Dua

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dua.

Wanita itu berdiri di tepi dinding kaca. Melempar jauh pandangan ke arah kotaraya batu di hadapan. Sesekali dia melihat ke bawah. Manusia yang kelihatan kecil, sibuk berpusu-pusu dengan urusan mereka. Barangkali jika mereka berhenti dan mendongak ke tingkat 81, dia juga akan kelihatan kecil. Itupun jika mereka peduli.

Rambutnya yang selalu disanggul kemas, dibiarkan lepas. Hampir mencecah pinggang. Butang sut kelabu dilonggarkan. Melihatkan baju ropol merah jambu muda di lapisan bawah.

Kemudian, matanya tertangkap biasan wajah di dinding kaca. Di situ, berdiri seorang wanita yang raut wajah langsung tidak menggambarkan usia. Tambahan pula jika dia melepaskan rambut seperti itu.

Pernah seseorang bertanya, "Apakah rahsiamu kelihatan muda jelita."

Jawabnya ringkas, "Jaga makan dan bersenam."

Kenyataan separuh benar. Tentu sekali dia tidak perlu memperincikan rutin kecantikan yang dilakukan, serta spa yang dikunjungi secara kerap.

"Apa yang kamu mahu?" Soalnya pada pemuda yang terpaku di pintu bilik mesyuarat.

"Doku... dokumen yang perlu puan tandatangan," ujarnya sedikit gugup.

Dokumen-dokumen yang dibawa, dibentangkan di atas meja untuk diperiksa. Wanita itu segera memberi isyarat supaya pemuda itu beredar. "Saya akan berikan semula kepada kamu, selepas saya semak dengan teliti."

Sebaik sahaja pemuda itu meninggalkannya bersendirian, wanita itu mengeluh, "Apalah guna jika hanya bermain dengan pandangan, tetapi pengecut hendak bertindak?"

Perhatiannya terganggu dengan bunyi mesej masuk ke kotak telefon. Serta-merta senyuman manis terukir tatkala melihat mesej yang diterima. 'Rindunya pada cinta hati saya. Terasa ingin segera terbang ke sisi dengan segera.'

'Semenjak bila pandai berpuitis?'

'Semenjak hati ini diketuk kamu.'

'Ada di mana?'

'Di dalam hatimu.'

'Seriuslah.'

Sekeping foto diterima masuk. Wanita itu tertawa kecil melihat foto yang dititipkan. Foto sang penghantar dilekatkan pada gambar sekeping hati.

'Jom kahwin lari.'

Serta-merta wajah wanita itu berubah. 'Saya tidak akan mulakan rumahtangga tanpa restu keluarga.'

'Jadi, kamu bersetuju menjadi isteri saya?'

'Kamu perangkap saya?'

'Tidak. Tetapi saya benar-benar berharap. Sudikah kamu menjadi isteri saya?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro