BAB 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Langkahku atur kemas keluar daripada bangunan lama Perpustakaan Hitler Hills. Haha.. mesti hairan kan kenapa aku boleh terjebak masuk perpustakaan ni? Erm.. kalau tak disebabkan kerja kursus yang pesyarah bagi, memang tidaklah aku nak jejak kaki kat sini. Lagi satu, wifi dalam perpustakaan ini laju makanya ramai student yang akan pilih perpustakaan ini untuk jadi port diorang lepak.

Lagu 'Without Me' yang sengaja aku pasang kuat, aku nikmati dengan rasa santai. Sambil-sambil itu, aku belek aplikasi instagram. Saja nak stalker artis baru yang nak up.

Kadang aplikasi itu juga aku gunakan untuk ambil tahu trend make up terkini sekaligus tips penjagaan kulit dan tubuh agar sentiasa cantik dan muda. Ehemm.. Well, girls kan?!

Ckling!

Pesanan yang masuk dalam simpanan whatsapp itu aku lihat. Terus saja senyumanku lebar terukir tatkala melihat pesanan itu adalah daripada Faliq. Aih.. tahu-tahu aje dia yang aku tengah bored sekarang ni.

Pantas, pesanannya aku baca.

'Rafa, I need your help. You masih ada kat fakulti lagi kan?'- Faliq.

'Yurp. Why, sayang? You ada problem ke?' -kirim.

Belum sempat seminit, pesananku dibalas. Hurm.. perasaan risau ku sudah membelengu. Ini tak suka ni kalau sayang kita ada masalah.

Takut benda buruk jadi..

'Boleh tak you call me? Nanti I story. Now, please. Love.'-Faliq.

Sekali lagi, senyum nipisku terukir. Baru saja aku mahu menekan punat call, aku rasakan ada tubuh yang melanggar ku dari depan menyebabkan aku terdorong ke belakang.

Hampir saja, aku mahu jatuh terduduk namun pantas gerangan itu menyambar lenganku. Aku juga turut sama menggenggam erat tangannya. Fuh.. sipi-sipi aje tadi. Kalau tak, mau kena bahan orang sekitar.

"Sorry.."ucapnya kedengaran tulus. Suara lelaki.

Terus saja aku mendongak memandang gerangan tersebut. Spontan, aku tergamam. Lelaki itu.. Lelaki yang sama yang tolong aku beberapa hari lepas. Lelaki nerda..

Dia juga turut sama memberikan reaksi yang sama sepertiku. Masih tanganku dipegangnya. Seakan tak mahu lepas kan.

"Awak yang.."

"Sorry Rafa, saya tak sengaja." cantas nya dengan raut bersalah. Takut-takut saja matanya itu nak pandang aku.

Aku ketap bibir. Masih wajahnya aku pandang. Berkerut aje dahi aku. Masih dengan rambut sikat tepinya, kaca mata petaknya dan juga baju kemeja tanpa kedut cuma yang berbezanya ada plaster yang tertampal pada pipi belah kanannya. Macam baru aje lukanya itu.

"Awak yang langgar saya hari itukan?" soalku mahukan kepastian.

Dia sudah menunduk memandang lantai lalu anggukan ragu-ragunya diberikan. Kedua-dua tangannya sudah mencantum dan lagaknya itu persis seorang pesalah baik. Erk?

"Dan, hari ini awak langgar saya lagi?" ujarku lagi. Ada nada membentaknya sedikit di situ.

Tiba-tiba pula terberani nak marah orang yang aku tak kenal ini. I mean.. untuk pertama kali dalam seumur hidup aku, aku jumpa lelaki yang malu, penakut dan nerda macam lelaki depan aku ini. Terlalu polos sampai senang untuk aku jentik.

Bila lihat dia langsung tak menyahut soalanku itu, terus keluhanku terlepas. Wajah garangku masih aku suakan. Dia pula masih menikus. Tak berani nak pandang aku langsung.

"But, awak dah tolong saya. Thanks." ucapku tulus.

Bila dengar ucapan terima kasih yang aku hulurkan itu, spontan pandangan nya dihala pada aku. Semacam tak percaya yang aku akan ungkapkan perkataan itu padanya.

"Rafa cakap apa tadi?"

Aku mengeluh. Haih.. dia ni. Dah rabun, pekak pula itu.

"Thanks." nak tak nak terpaksa aku ulang juga ayat sekali seumur hidup itu.

Senyumannya terukir bila aku lafazkan ayat itu. Lesung pipitnya timbul. Erm, boleh tahan manis jugalah.

"Saya.." belum sempat dia mahu menghabiskan ayatnya, tak semena telefon pintarku berbunyi.

Terus saja aku belek nama pemanggil nya. Dari nombor tak dikenali. Tak membuang masa, aku angkat panggilan tersebut.

Lelaki di hadapanku sudah diam. Ralit matanya memerhatikan tingkahku. Aku pula sudah buang pandanganku ke tempat lain.

"Hello?"sapaku teragak-agak.

"Rafa?!" suara garau lelaki itu menjawab. Suara yang sangat aku kenali. Suara jantung hati aku.

"Faliq? You guna number siapa ni?"

Tanpa aku sedar, raut wajah lelaki di hadapanku sudah berubah. Ada terselit kecewa dan juga pasrah. Tanpa pamitan, dia meninggalkan aku dan aku langsung tak menyedari ketiadaannya itu.

Al-maklumlah, boyfriend call kan? Siapa aje tak lupa dunia gitu?

"I guna phone orang lain ni. You, kereta I rosak dan I ada kat bengkel sekarang ni. Boleh tak you ambil I. Bengkel belakang U tu." pinta Faliq memohon.

Aku tersenyum tipis. Apa aje boleh untuk awak, Faliq.

"Of course can, sayang. Erm, wait.. I on the way."

Seusai itu, aku menamatkan talian. Baru saja, aku mahu melangkah pergi, aku dapat pesanan whatsapp daripada nombor tak dikenali.

Nombor yang.. aku yakin pernah menghubungi aku sebelum ini. Bibirku sudah aku ketap.

Teragak-agak aku membuka pesanannya itu lalu aku baca. Untuk seketika aku tergamam.

Siapa dia ni sebenarnya?

'Saya harap awak tak percayakan Faliq. Dia bukan lelaki baik macam awak sangka kan.'- nombor tak dikenali.
...
Betul ke apa yang kau buat ni, Rayn?

Pesanan whatsapp yang ditulisnya itu dibelek. Entah kenapa, rasa bersalahnya menyerbu namun.. dia juga mahu dedah kan perkara yang sebenar. Rafa patut tahu siapa sebenarnya Faliq itu sebenar nya.

Beberapa hari lepas, Faliq terdengar hampir semua perbualan antara Faliq dengan seorang perempuan. Bukan menghendap tapi nalurinya kata ada benda yang jadi antara Faliq dan gadis itu.

Dan, yurp.. nalurinya tepat.

Dia dapat tahu yang Faliq sudah bertunang dengan gadis itu. Terkejut juga dia bila tahu akan hal itu namun pada masa yang sama, rasa geramnya bercambah buat lelaki itu. Dah bertunang tapi masih layan Rafa sebagai seorang kekasih?

Huh?!

"Tak makan, Rayn?" teguran itu berjaya buatkannya gelabah.

Butang kirim ditekannya lalu laju telefon pintarnya diseluk ke dalam beg. Adam dan Wan yang berada di hadapannya dipandang silih berganti. Senyum pelindungnya ditayang. Konon tak ada apa-apalah itu.

"Dah. Aku dah makan tadi."jawabnya pantas.

Untungnya, Adam dan Wan langsung tak menyedari gelagat aneh Rayn tersebut. Tempat duduk di hadapan Rayn diduduki mereka sebelah menyebelah.

"Datang tak latihan petang ini?" soal Adam sambil mengunyah tempe yang terisi atas pinggannya.

Rayn angguk kepala. Air mineral di atas meja diteguknya.

"Aku datang kot tapi aku kena balik dulu sebelum itu." beritahu Rayn sambil memandang wajah temannya itu.

"Okay, Burn. Jangan lambat pula." celah Wan di sebelah Adam. Konon, nak mengugut lagaknya.

Rayn sekadar tarik sengih sumbing. Apabila dia memastikan rakan- rakannya itu sudah mulai sibuk makan sambil menghadap telefon, Rayn perlahan- lahan mengeluarkan telefon pintarnya.

Buka sahaja telefon, dia ketap bibir.

'2 panggilan terlepas daripada Rafa.'

Untung atau tidak, crush call kita? Ray
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro