BAB 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Termasuk hari ini, sudah lima hari aku bergelar isteri kepada Rayn Hazel. Rasa perkahwinan itu? Aku sendiri masih tak dapat rasa apa keistimewaan perkahwinan itu. Bahagia? Bukan rasa itu yang bertandang dalam hati. Kecewa?.. Erm, bukan itu juga! Aku pun keliru.

Cuma, aku lihatlah kesungguhan Rayn yang ingin aku selalu ada di sisinya walau pun terkadang caranya itu agak.. tak berkenan di hati. Misalnya.. dia beri aku bunga semasa aku sedang tolong Puan Sri Arimah memasak di dapur. Pelik kan?!

Selepas itu, dia selalu bagi ayat yang fikir nya dapat cairkan hati aku tapi.. erm, sebenarnya tak. Entahlah, boleh tahan sebenarnya ayat cia-cianya itu tapi bila tengok gaya rambutnya yang sikat tengah itu.. hilang terus selera aku.

Hmm.. nak mengata aku menilai rupa? Pfft.. yurp, aku akui perkara itu.

Aku memang menilai seorang lelaki daripada rupa. Hmm.. rasanya bukan aku seorang aje kot yang kat dunia ni menilai rupa malah gadis lain pun begitu. Nak bukti? Tak rasa pelik ke.. kenapa dalam drama hanya lelaki baik paras rupa saja yang mendapat watak hero?

Yes! Sebab ada golongan macam aku yang lebih menilai rupa dari budi dan bakatnya. Kecam?!

"Kamu pergi kelas dengan Rayn ke, Rafa?" terpacul keluar soalan dari mulut Puan Sri Arimah tatkala melihat aku merapati meja makan untuk bersarapan.

Aku sudah ketap bibir. Diam, aku melabuh punggung. Tak pasti nak beri jawapan apa. Hmm.. kalau ikutkan hati, memang aku nak gerak asing sebab aku taknak orang terhidu sesuatu antara aku dan Rayn. Biarlah perkahwinan ini menjadi rahsia sampai aku graduate.

Cuma.. Puan Sri Arimah dan kedua ibubapa aku tak tahu tentang niat aku nak sembunyi kan perkara ini. Rayn pun masih belum buat pakatan dengan aku.

Baru saja aku nak bersuara, aku dengar derapan tapak kaki seseorang menghampiri dari belakang. Tak lain dan tak bukan pasti Rayn. Dia sudah labuh punggung di sebelah ku. Sempat juga aku lirik gayanya pagi itu.

Huh?! Kemeja paras lengan yang berkotak. Serius, ketinggalan zaman sangat gayanya itu! Serupa baju papa masa zaman retro dulu.

"Kamu pergi dengan Rafa sekali ke, Rayn?" soal Puan Sri Arimah sudah beralih pada Rayn. Dia seakan mengerti yang aku tiada jawapan.

Gayanya seperti dapat baca yang aku tak sudi.

Rayn pandang aku sejenak. Aku pula tunduk kepala ke bawah. Senyumannya terus saja melakar sebelum wajah mamanya dipandang.

"Memang Rayn nak pergi sekali dengan Rafa pun, ma. Baru nak ajak tadi." ujarnya dalam nada gembira.

Aku yang mendengar bicaranya itu sudah dihentam rasa serba salah. Aih!! Kalau lah dia ada common sense tentang ketidaksudi an aku kan bagus? Tak payahlah aku kejam sangat untuk kata tak sudi.

Puan Sri Arimah sudah tersenyum. "Bagus lah kalau macam itu. Bolehlah kamu kenal-kenal dalam kereta." cadang wanita itu.

Rayn di sebelah sudah tersengih manakala aku pula tarik senyum paksa. Nak kenal? Erm.. ni tak cukup kenal lagi ke?

Mahu tak mahu terpaksa aku mengangguk setuju. Sepanjang di meja makan, aku hanya mendiamkan diri. Mungkin, itu cara untuk aku tunjuk protes cuma.. Puan Sri Arimah dan Rayn tak sedar.

Selesai bersarapan, aku dan Rayn sama-sama bergandingan keluar dari rumah. Sempat tangan Puan Sri Arimah kami kucup sebelum langkah kami atur keluar bersama. Aku tunjuk senyum mesra yang kononnya menandakan aku okay.

Keluar saja dari rumah, aku terus tutup pintu perlahan. Rayn yang sudah menuju ke keretanya yang berjenama Mini Cooper aku pandang. Kena juga bincang dengan dia supaya dia faham situasi yang mengulit jiwa aku ketika ini.

Rayn yang sedang menghidupkan enjin kereta aku dekati. Serba salah aku dibuat nya bila tengok dia senyum. Seronok sangat bila tahu aku akan naik satu kereta dengan dia.

"Rayn.."aku seru namanya perlahan. Ragu.

Bila lihat aku mendekat, Rayn sudah cacing kepanasan. "Kejap Rafa, saya bukakan pintu untuk awak." ujarnya berura-ura mahu ke bahagian sebelah tempat duduk pemandu namun pantas aku menahan.

Langkahnya terhenti. Wajah aku dipandang nya hairan. Monyok dan resah. "Kenapa Rafa?"

"Rayn, hari ini saya nak naik kereta saya sendiri. Kalau boleh setiap hari pun saya nak naik kereta saya. So, awak janganlah susah-susah." ayat paling baik aku susun. Berharap tak melukakan hatinya.

Dahinya berkerut. "Kenapa Rafa? Awak tak sudi ke naik kereta saya?" dia sudah aju soalan.

Aku gigit bibir. Teguk liur aku dibuatnya. "B-bukan macam itu cuma.. saya selesa bawa kereta saya sendiri. Erm.. awak jangan salah faham Rayn. Tau?"

Dia hanya diam. Sebelum keluhannya terlepas. Wajah aku dipandangnya. Jelas bundar. Terselit kecewa namun senyuman nya cuba dikekal.

"Tak apalah kalau macam itu. Saya ikut aje keputusan Rafa. Saya yakin ada sebab Rafa buat macam ini. Kalau itu yang terbaik, saya ikut." ujarnya beralah.

Aku tarik senyum pahit. Aih, rasa bersalah ku masih belum pudar. Tak menunggu masa yang lama, aku beralih ke arah kereta ku. Enjin kereta aku panaskan. Kereta Rayn disebelah keretaku pandang dari jendela. Hmm..

Sorry Rayn. Saya masih tak sedia nak akui awak suami saya.

Ckling!
Bunyi pesanan yang masuk buatkan perhatianku teralih ke arah telefon pintarku. Tergamam aku bila pesanan itu daripada Rayn. Tak berlengah, pesanan itu aku buka.

'Drive elok-elok. Saya taknak hilang awak. Awak gerak dulu, saya follow dari belakang.'-Mr. Nerdy.

Automatik, senyumanku terukir.
...
Huh!!

Awal-awal pagi, aku sudah dihidangkan dengan gosip yang sedikit merobek hati aku. Walaupun aku sudah putus dengan Faliq namun hati aku masih menyimpan sisa cinta buat lelaki itu. Tipulah kalau hati aku tak merana bila dengar fasal tunang Faliq.

"Rafa, I got a hot news for you. Memang hot teruks!!" Aina sudah serang aku dulu bila punggungku labuhkan di atas kerusi. Azura ambil tempat di sebelah Aina. Dia juga tersengih-sengih.

Aku kerut dahi. Hot news? Takkanlah fasal Rayn kot.

"Hot news fasal apa?" soalku sudah pandang mereka berdua silih berganti. Tiba-tiba rasa ingin tahu aku menebal pula. Risau juga kalau hot news itu bersangkut paut dengan perkahwinan aku dan Rayn.

Takut Rayn terbocor rahsia aje.

Azura tarik sengih. "Now we know kenapa kau putus dengan Faliq. Memang sebab orang ketiga kan??" duga gadis itu sambil buat gelagat menebak.

Aku terpana. Sungguh aku terkejut dengan tebakan mereka yang mengena itu. Macam mana diorang boleh tahu?

"Ma-maksud korang?"

"Faliq itu dah bertunang kan? Betul tak apa yang kitorang cakapkan ni? Dia dah bertunang dengan perempuan lain kan? Sebab itu kau putus dengan dia?" berubi soalan Aina hamburkan. Lagaknya seakan reporter Melodi yang mahukan berita sensasi.

Teguk liur aku dibuatnya. Mataku sudah membulat. Tak pasti reaksi selamba apa yang patut aku beri. Huh.. macam mana diorang boleh tahu?! Itu saja persoalan yang menerjah fikiranku ketika ini..

"Apa yang korang merepek ni?" aku masih pilih untuk berlakon tak tahu. Konon nya, baru tahu fasal hal tunang itu.

Azura dan Aina sama-sama mencebik. "Jangan nak berlakon innocent sangatlah Rafa. Satu universiti dah tahu. Fyi, tunang Faliq pun belajar sini juga. Junior." penjelasan Azura itu buatkan aku terkedu.

Tu-tunang Faliq ada kat sini?

Perasaan sedih dan kecewa yang bersarang dalam hatiku cuba aku tangkis. Tak- aku tak boleh macam ini!! Faliq sudah ada kehidupannya sendiri dan aku juga.. sudah ada kehidupan aku sendiri. Aku sudah ada Rayn. Walaupun hati aku bukan pada dia tapi aku milik lelaki itu kini. Miliknya yang sah!

Kerana tidak mahu terus kepikiran, aku terus berkemas untuk keluar dari dewan kuliah. Lebih baik aku makan kat tempat yang aku tak perlu jumpa orang.

Baru saja aku mahu melangkah keluar dewan, tak semena tanganku ditarik kasar menjauhi dewan. Aku terkedu. Dari bentuk belakang tubuhnya, aku tahu dia adalah Faliq.

Terus saja aku meronta minta dilepaskan namun Faliq tak hiraukan. Dia tarik aku jauh sedikit sebelum tanganku dilepaskan.

"Mana you pergi dua tiga hari ini. You tahu tak I risau fasal you?!" leternya dengan wajah risau plus geram.

Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang. "Faliq, you jangan masuk campur dalam hidup I boleh tak? Kita dah tak ada apa-apa. You faham tak?! We're nothing anymore." gertakku kasar.

"Maybe for you, we're nothing but for me.. you still mine. You yang nak break dan I tak setuju pun. So, kita masih couple dan you masih girlfriend I! Fullstop!!" putus lelaki itu tegas.

Tergamam aku dibuatnya bila dia kata begitu. Bersungguh aku lihat ke dalam anak matanya yang dia mahukan aku. Tanpa sedar, rasa rinduku mengulit. Huh!! Jangan Rafa, please..

Segera aku larikan mataku dari pandang dia.  Wajah pokerface ku berganti. Tak mahu dia perasan kerinduan yang bertapa dalam jiwaku ketika ini.

"Jangan nak merepeklah Faliq! You dah ada tunang so I hope you focus pada perempuan itu. Bukannya I." ujarku tidak mahu terus berdebat dengannya.

Faliq ketap bibir. "But I dengan dia.."

"Kalau awak tahu dia dah ada tunang, awaklah yang sepatutnya jauhkan diri awak daripada Faliq." suara lunak yang mencelah itu menarik perhatian aku dan Faliq ke arahnya.

Kami berdua sama-sama terkedu. Aku ralit gadis itu atas bawah. Aku kenal dia. Bukan ke dia junior yang Azura katakan itu?!

Rautnya yang manis itu nampak tegas. Dia sudah berpeluk tubuh sambil pandangan garangnya diberikan pada aku. Faliq di sebelah sudah ketap bibir.

Sh*t!!!

"Kalau awak nak tahu, saya tunang dia jadi saya harap awak jangan dekati dia lagi." spontan, gadis bertudung labuh itu menghamburkan ayat amarannya pada aku.

"Sarah!!"tegas Faliq menyeru namanya namun Sarah langsung tak peduli. Masih matanya tajam perhatikan aku yang masih kaget.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro