Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa hak penjagaan Nina Karina, Nadim Naqiuddin dan Nona Kurshiah jatuh ke tangan Encik Aiman Malik bin Muhammad dan Puan Zahira Amanda binti Affendi. Hal ini kerana mahkamah mendapati bahawa Puan Karmila binti Khairuddin tidak berjaya memenuhi kriteria sebagai penjaga..."

"They are my kids." Entah dari mana keberanian Karmila datang untuk mempertahankan haknya. Baginya, dia lebih layak daripada Zahira yang talam 14 muka itu.

"Bawa bertenang, Puan Karmila. Puan Karmila kami dapati masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan pendapatan bulanan anda juga tidak mampu menanggung anggaran perbelanjaan anak-anak puan."

"Tapi..."

"Puan Karmila! Kami harap puan mampu menerima keputusan mahkamah ini. Anggap sahajalah ini untuk kebaikan anak-anak puan."

Karmila memandang ke wajah anak-anaknya begitu juga dengan anak-anaknya melakukan perkara yang sama. Terpancar kesedihan di muka kedua-dua belah pihak.

Keluar sahaja di mahkamah, anak-anak berlari mendapatkan Karmila. Mereka berpelukan seketika.

"It's okay, kids. At least once in a week, you guys can stay in my home. "

Lima minit sebelum Tuan Aiman kembali mendapatkan anak-anaknya. Berat hati Karmila untuk melepaskan anak-anaknya pergi.

"Jaga anak kita baik-baik, Aiman."

"You can't blame me, Karmila. It was your jealousy that put us apart now."

"We promise not to talk about this again, Aiman."

"Then never told me about my responsibility, can't you?" Tuan  Aiman dengan angkuhnya berkata begitu kepada Karmila.

"Akak, percayalah kat saya kak. Saya akan jaga budak-budak ni macam saya jaga anak sendiri." Dengan senyuman menawan, Zahira berkata begitu. Cukup meyakinkan sesiapa yang mendengarnya.

"They are mine, Zahira."

Zahira menayangkan wajah liciknya. Dia tahu sekarang dia sudah mempunyai hak mutlak terhadap ketiga-tiga anak Tuan Aiman. Tiada sesiapa boleh menghalang. 

Karmila hanya mampu memandang dengan sedih apabila Tuan Aiman dan Zahira membawa anak-anaknya pergi dari dirinya. Sebagai ibu, dia sudah kalah dalam mempertahankan haknya sebagai insan yang paling layak membesarkan anak-anaknya. Dia malu melihat anak-anaknya yang dikandungkan 9 bulan dibesarkan di hadapan orang lain.

Zahira memang dasarnya binatang bernama ular. Lidah bercabang.

_________________________

"Papa, rasanya tak salah kan kalau kitorang nak pergi jugak rumah Mama Karmila even not at weekends?" Nina mengutarakan pertanyaannya ketika mereka dalam perjalanan pulang.

"Okey, kids. Start now, mama nak buat rules. The first one is, jangan mention about rumah Mama Karmila when you guys at our house. Okey?" Tiba-tiba, Zahira mengeluarkan fatwanya yang pertama.

"Eh, kenapa pulak? Itu mak kami jugak." Nina agak tidak senang dengan peraturan mama tirinya itu. Baginya, itu hak mereka untuk memilih.

"Jadi mama pun ada hak jugak. Korang anak mama kan?"

Nina mengaku kalah. Tidak guna dia berhujah sekarang. Papanya ada. Pasti mati-mati dia akan memenangkan isterinya itu.

"Nina, betul cakap mama tu. Tak sopanlah kalau asyik cerita pasal Mama Karmila je. Macam kamu tak hargai je datangnya Mama Zahira dalam keluarga kita."

"Nina just tanya boleh ke tak je kan? Tak payahlah syarahkan Nina."

"Nina Karina!" Zahira sudah meninggikan suaranya separa maksimum.

Nina mengangkat bendera putih. Dia tahu bahawa papanya sedang menjemput malapetaka ke dalam rumah mereka. Dan dari ketika hakim tadi mengetuk tukul, Nina tahu mereka semua dalam keadaan tidak selamat.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro