Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Farhana menuju ke meja Zahira membawa beberapa buah fail dan dokumen. Niatnya ingin menyerahkan barangan itu kepada Tuan Aiman.

"Puan Zahira, saya nak jumpa Tuan Aiman untuk serahkan dokumen ni. Termasuk surat peguam daripada Puan Karmila."

"Karmila? Aiman's first wife?"

"Ya, Puan Zahira."

"May I take a look at it?"

Farhana kelihatan serba salah. Baginya, walaupun Zahira itu isteri Tuan Aiman, ianya adalah privasi Tuan Aiman.

"But, puan, Saya tak rasa Tuan Aiman suka orang tengok surat ni..."

"I'm his wife."

Okey, itu mematahkan segalanya. Farhana menyerahkan juga surat itu kepada Zahira. Surat bertukar tangan.

"Any else?" Zahira bertanya.

Farhana menggeleng lehernya lalu berlalu daripada situ. Zahira mengoyak sampul surat peguam itu dan membaca surat itu dengan teliti. Tapi baca tajuk sahaja, dia sudah panas hati.

Panggilan ke mahkamah untuk membicarakan hak hadanah anak-anak

Zahira memusingkan bola matanya ke atas membaca surat itu. Ketika itulah Tuan Aiman datang ke mejanya.

"Abang, this for you."

"What is it?"

"Seems like you'll have a custody battle with Karmila, abang."

"Custody? Damn it! Apa lagi yang Karmila ni tak puas hati?!"

"I don't know. Maybe dia tak puas hati you kahwin dengan I kut. I tak maksud nak hasut tapi yeah, you know. She looks paranoid." Zahira mula menabur hasutan even dia kata dia tak menghasut. Lagipun, penipu mana yang akan mengaku dia menipu!?

"Hmm, should I go?"

"Just go, honey. Family come first, truth comes second."

"Thank you, sayang..."

Dan Zahira tersenyum sendiri. Dalam serebrum otaknya, dia mula merangka perancangan yang rapi. Seisi keluarga Aiman Malik akan jatuh ke tangannya!
__________

"Dah, mama?" Nina bertanya Karmila sebaik wanita itu masuk ke dalam kereta selepas keluar daripada mahkamah syariah itu.

"Sabarlah, Nina. Sudah. Tapi kena tunggu bicara jugak."

"Alahai! Mahu bicara apa lagi dong!?"

"Perbicaraan mahkamahlah, anakku sayang."

"Oh, kena ek?"

"Mestilah. Ya Allah, anak aku sorang ni!"

Nina tersengih. Puas dia memujuk mamanya untuk ke mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan dia dan adik-adiknya. Mujurlah mamanya sanggup kerana tak sanggup melihat anak-anaknya membesar kerana didikan orang lain. Bukannya dia tidak mampu.

"Mama rasa mama menang tak?"

Karmila berfikir sejenak. Betul jugak tu. Dia pun masih belum mempunyai peguam yang boleh dipercayai untuk dijadikan pembela baginya.

"Kita berserah jelah, Nina. Mama tak berani nak bagi jaminan. Papa kamu punya pengaruh kuat, nak. Tapi takpelah, mama akan cuba jugak."

"Bukan apa, ma. Tapi cara Zahira tu jaga kitorang like harsh gila. Ingat Nina cerita yang dia hayun parang masa Nona kacau kitorang tu."

"Kamu kena faham, Nina. Zahira tu takde anak. Dia mana ada kesabaran sangat. Tahanlah sikit."

Nina mengeluh berat. "I hate you!"

"Hatelah. Mama tarik kes tadi nak?"

Nina ketawa kembali. "Yelah. Back uplah Zahira tu kan."

Karmila ketawa. Dia juga dapat merasakan firasat buruk terhadap apa yang akan berlaku kepada keluarganya sekiranya anak-anaknya tidak dalam jagaannya. Naluri ibu biasanya tepat, kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro