BAB 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gaun putih dengan rekaan sederhana yang membalut tubuhku itu, aku belek di hadapan cermin. Yurp, aku suka rekaan nya. Sangat minimalis namun masih tidak hilang pesona nya. Pandai betul pereka baju ini memadankan konsep gaun ini dengan kegemaran aku.

"Cik Rafa, erm.. boleh saya pakaikan tudung sekarang? Majlis lahi sikit nak bermula ini, cik Rafa.." ujar pendandan yang sedari tadi tak serik menunggu ku. Dia perhati saja gelagat aku yang seakan pertama kali mengenali apa itu gaun pengantin.

Aku tarik senyum hambar. Perlahan, aku melangkah menuju ke arah pendandan ku. Dapat aku lihat tudung putih yang bakal menutup mahkota kepalaku yang terdedah. Dan, hal itu seakan membuat aku sesak.

Pejam celik pejam celik, akhirnya.. hari yang aku ragukan tiba jua. Perasaanku masih sama seperti beberapa minggu lepas. Kosong, bersalah dan mati. Tiga perasaan yang membuatkan aku jadi dilema dengan keputusan sendiri.

Inikah perasaan yang orang rasakan bila hari bahagia sudah menjelma? Aku jadi buntu. Ramai juga kawan-kawan aku yang sudah mendirikan rumahtangga dan kebanyakan daripada mereka mengatakan bahawa alam rumah tangga itulah suatu nikmat dunia yang tak mampu terlupakan.

Namun, kenapa.. aku rasa ia menyesak kan? Bagaikan suatu beban yang menghalang rasa bahagiaku untuk menjelma. Aku ketap bibir.

Mungkin.. sebab bakal suami ku itu bukan atas dasar pilihan hati barangkali? Yurp, aku berkahwin dengan Rayn bukan atas dasar cinta semasa. Aku jadikan dia alat untuk aku lupakan siapa Faliq dalan hatiku malah tak terdetik dalam hati aku untuk mencintai lelaki yang 'baik' seperti dia. Huh!!

Rafa!!! Apa yang kau katakan sekarang ni? Baru sekarang, kau mengaku keputusan kau ni suatu kesilapan?

Aku sudah memberontak dalam hati. Huh!! Aku tak faham dengan apa yang aku nakkan.

Kalau betul keputusan ini suatu kesilapan jadi.. patut ke aku berundur? Bukankah ianya sudah terlalu lambat? Adakah patut aku.. lari dari perkahwinan ini? Yurp.. serupa gaya drama TV3 bila hati rasa tak rela untuk berkahwin dengan lelaki yang bukannya dipilih atas dasar cinta.

"Cik Rafa, dah siap." ujar pedandan ku yang nampak maskulin pada wajah namun lembut pada watak.

Bila dia kata begitu, spontan anak mataku meralit imejku yang terpantul. Tergamam aku sejenak tatkala melihat kan tudung putih itu sudah tersarung kemas di kepalaku. Agak terkejut sebenarnya.

Dalam seumur hidup aku, ini adalah kali pertama aku menyarungkan hijab di kepala. Selama ini, aku biarkan saja rambutku terdedah. Bagi aku, pemakaian hijab suatu perkara yang merimaskan dan leceh. Nak belit sana lagi, nak belit sini lagi. Itu belum ditambah lagi isu kerongsang hilang setiap hari. Buat sakit kepala.

Namun hari ini, aku agak terpegun dengan penampilan sementara aku itu. Cantik dan hijab itu.. seakan memperlihatkan sisi baik ku dan memadam sisi jahatku. Huh! Perasaan aku.. jadi tenang bila memakainya. Inikah perasaan perempuan berhijab rasakan? Ketenangan..?

"Cantiklah cik Rafa pakai tudung. Serupa Neelofa tapi lebih advance lagi. Auw gitu!" sempat pujinya diberi. Gaya gedik nya pelengkap bicara.

Aku yang mendengar celoteh pendandan ku itu sudah tersenyum sumbing. Rasa malu pula bila dipuji setinggi itu. Aku lebih cantik daripada Neelofa? Pfft.. mengarut!

"Awak jangan nak mengada. Sajalah itu kan nak dapat tips lebih." usikku tak mahu termakan pujian.

Well, tak payah cakap pun aku tahu.. yang aku cantik. Erm..!!

"Isy, tak adalah cik Rafa. Saya ni puji ikhlas dari hati tau. Coi mulut cik Rafa ini." ujarnya sambil memukul halus bahuku.

Aku tertawa mendengar bicaranya itu. Tak sangka pula dia pandai ber 'coi' dengan aku. Gegirl sangat!!

Aum!!

Telefon pintarku yang berbunyi mereda kan tawaku. Ada pesanan masuk. Tak semena, telefonku belek lalu pesanan yang masuk, aku baca. Terus saja aku tergamam.

Pesanan daripada Faliq.

Mahu tak mahu, aku buka juga. Terdetik pula hati ini nak baca.

'Rafa, I dapat tahu dua hari you tak datang kelas. Niat I pagi ini nak ajak you lunch. Kalau bukan atas dasar bercinta, you keluarlah dengan I atas dasar kawan. I rasa kosong tak ada you, Rafa.'-Faliq.

Aku ketap bibir. Ya Allah!! Kenapa.. kenapa dia datang semula pada aku bila aku hampir saja mahu diijabkabulkan.

Faliq.. awak buat saya macam ini. Hati saya makin ragu untuk teruskan pernikahan ni..
...
Debaran yang kian menggoncang dada buatkan Rayn jadi gusar. Tak sangka, perasaan bila depan tok kadi ini lain macam rasanya. Rasa macam jumpa bapa mertua tapi lebih teruk lagi. Aih, susah lah nak terang macam mana.

Sedari duduk di meja akad, wajahnya langsung tak diangkat untuk melihat tetamu yang hadir. Dia gugup dan perasaan malunya menerpa. Kelu terus lidahnya malah rasa percaya dirinya juga makin kurang.

"Jangan takut Rayn, benda biasa yang semua lelaki akan lalui. Cool aje. Steady." sempat pesanan itu Dato' Jazri titipkan pada Rayn. Bahunya ditepuk perlahan.

Rayn teguk liur. Senyum kelatnya terukir. Kalau boleh memang dia nak steady aje namun memandangkan rasa gugupnya menguasai erm.. maksud steady pun dia boleh lupa.

"Terima kasih, pa." ucap Rayn perlahan.

Walaupun pesanan Dato' Jazri itu hanya mampu membantunya lima peratus saja namun dia hargai semangat yang cuba disuntikkan lelaki itu padanya.

Sedang leka dia melayan perasaan gemuruhnya, suasana yang tadinya sepi itu mulai riuh dengan bisikan- bisikan tetamu yang hadir. Rayn yang turut memasang telinga juga turut sama mengalih ke arah pintu utama dewan. Terpegun dia seketika saat melihat hadir nya seorang gadis merapatinya.

Tak semena, rasa gugupnya jadi pudar dan perasaan terujanya bagaikan menjelma. Tak sangka, gadis itu akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Rayn sudah tersenyum lebar tanpa sedar. Sedari tadi, matanya melirik ke arah jasad Rafa yang sudah mengambil tempat di atas bangku yang tersedia.

"Encik Hazel?" panggilan tok kadi langsung tak mengusiknya.

Masih tumpuan sepenuhnya pada jasad Rafa. Dia terpukau. Bagaikan minitnya tersia-sia jika mata ini beralih daripada memandang wajah bakal isterinya itu.

Rafa pula sedari tadi menunduk. Tak mahu matanya bertentangan dengan mata Rayn Hazel. Dalam hati, perasaan nya jadi bercelaru. Benarkah dia mahu meneruskan perkahwinan. Hatinya jadi kacau. Antara ya ataupun tidak.. dia keliru mahu pilih yang mana satu.

"Encik Hazel?!" lantang seoktaf suara tok kadi bila sahutannya tak disambut.

Terperanjat Rayn dibuatnya bila suara tok kadi sudah mulai membingit. Tak semena, gelagatnya itu mengundang tawa lucu para tetamu. Dia di depan tok kadi sudah malu sendiri.

"Y-ya, tok?" gagapnya menyahut.

"Boleh kita mulakan sekarang?" soal lelaki yang usianya sudah lewat 60- an itu.

Tak membantah, Rayn memberikan anggukan. Tangan yang dihulur tok kadi disambutnya kemas. Serentak itu, jantungnya bagai berdegup laju. Ya Allah, tak sangka dia akan lalui semua ini dengan perasaan kalut begini.

"Rayn Hazel bin Rahman Fikri."
"Ya, saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Azierah Farishah binti Jazri Muhammad dengan mas kahwin bernilai RM1 305 dan seperangkat alat solat dibayar tunai." lancar tok kadi melafazkan ayat keramat itu.

Rayn tarik nafas dalam. Matanya difokuskan pada tok kadi. Cuba diusir rasa gugupnya itu agar jauh pergi. Tak.. mahu tak mahu, Rafa perlu jadi miliknya.

"Aku.. terima nikahnya Azierah Farishah binti Jazri Muhammad dengan mas kahwin bernilai RM1305 dan seperangkat alat solat dibayar tunai." lancar, lafaz itu diselesaikannya.

Bila semua saksi jawab sah, maka terishtiharlah bahawa dia kini sudah sah menjadi suami kepada Azierah Farishah. Senyum bangganya terukir lebar. Dato' Jazri disebelahnya sudah mengucap tahniah dan tepukan bangga, lelaki itu berikan.

Dalam keseronokan Rayn menyambut gelaran baru itu, aku tunduk memandang lantai. Seakan suatu mimpi buruk yang menyerangku. Aku jadi kelu. Tak mampu aku fikirkan apa-apa buat masa sekarang ini.

Kenapa?
Kenapa aku teruskan semua ini walaupun hati ini dari awal sudah kata tak mahu?

Tak semena, air mataku bercucuran membasahi pipi. Mama yang sedar akan tangisanku sudah menepuk belakangku mahu memujuk. Fikirnya, aku terharu dengan semua yang berlaku ini walau pun sangkaannya itu meleset sama sekali.

Aku.. tak pernah dan takkan berharap semua ini untuk berlaku.

"Sudahlah, Rafa. Jangan nangis. Malu dekat tetamu yang datang."  pujuk mama sambil mengusap bahuku lembut.

Puan Sri Arimah di sebelahku juga turut membantu mama untuk memujukku. Rasa kasihannya menerpa.

"Mama faham perasaan kamu itu, Rafa. Mesti tak percayakan diri ini dah jadi isteri orang." ujar wanita itu seakan memahami aku.

Aku langsung tak menyahut malah.. aku masih melayan kesedihan aku. Hmm.. dalam situasi ini, hanya aku saja yang faham apa yang aku rasakan. Orang lain tidak.

Baik mama mahupun Puan Sri Arimah.

Sesi pertukaran cincin itu aku selesaikan dengan pantas. Setelah itu, upacara pembatalan air sembahyang pula dilakukan. Terkebil-kebil aku dibuatnya saat mahu memegang tangan Rayn.

Lelaki yang berada dihadapanku hanya menarik senyum. Dalam hal ini, dialah yang paling terbahagia sedangkan dia tak tahu.. aku adalah yang paling terseksa dengan semua ini.

Tangannya aku genggam dengan hati terpaksa lalu aku halakan ke dahiku. Huh!! Tolonglah Rafa, ikhlaskan hati kau. Bukan ini semua berlaku atas pilihan kau ke? Kau yang pilih dia..!

Aku fikirkan semuanya berkesudahan di situ namun sangkaan aku tidak tepat. Tanpa persediaan, dia cengkam lembut pipiku lalu spontan bibirnya mengucup dahiku. Terkedu aku seketika. Tak sangka, dia akan kucup dahi aku tanpa keizinan aku!

"Thanks to be mine." ucapnya setelah upacara pembatalan air sembahyang itu berakhir. Matanya merenung mata ku namun pantas aku larikan.

Tak.. aku tak boleh nak terima dia semudah itu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro