Prolog (EDITED)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di Sekolah Kebangsaan Pulau Rintis atau lebih tepat di kantin sekolah tersebut, kelihatan 5 sekawan superhero sedang berbual sambil menjamu selera.

"Boboiboy, nanti datang rumah aku kita main game nak tak??" tanya Gopal.

"Main je kau tau Gopal" kata Yaya.

"Entah kau ni bila la nak belajar pula" kata Fang.

"Sorry Gopal, aku tak boleh main game dengan kau" kata Boboiboy sambil memainkan mee goreng dia yang enak lagi menyelerakan.

"Kau ni dah kenapa Boboiboy?" tanya Fang kerana risau dekat Boboiboy yang bermain dengan makanan sahaja.

"Ya lo, kau ni tak sihat ka?" tanya Ying.

"Tak de apa-apalah, aku masuk kelas dulu bye" kata Boboiboy lalu pergi ke kelas mereka iaitu 6 Jujur.

"Boboiboy nampak macam tak sihat saja kan" kata Yaya.

"Betul la, aku tengok macam orang hilang kekasih" kata Gopal dan mendapat 'anugerah' dari Yaya dan Ying.

Sementara itu, Fang hanya memadang ke arah padang sambil berkata dalam hati 'Boboiboy, kau ok ke tak? jangan buat aku risau'.

~Dimarkas kotak

Kelihatan alien berkepala kotak berwarna hijau tengah membaiki sesuatu di dalam makmalnya. Robot pembantunya hanya memandang tuan dia sedang membaiki benda itu.

"Prob, tolong ambilkan pemutur skru" kata Adudu.

"Nah encik bos" kata Prob lalu memberi pemutur skru yang diminta oleh Adudu tadi.

Adudu kelihatan bertungkus-lumus menyiapkan benda itu. Akhirnya, benda yang dibina oleh Adudu itu sudah siap diperbaiki.

"Akhirnya, siap juga!" kata Adudu.

"Hah dah siap? Encik bos baiki apa?" tanya Prob.

"Ni aku dah siap baiki Boboibot!" kata Adudu gembira.

Kelihatan sebuah robot hampir sama rupa dengan Boboiboy, sedang berdiri tegak dan kekuatannya lebih kuat dari dulu.

"Tengok la nanti Boboiboy, aku akan hancurkan nama baik kau dan kepercayaan penduduk kat sini terhadap kau!" kata Adudu.

"Encik bos nak buat apa mula-mula?" tanya Prob.

"Mula-mula, aku nak hancurkan persahabatan Boboiboy dan kawan-kawan dia dulu supaya bila kita serang Boboiboy mereka tak akan bantu dia" kata Adudu.

"Hebatnya encik bos" kata Prob.

"Muahahhhahaahahaha!!!!"
gelak Adudu.

~BERSAMBUNG~

Ini baru permulaan.Jadi vote la cerita ni okay..semoga terhibur.bye bye!!(lambai tangan).

*EDITED NOTED

Hai korang! Dah lama tak jumpa korang semua TvT. Seperti yang korang tengok kat bahagian chat, ramai yang bagi komen yang positif. Nia betul-betul nak ucapkan terima kasih sebab sokong dan suka cerita ni.

Disebabkan itu jugalah, Nia buat keputusan untuk edit sedikit saja untuk chapter-chapter yang ramai pembaca komen dekat mana-mana bahagian yang masih kurang seperti chapter ni yang sebelumnya tiada tanda ". Jadi, kalau korang nampak kat bahagian tajuk tulis 'EDITED' tu maknanya Nia dah selesai edit bahagian tu mengikut komen pembaca. Jalan cerita masih sama, tiada perubahan cuma beberapa kesilapan atau tanda baca saja yang sedikit berubah. Harap korang terus menyokong cerita ni! Bubye!

EDITED: 17/9/2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro