Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Perutku yang membuncit aku usap. Badan aku tak pernah surut. Biar gemuk begini asalkan aku bahagia. Lagipun aku tak hiraukam hinaan orang sekeliling. Dah penat, diamlah tu. Dan, aku juga single. Tak punya siapa-siapa. Baguslah begini, dapatlah kurangkan dosa bermaksiat. Betul tak?

Aku bernyanyi kecil lagu gadis semasa dari penyanyi Yuna. Suaraku tidaklah merdu, tapi sedap juga didengar. Ibu dan adikku Yaya selalu memuji. Katanya aku sesuai jadi penyanyi. Suara merdu macam Dato' Siti Nurhaliza. Adeh, entahlah nak jaga hati aku kut. Suara sumbang begini? Memanggil hujan bolehlah.

Kaki melangkah keluar dari bilik, masih tetap tak jemu bibir terkumat kamit menyanyi. Senang hati macam biasa, jangan terlalu sedih. Hidup kena happy-happy barulah tak stress. Mata melatari sekeliling, sunyi sepi. Namun, aku terngadah seketika melihat sekujur tubuh wanita terbaring di lantai. Mata membulat besar. Risau ada yang mati dalam rumah ni, dan aku jadi suspeknya. Ah, mintak simpang!

Laju aku hampiri wanita tidak dikenali itu, hujung jari menolak-nolak pipinya. Bila dari dekat, memang cantik. Kulit mulus, putih... Tapi, pakaian dia memang menjolok mata. Aku yang perempuan ni pun sempat terpandang lurah dada wanita itu. Putih gebu. Ergh, siapa ni? Hidup lagi ke tak?

"Puan… er, cik? Bangun. Kenapa baring kat lantai ni? Kan kotor? Saya belum mop hari ni. Kut nak baring pun, tunggu lepas saya mop." Bahunya aku tepuk-tepuk. Mati kutu bila masih tak berganjak. Aku cuba turunkan wajahku. Telinga aku dekatkan di bibirnya. Lega bila ada nafas terdengar dek telinga.

Tapi, hidungku kembang kempis menahan bau yang agak busuk. Tak tahu bau apa... Memang pelik dan busuk. Macam alkohol? Mabuk ke perempuan ni? Alamak, siapa pulak sergah masuk rumah ni? Kalau Si Seth tu tahu habislah aku! Ada orang pecah masuk rumah dia dalam keadaan mabuk pulak tu! Ergh, ngerinya kut dia tendang aku keluar dari rumah ni. Macam mana aku nak bayar hutang-hutang aku yang bertimbun tu?

"Juwita... What are you doing to my wife?"

Macam nak terlompat jantung, terkejut aku disergah Seth. My wife? Biar betul mamat berlagak ni dah kahwin? Kenapa aku tak tahu? Dan, mak pun tak beritahu perihal ini kepada aku.

Segera aku bingkas bangun. Kedua-dua belah tangan tergenggam sendiri dengan riakku penuh panasaran dengan apa yang terjadi sekarang. Mata tajam Seth menusuk ke jantungku, dia sempat menjeling aku sebelum dia hampiri wanita yang digelar wife itu. Aku teguk liur kegerunan. Walaupun bukan salah aku, kenapa aku rasa takut?

Dilihat Seth menepuk lembut pipi isteri dia. Wajah Seth terpamer risau. Tak pernah aku lihat wajahnya sebegitu. Mulalah aku naik cuak. Kalau bini dia tak sedarkan diri macam mana? Salah aku ke?

"Sayang, bangun. Kenapa tak panggil I. You tidur dalam keadaan macam ni... why..." Rendah nada itu mengalun suara. Kedengaran juga ada perasaan kecewa. Entah bagaimana aku dapat meramal bahawa hubungan mereka berdua itu tidak berapa baik.

"Hmm..." Isterinya hanya mengumam lemah. Merengek tidak mahu bangun. Tanpa pedulikan itu, Seth lekas mencempung tubuh isterinya. Aku hanya melihat sehingga tubuh itu menghilang. Suatu yang menakjubkan berlaku. Seth yang berperangai setan itu sudah ada isteri.


***

"LAIN kali panggil aku kalau Qasandra terbaring macam semalam."

Aku angguk. Nak cakap apa lagi, kan? Meskipun perasaan ingin tahu begitu membuak-buak. Nasib juga aku sejenis perempuan bukan macam mulut bertih jagung. Lebih kepada pendiam. Jadi, dapatlah aku sabarkan hati dan ajar diri jangan menjaga tepi kain orang.

"Kami baru berkahwin setahun..." Seth membuka cerita. Kedengaran kerusi ditarik. Aku nampak dia duduk di depan aku. Tak menyangka Seth sendiri yang membuka pekung di dada.  Tangan yang sedang mengelap pinggan ikut terhenti. Serba salah nak pandang mata Seth. Diri Seth tak seperti dulu, dia yang sering menyinis seakan lenyap begitu saja. Sekarang aku dapat baca dirinya sedang diambang kesedihan. Kalau tidak, kenapa dia bernada rendah begitu bila berbicara denganku?

"Aku cintakan dia, dan paksa dia untuk kahwin dengan aku. Aku ikat dia dengan sebuah ikatan perkahwinan ni. Itu kesilapan terbesar aku sedangkan waktu itu dia mengejar impian dia untuk menjadi model di London. Aku halang dia ke sana dengan melamar dia. Aku tak suka dia peragakan body dia di depan khalayak ramai. Aku cemburu buta, Juwita… aku…” Lemah sekali nadanya terlontar, seperti menahan sebuah penyesalahan yang tidak berkesudahan.

"Semalam tu, dia..." Tak sanggup nak lengkapkan ayat. Takut Seth tersinggung. Melihat dia sedang dirundum kecewa, entah mengapa aku turut merasai kekecewaan itu. Aneh tapi memang itu berlaku.

"Yes, dia mabuk. Dia memang sosial bebas sejak dulu lagi. Lepas kahwin, aku cuba sekat kehidupan bebas dia. Tapi aku tak berjaya. Dia pun buat benda ni sebab nak cabar aku. Dia nak buat aku bencikan dia sehingga lepaskan dia."

Begitu sekali kehidupan orang-orang kaya seperti Seth dan Qasandra. Aku termenung melihat pinggan. Beristighfar panjang kerana saudara seagama hidup bebas begini. Tapi, aku ni hanyalah seorang maid. Apa boleh aku katakan? Senyap ajelah.

"I can't divorce her. I still love her... How Juwita?"

"Tuan tanya saya?" soalku kembali. Dia minta pendapat aku ke? Pelik bin ajaib. Otak aku pun tengah kosong. Entah aksara bagaimana untuk aku cantumkan menjadi satu nasihat? Rumit!

"Ya, aku tanya kau..." Serius roman wajahnya. Fokus benar menghalakan pandangan ke arahku menjadikan aku segan.

"Er, kalau cinta. Jangan lepaskan dia. Mungkin ambil masa untuk ubah dia jadi lebih baik. Tuan kena pandai nasihatkan dia slow-slow. Hati perempuan ni lembut je. Sedangkan kerak nasi direndam air pun boleh lembut. Inikan pula hati perempuan? Betul tak, tuan?" Aku sengih saja dengan gaya tidak kena. Janggal gila. Tak pernah kami berdua berbual macam orang normal. Dulu Seth ajak bergaduh aje bila nampak aku. Mana pernah cakap elok-elok dengan aku.

"Termasuk kau?"

"Hah?" Terlongo mulut aku.

"Yelah hati kau pun lembut. Sebab tu kau menangis je bila aku buli kau dulu."

Kisah lama pula jadi topik sekarang. Aku tak berminat nak sambung tentang itu. Bosan! Dan lebih menyakitkan hati bila bibir itu bergerak membentuk senyuman sinis. Ah, watak menjengkelkan sudah kembali ke? Oh no!

"Kenapa kau tak marah aku semalam. Kau buat macam kita tak pernah kenal padahal kita satu sekolah dulu."

Aku kerutkan dahi. Tak percaya pula ini akan keluar dari bibir nipis sang jejaka berlagak itu.

"Tuan, rasanya semua tu dah berlalu. Saya ni maid dan tuan adalah tuan rumah. Lebih baik kita bataskan hubungan sekadar maid dan majikan sepanjang saya berkerja di sini." Tiada simpang siur, aku berterus terang sahaja biar Seth faham dan hadam. Malas aku nak melayan kisah lampau yang buat aku hilang mood. Jangan sampai, tangan aku ni derhaka pergi pukul Seth sudah. Naya!

"Kau dah banyak berubah, Juwita... Maksud aku, kau lebih berani dan selamba," komen Seth tanpa aku pinta. Senyumannya mati, matanya masih terhala kepadaku. Entah apa yang dia lihat, tak berkelip pun. Renung aku macam nak telan. Ke dia tengah fikir cara untuk kutuk aku lagi? Ish, tak mungkinlah. Zaman remaja dah berlalu, takkanlah lelaki yang sudah bergelar suami itu mahu berperangai tidak matang dengan mengejek orang.

"Saya nak sambung buat kerja. Tuan ada apa-apa nak minta saya buatkan ke? Kalau ada beritahu je." Aku mengelak untuk bercakap tentang itu. Lebih baik kekalkan batas sebagai maid saja. Itu lebih baik.

"Ada..."

"Apa tu tuan?"

"Aku harap apa yang aku cerita mengenai aib kami tu kau lupakan. Aku terlepas kata disebabkan hati ni terlanjur sakit."

"Baik, tuan."

"Satu lagi... aku tetap anggap kau sebagai orang yang pernah aku kenal. Dulu mungkin aku anggap kau musuh. Tapi, sekarang kau adalah kawan aku. We should be friend, right? Same ages..."

Aku salah dengar ke? Aku ni kawan dia? Merepek gila!

"Saya tak naklah kawan dengan tuan," bantahku tanpa fikir dia adalah majikan aku. Peduli apa aku. Tak hingin ada kawan hantu macam Seth.

"No choice, gajah comel."

What? Gajah comel?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro