Chapter 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi itu, mereka semua digemparkan dengan berita Rin dan Ryan terlepas dari penjara angkasa. Akhirnya, mereka semua pergi ke stesen Tapops untuk melihat perkembangan.

Apabila mereka tiba, mereka terus berlari ke bilik kawalan. Kelihatan komander Kokoci dan Laksamana Tarung sudah berada di situ.

"Kami melaporkan diri!" ucap mereka serentak.

"Kami dapat berita yang Rin dan Ryan berjaya lepaskan diri pada 3 pagi tadi" kata Komander Kokoci.

"Macam mana mereka boleh lepaskan diri?" tanya Solar.

"Mereka telah dibantu seseorang" jawab Laksamana Tarung.

"Hah?! Siapa yang bantu mereka?" soal mereka semua serentak.

"Kami tak dapat pastikannya. Rakaman CCTV tunjuk dua orang yang bantu Rin dan Ryan. Kedua-duanya, kami syak ialah lelaki. Mereka menutup muka mereka, jadi kita tak dapat kesan identiti sebenar mereka" terang Komander Kokoci.

Gempa hanya diam mendengar maklumat tersebut dari Komander Kokoci. Entah kenapa, dia dapat rasakan ia seolah-olah permulaan untuk sesuatu yang dahsyat.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Sue hanya berjalan-jalan di taman apabila para elementels serta rakan-rakan mereka yang lain terpaksa ke stesen angkasa tapops kerana ada masalah. Tiba-tiba, telefon miliknya berbunyi. Sue terus angkat panggilan tersebut.

"Hello" kata Sue.

"......." kata pemanggil itu.

"Okay, aku datang sekarang" balas Sue.

Sue terus menamatkan panggilan tersebut. Dia mematikan telefonnya lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Sue terus berjalan pergi dari taman.

💟💟💟💟💟💟💟💟

"Urgh! Lambat lagi ke kita kena tunggu dia?" tanya Rin.

Kelihatan di sebuah rumah agam lama, Rin, Ryan, Zaki dan Leo berada di situ. Mereka sekarang berada di ruangan kerja peribadi seseorang. Akhirnya, seorang lelaki masuk ke dalam ruangan tersebut. Dia terus mengambil tempatnya.

"Macam mana?" tanya lelaki tersebut.

"Semua berjalan lancar. Mereka tak dapat kesan kami" jawab Zaki.

Lelaki itu menganggukkan kepala. Dia terus memandang Rin dan Ryan sekilas.

"Aku nak korang rehat dulu sebelum arahan seterusnya. Sekarang, korang bersurai dulu" kata lelaki tersebut.

Terus Rin, Ryan, Leo dan Zaki keluar dari ruangan tersebut.

"Sampai bila kau nak duduk dekat situ?" soal lelaki tadi.

Kelihatan dari sebalik almari buku yang gelap, seorang perempuan berjalan keluar menunju kearahnya.

"Kenapa panggil aku?" tanya perempuan tersebut.

"Sebenarnya... Aku ada misi untuk kau. Tapi... Ini misi berat. Apakah kau nak terima?" soal lelaki tersebut.

"Aku akan terima! Aku akan buat apa-apa saja untuk lindungi semua orang termasuk kita!" jawab perempuan itu tegas.

"Sue... Kau tau yang tugas kau sebelum ni pun dah bahaya. Kau masih nak terima?" soal lelaki itu.

Sue hanya diam seketika. Dia menghela nafas sebelum menjawab semula.

"Dah tentu aku terima. Sebab kaulah, kami dapat hidup lagi. Aku dan Zaki rasa terhutang budi dengan kau. Lagipun, kami ni bukan manusia normal malah kami bukan manusia langsung. Kami ni hanya..." kata-kata Sue hanya dibiarkan tergatung.

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala. Lelaki itu berjalan kearah Sue lalu mengusap kepalanya.

"Sue... Aku akan lindungi kau dan Zaki dari mereka. Aku tak akan biarkan... Lunarian dapat korang" kata lelaki itu.

~Bersambung

Fuh!~ Nia nak minta maaf sangat sebab lambat tak update cerita ni!🙇🙇 Nia sebenarnya nak habiskan cerita not good enough dulu supaya senang Nia nak fokus kat cerita ni pulak. Mesti ada yang setengah pernah dengar nama Lunarian. Nia ambil inspirasi dari sebuah cerita anime jepun..hehehe..kalau yg tau tu..rahsiakan lah ye..😉 kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro