🍀BAB 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Sampai di KLIA Ariff dan Naura terus ke ruangan menunggu untuk menunggu giliran mereka. Penerbangan dijangkakan pukul 11.00 malam, setelah berkemas mereka terus bertolak dari rumah dan sampai di lapangan terbang pukul 10.30malam jadi ada masa setengah jam lagi untuk mereka menuggu.

Ariff menompang dagu memandang Naura yang berada di sebelahnya,hatinya berbunga riang sejak dia luahkan perasaanya pada Naura petang tadi dan dibalas oleh Naura lagilah tak boleh tidur malam dibuatnya.

"kenapa pakcik pandang saya macam tu." Naura perasan akan pandangan Ariff padanya.

"Suka tengok kau dari tepi tak boleh ke?"

"Tengoklah sampai pakcik puas." Naura pun berpaling memandang Ariff mata mereka bertaut seketika,jantungnya berdebar seakan meletop apabila memandang pandangan Ariff padanya tetapi dia usaha mengawal riaknya.

"aku rasa kita ni patut tukar panggilanlah".Ariff memberi cadangan.

"panggilan macamana".Naura buat muka blur.

"panggilan antara aku dengan kaulah macam pasangan yang dah kahwin".

"panggilan pakcik tu comel apa".

"Comel tu bagi kau tapi aku tak,aku rasa tua sangat kau panggil aku macam tu".Naura sudah tergelak mendengarnya.

"Ok pakcik nak saya panggil apa".

"Kau create satu nama untuk panggil aku,aku dah ada nama untuk kau".

"Pakcik nak panggil saya apa".Naura teruja bertanya.

"Mana boleh bagitahu,kau dulu tapi yang sweet aku tak nak erk! yayang,baby tu semua reject".

Naura meletakkan tanganya di dagu seperti gaya orang sedang memikir.

"Ha! saya dapat dah,saya panggil pakcik,ami boleh?".

"ha! ami baik kau panggil aku mummy terus".

"apalah pakcik ni,ami singkatan suami ok apa,pakcik nak panggil saya apa".

"pelik sangat ami tu,kau panggil aku abang je lah senang".

"oklah,saya panggil pakcik abang".

"good girl".Ariff mengusap kepalanya isterinya lembut.

"honey tu maksud dia kan madu".

"apa salahnya,lelaki kan boleh sampai 4".Ariff menujukkan isyarat tangan empat dan hanya buat muka selamba.

"eei gatalnya".Cubitan ketam singgah di lengan Ariff.

"aduh sakitlah".Ariff mengosok lenganya.

"padan muka gatal lagi".Naura sudah buat muka muncung.

"kau seorang je honey dalam hati aku takde orang lain".Ariff memeluk bahu Naura erat sambil matanya tidak lekang memandang Naura.

Perlahan Naura mengukir senyum.

"tak malu ke? depan orang".Naura meletakan tangan Ariff ke tepi,tapi Ariff memeluknya semula erat sambil tersenyum,menampakkan giginya yang putih.

sekali lagi hati Naura berdegup kencang 'alahai handsomenya suami aku ni,tak sanggup aku kalau dia terlepas kat orang lain'.Desis hatinya.

"Dahlah honey tak payahlah pandang abang lama-lama malulah ".Ariff menekup mukanya,panggilanya pada Naura terus bertukar.

"eei perasanya abang ni".Naura memukul lembut lengan Ariff.

"Dahlah jom kita pergi,penerbangan kita dah nak tiba tu".Ariff menghulurkan tanganya dan disambut oleh Naura,mereka pun melangkah berlalu dari situ untuk masuk ke dalam kapal terbang.

Setelah enam jam berada di dalam kapal terbang akhirnya mereka sampai di terbang antarabangsa Incheon,Seoul.

Ariff mengerak Naura yang sedang lena tidur di atas bahunya sambil memeluk erat lenganya.

"honey bangun sayang kita dah sampai ni".

"dah sampai ke?".Naura masih dalam keadaan mamai.

"dah sampai,dah jom kita turun".Mereka pun turun beringan dari kapal terbang.

Selesai mengambil luggage,mereka mencari teksi untuk pergi ke guesthouse yang telah ditempah oleh Ariff di Itaewon,Seoul.

Sampai di guesthouse,Ariff menutup mata Naura dan membawanya ke bilik yang telah siap dihias khas untuk pasangan yang baru berkahwin,Ariff telah merancang semuanya dari awal ,dia nak jadikan bulan madu ini yang paling bermakna dan banyak kenangan manis bagi mereka berdua.

"abang nak bawak honey pergi mana ni?".Naura memegang lengan Ariff erat,cuak juga lah dia bila Ariff menutup matanya.

"honey ikut abang k".Ariff memegang tangan Naura dan membawanya berhati-hati masuk ke dalam bilik.

Sampai di bilik Ariff terus membuka kain yang membaluti mata Naura.

"suprise".Ariff tersenyum ke arah Naura.

Naura terharu melihatnya,airmatanya hampir jatuh."Cantiknya,abang buat ke? semua ni".Ariff mengganguk mengiyakan.Terus dia memeluk suaminya erat.

"Thanks abang ,honey happy sangat".

"Welcome my honey".Ariff membalas pelukan Naura dan mengusap belakangnya perlahan.

Setelah rehat dan solat asar,mereka terus bergerak pergi ke Naedamun market di Seoul yang tak jauh dari tempat mereka menginap ,hanya makan masa 3minit sahaja jika menaiki uber.Pada mulanya Ariff ingin berjalan kaki yang hanya memakan masa 45 minit barulah romantik , tapi akibat cuaca yang terlalu sejuk,Ariff memutuskan untuk naik uber sahaja dari situ.





Sampai di Naedamun market Naura dan Ariff berjalan beriringan sambil berpengangan tangan. Pada naura Naedamun market tu adalah tempat yang biasa baginya kerana tempat itulah dia selalu melepak bersama dengan rakanya yang lain semasa dia belajar di sini dulu.

Terdapat pelbagai barangan yang dijual di situ pakaian,makanan dan macam-macam lagi.Sempatlah Naura beli beberapa souvenir untuk keluarga yang berada di Malaysia.

Setelah ke Naedamun market Ariff membawa Naura ke Namsan Tower, tempat yang paling popular di Seoul,sampai je disana Ariff membawa naura ke Namsan Park tempat yang agak istimewa dan bermakna baginya.


"honey ingat tak tempat ni".Ariff melabuhkan duduknya di sebuah kerusi yang merupakan pertemuan pertama mereka,kerusi itu seolah-olah menjadi saksi pertemuan mereka berdua.

"mana boleh tak ingat,tempat ni lah honey selalu lepak dengan kawan-kawan honey kalau takde kelas kenapa abang tanya".

"honey sini sayang".Ariff menepuk tempat duduk si sebelahnya.

Naura terus melabuhkan duduk di sebelah Ariff.

Ariff berpaling memandang Naura sambil memegang kedua belah tanganya.

"cuba honey ingat balik kita pernah jumpa kat sini dulu".

Naura memandang ariff hairan."Kita pernah jumpa,bila?"

"Cuba ingat betul-betul".Ariff mengusap kepala Naura perlahan dan berkata"lain kali main elok-elok ya".

Naura cuba mencerna apa yang Ariff cuba sampaikan,otaknya ligat berfikir dan baru dia teringat "la ami ke pakcik mulut cili tu".

"selambanya panggil suami pakcik mulut cili kan?".Ariff menarik hidung naura.

"oops terkantoilah pulak".Naura menekup mulutnya menahan malu.

"honey tak ingat langsung,abang ingat lagi".

"mestilah abang ingat,mana boleh abang lupa".

"tak sangkakan sebenarnya kita ni berjodoh".

"itulah takdir Allah buat kita honey,abang pun tak sangka jodoh abang sebenarnya budak kecik".Ariff mula mengusik Naura.

"eei abang ni mengadalah".Naura membuat muka muncung dan berpaling dari memandang Ariff sambil memeluk tubuhnya.

Ariff memusingkan Naura menghadapnya lalu perlahan Ariff mencium dahi isterinya.Naura sudah menunduk menahan malu Ariff ni pun satu,nak romantik pun tak bertempat depan orang pun jadi.Ada beberapa orang warga korea yang lalu tersenyum melihat kemesraan mereka.

Naura memegang dahinya dan perlahan mengukir senyum.

"sukalah tu orang cium".Ariff menjongketkan keningya memandang naura.

"malulah orang tengok tahu tak?".Padahal hati tu dah kembang setaman.

"malulah sangat,cakap je lah suka itu pun susah ke?".Ariff mengusik isterinya.

"malaslah cakap dengan abang ni,baik honey pergi jalan kat sana".Naura terus melangkah meninggalkan Ariff,tetapi Ariff lebih laju langkahnya mengejar Naura lalu terus memegang tanganya.

"jom kita jalan sama-sama".Ariff memandang Naura sambil tersenyum.

"ok jom".Dalam diam Naura mengukir senyum,tak jadi dia nak merajuk bila Ariff menujukkan senyuman manis yang mampu memikat hati si Naura Afiya.

Setelah penat berjalan Ariff dan Naura pun balik ke guesthouse,kerana besok banyak lagi tempat yang Ariff rancang nak pergi .Mereka di korea selama 4 hari 3 malam masa tu lah mereka kena habiskan sebaik mungkin.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro