belakang setelah skrin televisyen dihidupkan.

“Aris Stevenson!”

“SHIT!”

Alat kawalan jauh tercampak ke skrin televisyen. Habis retak. Dia terlihat wajah Ash yang berlumuran darah di dalam kaca LCD televisyen. Cecair yang berwarna merah dan pekat deras mengalir dari mata dan mulutnya.

Mata putih Ash yang memenuhi ruang matanya membuatkan bulu roma Aris meremang. Walaupun skrin televisyen sudah retak, imej Ash masih kelihatan jelas. Seakan-akan dia berada di hadapan tubuh Aris. Face to face.

“Kau siapa?” Mulut dibuka dan suara garau Aris dilontarkan. Mata fokus menatap skrin televisyen. Dahi mula berkerut.

Who am I? It's me, Ash. Your little brother that you had killed!”

“Aku tak bunuh kau!” bentak Aris.

“ARIS! YOU KILLED ME! YOU'RE THE ONE WHO LEAVE ME BEHIND!” Bergema ruang tamu dengan suara Ash. Suara si kecil itu lain. Garau seakan suara Aris. Tetapi, suaranya lebih garau dan besar. Barang-barang di atas meja menunjukkan pergerakan. Bergetar. Seakan berlaku gempa bumi.

“Aku tak bunuh kau, Ash!”

“YOU KILLED ME. YOU'RE A MURDERER! I HATE YOU! I HATE YOU ARIS...”  Darah keluar mengalir dengan lebih deras. Ash menangis. Darah itu bukan sahaja dari wajah Ash. Ia juga mengalir keluar dari skrin televisyen sehingga membasahi lantai rumah Aris. Lantai yang suci itu kini bertukar status kepada najis.

“Ash dengar. Aku tak tinggalkan kau. I tried my best to protect you. But I failed.” luah Aris. Kelihatan Ash sangat marah. Nafasnya laju. Dada bergerak ke atas dan ke bawah dengan pantas. Dengusan yang kuat kedengaran.

“LIAR! YOU'RE A LIAR! YOU KILLED ME! I HATE YOU!”

“Ash no.”

“You're coward! I HATE YOU! HAHAHAHAHAHAHA A KILLER!”

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Aris...

Aris.

Aris Steveson! Bangun!

“I DIDN'T KILL YOU!” Aris bangun terduduk. Wajah Josh terpapar di depan mata. Lehernya berpeluh-peluh dan begitu juga dengan dahinya. Nafas Aris tercungap-cungap dan hal itu membuatkan dadanya naik dan turun mencari oksigen.

“Aris, kau mimpi adik kau lagi ke?” kata Josh sambil memegang bahu Aris. Aris menepis kasar tangan Josh dan mengalihkan selimut yang membaluti dirinya. Punggung diringankan untuk bangkit.

Persoalan Josh langsung tak dihiraukan. Dengan rasa malasnya, kaki diarak menuju ke bilik air. “Aris aku tanya kau jawablah.”

“Bukan urusan kau lah.” balas Aris. Josh berdecit. Balik-balik benda yang sama sahaja meresap ke dalam telinganya. Dia cuma mahu dapatkan kepastian. Tetapi sia-sia.

Sebelum Aris masuk ke dalam bilik air, tuala yang digantung pada kerusi ditarik. “Sebelum aku mengamuk, baik kau berambus dari rumah aku. Sesuka hati engkau je masuk. Kau fikir rumah ni atas nama kau?” kata Aris tanpa memandang wajah Josh.

“Ok.” balas Josh pendek dan dia terus keluar dari bilik Aris. Aris hanya mengendahkan dia dan masuk ke dalam bilik air. Air pancut dibuka dan dia bersiap sedia untuk mandi.

Bunyi dentuman kedengaran dari dalam bilik air. Mungkin Josh dah keluar dari rumahnya. Yalah, suka-suka hati masuk rumah orang tanpa izin. Member tak member, rumah aku kau jangan suka hati nak main rempuh. Bil api aku yang bayar.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

20 minit berlalu dan Aris keluar dari bilik airnya. Rambut yang basah dilap dengan tuala. Pakaian pun dah siap dipakai. T-shirt putih dengan seluar tracksuit biru gelap. Aris ini memang teliti orangnya. Sebelum dia masuk tidur, dia akan letak pakaiannya di dalam bilik air. Esok mandi, siap, terus sarung. Tak perlu nak tercari-cari baju di dalam almari. Buat sejuk badan sahaja.

Tuala digantung di tempat yang sepatutnya dalam keadaan otak sedang menganalisis sesuatu. Mata dijeling pada permukaan atas sebuah meja sebelah katilnya. Ada cincin. Ya, cincin itu dipandang. Tulisan dan nombor-nombor pada cincin tersebut ditelitikan. “Stupid ring.” kata Aris.

PRAK!

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba bunyi kaca pecah mencetuskan impuls deria pendengaran Aris. Tanpa berfikir panjang dia terus keluar dari bilik. Wajahnya berubah sebaik sahaja melihat wajah resah seseorang yang sedang bercangkung mengutip serpihan kaca di atas lantai dapur.

Shit! Why are you still here? What the heck have you done?! ” ujar Aris dengan lantangnya. Dia bergegas ke arah si dia dan bantu mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Bukan kutip biasa-biasa sahaja. Tapi, kutip dalam keadaan yang sangat marah.

I'm really sorry. I'm just trying to make a breakfast for you.”  Lembut empunya suara meminta maaf. Aris melepaskan geram dengan bebelan.

“Kau fikir sweet ke? Bodohlah. Ni pinggan mak aku kasi. Suka hati kau je sentuh. Adumak. Tak gunalah. Habis berkecai. Kau ingat murah ke sia? Kalau pinggan kaca murah aku tak kisahlah. Ni mak aku beli kat Perancis. Limited edition. Kalau bukan sebab kau benda ni tak- AH!”

Jari tengah tangan kiri Aris terluka akibat salah satu serpihan kaca pemberian arwah ibunya yang dikutip terguris. Cecair merah pekat keluar mengalir di jarinya yang runcing itu. Seumpama aliran sungai yang aman tanpa deras.

“Ha itulah kau. Bebel bebel.”

“Diamlah kau.”

“Siapa aku?”

“Josh.”

“Josh apa?”

“Josh Richards. Ah tak guna. Tepi! Kau kutip benda-benda ni.” Aris menolak Josh kasar dan terus melulu ke sinki. Jarinya dibasuh dengan air yang mengalir. Sakit dan pedih. Itulah yang dia rasa. Tapi dia berjaya menahan kesakitan yang seperti ditikam pisau itu. Josh yang terbaring, bangun dan kutip serpihan-serpihan kaca yang dia pecahkan.

Aris mengeluh. Darah itu tak berhenti mengalir walaupun sudah dicuci. Dia biarkan darah itu menitis. Kabinet di atas kepalanya dibuka dan diambil peti rawatan yang bersaiz kecil.

“Kau punya pasal la ni. Dalam sial luka ni.” Dia menyalahkan Josh.

Ya, memang salah Josh pun. Kalau pinggan kaca itu tak pecah, tiada maknanya jari dia akan terluka sebegitu dalam.

“Rileklah. Platlet kau tengah berkumpul tu nak membentuk trombin. Pastu, protombin. Ha lepastu, trombokinase and then fibri-”

“You better shut your mouth before i kill you.” Aris menyampuk sebab rasa menyampah. Tahulah belajar biologi. Medical student. Proses pembekuan darah. Nak tunjuk pandai konon. Semak tahu tak? Josh hanya mengetap bibirnya dan terus sambung kerja.

Aris menekap kapas pada kawasan yang terluka untuk mengurangkan pendarahan. Apabila sudah kurang dan kering, dia ambil antiseptik untuk disapu dan diikuti dengan iodin. Dia lindungi luka dengan pembalut supaya tidak dijangkiti oleh bakteria.

Selesai mengutip segala serpihan kaca, Josh membuangnya ke dalam tong sampah. Tangan juga dicuci dengan sabun dettol. Aris yang berdiri di sebelah menjeling tidak puas hati. “Apa? Aku tahu aku hensem.” ujar Josh sambil menyisip kedua-dua sisi rambutnya ke belakang dengan tangan yang basah.

“Kau buat apa dalam rumah aku? Bukan aku dah warning ke? Aku tak suka orang pecah masuk rumah aku.” kata Aris sambil menyimpan semula peti rawatan ke dalam kabinet. Kemudian, dia memeluk tubuh menanti jawapan daripada Josh.

“Aku nak buat sarapan untuk kau?” balas Josh dengan senyuman kekok. Tengkuk belakangnya digosok perlahan.

Dude, i'm serious.”

“Okay. Fine. It's about that stupid ring you gave me.”

____________________________________

votement 🖤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro