BAB 57

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Kau yakin ke yang Rafa dah tak cintakan Faliq? Kau sendiri tahu macam mana cinta nya diorang antara satu sama lain. Maaflah, Rayn.. walaupun kau dah berubah sekarang tapi kau tak dapat nak ubah kedudukan Faliq dalam hati Rafa. Diorang saling mencintai malah Rafa kahwin dengan kau pun sebab terdesak. Bukannya cinta.'- Unknown.

Beberapa kali pesanan whatsapp itu dibacanya. Dia sendiri tak tahu siapa pengirimnya malah mungkin, Rayn juga tak mengenali individu tersebut namun dari gayanya, jelas individu tersebut mengenali Rafa dan Faliq dengan baik.

Kiriman itu disertai beberapa gambar yang memaparkan jasad Faliq dan Rafa berdua. Hal itu, makin buatkan Rayn jadi panas hati. Ikutkan perasaan cemburunya, sudah lama dibalingnya telefon tersebut ke luar tingkap namun akal warasnya menghalang.

"Rafa masih sayangkan Faliq?" perlahan, dia tanya pada dirinya sendiri.

Teringat Rayn kejadian ketika di hospital tadi. Dia nampak raut cemas Rafa bila dapat  tahu dimasukkan ke dalam hospital. Huh! Keluhan Rayn terlepas.

Kalau betul tak cinta, takkan lah Rafa sebimbang itu pada Faliq? Kalau tak sayang, kenapa masih peduli? Hatinya sudah berteka-teki sendiri.

Lama dia diam merenung tv.Walaupun sekarang, filem kesukaannya sedang bertayang namun ia tak mampu memikat selera Rayn. Dirasakan hatinya sedang mati ketika ini bila terkenangkan si isteri yang masih menaruh hati pada lelaki lain..

Bunyi pintu terbuka mengalihkan pandangan Rayn ke arah bunyi tersebut. Terlihat sosok Rafa yang hanya mengena kan gaun tidur paras betis keluar dari bilik. Tergamam Rayn dibuatnya. Rafa kelihatan cantik pada malam itu, sama seperti malam-malam lain. Cepat-cepat dialihkan pandangannya dari terus memandang si isteri.

Malam ini, Rayn pasang tekad untuk tidur di luar. Buat masa sekarang, dia perlukan ruang untuk bersendiri. Fikirnya, kalau dia terus dekat dengan Rafa.. dia akan terus jadi seorang lelaki yang hanya tahu memaafkan.

"Tak tidur lagi ke, Rayn?" sapa Rafa mengambil tempat di sisi suaminya.

Rayn tayang muka dinginnya. Langsung wajah Rafa tak dipandangnya.

Melihatkan gelagat Rayn itu, Rafa keluh perlahan. Wajah suaminya dipandang dalam. Dia yakin ada sesuatu yang buatkan Rayn bersikap dingin padanya.

"Rayn marahkan Rafa ke?" tak berlengah, soalan straight to the point itu diaju.

Diam. Rayn masih tak menyahut. Masih pandangannya tak beralih dari merenung televisyen.

Bila dirasakan soalan keduanya tak mendapat jawapan, Rafa pantas fikirkan alternatif lain. Tangannya lembut memeluk lengan sasa Rayn lalu disandarkan kepala nya ke lengan lelaki itu. Itulah satu-satunya cara untuk pujuk Rayn.

Tergamam Rayn dibuatnya. Melirik matanya memandang si isteri. Sempat bau haruman tubuh Rafa menyapa batang hidungnya. Hal itu, spontan buatkan Rayn jadi tak keruan.

Haih!! Jangan terpujuk Rayn!

"Rafa minta maaf kalau apa yang Rafa buat,  sakitkan hati Rayn. Rayn beritahulah Rafa apa silap Rafa.. dan Rafa akan cuba betulkan semampu Rafa." ujar Rafa sedikit sendu. Nadanya memujuk.

Hening. Rayn masih tak menyahut. Hanya bunyi audio saja yang berkumandang.

Keluhan Rafa terlepas. Dikemaskan pelukannya pada lengan si suami. Raut sugulnya terpamer.

"Tapi... kalau Rayn terus diam, Rafa jadi takut. Rafa nak Rayn jujur dalam perkahwinan kita ini. Rafa taknak Rayn terus pendam perasaan Rayn itu. Kalau betul Rafa ada buat salah, beritahu. Tolong jangan diamkan." masih, Rafa memujuk.

Akhirnya, Rayn mengeluh berat. Dilonggar kan pelukan Rafa pada lengannya. Tubuh gadis itu dihadapkan di depannya. Senyum tipisnya diukir. Untuk kesekian kalinya, Rayn merendahkan ego.

"Tak adalah. Rayn cuma penat. Rafa pergilah tidur." lembut, dia menghamburkan bicaranya.

Rafa berkerut dahi. Wajah Rayn yang konon nya tenang itu dipandang. Dapat dia baca yang Rayn sedang berbohong.  "Tipu."

"Betul, Rafa. Rayn cuma penat. Rafa pergilah tidur." ujar Rayn sudah membelai ubun kepala Rafa lembut.

Gadis itu diam saja. Ralit dia perhatikan wajah suaminya. Berharap agar ada kejujuran terselit namun hampa, dia bukan nya manusia luar biasa yang dapat membaca isi hati manusia. Isi hati sendiri pun dia tak dapat nak faham.

Akhirnya, keluhan Rafa terlepas. Tangan Rayn yang membelai ubun kepalanya ditarik. "Fine. Hmm.. Rafa nak tidur dengan Rayn." manja, permintaannya dihambur. Tangan Rayn ditariknya agar lelaki itu menuruti.

Namun, Rayn terlebih dahulu menarik tangannya. Senyumannya terlukis. "Rafa tidurlah. Malam ini, Rayn nak tidur luar. Ada kerja yang nak kena siapkan." dalih lelaki itu. Mulutnya dijuih ke arah komputer riba yang terletak kemas di atas meja kopi.

Rafa ketap bibir. Sempat matanya melirik ke arah laptop Rayn. Entah kenapa, dia rasakan lelaki itu seakan mahu menjauh kan diri daripadanya.

"Kalau macam itu, Rafa bawakan bantal dan selimut untuk Rayn." mengalah, Rafa pilih untuk tak mahu panjangkan topik tidur luar tersebut.

Dia tahu segigih manapun dia memaksa Rayn untuk buka mulut, lelaki itu akan terus berdiam.
...
"Bodoh!"
Kata-kata kesatnya dilontar geram. Menyinga wajahnya tatkala mendengar suara lelaki di hujung talian. Lelaki yang sudah diupahnya untuk membuat kerja kotor.

"Kau kata dia dah mati tapi kenapa tadi aku tengok dia masih hidup. S*al! Kau cuba nak tipu aku ke hah?" gertaknya sudah memendam amarah.

"Saya yakin saya dah bunuh dia. Saya dah periksa nadi dia."  bersungguh, lelaki itu membenarkan kata-katanya.

Merengus Azura dibuatnya. Ikutkan hatinya, sudah lama dirobek-robek mulut lelaki itu agar tidak terus memalsukan kebenaran. Dia sendiri yang nampak Faliq masih dirawat di hospital. Walaupun, dia tak tahu keadaan lelaki itu namun dia yakin yang lelaki itu masih lagi bernafas.

"Kau masih nak tipu aku lagi ke hah? Huh.. ini yang kau kata hasil kerja terbaik? Pfftt.. penipu." sinis Azura menyindir.

"Kau jangan nak cabul sangat mulut perli aku. Aku dah buat kerja aku dan sekarang.. aku nak duit aku." tegas, lelaki itu meminta bayarannya.

Berdekah tawa Azura dibuatnya bila topik bayaran ditekankan oleh lelaki itu. Betul lah. Dunia ini berasaskan wang semata. Kerja tak sebagus mana pun, masih boleh mengemis wang. Kerana wang, rasa malu dan takut itu hilang.

"Kau memang tak reti malu kan? Dah lah buat kerja tak bagus, lepas itu ada hati nak minta bayaran?"

"Aku dah buat kerja akulah! Apa lagi yang kau nak?!"

Tersengih perli Azura dibuatnya. Dia pula yang marah kita? Dasar pembunuh tak bermoral.

"Aku nak dia mati. Kau tak faham ke? Selagi dia tak mati, selagi itu kau takkan dapat bayaran." tegas Azura berbicara.

Lelaki di hujung talian itu sudah diam. Namun, tak lama lepas itu keluhannya terlepas. "Baik. Aku akan mampuskan dia tapi lepas itu.. aku nak bayaran aku up 25%." tagih lelaki itu.

"Kau jangan risau fasal bayaran. Kalau kau buat kerja bagus, aku pun akan bayar kau dengan nilai yang bagus juga." ujar Azura dengan sematan senyum jahatnya.

Terus saja, Azura tamatkan perbualannya dengan lelaki itu. Kemudian, telefon pintar nya dilontar ke atas katil.

Langkahnya diatur ke beranda. Tangannya bersilang didada. Langit malam itu diteliti nya dengan fikiran yang sedang menyulam muslihat.

"Lepas Faliq, giliran kau pula Rafa."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro