BAB 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Burn, jangan lupa petang ni ada latihan. Dua minggu lagi kita ada perlawanan. Jangan tak datang pula.'- Syafwan.

Satu keluhan malas Rayn lepaskan tatkala terbacakan pesanan whatsapp yang dihantar rakan sepasukannya itu. Terus, telefon pintarnya itu dicampak ke kerusi sebelah lalu fokusnya dialih pada pemanduannya. Entah kenapa, hari ini mood nya lari habis.

Apa yang mahu dibuatnya serba tak kena malah dalam kelas tadi pun, dia lebih banyak belek telefon daripada belek pesyarah. Selalunya, dialah paling perform namun hari ini.. dialah agaknya yang paling ke laut.

"Bu-bukan macam itu, Rayn. Ra-Rafa selesa dengan Rayn cuma Rafa nak bilik Rafa sendiri. Itu aje. Rafa tak larang pun kalau Rayn nak masuk bilik Rafa. Rafa izinkan."

Masih terngiang-ngiang lagi jawapan yang diberi Rafa padanya pagi tadi. Gara-gara itu, Rayn jadi begini. Hilang mood, tak semangat malah jiwanya juga bagaikan kacau. Hanya kerana gadis yang sudah bergelar isterinya itu.

"Apalagi yang aku patut buat supaya kau cuma nampak aku, Rafa? Apa lagi yang aku kena buat?" bertubi-tubi soalan itu dihamburnya namun tiada siapa di situ yang dapat berikan jawapan.

Dia buntu. Fikirnya, Rafa sudah mulai terbuka hati untuk terimanya namun nampak gayanya gadis itu seakan tak mampu menerimanya lagi. Mungkinkah hati gadis itu masih pada Syed Faliq. Bila teringatkan itu, makin sakit hati Rayn dibuatnya.

"Apa yang kurang pada aku sampai kau masih setia pada Faliq?" Rayn masih mengaju soalan pada diri sendiri.

Dia tak ada jawapan. Yurp! Mungkin.. segala nya Faliq lebih bagus daripadanya. Lelaki itu tampan, lelaki itu menarik malah penampilannya juga lebih bagus, lelaki itu juga atlet bola keranjang.. tulang belakang Universiti Juliaz Hills sedangkan Rayn? Dia tak ubah seperti lelaki selenga yang fesyen nya sudahpun ditelan zaman. Tak menarik malah tak ramai gadis yang usha dia. Budak bola tampar? Ramai pesyarah yang tak heran akan skill nya dalam bola tampar. Well, bola tampar di universitinya tak mendapat sambutan sangat kerana mereka kadang berada di tempat kedua dan ketiga. Jarang-jarang dapat juara.

Mengeluh kecil Rayn dibuatnya. Mungkin betul kot.. aku tak sebagus Faliq, keluh nya sendiri.

Bunyi deringan telefon pintarnya memati kan kesedihan Rayn buat seketika. Sambil fokus pada pemanduannya, segera dicapai telefonnya lalu dibelek. Tergamam dia tatkala mendapat panggilan daripada Rafa.

Bibirnya diketap kejap. Ikutkan hati memang dia nak menjawab tapi.. luka hati nya masih berdarah.

Dia masih merajuk pada isterinya itu.

Akhirnya, Rayn pilih untuk membiarkan telefonnya berbunyi tanpa diangkat. Biarlah.. mungkin itu dapat mendidik Rafa untuk belajar daripada kehilangannya.

Keretanya masih dipandu menuju ke stadium sebelum matanya melekap pada sosok gadis bertudung labuh di bahu jalan. Lagak gadis itu seakan mahukan pertolongan. Tak berlengah, Rayn segera memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Dia keluar dari keretanya lalu gerangan gadis itu didekatinya. Jelas kelihatan kerut resah di wajah perempuan itu.

"Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" soal Rayn.

Sempat juga matanya melirik ke arah kereta BMW hitam yang tersadai di sebelah nya. Penutup enjinnya terbuka mungkin disebabkan gadis itu nak baiki enjinnya tetapi tidak mengerti caranya.

"Kereta saya rosak. Saya cuba nak baiki tadi tapi tetap juga tak gerak. Phone saya pula habis bateri." adu gadis itu masih resah.

Rayn sekadar menganggukkan kepala. Tak bersuara, kakinya disusun ke arah hadapan kereta itu.. sambil bercekak pinggang, dibeleknya setiap satu-satu yang ada pada bahagian enjin kereta tersebut sebelum senyumnya terukir.

Kembali wajah gadis itu dipandangnya. "Cik cuma kena tambah air aje. Tak teruk mana pun rosaknya."

"Sekejap, saya ambil air bateri dalam bonet kereta." ujar Rayn sudah menghulur bantuan.

Pantas, dia merapati bonetnya lalu air bateri dibawanya. Gadis itu ralit perhatikan cara Rayn bekerja. Sangat pantas dan tenang. Seperti sudah selalu buat. Lelaki lah katakan..

Setelah siap membaiki apa yang patut, Rayn pandang gadis itu semula. Kesan comot yang berbekas pada bajunya dan juga pipinya dibiarkan. "Cik cuba hidupkan enjin semula. Nak tengok boleh hidup ke tak." pinta Rayn mesra.

Tak berlengah, gadis itu terus mengambil tempat di kerusi pemandu. Enjin keretanya dibuka dan tak semena-mena, keretanya yang rosak tadi kembali hidup. Terus saja ucapan syukurnya meniti keluar dari bibir.

Rayn pula hela nafas lega. Peluh renek yang membanjiri dahinya disapu menggunakan belakang telapak tangannya. Senang sikit hatinya bila dapat bantu orang. Gadis yang berada di tempat duduk pemandu itu didekatinya.

"Saya minta diri dulu ya, cik.." ujar Rayn sebelum menunduk mahu pergi.

"Encik!!"

Namun belum sempat menjauh, gadis itu kembali memanggil Rayn. Langkah Rayn mati. Wajah gadis bertudung labuh itu ditatapnya.

"Ya, saya?"

Sarah berikan senyuman nipis. Kepalanya ditunduk tanda terima kasih. "Thanks sebab tolong saya. Kalau tak ada encik, mungkin kereta saya masih tersadai kat sini." ucap gadis itu tulus.

Rayn hanya balas dengan anggukan. "Welcome." balas Rayn sebelum kembali menaiki keretanya semula.
...
Bunyi kuat televisyen di ruang tamu menyebabkan aku segera bergegas merapati pintu bilikku. Dari celah pintu yang terbuka, aku intip ke ruang tamu. Jelas terlihat sosok Rayn di ruang tamu. Lelaki itu sedang leka menonton televisyen. Langsung dia tak sedar aku yang sedang mengintipnya.

Bibirku ketap kejap. Rasa bersalahku buatkan hariku hari ini jadi resah semacam. Aku jadi tak tenang. Berkali aku cuba paksa kan fikiran untuk berhenti fikir tentang apa yang aku sudah cakap pada Rayn namun.. aku tak boleh. Makin aku cuba, makin itu jugalah perasaan aku jadi tak sedap.

Akhirnya, satu keluhan lemah aku lepaskan. Fine! Aku kena juga keluar dan minta maaf pada Rayn. Kau itu isteri dia.. so, kau kena minta maaf pada dia.

Ingat!! Syurga kau bawah telapak kaki dia!! Sebendul-bendul dia, lelaki itu masih suami kau, getusku dalam hati.

Aku cuba tarik nafas dalam sebelum aku hembuskan perlahan. Cuba untuk aku tenangkan diri. Cool.. ingat, yang penting cool.

Perlahan, tapak kakiku menapak keluar dari bilik. Sedar juga aku mata Rayn yang sudah teralih pada aku namun dia masih diam. Langsung tak tegur aku. Awalnya tadi niat nak ke ruang tamu namun kaki pula melencong ke tempat lain. Aku tak semena melangkah ke dapur.

Di dapur, aku sudah terloncat-loncat resah. Kukuku gigit sambil mataku meliar di sekitar dapur. Hmm.. cuba jangan gabrah sangat. Just minta maaf aje.. bukan minta cerai!

"Rayn, saya nak minta maaf. Saya tak sengaja lukakan hati awak. Saya.. tahu saya salah cuma saya nak awak faham. Saya nak bilik saya sendiri. Saya tak kisah pun kalau awak nak masuk bilik saya, masuklah. Saya tak larang.." aku praktikkan ayat itu sambil kakiku mundar mandir kiri kanan.

Habis otak aku kerah semata-mata mahu memohon maaf pada lelaki nerda itu.

"Rayn, Rafa nak minta maaf. Rafa tak nak pun lukakan hati Rayn. Rafa tahu Rafa salah tapi Rafa harap Rayn faham. Rafa.. tak berniat pun nak jauh dari Rayn cuma.. Rafa nak bilik Rafa sendiri. Rafa tak kisah pun kalau Rayn nak jejak dalam bilik Rafa. Rafa tak kisah cuma.."belum sempat aku menghabiskan ayat ku.

Tak semena, mataku terbelalak tatkala terpandangkan Rayn yang sudah tercegat di belakangku tatkala aku sibuk menyusun ayat maaf. Terlihat senyumannya terukir. Mungkin.. dia dah terdengar ayat maaf aku yang buat loya tekak itu.

"R-Rayn.."gagap aku dibuatnya. Hilang terus ayat maaf yang tadi aku susun. Aih?!

"Rafa jangan risau. Rayn tak marah pun kat Rafa cuma Rayn kecewa sikit tapi.. its okay. Rayn tak sepatutnya buat Rafa susah hati kan?" ujarnya.

Aku ketap bibir. Wajahnya aku pandang dengan perasaan sebak. Hmm.. Rayn selalu belajar untuk faham aku dan sedikit sebanyak perangainya itu buatkan aku makin selesa dengannya.

Pandanganku tundukkan ke bawah. Rasa bersalahku masih belum padam walaupun Rayn sudah kata yang dia maafkan aku..

"R-Rayn, Rafa nak minta maaf. Rafa.." ayat aku tergantung bila lelaki itu tiba-tiba saja menarik aku ke dalam pelukannya.

Terkedu. Aku bagaikan terpaku dalam pelukannya. Lemas? Entah kenapa, pelukan hangatnya itu buatkan aku rasa selesa. Yang pelik, perasaan gusarku jadi tenang bila berada dalam pelukannya. Harum tubuhnya juga sedikit mendamai kan aku.

"Rayn yang sepatutnya minta maaf sebab Rayn buat Rafa susah hati. Rayn janji Rayn takkan buat Rafa macam ni lagi." ujar lelaki itu menutur janji.

Aku tak membalas. Masih aku diam dalam pelukannya dan tak semena, tanganku naik memeluk tubuhnya.
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro