BAB 59

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Usai menamatkan panggilanku dengan Sarah, kembali aku simpan telefonku ke dalam beg tanganku semula. Redha sedikit rasa bersalahku bila Sarah kata dia tak makan hati kerana aku tak menemaninya hari ini.

Langkahku susun menuju ke arah lif bomba yang terletak di hujung aras tingkat lima fakulti. Sambil berjalan itu, aku terkenang kan tentang kejadian tadi pagi. Kejadian di mana Rayn tanpa sengaja menengkingku semasa kami bersarapan pagi.

Aku sungguh tak faham. Dia kata dia okay tapi kenapa dia perlu mengherdik aku sebegitu sekali? Apa salah aku sampai dia perlu marah aku bila aku nak temani Faliq?

Cemburu? Pff.. aku sudah geleng kepala. Bagi aku, Rayn sudah sedia maklum tentang perasaan aku terhadapnya. Perasaan cinta aku pada Faliq sudah lama terpadam dan kini hanya Rayn saja yang menjadi raja dalam hatiku. Tak ada orang lain. Jadi, apa yang dia nak marahkan sangat?

Hela lemahku berat meniti keluar dari bibir. Susahlah macam ini. Rayn sekarang ini banyak sangat buat perangai. Tak habis dengan rasa cemburunya yang memanjang. Dia tak yakin ke dengan perasaan aku ini? Cara apa lagi yang aku perlu lakukan untuk buktikan pada dia yang cintaku ini hanya milik dia?!, omelku sendirian.

Butang turun, aku tekan. Berpeluk tubuh aku menunggu sambil bola mataku meralit aras berapa lif itu berada di kini. Bila lif itu sudah naik ke tingkat ku, spontan senyuman ku terukir namun tak lama lepas itu, ianya pudar perlahan. Tak guna punya lif!

Dia bukannya berhenti pada aras yang aku tunggu, malah dia terus naik ke tingkat yang lebih tinggi lagi. Haih, tak renovate ke apa pihak universiti ni, cemuhku dalam hati.

Panas hatiku buatkan aku ambil keputusan untuk berjalan turun menggunakan tangga kecemasan. Segera aku menerobos pintu kecemasan lalu langkahku atur menuruni tangga.

Sedang aku melangkah turun, samar- samar aku terdengar bunyi seseorang sedang berbual. Serentak itu, langkahku yang tadi kencang berubah lambat. Makin langkahku ke bawah, makin itu intonasi suaranya jelas menyapa halwa telingaku.

"Bodoh!! Kau kata kau bagus tapi sekarang kau cakap dengan aku yang kau hampir kena tangkap?" gertakannya sungguh bengis.

Aku memberanikan langkahku untuk turun. Kali ini, pandanganku berjaya menangkap sesosok gadis yang sedang melekap telefon nya ke telinga. Terbelalak mata aku tatkala melihat Azura orangnya.

Aku cuba berhati-hati. Entah kenapa, aku jadi tak sedap hati. Azura cakap dengan siapa? Perasaanku diserbu rasa ingin tahu yang kuat.

"Buat kerja senang pun kau tak reti ke hah? Sepatutnya bila dah terlentang atas katil itu, senanglah kerja kau nak hapuskan dia?!"

Hapuskan? Berkerut-kerut dahiku mahu mencernakan apa yang Azura katakan itu. Adakah gadis itu sedang bercanda? Namun, kenapa nadanya serius?, tebakku.

Tak lama lepas itu, tawa sinisnya pula mengilai. "Kau nak minta bayaran? Si Faliq itupun kau tak dapat nak bunuh, kau masih nak minta bayaran?"

Terkaku aku tatkala butir bicaranya itu menyapa halwa telingaku. Terkejut aku gamaknya. Melopong mulutku kerana tak percaya. Tak sangka Azura yang aku kenal akan bertingkah serupa iblis begitu?

Membunuh Faliq? Adakah dia sudah tidak waras?!

Bunyi telefon pintarku membuatkan perasaanku berkobar. Azura yang sedang leka mengherdik sakan dibawah turut sama mematikan perbualannya. Terus kepalanya mendongak ke arahku di atas.

Raut terkejutnya terpampang. Mata kami saling berlaga. Serentak itu, aku cuba untuk melarikan diri. Kasut tumit tinggiku menyukarkan langkahku untuk pergi lebih jauh sehinggalah akhirnya tubuhku jatuh tersembam ke lantai. Perutku melanggar pinggir tangga dan itu membuatkan perutku terasa senak. Merintih aku kesakitan. Perut yang terasa sakit, aku pegang.

Azura berjaya mendapatkan aku. Entah tenaga apa yang merasuknya, lenganku ditariknya kasar membuatkan aku berdiri dan dilemparkan belakang tubuhku ke dinding. Mengerang kesakitan aku dibuatnya. Berkerut wajahku menanggung perit.

Dadaku ditekannya kuat. Mahu saja aku menjerit ketika itu namun gadis itu laju mengacukan pisau ke arah perutku membuatkan aku pilih untuk membisu.

"Apa aje yang kau dengar tadi, hah?" gertaknya dengan wajah menyinga.

Nafasku terasa sesak. Perit yang aku tanggung cuba aku tahan. "A-aku tak dengar apa-apa." gagapku berbohong.

Tersengih sinis Azura dibuatnya. Rambutku yang terikat pantas saja ditariknya kasar membuatkan kesakitan ku makin bertalu. Air tangisanku yang sudah berguguran langsung dia tak pedulikan.

"Kau masih nak tipu? Aku tahu kau dengar apa yang aku cakap tadi. Kau dengar yang aku.. bunuh Faliq kan tadi?" ajunya sambil mengertak giginya rapat.

Berkali-kali, aku gelengkan kepala. Aku tak mahu diapa-apakan oleh Azura hari ini. Namun, makin kuat tangan gadis itu menarik rambutku membuatkan tangisan ku makin menjadi-jadi.

Melihatkan aku begitu, spontan senyuman Azura meleret. Penuh kejam dan sinis. Pisau yang tadi diacu ke perutku, dibawa menyentuh wajahku. Dari dahi sampai lah ke dagu, dia lorotkan. Terketar-ketar aku dibuatnya.

Mulutku pula tak henti-henti meminta maaf. Air mataku juga masih bercucuran. Senyumannya pula makin menyeringai.

"Jangan risau, Rafa. Kalau Faliq belum pergi lagi, ajal kau boleh menyusul dulu." penuh tersirat kata-katanya.

Membulat mataku bila Azura kata begitu. "A-aku tak dengar apa-apa, Zura." masih aku merayu.

"Hmm.. bukan sebab itulah, Rafa. Aku memang nak bunuh kau. Aku dah lama terfikir nak hapuskan kau. Hmm.. perempuan perampas macam kau ni tak layak untuk hidup. Kematian kau pun satu keamanan untuk hidup perempuan lain. Faham tak?"

Tergamam aku bila dia kata begitu. "Ma- maksud kau?"

Sengihannya berubah kejam. Pisau kembali diacukan ke perutku. Tangannya yang memegang rambutku, mencekak leherku.

"Kau lupa ke, Rafa? Kau lupa ke sebab aku jauhkan diri aku daripada kau? Kau tak ingat apa yang kau dah buat pada aku? Kau rampas lelaki yang aku sayang. Kau tikam belakang aku. Kau tipu aku. Kau lupa ke semua itu? Hampir semua lelaki yang aku sayang, kau ambil. Lelaki yang paling aku cinta pun, kau rampas. Huh?!! Dulu, memang aku bodoh sebab percayakan kau tapi bila aku ingat semula apa yang kau buat pada aku, aku rasa bodoh sebab ada kawan perampas macam kau.

Kau langsung tak kisah apa yang aku rasa kan. Depan aku, kau jadi kawan aku dan belakang aku pula, kau jadi betina sund*l yang keluar dengan semua lelaki yang aku sayang. Tak guna!!!" penjelasannya buat kan aku termangu.

Tertunduk kepalaku bila mengenangkan semula dosa yang telah aku lakukan pada Azura. Yurp, aku akui apa yang aku buat dulu memang suatu kesalahan yang tak dapat dimaafkan. Kerana perangai aku itulah, ramai yang menjauhkan diri untuk menjadi temanku.

Aku perampas. Aku gunakan kelebihan ku untuk menambat hati mana-mana lelaki yang ada. Dulu, istilah kawan dan setia tak pernah wujud dalam kamus hidup aku namun.. aku mengaku yang sekarang aku sudah berubah. Aku dah tinggalkan apa yang aku buat itu lepas berkenalan dengan Faliq.

Aku ketap bibir. Wajah Azura aku pandang. "Ja-Jadi, apa kaitannya dengan Faliq?"

Meleret sengih Azura. "Aku memang nak bunuh dia. Aku benci tengok lelaki itu khianati tunang dia demi kau. Pfft.. dia mengingatkan aku pada ex aku yang curang semata-mata nak bersama kau." ujarnya.

"Dan, sekarang giliran kau." serentak itu, pisau yang diacu ke perutku ditekannya dalam.

Terbelalak mataku menahan sakit. Terduduk aku di situ sambil tanganku yang sudah dibanjiri darah, memegang pisau yang masih tertusuk pada tubuhku. Air tangisanku berhamburan.

Dalam samar-samar, aku lihat senyuman puas terukir di bibir Azura.

"R-Rayn.." terkumat-kamit aku menyebut lelaki itu.

"R-Rayn..."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro