🍀BAB 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Jangan pernah lihat ke belakang, mengenang hari kemarin, tersenyumlah untuk masa depan, esok adalah hari baru." - Zayn Malik

Masa berlalu dengan begitu cepat, sudah sebulan mama dan abah Ariff pergi menghadap ilahi.Ariff meneruskan kehidupanya seperti biasa,setiap hari dia lalui harinya semakin bahagia bersama isterinya yang tercinta.

Ariff memandang lama wajah polos isterinya yang sedang lena tidur,dia meneliti setiap inci wajah comel milik Naura.lalu bibirnya mencium kedua kening dan mata isterinya menyebabkan Naura terjaga dari tidurnya.

"Assalamualaikum my honey." Ariff tersenyum manis memandang Naura.

"Walaikumsalam." Naura yang masih dalam keadaan mamai menjawab sambil meneyeh matanya.

"bangun jom, kita solat jemaah".Ariff tidak lekang matanya dari memandang Naura.

"abang buat apa tadi, honey rasa macam ada benda melekat dekat kening dengan mata honey".Naura berkata dalam mamai.

Ariff tersenyum mendengar suara Naura bertanya, seperti budak kecik comel sangat.

"ni yang melekat kat kening dengan mata honey tadi".Ariff menunjukkan bibirnya.

"eei! ami ni pagi-pagi dah gatal kan?".Naura memandang Ariff geram padahal dia rasa nak melompat-lompat atas katil dengan adegan romantik Ariff macam dalam drama korea,sawitt sangatt..

"bukan ada sesiapa pun kita berdua je".Ariff mula mengusik Naura dan ingin mendekatkan bibirnya ke bibir Naura tapi Naura menolak badan Ariff jauh darinya.

"pergilah mandi nanti habis waktu".Naura buat gaya menghalau kepada Ariff.

"yelah abang nak pergilah ni" .Ariff melangkah turun dari katil.

dia sempat mencium bibir Naura sekilas sebelum pergi ke bilik air untuk mandi.

"abang...".Naura memegang bibirnya ,Ariff pula terus menghilang dalam bilik air.Perlahan bibirnya mengukir senyum.

Ariff sudah bersiap-siap hendak pergi ke kerja,Naura pula sibuk menyiapkan sarapan untuk si suami.

Dia menghidu sesuatu yang enak bila dia melangkah ke dapur rupanya si isteri sedang menggoreng sesuatu,perlahan Ariff menghampiri Naura yang leka memasak dan memeluk pinggangnya erat.

"masak apa tu".Ariff menompang dagu di bahu Naura.

Naura menggeleng melihat Ariff di belakangnya kalau tak manja dulu sebelum pergi kerja tak sah.

"nasi goreng".Naura menjawab. Setelah selesai masak dia menutup api dan ingin mengambil mangkuk untuk mengisi nasi goreng tapi pergerakanya terbatas dengan pelukan Ariff.

"abang,lepas tangan boleh?honey nak ambil mangkuk ni nasi goreng dah siap".

"taknak".Ariff bersuara manja, dia sengaja mengusik Naura dengan mengeratkan lagi pelukanya setelah beberapa minit baru dia lepaskan,barulah boleh dia bergerak bebas.

Di meja makan Naura menguis-guis nasi di dalam pingganya,Ariff yang perasan sedari tadi menegurnya.

"honey kenapa tak makan nasi tu,honey ada nak cakap apa-apa kat abang ke?".

Naura mendongak memandang Ariff,sebenarnya dia nak minta izin Ariff untuk bekerja,sebab dia bosan duduk di rumah,buat apalah dia belajar jauh-jauh kalau dia tak pakai pengalaman yang dia dah belajar.

Naura takut Ariff tak izinkan,pernah sekali dia minta,tapi Ariff tak mengizinkanya untuk bekerja. Dia menyuruh Naura menjaganya di rumah sahaja,tapi dia nak cuba juga untuk minta kali ke dua manalah tahu mungkin lembut hati Ariff izinkan.

"abang....,honey nak minta sesuatu boleh?".Naura bercakap dengan nada manja.

"honey nak minta apa? buat anak,sekarang pun boleh jom!".Ariff terus meletakan di atas meja sudu danterus bangun.

"ish! abang ni kesitu pulak dia,orang tak cakap habis lagi dia dah potong".Naura memandang Ariff geram sambil memeluk tubuhnya.

Ariff ketawa kecil dan duduk semula di kerusi, dia suka tengok muka marah Naura kalau diusik, comel sangat macam barbie doll.

"apa dia,cakaplah".Ariff menunggu bicara dari Naura.

"boleh tak kalau honey nak kerja,honey bosanlah duduk rumah sorang-sorang".

"honey nak kerja kat mana?".Ariff bertanya.

"kat mana-mana syarikat yang kosong".Naura menjawab.

"ok,macamnilah kalau honey nak kerja sangat,kerja kat tempat abang.Takdelah abang risau".

"ye ke abang,tempat abang tu ada kosong ke"?.Ceria suara Naura bertanya.

"ada,Ain kat tempat kerja abang tu nak berhenti lepas dia melahirkan,jadi honey bolehlah ganti dia takpayahlah abang cari pekerja lain".

"boleh je,kerja sebagai apa abang" .

"PA abang,senang abang nak monitor honey 24 jam".

"tak kisahlah janji honey dapat kerja".Naura sudah menjerit suka.

Ariff menggeleng kepala melihat Naura.

"sukanya dia".Ariff mengusap kepala isterinya lembut.

"mestilah suka,thanks abang".Naura menghampiri Ariff dan memeluk lehernya erat dari belakang.

"peluk je,kiss takde".Ariff sudah menujukkan pipinya kepada Naura.

Naura terus mencium pipinya membuatkan Ariff tersenyum bahagia.

Setelah sarapan Ariff berangkat untuk pergi ke kerja.Naura seperti biasa akan menghantar Arif sehingga ke pintu,Naura menyalami tangan Ariff,kemudian dia mencium dahi Naura sekejap itulah routinenya setiap hari sebelum pergi ke kerja, barulah semangat sikit nak buat kerja.

Setelah Ariff pergi ke kerja Naura masuk ke bilik, untuk memilih siap-siap baju yang nak dipakai besok,kerana esok dia boleh mula bekerja di tempat si suami.

Faiq yang sedang membawa kereta menjeling Qaira sekilas di sebelahnya,benar dia mula menyukai gadis itu tapi apakan daya,gadis itu mencintai lelaki lain.Dia tak tahu kenapa setiap kali dia dah mula mencintai seseorang pasti sukar untuk dia dapatkan.Kali ini dia akan usahakan sebaik mungkin untuk dapatkan Qaira,dia kena halang Qaira dari hancurkan rumah tangga orang.Dia yakin Qaira adalah jodoh buatnya,kerana itu adalah jawapan dari solat istikharah yang dia dah buat selama dua hari dua malam.

Sebenarnya sejak dari kejadianya haritu,Faiq tidak datang ke kerja dan dia hantar notis 24 jam untuk berhenti tapi Qaira yang mencarinya semula untuk bekerja,dia pun terima ,dan sejak dari itulah dia bertekad untuk dapatkan Qaira.

"awak nak pergi mana ni?".Faiq bertanya kepada Qaira destinasi yang hendak dituju.

"Ariff,freinds.co".Qaira jawab sambil tersenyum,dia tak kira dia akan dapatkan Ariff juga walauapapun caranya'ni Qaira Melissa lah dia akan dapatkan apa yang dia nak'.Desis hatinya.

"awak tak keje ke harini".Faiq bertanya hairan kerana destinasi yang dituju bukan tempat kerja Qaira.

"tak harini I cuti,nanti you tunggu dalam kereta I pergi sekejap je".

"yelah".Faiq jawab sepatah,dia tidak tahu apa yang Qaira ingin lakukan.

Sampai di Ariff,freinds.co Faiq memberhentikan keretanya di tepi,Qaira pun melangkah keluar dari kereta.

"you tunggu sampai I datang".Qaira sempat berpesan pada Faiq sebelum dia pergi.

Faiq hanya mengganguk mengiyakan.Ikutkan Faiq dia nak je ikut Qaira sampai ke atas untuk mengetahui apa yang sebenarnya Qaira ingin lakukan.

Sampai di tingkat atas Qaira pergi ke kaunter penyambut tetamu.

"excuse me,encik Ariff ada I nak jumpa".Qaira bertanya dengan berlagak tanpa senyuman.

"maaf cik encik Ariff tak sampai lagi,mungkin sikit lagi dia sampai cik boleh tunggu dulu".Pekerja tadi memaniskan senyuman sebaik mungkin,tapi tak dibalas oleh Qaira.

"ok".Jawabnya ringkas dan terus duduk di kerusi yang ada di situ.

Setelah beberapa minit Ariff pun sampai,dia tak perasan yang Qaira ada di situ,qaira yang melihat Ariff terus menghampirinya.

"Riff lama tak jumpa you".Qaira memeluk erat lengannya,Ariff terkejut apabila Qaira dengan selamber memegangnya.

"kau buat apa kat sini".Ariff bercakap perlahan supaya tidak didengari pekerja lain dan melepaskan pengangan Qaira darinya.

"I nak jumpa you lah".Qaira berkata manja.

"kau masuk bilik aku sekarang!".Ariff menyuruh Qaira masuk supaya tidak disalah ertikan.

"kalau sesiapa nak jumpa cakap saya ada meeting".Ariff memberitahu PA nya Ain semasa lalu nak masuk ke pejabatnya.

"baik tuan".Ain membalas.

Qaira tergedik-gedik mengikuti Ariff masuk ke dalam biliknya.

Ain memandang Qaira dengan pandangan meyampah'anak siapa minah ni, gedik sangat'.Desis hatinya.

"apa kau nak lagi Qaira,tak cukup lagi penjelasan yang aku bagitahu kat kau aritu".Ariff sudah melabuhkan duduk di kerusinya.

"ya jelas,tapi I tetap akan dapatkan you balik".Qaira menjawab.

"aku tetap takkan terima kau balik faham!".Ariff memberi amaran kepada Qaira.

"apa yang you pandang kat perempuan tu,berbanding dia,I lagi cantik dari dia".

"hei! kau tak berhak nak hina isteri aku, aku pilih dia sebab dia lagi baik daripada kau".Ariff menunding jarinya ke arah Qaira.

" I tak kisah semua tu,yang penting I akan pastikan you akan terima I balik".Qaira senyum sinis.

"dahlah kau keluar sekarang sebelum aku panggil guard".Ariff masih mengawal suaranya supaya tidak didengari oleh pekerja yang lain.

"ok,tapi esok I akan datang balik,bye sayang".Qaira terus berlalu dari situ.

Ariff sudah memegang kepalanya,pening dia dengan perangai Qaira yang tak pernah berubah,takkan mengalah selagi tak dapat apa yang dia nak.

Qaira masuk ke dalam kereta dengan wajah yang ceria,Faiq di sebelahnya memandangnya hairan.

"kenapa awak gembira sangat ni".Faiq bertanya apabila melihat sedari tadi Qaira tak lekang dari senyumanya membuatkan hatinya berdebar,dia suka melihat senyuman Qaira.

"nantilah I cerita,sekarang ni jom kita pergi makan I belanja".

"ok".Faiq mengganguk mengiyakan,dia terus memandu keluar dari situ dan cuba mententeramkan hatinya yang gundah gulana.

Thanks pada yang sudi baca.
Jangan lupa vote and komen,😊😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro