Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nurina cuba memegang pipi perempuan itu. Dia kelihatan lemah sekali. Nurina sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Masa sekolah dulu dia tidak pernah join Persatuan Bulan Sabit Merah. Salah satu sebabnya baju persatuan itu tidak cantik langsung. Putih macam kain mayat!

Sekarang, dia sendiri hilang punca apabila berhadapan dengan situasi cemas sebegini. Nurina cuba meniru aksi di dalam filem kegemarannya Doctor Strangers.Dipegang nadi perempuan itu. Tapi hampa, Nurina tidak dapat merasa langsung denyutan nadi perempuan itu.

"Gila! Minah ni dah mati ke?"

Nurina menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Terus dia meletak jarinya di lubang hidung wanita itu. Nurina tersenyum.

"Hidup lagi rupanya. Nasib baik kau hidup tau. Saspen je minah ni" Nurina menghela nafas lega.

Rasanya, perempuan inilah yang bertengkar dengan teman lelakinya tadi.
Mata Nurina ligat memerhati sekeliling ruang parkir KLCC itu. Kosong.
Segera dia mengambil Iphonenya, dia menelefon 999 untuk meminta bantuan.

*********

"Cik Nurina. Mangsa tadi dah sedar." Panggil jururawat.

Nurina segera bangun untuk melihat keadaan perempuan itu.

"Hai. Awak okay?" Sapa Nurina ramah.

"Hmm awak ke yang tolong saya tadi? Terima kasih tau.By the way, saya Sakinah. Awak?"

" Saya Nurina. Saya cuba nak hubungi keluarga terdekat awak. Tapi telefon awak ada security code"

Sakinah segera membuka beg tangannya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Sebaik sahaja memegang telefon itu, Sakinah terus menangis.

" Saya dah takde sesapa Nurina. Sebelum ni saya cuma hidup bersama teman lelaki saya.Dia dah buang sayaaaa" ucap Sakinah diselangi tangisan.

Inilah manusia zaman sekarang. Mudah sangat percaya dekat teman lelaki. Lelaki zaman sekarang susah nak cari yang betul-betul baik. Yang mainkan hati perempuan banyaklah. Nurina mengetap gigi kegeraman. Dia memang anti dengan makhluk yang bernama lelaki!

Nurina mengusap lembut bahu Sakinah. Keadaan Sakinah nampak tertekan. Nurina mematikan niatnya untuk bertanya macam-macam kepada Sakinah. Nurina cuba menenangkan Sakinah.

"Sokay Sakinah. Mulai dari sekarang awak ada saya. Saya pun sebatang kara dekat dunia ni" pujuk Nurina sambil memeluk Sakinah.

Sakinah teresak di bahu Nurina.

**********

"Jemputlah masuk Kina" Nurina mengambil beg Sakinah dan menunjukkan Sakinah sekitar rumahnya.

"Awak boleh tidur dekat sebelah bilik saya. Buatlah macam rumah sendiri tau?"

"Terima kasih Nurin. Tak sangka zaman sekarang ada lagi orang baik macam awak. Sudi tolong stranger macam saya"

"Hei, saya ikhlas. Mulai dari hari ni, awaklah saudara yang saya ada Kina. Lagipun, lepas ni takdelah saya bercakap sensorang lagi hehe" Nurina cuba mengembirakan hati Sakinah.
Dia bagai mengerti rasa hati Sakinah.

********
Nurina terjaga dari tidurnya kerana terbau sesuatu yang enak.

"Siapa pula yang memasak ni?Ya Allah lamanya aku tertidur" Nurina segera beredar ke bilik mandi dan menunaikan solat asar.

Semasa turun ke dapur dia dapat melihat Sakinah sedang memasak sesuatu di dapur.

"Ehem. Masak apa tu Kina?" Nurina menjenguk ke kuali.

"Err Nurin. Saya masak spaghetti carbonara. Sorry sebab pecah masuk dapur awak"

" Eh, jangan cakap macam tu. Awak buat je rumah ni macam rumah awak Kina. Lagipun, saya lagi suka kalau awak rajin masak sebab saya memang tak reti memasak. Saya cuma pandai makan je. Hehe" Nurina mula mengakui akan kelemahan dirinya.

Dalam diam, dia mula selesa dengan kehadiran Sakinah.

Malam itu, dia dan Sakinah sama-sama berbual kosong di ruang tamu.
Rupanya Sakinah bukan orang sebarangan. Dia seorang graduan lulusan ACCA. Atas desakan teman lelakinya, Sakinah berhenti kerja dan hanya duduk di rumah teman lelakinya.
Hidup Sakinah tidak ubah persis burung di dalam sangkar. Hidupnya dikongkong. Hampir dua tahun dia di kongkong, akhirnya dia diperlakukan seperti sampah.

Kata teman lelaki Sakinah, dia sudah bosan untuk meneruskan hidup bersama Sakinah. Sakinah tidak punya apa. Banyak susah berbanding senang bila bersama Sakinah.

"Setelah mahkota saya dia ragut, semalam dia mengungkit dan mengatakan saya perempuan sundal. Katanya dia tidak mahu memperisterikan perempuan yang tak suci"

"Lepas tu?" Nurina bertanya penuh minat sambil menghirup hot chocolatenya.

"Saya terus menyepak anu dia. Lama dia terbongkok akibat kesakitan. Selepas itu, dia terus menumbuk muka dan memijak perut saya. Sedar-sedar saya dah dekat hospital" ujar Sakinah panjang lebar.

"Kenapa dia nak kata awak tak suci sedangkan dia yang merosakkan awak?" Soal Nurina ragu

Sakinah menggelengkan kepalanya.
"Mungkin dia sudah bosan. Lelaki Nurina. Mana cukup dengan seorang. Lagipun dia ada beritahu saya yang dia sudah bertemu perempuan yang lagi cantik dan suci.siapalah saya ni kan?" lemah suara Sakinah menceritakan perihal bekas teman lelakinya.

Nurina mendengus geram. Entah kenapa hatinya begitu baran mendengar akan kisah Sakinah. Hidup Sakinah perlu mendapat pembelaan sewajarnya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro