PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dewan sukan Universiti Juliaz Hills mulai bergema tatkala jaringan kali ketiga dibuat. Semua penyokong sudah berdiri tegak sambil tangan tak henti- henti bertepuk kegembiraan. Ada yang mrlompat malah kebanyakan pelajar wanita di situ sudah terkinja-kinja kerasukan. Al-maklumlah, pemain bola keranjang universiti kami mrmang terdiri daripada para pelajar lelaki yang tampan dan memukau.

"Go Faliq!! Go, Faliq!!" lantang suaraku memberi kata semangat.

Suara bising dan pekikan histeria milik pelajar perempuan itu langsung tak menggoyahkan tumpuan ku pada lelaki itu. Satu-satunya lelaki buat masa sekarang ini berjaya menambat hati. Mata ni kalau boleh taknak berkedip langsung supaya tak membazirkan setiap saat berharga itu.

Untuk minit yang terakhir, suasana mulai hangat apabila papan markah menunjuk kan markah seri diantara pasukan kami dan pasukan pihak lawan. Sungguh, aku rasa gentar dan mungkin ini jugalah perasaan yang Faliq rasakan sekarang ini.

Pasukan bola ketanjang Universiti Juliaz Hills memang tak pernah kecundang sejak beberapa dekad yang lalu. Kami sering menjadi pemenang malah dengan penuh bangganya, kami nyatakan bola keranjang adalah tonggak kami dan ini dapat dibuktikan dari logo universiti kami. Yurp, bangga sekejap.

Kenapa pula aku yang rasa gabrah? Well,  dengan penuh riaknya aku nak beritahu yang Faliq itu teman lelaki aku. Dia adalah kapten untuk pasukan bola keranjang kami malah penglibatan dia dalam bola jaring memang tak pernah mengecewakapn. Dia bagaikan tulang belakang universiti dia. Tanpa dia, mungkin kemenangan dalam sukan ini takkan dapat diraih! Ehem!!

Aku dah bercinta dengan Syed Hanaqi Faliq itu  nak dekat setahun. Bagi aku, itu adalah suatu tempoh yang lama memandangkan sebelum ini hubungan percintaan aku bertahan tak lebih dari lima bulan. Yurp, it's a sad fact actually. Huh.. nevermind.

Apa yang aku harapkan pada hubungan aku dengan lelaki ini cuma satu.. iaitu berkekalan sehingga ke jinjang pelaminan. No more than that!

Dalam keresahanku itu, mataku ralit memerhati bola yang kini berada di bawah jagaan Faliq. Dia kadang berlari ke kiri, berpusing,membuat lontaran, menyambut bola sehinggalah...

"Akhirnya, seperti apa yang kita duga untuk pengakhiran perlawanan ini. Satu lagi jaringan kemenangan telah dibuat oleh kapten pasukan Juliaz Hill sekaligus menamatkan perlawanan dengan 25 berbalas 22. Tepukan gemuruh kita berikan kepada pemain 27, Syed Hanaqi Faliq, kapten pasukan cemerlang ini." kata-kata pujian MC itu disertai dengan tepukan gemuruh para penonton yang berada dalam dewan sukan itu.

Hampir kesemua mereka berdiri tegak memberikan penghormatan. Salah seorangnya termasuklah aku. Tangisan penuh kegembiraanku mengalir tatkala melihat detik-detik Faliq dikerumuni oleh ahli pasukannya sambil melonjak-lonjak gembira.

"Faliq!!! I love you!!!!!" selantang yang boleh aku hamburkan ayat keramat itu.

Namun, hampa.. Faliq langsung tak menoleh ke arahku untuk turut sama membalas ayat keramat itu. Hmm.. mungkin disebabkan suasana dewan yang agak riuh dan bising itu menjadi penghalang bagi mesej itu sampai pada lelaki itu.

Aku tarik senyum tipis. Tak apalah.. aku kan girlfriend dia. Nanti lepas habis perlawanan, aku ajaklah dia pergi date. Simple.

"Kakak!" bawah bajuku yang terasa ditarik-tarik buatkan aku terus menunduk ke bawah. Tergamam aku tatkala melihat seorang budak perempuan berusia sekitar enam tahun berada di sisi ku.

Haih, anak siapa pula yang tercicir ni?

Aku tunduk sedikit agar tinggiku separa dengan adik kecil itu. "Mana mak adik? Adik  tak jumpa mak ke?" ramahku bertanya pada dia.

Walaupun faktanya.. ehem, aku tak adalah suka budak sangat. Ini, sebab depan orang ini, aku buat macam ini.

Anak kecil itu langsung tak bersuara. Spontan, sampul surat berwarna merah dihulurnya kepada aku. Aku yang sedikit terpinga menyambut juga huluran tersebut. Pantas, adik kecil itu berlari meninggalkan aku.

Baru saja aku nak mengejar namun jasadnya sudah menghilang dalam kalangan penyokong yang berdiri.

Dahiku sudah menjungkit. Sampul surat itu aku tilik lalu aku buka. Isinya adalah sepucuk surat berwarna putih berserta satu tiket perlawanan. Aku belek tiket perlawanan tersebut.

Makin berkerut dahi aku dibuatnya. Tiket perlawanan bola tampar Juliaz Hills? Terus aku melirik ke arah tempat anak kecil itu menghilang. Hmm.. siapa yang upah budak itu buat kerja pengecut ni?

Tidak menunggu masa yang lama, surat tersebut pula aku buka. Nampak kemas tulisannya dan ia menarik perhatianku. Kalah tulisan aku..

'Kepada: Rafa.

Assalamualaikum, Rafa. Saya minta maaf lah kalau kirim surat bagai pada awak. Sebenarnya, saya dah lama perhatikan awak dan saya akui yang saya ada hati dengan awak. Saya harap awak tak marah lah kalau saya beritahu awak tentang perasaan saya ini. Saya tahu awak dah ada boyfriend dan saya janji saya tak kacau hubungan awak dengan boyfriend awak.

Saya sertakan surat ini dengan tiket perlawanan bola tampar. Ini tiket eksklusif dan awak akan dapat tempat VVIP. Ini perlawanan penting saya jadi saya nak awak tengok saya bermain. Buat masa sekarang, lebih baik kalau saya rahsiakan identiti saya. Takut awak terkejut kalau kenal saya.

Salam ikhlas,
Pemain 10.'

Pfft.. kunonya!
Zaman bila ni kirim surat bagai. Lelaki otak purba aje yang akan terfikir cara tradisional macam ini. Huh, zaman IT, gunalah teknologi. Lagipun, senang nak reject kalau tak berkenan di hati.

Surat tersebut terus aku lipat lalu aku keromotkan sebelum aku masukkan ke dalam kocek seluar. Tiket perlawanan itu aku koyakkan lalu aku buang ke dalam tong sampah berdekatan.

Aku tak nak kenal dengan lelaki pengecut macam pemain nombor 10 ni. Guna budak untuk kirim surat?

"Anggap ajelah yang saya dah reject awak." bisikku perlahan sebelum beralih pergi.
...
"Sayang..!!"
Panggilku manja. Spontan, lengan sasa milik Faliq aku  capai lalu aku peluk erat. Faliq disebelahku sekadar membiarkan. Lagipun, dia suka kalau aku buat begitu.

"Mana you pergi. I cari you tau dalam gelanggang tadi." ujar lelaki itu dalam nada rajuk. Aih, merajuk pun nampak comel.

Aum!

Aku tarik sengih. Botol air yang berada dalam tanganku sedari tadi, aku serahkan padanya lalu pelukanku pada lengan sasanya, aku leraikan. Sebagai girlfriend dia, aku kena selalu jaga penampilan Faliq. Taknaklah dia nampak selekeh sangat walaupun lepas tamat perlawanan.

"Sayang ada aje tadi. You aje yang tak perasan. Sakit tau tekak I jerit I love you tapi you tak dengar pun. Hmm.. now, siapa yang patut merajuk?" aku pula yang pulang paku serpih pada lelaki itu.

Mendengarkan keletahku, Faliq tersengih sumbing. Terus pipiku dicubitnya lalu hidung mancungku ditariknya. "Isy, comel lah girlfriend saya ni. Rasa nak gigit aje. Hilang tau penat I bila nampak you." balas Faliq masih tak henti perhati kan aku.

Tanpa sedar, senyum nampak gigiku terukir. Suka bila dengar Faliq puji aku. Rasa macam akulah satu-satunya perempuan paling cantik kat dunia ni. Ehe-ehe..

"I.."ayatku terus saja tergantung bila telefon pintar milik Faliq berdering kuat.

Perhatian aku dan Faliq sama-sama melorot ke arah telefon pintarnya yang masih belum berhenti bunyi. Tertera jelas 'papa' pada skrin telefonnya. Aku tarik senyum nipis manakala Faliq melepaskan keluhan kecilnya.

"I nak angkat call daripada papa I tau, you. Later, kita continue." ujarnya sebelum berlalu pergi.

Aku ketap bibir sambil mataku tak henti perhatikan Faliq dari belakang.
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro