BAB 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sila tinggalkan pesanan selepas.."

Keluhan Rayn terlepas apabila panggilan yang dibuatnya langsung tak mendapat jawapan dari pihak sana. Baru dia ingat nak ajak Rafa keluar lepas habis kelas petang nanti. Sepanjang mereka berkahwin, tak pernah lagi rasanya dia keluar berdua dengan Rafa. Nak ke taman pun tidak, nak ke shopping complex pun tidak.

"Ha, Rayn. Ni.. aku dah jumpa dah buku yang sesuai untuk tambah dalam fyp kita." celah Adam yang munculnya entah dari mana.

Buku yang berada dalam tangannya dihidangkan di atas meja di hadapan Rayn namun Rayn seakan tak mempedulikan gelagatnya itu. Masih Rayn diam merenung telefon pintarnya. Termenung.

Bila merasakan tiada respons daripada rakan baiknya itu, Adam sudah jongket kening. Tempat duduk di hadapan Rayn di dudukinya lalu wajah mencuka Rayn dipandang.

"Apsal kau ni? Masam semacam aje." tegur nya direct. Malas nak berbasa-basi.

Rayn ketap bibir. Wajah Adam dipandang nya. "Hmm.. aku pun tak tahulah. Apa kena dengan aku ni. Cepat terasa sekarang."

"Kau terasa dengan siapa?"

Kali ini, Rayn membisu. Kalau terus terang, rahsia perkahwinannya dengan Rafa akan terbongkar. Dia pun tak faham kenapa dia boleh setuju untuk merahsiakan statusnya sebagai suami Rafa. Ikutkan hati mahu saja dia dedahkan pada satu universiti yang Rafa itu sudah sah jadi hak miliknya.

Biar tiada lagi dah lelaki yang terhegeh- hegeh nak mendekat dengan Rafa. Kalau tak.. sakit aje matanya tengok lenggok gatal lelaki bila Rafa ada berdekatan. Saja nak minta sepakan Rayn yang tak berapa nak mengancam.

"Erm, adalah. Kawan perempuan aku." dalih Rayn.

Terjongket kening Adam dibuatnya. Rakan perempuan? Hairan bin ajaib! Sejak bila pula si Rayn ni pandai mendekat dengan perempuan.

"Kawan perempuan yang kau maksud kan ni.. betul-betul perempuan ke atau yang.." gaya sotongnya dibagi. Sengaja nak menyakat Rayn.

Terus Rayn tendang lutut Adam di bawah meja. Tak guna punya kawan. Dia perlekeh kan aku?!!, getus Rayn dalam hati. Mengerang sakit Adam dibuatnya. Boleh tahan jantan juga si Rayn ni. Ingat lemau.

"Cantik sikit ayat kau itu, Dam. Perempuan betullah takkanlah perempuan jadian pula. Buduh punya pemikiran.."

Galak Adam ketawakan Rayn yang sudah tayang muka sebal. Sekali sekala mengusik Rayn memang boleh buat pecah perut. Rayn ni pun senang kena sakat kalau depan Adam cuma itulah.. selenga tak bertempat bila depan orang lain. Jadi pendiam dan pelik.

Rayn pula sudah tayang jengkel. Menyampah pun ada juga bila lelaki itu sibuk ketawakannya. Dia serius.. si Adam pula yang main-main.

"Sorry-sorry.. so, erm.. apsal? Cuba cerita sikit." sisa baki tawanya cuba diredakan. Tak nak buat Rayn marah lagi.

Rayn gigit bibir. "Entahlah..kawan aku ni, aku ingat dia selesa dengan aku tapi cara dia itu macam dia tak selesa dengan aku. Hmm.. baru aku faham kenapa ramai cakap perempuan ni complicated."

Tersengih Adam bila mendengar penjelasan Rayn itu. Ini mesti kes hati dah terpaut ni, kalau tidak.. mungkin Rayn tak kan sebungkam itu?, duga hatinya.

"Perempuan ini.. kau crush kat dia ke?"

Tak berlengah, Rayn angguk kepala. Pengakuan jujurnya diberi. Direct!

"Aku suka dia tapi aku tak sure.. dia suka aku ke tak? Gaya macam tak suka aku tapi entahlah.." Rayn buntu.

Bila diingat kembali detik sepanjang perkahwinannya dan Rafa, dia jadi keliru. Kadang gadis itu okay aje dengannya namun terkadang juga.. gadis itu jadi tak okay.  Kadang Rafa rajin tegur dia tapi.. terkadang juga gadis itu banyak membisu. Hmm.. kepelikan seorang perempuan barangkali?!

Adam sekadar mengangguk kepala. Sesekali matanya meliar membelek penampilan Rayn. Dagunya dielus lembut.  Jujur dia katakan, Rayn memang lelaki tak pandai berfesyen. Tak kena zaman.. penampilab budak retro versi baik.

"Aku rasa..  kau kena ubah penampilan kau. Tak ramai perempuan yang suka dengan gaya kau ni. Nerd sangat." selamba saja Adam memberi teguran.

Terkedu Rayn dibuatnya. Spontan, dirinya dibelek. "Apa kenanya dengan gaya aku? Tak ada yang pelik pun."

Adam sudah tepuk dahi. Dia kata tak ada yang pelik? Haih.. pakai spek pun, buta lagi ke?

"Gaya kau ini ketinggalan zaman. Tak ikut fesyen terkini. Mungkin sebab itulah perempuan itu macam tak berkenan dengan kau. Cuba macho sikit. Ubah sikit gaya nerd kau ni.. barulah ramai yang beratur. Silap haribulan, perempuan yang kau suka itupun beratur nak jadi bini kau." ujar Adam semakin berani.

Rayn ketap bibir. Sekali lagi, tubuhnya dibelek. Kemudian keluhannya terlepas. Wajah Adam dipandangnya.

"Erm.. aku rasa semua itu tak ada kaitan dengan penampilan aku. Sepatutnya kalau dia betul sayangkan aku.. dia kena terima kekurangan aku. Betul tak?" bangkang Rayn masih teguh pada penampilannya.

Adam tepuk dahi buat kali kedua. Memang susah nak ajak orang keras kepala ni berbincang. Tadi minta pendapat.. bila dah bagi pendapat, bangkang pula!!

"Falsafah macam itu tak boleh pakailah, Rayn. Sekarang ini.. orang pandang rupa, mana ada yang pandang dalam ni dah. Kalau ada pun, golongan itu dah pupus." balas Adam.

Rayn mengeluh kecil. Tak semena, dia berdiri. Entah kenapa, moodnya nak berdebat lebar dengan Adam terasa tiada. Buku yang berada di atas meja dikemas nya.

"Aku pergi dululah, Dam. Jumpa kau kat BT (Bilik Tutorial)."

Belum sempat dia nak ke depan, tubuhnya tak semena telanggar jasad seseorang. Hampir saja gerangan itu mahu jatuh namun Rayn pantas menariknya kembali.

Sarah lepas keluh lega bila tubuhnya tidak jatuh menyembam bumi. Dadanya diurut perlahan. Terus wajah yang membantu nya dipandang. Terkedu dia dibuatnya.

"Encik ni.."

Rayn turut sama kaget. "Cik ni.. yang kereta rosak itu kan?"

Sarah di hadapan sudah tarik senyum lebar seraya itu dia mengangguk kecil. "Ya, saya encik baik hati."
...
Betul ke yang hati aku ni dah berpaling tadah daripada mencintai Faliq?

Rancangan televisyen yang bertayang ketika itu langsung tak menarik perhatian ku. Lagipun memang bosan pun rancangan petang ini. Tak habis dengan memasak. Erm.. aku manalah reti nak memasak ni.

Bunyi pintu bilik terbuka membuatkan perhatianku terus saja beralih ke bilik Rayn.   Kelihatan lelaki itu melangkah keluar dari biliknya dengan rambut basah. Hilang terus rambut belah tengahnya itu tapi kaca mata masih melekat di wajah. Tanpa aku sedar, mataku sudah sepenuhnya pada dia.

Entahlah, penampilannya petang itu lain. Perasan juga aku yang rambutnya sedikit panjang jika nak dibandingkan dengan rambutnya sewaktu pertama kali kami berjumpa. Pendek dan kemas.

Sedang leka aku renung Rayn, aku langsung tak sedar yang matanya sudah beralih pada aku. Dahinya berkerut sambil penampilannya dibelek.

"Erm, kenapa Rafa pandang Rayn macam itu?" pertanyaannya itu berjaya buatkan aku kalut.

Cepat-cepat aku alihkan mataku dari terus menatapnya. Majalah yang bertapa atas ribaku terus aku pandang. Erk?! Kenapa dengan mata aku ni? Berkenan sangat nak pandang si Rayn?!

"M-mana ada, Rafa pandang Rayn. Ra-Rafa.. Rafa cuma.. Erm.." aku sudah mati akal. Entah apalah alasan logik yang patut aku beri pada dia.

Rayn masih tadah telinga untuk mendengar jawapanku. Tak semena, langkahnya diatur merapatiku lalu tempat duduk di sebelah ku didudukinya. Masih matanya tak beralih dari pandang aku. Pandangan tagih jawapan. Aku pula?

Entahlah, gelisah semacam. Jantung ni.. asyik nak berdebar aje. Tak pasti, debaran kerana takut atau.. sesuatu?!

"Rafa cuma apa?" rautnya mahu tahu.

Aku terus ketap bibir. Matanya aku pandang. Redup saja tatapannya di balik kaca mata segiempatnya itu. Tak sedar pun aku.. yang lelaki itu memiliki pandangan seperti itu. Cantik?

Dan.. sangat meresahkan aku!

Bila lihat aku diam, spontan keluhannya terlepas. Pandangan yang tadi pada aku ditundukkan ke bawah. "Kenapa tadi Rayn call, Rafa tak angkat?" soalan lainnya menerjah.

Termangu aku di hadapannya. Terimbas semula memori aku dengan Faliq tadi. Hmm.. "Rafa dalam kelas tadi. Tak boleh nak jawab." bohongku. Berharap alasan itu dapat membela ku.

"Tipu. Rafa tak ada kelas kan tadi? Masa Rayn call Rafa, Adam ada dengan Rayn. Dia classmate Rafa kan? Macam mana.. Rafa boleh ada kelas tapi dia tak ada?" aras tinggi soalan yang dihalakannya pada aku.

Telan liur aku dibuatnya. Sudah.. Sejak bila pula si Rayn ni kenal Adam pula? Kenapa aku tak pernah tahu pun yang Adam itu rapat dengan budak nerda?!

"Dia ponteng kot." balasku masih mahu mantapkan penipuanku.

Kali ini Rayn diam. Senyum hambarnya terlukis dalam tundukannya. "Baru tadi, Rayn nak ajak Rafa keluar tapi.. erm, maybe Rafa tak sudi kan nak keluar dengan Rayn?" ujarnya sudah menduga.

Tergamam aku dibuatnya. Ajak keluar? Automatik, rasa bersalahku menyerbu. Kenapa.. dengan aku ni?!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro