Chapter 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Malasnya nak pergi sekolah hari ni!" kata Blaze.

"Jangan nak mengada, kita tetap kena pergi sekolah juga" kata Solar.

"Betul tu apa yang Solar cakap abang Blaze" kata Thorn mengiyakan kata-kata adiknya itu.

"Tetapi tetap saja aku rasa malas!!" jerit Blaze.

"Jangan menjerit lah dekat tepi jalan!" marah Halilintar.

Gempa hanya menggelengkan kepala sahaja melihatnya. Moodnya pada hari tu agak buruk. Mungkin sebab semalam, mood cerianya terus menghilang.

Selepas sahaja 7 elementel brothers tersebut sampai ke sekolah, mereka terus menuju ke kelas. Kelihatan Fang, Gopal, Yaya dan Ying serta beberapa orang lagi murid sudah berada di dalam kelas.

"Selamat pagi semua!" kata 7 elementel tersebut.

"Selamat pagi!" jawab kawan-kawan mereka balik.

7 elementel brothers terus duduk di tempat masing-masing.

"Korang ada dengar berita yang ada budak baru nanti masuk kelas kita?" tanya Fang.

"Eh? Bila? Berapa? Perempuan ke lelaki?" tanya Taufan.

"Hari ni. Dua orang dan sorang perempuan dan sorang lelaki" jawab Ying.

"Kau tau tak siapa budak baru tu, Yaya?" tanya Gempa.

"Tak. Cikgu tak bagitau apa-apa pasal budak baru tu kat aku" kata Yaya.

"Semua! Cikgu datang! Cikgu datang!" jerit salah seorang murid.

Semua murid terus masuk ke dalam kelas. Mereka terus duduk di tempat masing-masing.

"Bangun! Selamat pagi Cikgu Kebenaran!" jerit Yaya.

"Selamat pagi Cikgu Kebenaran!" kata semua murid.

"Selamat pagi murid-murid! Duduk!" kata Cikgu Papazola.

Semua murid terus duduk kembali.

"Baiklah, sebelum kita teruskan dengan pelajaran kita hari ni! Kita ada dua orang murid baru!" jerit Cikgu Papazola.

"Uwah!! Murid baru!! Mana muridnya cikgu?" tanya semua murid.

"Baiklah, kamu berdua di luar masuk ke dalam kelas sekarang!" kata Cikgu Papazola.

Kelihatan dua pelajar mula melangkah masuk ke dalam kelas. Seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan.

"Hai semua, nama saya ialah Sueihiko Kashima dari Jepun! Tapi korang boleh panggil saya Sue. Salam kenal ya!" kata pelajar perempuan tersebut.

Dia mempunyai rambut berwarna ungu gelap dan mempunyai sedikit warna putih di hujung rambutnya. Matanya berwarna ungu kemerahan. Dia memakai baju sekolah dan seluar biru sekolah serta memakai vest ungu muda tanpa lengan dan mempunyai ikatan reben kecil merah jambu di kolar baju sekolahnya.

Gempa terus memandang Sue.

'Apa? Sueihiko Kashima? Tak mungkin. Aku yakin itu memang dia! Aku cam mata tu walaupun dia pakai Lens Contect sekalipun!Aku akan dapatkan jawapan untuk semua ni!" bisik Gempa dalam hati.

"Hello semua, nama saya ialah Leon Katsukyu. Saya juga dari Jepun. Salam kenal" kata pelajar lelaki yang berdiri di sebelah Sue.

Leo memiliki rambut berwarna biru gelap dan bermata warna biru cerah. Dia juga pakai baju sekolah dan seluar sekolah serta memakai vest tanpa lengan berwarna biru dan mempunyai line berwarna merah dan kuning di situ.

"Baiklah! Kamu berdua boleh duduk sekarang! Sue, kamu duduk di sebelah Gempa sementara Leo, kamu duduk dengan Solar dan Thorn!" arah Cikgu Papazola.

"Baik, Cikgu!" kata Sue dan Leo lalu duduk di tempat yang Cikgu Papazola suruh.

"Semua buka buku teks matematik muka surat 132 sekarang!" jerit Cikgu Papazola.

Semua murid terus buka teks matematik seperti yang disuruh oleh Cikgu Papazola.

"Kenapa kau menyamar hah?" bisik Gempa tetapi masih memandang ke hadapan.

Sue tahu yang Gempa bisik kepadanya.

"Aku akan bagitau lepas balik sekolah nanti" bisik Sue kembali dan seperti Gempa juga tetap memandang hadapan.

Tanpa mereka sedar, Taufan perasan tentang mereka berdua. Dia nampak yang Sue dan Gempa bercakap antara satu sama lain. Wajah mereka cukup serius dan mereka berdua kelihatan mengenali antara satu sama cukup lama berbanding orang lain. Dia hanya diam membisu lalu kembali fokus ke hadapan.

💟💟💟💟💟💟💟💟

Kring!!kring!!kring!!

Kedengaran loceng waktu rehat telah berbunyi. Semua pelajar terus keluar dan menunju kearah kantin sekolah.

"Sue! Leo! Jom rehat sekali dengan kami!" ajak Yaya.

"Hm... Okay" balas Leo manakala Sue hanya senyum dan angguk kepala.

Mereka semua terus pergi membeli makanan di kantin. Selepas selesai membeli, mereka terus pergi ke tepi padang lalu duduk di salah satu pokok di situ.

"Sue dan Leo, kenapa korang berpindah ke Malaysia?" soal Solar.

"Kalau aku sebab saudara aku ramai tinggal sini. Mak ayah aku dah lama meninggal dunia jadi aku duduk sorang-sorang di sini" jawab Leo.

"Kalau Sue pulak?" tanya Thorn.

"Aku? Sebab semua ahli keluarga aku tinggal kat sini. Mak ayah aku pun macam Leo juga dah tak ada. Cuma abang-abang aku je berada kat sini" terang Sue.

"Jadi, kau tinggal dengan abang-abang kau lah?" tanya Halilintar pula.

"Tak. Aku tinggal bersendirian sekarang" kata Sue.

"Kenapa tak tinggal je dengan abang-abang kau tu?" soal Gempa tanpa sesiapa sedar, dia tanya dengan penuh maksud di situ.

"Abang-abang aku tak tau yang aku ada kat sini. Jadi lepas balik sekolah, baru aku pergi jumpa dengan salah seorang abang aku nanti" balas Sue memandang Gempa.

Taufan sekali lagi nampak tentang itu. Dia yakin kali ini bukan perasaan dia lagi tetapi ini lah kebenarannya! Dia mesti siasat tentang perkara ni!

"Psst! Taufan! Taufan!" bisik Solar.

"Hm? Kenapa panggil?" bisik Taufan kembali.

"Kau perasan tak yang Gempa macam sorokkan sesuatu dari kita?" bisik Solar.

"Perasan. Aku nampak dia dengan Sue macam kenal antara satu sama lain. Aku dengar lepas sekolah, diorang nak berjumpa" bisik Taufan.

"Kalau macam tu, nanti kita spy diorang lepas sekolah" bisik Solar.

"Okay" bisik Taufan.

"Hoi!! Yang dua orang tu dah kenapa? Terbisik-bisik? Makan cepatlah!" marah Halilintar sambil memandang diorang.

"Erk?! B-Baik!" kata Taufan dan Solar serentak lalu sambung makan makanan diorang.

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Kring!!kring!!kring!!

Akhirnya, waktu persekolahan telah pun tamat. Seperti yang dirancangkan, Gempa menyuruh rakan-rakannya serta kembar-kembarnya untuk pulang dahulu ke rumah dengan alasan dia ada kerja sikit lagi kat sekolah. Manakala, Sue turut meminta Leo untuk balik dahulu tanpanya dengan berkata cikgu nak berjumpa dengannya.

Mereka berdua terus berjalan seiring ke tepi padang sekolah. Tanpa disedari mereka, Solar dan Taufan secara senyap-senyap mengikuti mereka dari belakang.
Selepas sampai, Taufan dan Solar menyorok di salah satu belakang pokok yang ada disitu.

"Apa yang telah terjadi? Kenapa kau menyamar? Dan kenapa... Kau pergi dulu?" soal Gempa dengan wajah serius.

"Haih... Sebenarnya, mereka dah kembali" jawab Sue memandang padang sekolah yang luas itu.

"Apa? Mereka dah kembali? Tak mungkin, kita berdua dah kalahkan mereka dulu?!" tanya Gempa tidak percaya.

"Ya! Mereka dah kembali! Aku pun tak tau macam boleh terjadi! Yang aku tau, mereka nak kuasa tu!" balas Sue.

"Sekarang, kuasa tu ada kat tempat yang sama ka?" tanya Gempa.

"Tak. Aku dan Leo dah letakkan di Planet Aquasea. Kuasa tu selamat di bawah penjagaan kami tapi mereka akan menyerang penduduk di sini kalau kami tak serahkan kuasa tu kepada mereka" terang Sue.

"Jadi itu ke sebab... Kau menyamar. Untuk menghalang mereka dari mencederakan penduduk di sini" kata Gempa.

"Ya. Dan waktu mereka kembali adalah tepat dengan waktu diorang sedar dari koma. Aku nak bagitau kau tapi tak sempat. Mereka dah mula menyerang ketika tu. Jadi aku dan Leo, terus teleport mereka dan diri kami ke planet yang lain" balas Sue.

"Maaf sebab aku bersikap dingin" ujar Gempa.

"Tak apalah. Aku faham dan kau berhak marah aku" kata Sue.

"Kali ni, aku akan tolong kau dan Leo untuk lindungi kuasa tu macam dulu. Aku tak akan benarkan mereka terlepas lagi macam dulu" balas Gempa.

"Terima kasih, Gempa" kata Sue.

"Aku harap selepas kita dapat kalahkan mereka, kita dapat hidup macam dulu balik. Aku rindukan masa kau ada bersama aku dan yang lain" kata Gempa.

"Aku pun sama. Jangan risau, kali ni mereka tak akan terlepas" kata Sue tersenyum.

Gempa pun turut tersenyum juga. Sementara Taufan dan Solar pula, hanya tergamam. Benar sangkaan mereka, Gempa dan Sue mengenali antara satu sama lain. Tapi siapa mereka yang dicakapkan? Kuasa apa yang dimaksudkan? Dan siapa baru sedar dari koma? Semua persoalan tu hanya bermain dalam fikiran mereka.

Mereka akhirnya buat keputusan untuk beredar dari situ. Tanpa menyedari, ada seseorang memerhatikan mereka serta Sue dan Gempa. Orang tersebut hanya berdecih geram melihat Gempa dan Sue. Orang tu terus menghilang dari situ sebelum ada orang melihat kelibatnya.

~Bersambung

Macam mana? Okay ke tak? Kalau okay vote kalau nak cakap apa-apa komen ye. Bye semua!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro