MCUD | TEASER 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tidak menunggu lama, aku menaiki basikal dan mula mengayuhnya. Disebabkan tujuan aku hanya untuk bersiar-siar, tiada destinasi khusus yang aku kunjungi. Setiap jalan aku teroka, setiap jalan aku redah.

Sehingga anak mataku tertancap pada seseorang yang sedang melintas di hadapanku. Seorang lelaki yang tubuhnya terlihat tegap. Tidaklah berotot, tetapi dari bentuk tubuhnya aku tahu bahawa dia seorang lelaki muda. Namun, jalannya yang dicacati dengan tongkat membuatkan aku penasaran. Aku mendekatinya tanpa ragu. Tiada gentar di hati.

Si dia hanya bersendirian. Langsung tidak terlihat kelibat sesiapa yang membantunya.

Bunyi brek basikalku menghentikan pergerakannya. Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan. Aneh. Dia tidak boleh melihat, tetapi mengapa hendak menoleh? Oh… mungkin juga mahu mendengar dari mana arah bunyi brek basikalku.

“Seorang aje?” Sudah bertanya, baru aku tahu erti malu. Dia lelaki, aku wanita. Tetapi, aku yang memulakan perbualan. Seakan perigi sedang mencari timba. Tapi, erk… handsome timba depan aku ni! Uhuk!

“Erm…” Hanya itu terkeluar dari ulas bibirnya. Wajahnya menghala ke arah aku, tetapi anak matanya tidak terlihat dek kaca mata yang terletak elok pada batang hidungnya.

“Nak pergi mana ni, encik? Nak saya tolong?” Aku bertanya prihatin. Aku rasa… dia cacat penglihatan. Buta.

“Tak… tak apa.” Suaranya sedikit bergetar. Gugup.

Entah mengapa, mendengarkan suara itu, aku terpana. Suara itu tidak asing. Sungguh tidak asing di pendengaranku. Aku pernah mendengarnya sebelum ini. Tetapi, mengapa ada sedikit sengau ya? Selesema ke?

“Nampak ke jalan?” Hendak aku ketuk kepala sendiri! Soalan bodoh yang terpacul laju dari bibirku!

Dia kelihatan tersenyum halus di hujung bibir.

“Cik, saya dah sampai sini seorang diri… bermakna saya boleh hidup sendiri. Berdikari dan tak perlukan bantuan sesiapa.”

Serba-salah aku mendengar jawapannya. Rasa aku telah menyinggung hati lelaki itu.

“Maaf… saya tak bermaksud nak memperlekehkan awak.”

“Tak apa. Saya tahu niat cik baik. Cik orang kampung sini? Tak pernah dengar suara pun sebelum ni?” Eh, ramah pula dia bertanya!

“Mak ayah saya orang kampung sini. Saya tinggal di bandar. Balik sini melawat mak ayah saya.” Aku menjawab juga soalannya.

“Nama cik?”

“Aulia… Aulia Hanina.” Aku memperkenalkan diri. Dapat aku lihat air mukanya sedikit berubah, namun cepat dia kawal kembali.

Dia berdeham kejap. Erm… agak berbeza daripada Har dalam talian.

“Eh, cik… masih pegang basikal?” soalnya lagi.

Aku menjatuhkan pandanganku pada basikal yang masih aku naiki.

Untuk pembelian, sila klik link di bio saya...

#PenerbitanAHA
#manuskripcintauntukdia
#aliahsyuhada
#cerpen2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro