Chapter 6 (EDITED)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cuti satu minggu kini telah berakhir. Boboiboy sekarang dalam perjalanan ke sekolah. Lebam tempoh hari dah mula menghilang. Sampai saja disekolah, Boboiboy terus duduk kat tempat dia dan memandang ke luar.

Cuaca yang mendung seolah-olah menunjukkan suasana di dalam hati Boboiboy juga. Seketika kawan-kawannya mula masuk ke dalam kelas dan mereka ternampak Boboiboy yang termenung jauh ke luar. Mereka hanya buat tidak endah sahaja tentang Boboiboy.

Tidak jauh dari situ, kelihatan Adudu dan Prob sedang menyorok di dalam stor sekolah.

"Nampaknya rancangan pertama aku berjaya" kata Adudu gembira.

"Sekarang encik bos nak buat apa?" tanya Prob.

"Sekarang kita jalankan rancangan kedua" kata Adudu.

"Rancangan kedua?" tanya Prob.

"Ya, jom kita mulakan sekarang" kata Adudu lalu pergi diikuti Prob dari belakang.

~Skip time~

Ketika waktu rehat, semua pelajar keluar dari kelas masing-masing termasuk Boboiboy. Boboiboy keluar paling terakhir sekali. Boboiboy pun menutup semua kipas dan berjalan keluar dari kelas. Sepanjang perjalanan ke kantin, Boboiboy rasa tidak sedap hati. Dia dapat rasakan yang ada orang ikut dia. Bila pusing belakang tidak ada sesiapa pun di belakangnya.

Sampai di satu selekoh, secara tiba-tiba ada satu tangan menutup mulut Boboiboy. Boboiboy yang terkejut terus memberontak tapi dia mula berasa pening. Rupanya, terdapat sehelai sapu tangan yang diletak ubat pelali pada mulut Boboiboy. Boboiboy mula rasa pening sebelum akhirnya pingsan.

Orang yang menukup mulut Boboiboy tadi, mengangkat Boboiboy lalu pergi ke stor sekolah. Orang tadi mengikat tangan dan kaki Boboiboy supaya tidak terlepas. Lalu orang tersebut terus keluar, meninggalkan Boboiboy sendirian di dalam stor.

Orang tadi berlari ke arah belakang sekolah. Di tangannya, muncul dua bebola api bersaiz sederhana. Dia tersenyum sinis lalu melemparkan dua bebola api tersebut ke arah pokok-pokok yang berada di situ.

Api yang membakar pokok itu semakin membesar. Orang tersebut boleh mendengar jeritan pelajar-pelajar yang berada di situ. Orang tersebut terus menghilangkan diri sebelum ada orang tahu tentang kehadiran dia di situ.

~Skip time~

Boboiboy mula sedarkan diri dan memandang kawasan sekeliling. Rupanya dia berada dalam stor sekolah. Ketika dia cuba melepaskan diri dari ikatan tali yang mengikat tangan dan kaki dia, dia terdengar jeritan.

Jeritan demi jeritan mula kedengaran di telinganya. Tiba-tiba dia terhidu bau hangus. Baru dia tahu rupanya ada benda terbakar tapi benda apa?. Dia cuba lepaskan diri dan akhirnya berjaya. Dia terus berlari keluar dari stor. Dia terkejut melihat pokok yang berada di sebelah padang sekolah telah terbakar.

Dia nampak ada pasukan bomba datang. Kelihatan pasukan bomba tersebut sedang bertungku-lumus untuk memadam api yang membara. Akhirnya selepas 30 minit, api berjaya dipadamkan sebelum sempat merebak ke kawasan padang sekolah.

Pihak sekolah menanyakan apa punca kebakaran tersebut. Tetapi pasukan bomba tersebut kelihatan tidak tahu dan hanya menjawab

"kami tengah buat siasatan tentang kebakaran ni harap bersabar".

Sementara kawan-kawan Boboiboy tengah bincangkan tentang kebakaran tersebut.

"Wei, aku rasa kebakaran tadi berpunca dari Boboiboy" kata Gopal.

"Aku pun rasa macam tu juga sebab dia ja ada kuasa api kat Pulau Rintis ni" balas Fang.

"Yalo, aku pun rasa juga maa" kata Ying.

"Kalau macam tu kita kena cari bukti agar orang lain percaya apabila kita bagitau" kata Yaya pula.

Mereka pun mengangguk kepala tanda setuju.

Tidak jauh dari situ, kelihatan satu mahkluk hijau dan robot ungu mengintai para Superhero tadi berbincang.

"Nampaknya plan kedua aku mula berjalan dengan lancar" kata mahkluk hijau itu.

Rupanya, mereka ialah Adudu dan Prob.

"Rancangan encik bos memang terbaik" kata Prob.

"Betul tapi jangan lupa kita ada bantuan tambahan sekali" kata Adudu.

Kemudian, satu robot yang rupa dia sama macam Boboiboy datang.

"Nampaknya kau melakukan tugas ni dengan baik Boboibot" kata Adudu.

Rupanya robot tersebut ialah Boboibot. Dia telah dibaiki oleh Adudu sendiri untuk melengkapkan rancangan kedua dia.

Sebenarnya, Boboibot lah yang membuat Boboiboy pingsan dan membakar pokok-pokok sekolah tadi.

"Nampaknya kau akan kalah Boboiboy muahahahahahahahahahahahahahahahahahah!!!!!!!" kata Adudu sambil ketawa jahat diikuti Prob dan Boboibot.

~bersambung

Hai semua!!!sorry la author buat pendek je sebab author tak ada idea la.Lagipun author tengah bersiap-sedia untuk Ujian selaras 2.What the fish!ujian selaras 2 akan diadakan bulan depan.Aduh,pening la kepala author nanti.jadi author update hujung minggu saja okay bye...

*Edited noted*

Hai korang. Maafkan Nia ya sebab baru sambung balik edit cerita ni. Nia sibuk dengan hal sekolah memandangkan Nia pelajar tahun terakhir ( form 5) dan pelajar harapan. Nia minta maaf sangat² ya. Harap korang still setia menunggu ya. Nia akan cuba cari waktu untuk edit sampai habis ya untuk cerita ni. Maafkan Nia ya TwT

EDITED: 10/10/2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro