Chapter 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Disebuah hutan berdekatan dengan gunung Pulau Rintis, kelihatan beberapa remaja sedang berlawan menggunakan kuasa di sana.

"Ambik ni!!" jerit seorang remaja perempuan sambil menyerang.

"Hiyark!!" jerit seorang lagi remaja perempuan mengelak serangan tadi.

"Kali ni korang tak akan terlepas!!" jerit seorang remaja lelaki.

"Aku tak akan benarkan kau buat macam tu!!" jerit lagi seorang lagi remaja lelaki.

Melihat situasi di atas,semua sudah tahu bahawa ada empat remaja sedang berlawan. Mereka sudah mula berlawan sejak mereka terserempak antara satu sana lain.

"Aku akan pastikan kuasa tu akan jadi milik aku!" kata salah satu remaja perempuan yang mulakan serangan tadi.

"Selagi aku hidup, jangan harap aku akan benarkan Rin!" balas remaja perempuan yang mengelak serangan Rin tadi.

"Kau jangan cuba nak halang kami Sue!" marah seorang remaja lelaki yang berdiri disebelah Rin.

"Jangan ingat rancangan korang akan berjaya Ryan!" kata seorang remaja lelaki yang turut berdiri bersebelahan dengan Sue.

"Kami akan tunjukkan kuasa kegelapan kami kepada Sue dan kau, Leo!" jerit Rin.

"Leo! Kita kena pergi sekarang atau ada orang nampak kita dan bagitau kepada mereka!" kata Sue penuh kerisauan.

"Baiklah, kita pergi sekarang!" balas Leo.

"Jangan harap korang boleh terlepas!" jerit Rin.

Ryan terus melakukan serangannya tetapi Leo dan Sue sempat melarikan diri dengan menggunakan teleportel.

"Tak guna!!" marah Ryan.

"Tak apa, kali ni mereka terlepas tapi lepas ni jangan harap" kata Rin tersenyum jahat.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Sementara itu, para elementel brothers sedang melakukan kerja masing-masing di rumah Tok Aba.

"Bosannnnyyyyaaa..." keluh Ice panjang.

"Makan jelah ais krim kau tu" kata Blaze sambil main video game dekat phone.

"Haih...nak buat apa ni?" tanya Taufan sambil duduk secara terbalik.

"Hm..." keluh Halilintar sambil pandang sekeliling.

"Gempa!!" jerit Ochobot masuk ke dalam rumah.

"Kenapa ni Ochobot?!" jerit mereka semua termasuk Gempa yang baru datang.

"Tak ada apa-apa cuma Tok Aba minta kau pergi beli barang je hah" kata Ochobot.

Semua terus menepuk dahi mendengar kata-kata Ochobot. 'Cuma nak suruh beli barang je, tapi macam nak suruh pergi tangkap orang' kata mereka dalam hati.

"Ye la, aku pergi sekarang" kata Gempa lalu bangun.

"Nah, senarai barang dan duit" kata Ochobot menghulurkan sejumlah duit.

"Okay, aku pergi dulu ya semua" kata Gempa lalu keluar.

Sementara yang lain, masih lagi dilanda kebosanan hidup.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Di sebuah lorong salah satu belakang kedai, kelihatan sebuah teleportel telah muncul. Leo dan Sue terus melompat keluar dari teleportel tersebut.

"Nasib baik, kita dapat lepaskan diri" kata Leo.

"Ya, tapi sekarang ni kita harus jalankan misi kita" kata Sue.

"Jadi kita kena berpisah dan menyamarkan?" soal Leo.

"Ya, dan melindungi mereka. Kita harus perhatikan mereka agar Rin dan Ryan tak cederakan mereka" jawab Sue.

"Baiklah, kalau macam tu aku pergi dulu. Aku kena cari baju untuk menyamar nanti" kata Leo lalu berjalan pergi.

"Hm... Nampaknya aku pun kena cari baju yang sesuai dan uruskan benda yang lain sekali" kata Sue lalu berjalan menuju ke bandar Pulau Rintis.

Sementara itu di bandar Pulau Rintis, kelihatan Gempa sedang berjalan sambil memerhatikan senarai barang.

"Hmm...gula dah, garam dah, susu tepung dah, ayam dah, sayur dah, telur dah, apa benda yang tak ada lagi ya?" soal Gempa sendirian.

Ketika berjalan, Gempa dan Sue secara tiba-tiba terserempak. Sue terus terkejut manakala Gempa pula tergamam. Sue terus sedarkan diri lalu lari dari situ. Gempa yang baru sedar dari lamuannya, terus mengejar Sue.

"Hei! Tunggu!" jerit Gempa kepada Sue.

Sue hanya terus berlari sekuat hati sehingga memasuki sebuah lorong di tepi kedai. Apabila Gempa masuk ke lorong tersebut, kelibat Sue telah hilang. Dia tiada di situ lagi.

Gempa mula mengambil nafas setelah bersusah payah mengejar Sue. Dia hanya memandang ke hadapan.

"Tak mungkin..adakah..itu..DIA?"

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

"Aduh... Manalah Gempa ni? Tak balik-balik pun. Selalunya dia balik awal" gumam Halilintar agak risau.

"Janganlah risau Hali, aku yakin kejap lagi Gempa sampai lah tu" jawab Taufan.

Secara tiba-tiba, pintu rumah telah dibuka secara kuat hingga mengejutkan seluruh makhluk yang berada di dalam rumah.

Kelihatan Gempa dengan keadaan berpeluh-peluh dan  berwajah risau. Semua barang yang telah di beli telah diletakkan di tepi sofa.

"Kau ni okay ke tak, Gempa?" soal Solar.

"Aku okay je. Semua barang bawa ke dapur. Aku nak naik atas" kata Gempa terus berjalan menunju ke biliknya yang berada di tingkat dua.

"Kenapa dengan Gempa tu?" tanya Ice.

"Sakit perut kot" balas Blaze sambil bermain game.

Gempa terus buka pintu biliknya lalu menutupnya kembali. Dia terus kunci pintu bilik tersebut. Dia tidak mahu sesiapa tahu pasal ini. Nasib dia begitu baik kerana dia tidak berkongsi bilik dengan sesiapa. Makin senanglah, dia nak cari sesuatu.

Gempa mula menyelongkah rak bukunya sambil mencari sesuatu. Selepas tidak jumpa, dia mencari di dalam rak pakaian pula.

"Aku yakin yang aku letak dalam ni" gumam Gempa sambil terus mencari.

Gempa terus mencari sedaya upaya. Akhirnya, dia berjaya juga menjumpai apa yang dicari.

"Jumpa juga akhirnya album gambar ni!" kata Gempa sambil memandang sebuah album gambar.

Album tersebut kelihatan kusam dan warna kulit berwarna kuning pudar. Gempa terus membuka album tersebut. Terlihat gambar-gambarnya ketika dia masih menjadi Boboiboy berada di situ. Gambar dia ketika waktu kecil juga berada di sana.

Tiba-tiba, sebuah gambar terkeluar dari album tersebut lalu terjatuh ke lantai. Gempa terus mengambil kepingan gambar tersebut. Kelihatan gambar dia ketika berusia empat tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan yang kelihatan seusia dengannya. Kanak-kanak tersebut berambut panjang warna putih dan bermata merah delima.

Di belakang gambar itu juga, kelihatan namanya dan nama penuh kanak-kanak perempuan tersebut ditulis dengan cantik sekali.

'Seperti perempuan tadilah' gumam Gempa agak terkejut di dalam hati.

"Tak mungkin...adakah perempuan tadi tu ialah...Sue Azizi?" kata Gempa dengan wajah yang agak terkejut.

~Bersambung

Hohohoho! Nia telah kembali!😆😆 chapter kali ni,okay ke tak ye?😕baiklah semua, adakah chapter kali ini telah buat korang tertanya-tanya siapakah sue azizi tu? Kenapa nama belakang dia sama dengan boboiboy gempa iaitu azizi?Dan apakah hubungan dia dengan gempa? Dan rasanya ramai juga terfikir kenapa gempa ingat tentang perempuan tu tapi ice dan halilintar tak ingat pasal tu? Kalau nak tau, kena baca chapter akan datang lah!!😂😎..kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen..bye!!😄😄😄

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro