Chapter 10 (EDITED)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(Sambungan chapter lepas yang masih Flashback)

Kini Fang, Gopal, Yaya, Ying,
Ochobot dan Tok aba sekarang berada di ruang duduk berhadapan dengan bilik pembedahan 15 dimana Boboiboy ditempatkan.

"Aduh! Boboiboy tolong jangan pergi!!" jerit Fang.

"Woi! jangan buat bising lah!" marah Yaya.

"Jangan nak bertengkar kat sini. Ini hospital" kata Ying cuba tenangkan keadaan.

Selepas kata-kata Ying, pintu bilik pembedahan terus terbuka. Doktor yang memakai tag nama 'Kimilia' mendekati Tok aba. Sementara yang lain cepat-cepat mendekati Tok aba agar dapat mendengar perbualan antara Tok aba dan Doktor Kimilia dengan jelas.

"Macam mana dengan cucu saya? dia selamat ke? pembedahan ni berjaya atau tak?" tanya Tok aba.

"Kami dah cuba yang terbaik tapi maaf kami..." kata-kata doktor kimilia tertangguh kerana doktor kimilia kelihatan cuba tenangkan dirinya.

"kami apa? "tanya Ochobot.

"Kami................tak berjaya selamatkan dia" kata doktor kimilia.

Mereka semua terkejut. Mereka tidak percaya yang Boboiboy telah pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

"kami harap pihak keluarga Boboiboy boleh terima semua ini. Saya minta diri dulu" kata doktor Kimilia lalu berjalan pergi.

Manakala mereka mula menangis kecewa. Sekarang superhero bumi dah tiada lagi. Seorang rakan telah pergi meninggalkan mereka buat selamanya. Sejak berita kematian Boboiboy tersebar satu Pulau Rintis, semua kawan Boboiboy mula mengubah sikap mereka.

Contohnya Fang, Gopal,Yaya dan Ying. Fang mula jadi pendiam seperti mula-mula dia pindah ke Pulau Rintis. Gopal pula selalu bantu Tok aba dan Ochobot di kokotiam. Yaya jadi macam harimau, 'asyik' nak telan orang. Dia menjadi seorang panas baran.

Kalau Ying, dia tidak lagi tersenyum seperti biasa. Lepas balik sekolah, dia terus lari balik rumah dia tidak singgah ke kokotiam seperti biasa.

Hampir satu minggu juga mereka tidak menyapa antara satu sama lain. Sehingga mereka dipanggil oleh Adudu untuk datang ke markas kotak. Pada mulanya, mereka fikir itu hanyalah perangkap.

Bila Adudu kata ada hal yang amat penting, mereka bersetuju untuk kesana. Apabila sampai ke markas kotak alangkah terkejutnya mereka, rupanya Ejojo muncul kembali untuk menyerang bumi. Dengan kehilangan Boboiboy, mereka pasti mengalami kesusahan untuk mengalahkan Ejojo.

Ketika sedang berbincang, langit mula mengelap. Mereka semua berlari keluar dari markas kotak. Terkejut mereka melihat kapal angkasa Ejojo rupanya. Mereka terpaksa berlawan dengan Ejojo demi mempertahankan bumi.

~End of Flashback (kembali pada masa Fang menjerit) ~

"Aku nak korang semua suruh si Boboiboy tu keluar sekarang juga!" kata Ejojo.

"Aku kata Boboiboy dah matilah!" kata Gopal marah.

Ejojo yang berasa berang terus menembak Gopal menggunakan laser.

"Arghhh!!!" jerit Gopal.

"Gopal!!!" jerit semua orang.

Yaya yang melihat perkara itu terus menyerang Ejojo.

"Graviti pemberat!" jerit Yaya.

Ejojo terus jatuh tersungkur di atas tanah. Ejojo cuba bangkit semula dan berjaya. Ejojo dengan pantas menyerang balik Yaya menggunakan pedang merah dia.

"Argh!!!" jerit Yaya.

"Yaya!!!" jerit semua orang sekali lagi.

Kelihatan Yaya cuba bangun semula tetapi gagal kerana badan dia terhempas kuat dekat tiang elektrik yang ada kat situ.

"Larian laju!!!!" jerit Ying lalu berlari cuba untuk menolong Yaya tetapi dia dihalang oleh Ejojo dengan perisai armor dia.

Ejojo cuba melibas pedang merah dia kepada Ying tetapi ada satu lagi pedang berwarna merah menghalang. Rupanya itu ialah Prob dan Adudu. Adudu duduk dalam kepala prob.

"Jangan halang akulah!!!" jerit Ejojo marah.

Ejojo terus melibas pedang dia kearah Prob dan Adudu. Prob yang tidak sempat mengelak terpaksa menerima libasan pedang milik Ejojo. Prob dan Adudu terlempar hingga terbaring berdekatan dengan Gopal. Lepastu, Ejojo dengan tangkasnya melibas pedang dia kepada Ying. Ying turut terlempar dan jatuh disebelah Yaya.

"Muahahahhahaha!!! nampaknya tinggal kau seorang je" kata Ejojo kepada Fang.

Ejojo mula melangkah ke arah Fang perlahan. Mereka yang lain hanya mampu memandang. Mereka tidak mampu untuk membantu Fang kerana tenaga mereka dah kurang. Fang cuba mencari idea untuk menyerang Ejojo tetapi gagal.

Dia tidak tahu nak buat apa sekarang. Melihat pada situasi sekarang, memang susah untuk mereka kalahkan Ejojo.

"Sudah tiba masanya untuk kau mati" kata Ejojo.

Fang terus terkejut dan baru dia perasan Ejojo sudah berdiri dihadapan dia. Ejojo terus angkat pedang dan terus meluru kearah Fang.

"Fang!!!!" jerit semua orang.

kring!!keboom!!

Fang terkejut. Dia dengar bunyi desingan pedang milik Ejojo yang dihadang oleh sebilah pedang milik seseorang hingga menyebabkan letupan tadi.

"Jangan kau cuba nak cederakan kawan aku!!" kata seseorang yang masih menahan pedang Ejojo.

Mata Fang membulat. Suara orang dihadapan dia sekarang macam pernah dengar sebelum ni malah selalu dengar. Apabila habuk mula menghilang, dia boleh nampak wajah orang yang berdiri dihadapan dia. Fang dan semua orang yang ada disitu terkejut.

Rupa-rupanya orang yang selamatkan Fang ialah Boboiboy!. Kelihatan Boboiboy sudah bertukar menjadi boboiboy Halilintar.

"Tetakan pedang halilintar!" jerit Boboiboy.

Dengan serangan Boboiboy, Boboiboy berjaya menolak Ejojo kebelakang.

"Jangan ingat kau boleh bunuh kawan-kawan aku dengan mudah" kata Boboiboy.

Manakala Ejojo memandang Boboiboy dengan perasaan marah.

~bersambung

Fuh~penat perah idea..sorry la kalau nampak pendek..Author dah tak ada idea.Pasti ramai yg fikir Boboiboy dah mati tapi rupa rupanya hidup lagi.Pasti ramai yg terkejutkan.Author saja buat macam tu.Biar suspen sikit hihihi..okay author pergi dulu bye..

EDITED NOTED

Hai semua! Nia harap korang masih setia membaca cerita ni dan cerita-cerita lain milik Nia.

Kalau suka, vote
Kalau nak cakap apa², komen

Bye!

TARIKH EDITED: 19 september 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro