5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adra tidak pernah mengenali siapa ibunya. Kata Daddy, Mummy Adra meninggal dunia semasa melahirkan dia dulu. Jadi dia memang tidak pernah merasa kasih sayang dari seorang ibu dari dia lahir.

Berbeza dengan Hayder. Dia pernah ada ayah. Ayahnya juga masih lagi hidup. Cumanya... kedua orang tuanya bercerai.

Alasan Hayder dan Aya berpindah ke rumah hadapan rumah Adra itu juga disebabkan hak asuh Hayder yang jatuh kepada ibunya. Aya mahu mulakan kehidupan baru bersama anaknya, jadi mereka berdua berpindah ke negeri kelahiran Aya dulu.

"Princess, kenapa tak habiskan cereal tu? Daddy dah nak pergi kerja ni." Suara Kayl buatkan lamunan si kecil itu terhenti.

"Ryu Adra? Kenapa termenung depan makanan macamtu? Tak baik." Tegur Kayl lagi.

Adra tersengih, menayangkan barisan giginya yang masih cantik tersusun walaupun dia suka makan gula-gula.

"Daddy handsome harini hehehe." Puji Adra tiba-tiba.

Kayl tertawa mendengar respon anaknya itu. Random betul.

"Ini mesti ada apa-apa ni. Tiba-tiba je puji Daddy." Sebelah kening Kayl terangkat, sengaja hendak mengusik anaknya.

Adra sengih lagi.

"Lepas balik sekolah nanti Adra nak main dekat rumah Auntie Aya boleh tak, Daddy?" Pinta si kecil dengan mata yang bersinar.

Kayl cuma angguk sahaja. Setelah kedua beranak itu selesai sarapan, keduanya segera berangkat untuk ke tadika Adra.

________


"Mama awak tak sampai lagi?" Adra duduk di sebelah Hayder di pondok perhentian bas itu.

Sementara Hayder dengan muka masam mencukanya itu sekadar mendengus. Sempat lagi dia mengesot ke tepi untuk menjauhi Adra.

"Awak ni takde kawan-kawan lain ke? Ikutlah diorang balik rumah, main sama-sama. Kenapa asyik nak main dekat rumah saya je?" Soal Hayder dengan nada menyampah.

Adra cuma sengih. Lolipop yang masih belum dibuka dihulurkan kepada Hayder.

"Sebab saya takde kawan lain la saya nak main dengan awak. Lagipun awak pun takde kawan kan? Kalau macamtu kita berdua sama-sama jadi kawan la." Balas Adra petah.

Hayder mendengus. Tapi huluran lolipop dari Adra diraihnya juga.

"Saya tak perlukan kawan." Balas Hayder, dingin.

"Tapi saya nak." Sahut Adra pula.

"Kenapa awak nak sangat kawan dengan saya?" Kening Hayder terjungkit sebelah.

"Sebab boleh dik."

Lahh. Kuat pengaruh tiktok betul budak Adra ni.

Tak lama kemudian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu itu berhenti di hadapan pondok itu. Cermin kereta diturunkan, menampakkan sosok pemandu kereta itu.

"Boy!" Sapa si pemandu dari dalam kereta.

"Pak Long Ecal!!" Muka Hayder terus berseri-seri melihat bapa saudaranya itu.

Pak Long Ecal alias Adam Eshaal merupakan abang sulung Aya, Pak Long kepada Hayder.

######
Thurs, 31 August 2023 12:27 AM

Selamat hari merdeka semoranggg. Jumpa lagi update baru bulan depan la gamaknya wkwkwk

Pak Long Ecal si Hayder (tak bersambung dengan universe haluception di twitter)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro