BAB 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setelah hampir sejam perlawanan berlangsung, akhirnya kemenangan bola tampar tersebut berpihak ke pasukan universiti kami. Bila berada di situ, aku rasa sukan bola tampar tak adalah membosan kan sangat. Sengit dan boleh buat tekak kering.

Namun, aku tak hiraukan semua itu. Apa yang penting, aku dah bersorak. Berharap sorakan semangatku itu sudah menyuntik semangat dalam diri Rayn. Yurp. Bukan hanya aku saja yang terpekik terlolong sepanjang perlawanan tersebut berlangsung malah para gadis yang lain juga turut sama bersorak.

Cemburu?

Of courselah, aku cemburu! Rayn itu suami aku dan dia cuma milik aku. Jelaslah pelajar perempuan ini cuma menilai Rayn dari rupa paras semata. Erk? Rasa macam komen diri sendiri. Erm.. Aku ketap bibir.

Langkahku atur menuju ke belakang dewan di mana pintu bilik persalinan berada. Niat aku cuma nak bertemu empat mata saja dengan Rayn. Hanya itu. Namun, niatku terbatal tatkala terlihatkan beberapa kelompok kumpulan pelajar perempuan berkumpul di depan pintu dewan. Bising sikit suasana di luar tersebut.

Aku pula hanya mampu terpacak berdiri memandang mereka semua. Aku inginkan ruang privasi untuk berbicara dengan Rayn namun nampaknya.. aku tiada peluang itu. Kalau aku jumpa Rayn, pasti ramai yang akan syak sesuatu.

Nak-nak lagi bila ramai tahu yang aku ni anti budak-budak lurus seperti Rayn malah juga mereka tak pernah melihat aku berbual dengan lelaki itu sebelum ini. Hmm.. sengaja mengundang bala kalau aku teruskan juga niatku mahu bertemu Rayn.

Lama aku diam. Ligat kepalaku kerah untuk membuat keputusan. Baik buruknya aku pertimbangkan sebelum akhirnya keluh lemahku terlepas. Layu mataku melirik ke arah pintu bilik persalinan yang tertutup.

Nampaknya, aku memang tak patut terus kan pertemuan ini.

Dengan hati yang berat, aku pusingkan langkahku mahu pulang ke fakultiku semula. Berat kakkku melangkah. Sebak, sedih dan kesal bagaikan bertempur dalam jiwaku ketika ini.

Belum dua langkah aku menjauh, telingaku menangkap sorakan nyaring para gadis di belakang. Terus saja langkahku mati. Serta-merta, aku pusingkan tubuhku ke belakang.

Tergamam aku dibuatnya bila lihat Rayn yang sudah dikerumuni perempuan. Lelaki itu jelas tak pedulinya. Raut malas nak layannya ditayang. Langkahnya diteruskan.  Pandangannya yang menunduk ke bawah sedari tadi, didongak ke atas.

Untuk kesekian kalinya, matanya bertemu wajahku. Serentak itu, langkahnya mati. Aku juga turut sama tak berganjak. Tak berkelip mata aku bila terpanah pandangan layunya itu. Yurp, layu.

"Rafa.." perlahan namun jelas pada penglihatanku, bibirnya menyeru nama ku.

Aku ketap bibir. Sebak hati aku dibuatnya. "R-Rayn." terketar aku sebut nama dia.

Baru saja, aku nak melangkah ke depan.. Rayn terlebih dahulu melarikan pandangan nya daripada ku. Seraya itu, aku membatal kan niatku untuk mendekatinya. Kenapa.. dia mengelak?

Lelaki itu meneruskan langkahnya ke depan. Adalah beberapa ketul perempuan tak sedar diri ikut dia namun Rayn tak endah. Pandangannya masih menunduk ke bawah.

Aku terkedu saat dia jalan melintasi ku. Diam dan hening. Aku rasakan ketika itu.. jarum jam langsung tak berdetik. Aura Rayn, jelas aku rasakan. Aura yang aku mahukan terus ada di sisiku kini.

"Jangan sakit. Rayn risau." perlahan namun berjaya ditangkap oleh halwa telingaku.

Pesanannya itu buatkan aku mati kata. Terbuntang mataku. D-dia tahu?

Tak berhenti, Rayn maju meninggalkan aku dibelakang. Aku pula masih tercegat di tempat aku berdiri. Entah kenapa, kaki ini seakan-akan tidak mahu beralih. Masih setia mencengkam tanah.

Namun, tak lama lepas itu.. aku terduduk. Tangisanku berbirai jatuh membasahi pipi. "Rayn.. Rafa nak Rayn. Cuma Rayn.."  luah ku sebak.

Tiada siapa di situ yang mendengar. Hanya aku seorang. Jadi, aku gunakan ruang yang ada untuk menangisi kekesalanku. Salah aku.. Rayn jadi macam itu.

Adakah aku juga punca dia pilih untuk buat perubahan? Huh, kejamnya aku!

Tanpa aku sedar, ada seseorang yang memerhatiku dari jauh. Berkerut dahinya melihat gelagatku begitu sebelum keluhan nya terlepas. Pandangannya ditunduk ke bawah.

"Jadi betullah, Rafa ada hati dengan si bendul itu." ujarnya pada diri sendiri. Tiada siapa di situ yang dapat berdebat dengan pendapatnya itu.
...
Tiba sahaja di ruang tamu, terus aku melabuh punggung di atas sofa. Panas hati yang sedari tadi menghangit masih belum reda. Siapa aje yang tak hangit bila tengok perangai lelaki nerda dah lain macam. Siap makan satu meja dengan perempuan pula itu?!!

Kejadian di kafe fakulti kembali bermain dalam fikiranku. Di mana aku lihat Rayn duduk berduaan dengan Hana, salah seorang gadis yang boleh tahanlah cantik nya. Menyirap aje aku perhatikan dari jauh. Bukan makan yang biasa-biasa, siap bergelak lagi. Huh!!

Aku yang tadi bersandar pada sofa terus saja bangkit. Tiba-tiba ada andaian mengarut menerjah fikiran ku.

"Oh, sebab itulah Rayn taknak balik rumah? Sebab.. dia dah pasang perempuan lain belakang aku?" dugaku sudah angkat jari telunjuk, bungkam.

Walaupun hanya andaian semata namun masih.. bayangan itu berjaya buatkan aku geram. Mana taknya, kalau dia dekat dengan perempuan hodoh tak apalah juga.. ini dia rapat dengan si Hana. Perempuan cantik dengan otak cerdik itu. Hmm!! Pelajar berkaliber pula itu.. sakit hati!

Terus aku hempas belakangku ke bahu sofa. Tanganku sudah melipat di dada. Ada raut tak puas hatiku bertayang. Entah, selesai ke tidak masalah itu kalau aku terus buat muka macam itu. Erm..

Pandanganku yang aku lemparkan ke luar jendela, aku tarik ke dalam rumah semula. Mahu cari suasana yang boleh meredakan hati yang panas. Sedang leka mataku meliar, tak semena.. pandanganku terhenti ke arah surat yang terletak kemas di atas kabinet tv. Di atasnya terdapat kaca mata segiempat milik Rayn.

Tak berlengah, aku mendekati surat itu lalu aku capai. Senyum tipisku terlukis. Surat daripada Puan Sri Arimah. Comel aje tulisan nya itu.

Aku buka suratnya lalu aku baca. Kaca mata Rayn, aku pegang erat.

'Rafa, mama nak minta maaf sebab mama tak boleh nak berlama teman kamu. Mama lupa nak beritahu kamu yang mama ada urusan nak diselesaikan di Sabah. Petang ini mama berangkat. Haha.. mama kirim surat ini sebab battery telefon mama habis. Mama lupa bawa charger.

Mama cuma nak pesan, kamu jaga kesihatan kamu. Kalau kamu sakit, semua orang akan susah hati. Termasuklah Rayn. Mama pun geram juga tengok Rayn buat perangai tapi tadi.. dia ada balas pesanan mama.

Dia cuma nak Rafa jaga kesihatan sepanjang dia tak ada. Mungkin, dalam masa terdekat ini dia akan balik ke pangkuan Rafa semula. Dia pun.. dah maafkan Rafa jadi Rafa jangan risau.' 

Aku hanya mengeluh bila isi surat itu aku baca sampai habis. Dah maafkan? Kalau dah maafkan, kenapa.. masih pilih untuk jauhkan diri daripada aku?

Bukan itu tanda, dia masih tak maafkan aku ke?, getusku dalam hati.

Bibirku ketap rapat. Kaca mata Rayn yang berada dalam tanganku belek. Akal nakal ku dicanang dan tak semena terbit senyuman penuh muslihat di birai bibir ku.

Kaca mata Rayn, aku sarung. Sakit mata, aku terus saja pejam mata. Pening kepala dibuatnya. Entah kuasa berapa.. spek mata dia ini. Tinggi sangat!

Sambil pejam mata, bibirku masih tak lokek dengan senyuman.

"Ingat.. Rayn seorang aje boleh berubah?"
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro