🍀BAB 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada petang itu,Naura ingin membawa si kembar pergi ke kedai untuk tunaikan janjinya.

"Kak, adik bawa kembar pergi kedai dekat sini kejap ehh!" Naura meminta izin pada Medina yang sedang menjemur kain di belakang rumah.

"Ok, hati-hati ya adik naik apa?" Tanya Medina.

"Adik jalan kaki kedainya dekat sini je." Jawab Naura.

"Kalau si kembar tu nakal cubit je diaorang,  kakak bagi izin."

"Ok bos." Naura buat gaya tabik dekat Medina sambil menghentakkan kakinya gaya askar yang terima misi untuk berperang, padahal nak pergi kedai je pun. Medina ketawa kecil melihat adik nakalnya seorang ni.

"Aim..abil..!!  Naura melaung memangil si kembar di dalam rumah.

Si kembar yang sedang asyik bermain di ruang tamu terus berlari ke arah Naura.

Abangnya pula tiada kerana membantu ayahnya di kebun.

"Nak ikut achu pergi kedai tak?" Tanya Naura.

"Nak!!" Jawab si kembar serentak.

"Ok jom." Ajak Naura terus dia memegang tangan si kembar.

Ketika hendak turun ke bawah, Naura ternampak uminya sedang rancak bersembang dengan seorang lelaki di pangkin luar rumah.

Lelaki itu membelakanginya kerana dia menghadap uminya. Jadi dia tidak kenal siapa lelaki itu.

'Siapa lelaki yang bersembang dengan umi tu, rancak je macam dah lama kenal.' Desis hatinya.

Uminya nampak Naura hendak turun ke bawah dengan membawa si kembar sekali menegurnya.

"Ha! adik nak pergi mana tu?" Tanya uminya,Lelaki yang menghadap uminya tadi menoleh ke belakang memandang Naura.

Pandanganya tajam memandang lelaki itu sambil buat muka menyampah.

'Dia lagi, dia lagi.' Bebelnya dalam hati.

Siapa lagi yang Naura nampak kalau bukan pakcik mulut cili rumah sebelah. Mesra je dia bersemabang dengan umi Naura ada apa-apa ke?

'Apasalah penampilan pakcik ni smart sangat ha!! boleh cair aku dibuatnya. Ish! behave Naura kau jangan macam-macam.' Omel Naura dalam hati. Dia terpengun melihat penampilan Ariff yang sentiasa segak, pakai apa pun nampak handsome.

Cepat-cepat Naura menyedarkan dirinya daripada terus hanyut memandang lelaki tersebut.

Ariff mengenakan tshirt putih kosong pendek dan sweatpants. Memang smart, menepati ciri-ciri lelaki idaman Naura Afiya cuma mulut pakcik tu je membuatkan Naura tak berapa nak suka.

"Pergi kedai umi, bawak kembar nak beli coklat." Naura menjawab,dia sangat tak selesa dengan pandangan Ariff yang sedari tadi asyik memandang,tahulah dia cantik.

Nabil menegur Ariff ramah apabila melihatnya.

"Eh uncle handsome pun ada." Dia terus meluru ke arah Ariff.

Neneknya pula menggeleng kepala melihat telatah cucunya yang seorang ini.

"Uncle jom lah ikut kita pergi kedai kalau uncle ada takdelah orang jahat nak kacau kita." Petah Nabil bercakap sambil menarik tangan Ariff supaya ikut bersamanya.

"Abil-Abil." Neneknya tersenyum melihat kepetahan cucunya bercakap.

"Tak payahlah Abil lagipun kedai dekat jer." Naura bersuara kalau boleh dia taknak Ariff ikut sekali, nanti ada je nak cari pasal dengan dia.

'Ish! Abil ni sibuk je nak ajak pakcik tu buat semak je.' Bentaknya dalam hati.

"Ha! betul juga tu pandai cucu nenek." Neneknya mengusap kepala cucunya lembut.

" Eloklah kalau Ariff teman diaorang pergi kedai,btakdelah makcik risau." Puan Naimah menyokong.

Melopong mulut Naura mendengar kata dari uminya yang menyokong.

"Ye ke makcik? kalau macam tu takpelah saya teman diaorang pergi kedai dulu." Ariff meminta izin dengan sopan.

Naura mengecilkan matanya memandang Ariff.

"Sopanya dia kalau dengan aku karang macam cili berapi, ikut sedap molot dia je bercakap." Omelnya geram.

Puan Naimah menguntum senyum, memang tak salah dia memilih Ariff menjadi menantunya. Dahlah baik handsome pulak tu.

"Yelah, hati-hati ya adik sementara tu kamu kenal-kenalah dengan Ariff ya."

"Yelah umi." Naura sekadar berbasa-basi, kenapalah umi beria-ria nak dia kenal dengan Ariff.

Mereka jalan seiring Nabil dan Naim di tengah, Ariff memegang tangan Nabil. Naura pula memegang tangan Naim si kembar pula berpengangan tangan macam keluarga bahagia gituu sempadan sangat.

Sampai di kedai, si kembar terus berlari masuk ke dalam kedai. Ariff terus mengikuti mereka dari belakang.

Naura pula pergi ke peti aiskrim, sebenarnya dia dah lama mengidam nak makan ice cream magnum. Ketika dia nak membuka peti tersebut.

Dia terkejut apabila ada tangan menghalangnya dari membuka peti ais tersebut, Naura memandang ke atas untuk melihat siapakah gerangan yang berani menghalangnya.

"La! kau ke Faiq aku ingat siapa lah tadi." Naura menarik nafas lega apabila yang dilihatnya adalah sahabat baiknya, Faiq Arshad.

Faiq tersenyum ke arahnya tanpa berlengah dia terus mengambil ice cream magnum berperisa strawberi coklat dan membayarnya di kaunter.

Setelah dia bayar, dia terus memberi aiskrim itu di tangan Naura. Dia tahu yang itu adalah perisa kegemaran Naura sejak sekolah lagi.

"Kau ingat lagi perisa kegemaran aku." Naura terharu tak terkata, dia ingat lima tahun mereka tak berjumpa Faiq dah lupa semua pasal dia.

"Mestilah aku ingat, kau kan bff aku." Faiq tersenyum riang.

"Thanks tau,kau nak beli barang ke?" Tanya Naura.

"Taklah sebenarnya aku lalu je kat sini, lepastu aku ternampak kau, tu yang aku singgah sekejap kau seorang je ke?"

"Taklah aku dengan anak saudara aku, diaorang ada kat dalam pilih coklat."

Sedang Faiq dan Naura rancak bersembang, ada sepasang mata sedang melihat kemesraan mereka dari jauh.

Ariff sedari tadi tak lepaskan pandanganya terhadap Naura yang sepertinya seronok bersembang dengan lelaki tersebut, ada juga terselit riak cemburu dalam hatinya.

'Siapa lelaki tu? kenapa dia nampak rapat sangat dengan Naura, takkanlah aku cemburu kot.'Ariff mengomel sendiri dia cuba menafikan apa yang dia rasa.

"Oklah Afiya aku gerak dululah, kalau kau ada masa kita lepak sama ehh!"

"Ok apa-apa nanti aku roger ya."

Faiq terus berlalu dari situ. Selesai memilih barang Ariff membawa kembar untuk membayar di kaunter.

"Abil dengan Aim beli apa?" Naura menghampiri si kembar yang sedang berada di kaunter.

"Kami beli semua ni." Nabil menujukkan semua barang yang dibelinya kepada Naura membuatkan dia terkejut melihatnya. Semua ada coklat, mainan, keropok, Ice cream dan air.

"Abil, Aim kenapa beli banyak sangat, achu suruh pilih coklat je kan."

"Uncle handsome yang suruh ambil kan Abil." Naim menjawab. Abil hanya mengganguk mengiyakan.

"Kenapa pakcik bagi je apa yang diaorang nak ambil." Naura memandang Ariff.

"Biarlah sekali-sekala bukan selalu." Ariff menjawab datar.

"Takpelah biar saya yang bayar." Naura ingin mengeluarkan dompetnya dari poket, tetapi dihalang Ariff.

"Takpayah! biar aku je yang bayar." Ariff sudah mengeluarkan duitnya dari dompet dan membayar semua barang yang dibeli si kembar.

Naura hanya akur, dia malas asyik nak bergaduh je dengan Ariff.

Semasa berjalan hendak balik ke rumah, Ariff bertanya Naura tentang lelaki yang berbual mesra denganya tadi.

"Siapa lelaki yang berbual dengan kau tadi?" Ariff bercakap tanpa memandang Naura.

Nabil dan Naim pula leka makan ice cream.

Naura memandang Ariff sambil mengecilkan matanya.

"Kenapa pakcik jealous ke?" Naura buat muka berlagak sambil keningnya sebelah terangkat memandang Ariff.

"Kalau aku cakap ya kau percaya ke?" Ariff memandang Naura, membuatkan dia terdiam kerana pandangan Ariff terhadapnya membuatkan hatinya berdebar-debar saat ini.

"Kalau saya tak percaya, apa pakcik nak buat?" Tanyanya.

"Dahlah, kau anggap je aku tak cakap apa-apa." Ariff cuba menafikan, padahal hatinya memang cemburu saat melihat Naura dengan lelaki lain.

"Eleh! Cakap je lah cemburu." Omelnya dalam hati.

Setelah itu masing-masing diam sehingga sampai ke rumah.

Sampai di rumah Nabil dan Naim terus berlari masuk ke dalam rumah, maklumlah dah dapat apa yang diaorang nak macam tulah.

Naura juga ingin melangkah masuk ke dalam rumah, tetapi Ariff memangilnya membuatkan langkahnya terhenti.

"Hoi ketot tunggu jap." Ariff memanggilnya, Naura menoleh belakang memandang Ariff yang sudah duduk di pangkin kayu depan rumahnya.

"Pakcik nak apa? saya nak masuk banyak kerja saya nak buat, kalau setakat nak sakitkan hati saya tak payah." Naura berterus-terang.

"Bila masa aku sakitkan hati kau."

"Setiap hari, setiap masa dan saat." Jawabnya jujur, Naura ingin berlalu dari situ tapi ditahan lagi oleh Ariff .

"Kalau kau naik atas kau akan menyesal." Ugutnya,Terus Naura berhenti melangkah dan memandang Ariff tajam. Nyaris tak terjuling biji mata, tak habis-habis nak sakitkan hati orang.

"Pakcik nak apa sebenarnya." Naura bertanya geram, Ariff mengeluarkan handphone dan terus menujukkan gambar yang ditangkapnya, semasa Naura tidur dalam kereta dengan memeluk erat lenganya sambil kepalanya elok bersandar di bahunya macam pasangan romantikk gitu.

Apalagi hampir terkeluarlah biji mata Naura melihat gambar tersebut.

"Bila pakcik ambil gambar ni?" Tanya Naura hairan.

"Masa kau sedap tidur dengan mulut kau yang ternganga tu lah."

"Mana aci macamni pakcik?" Naura memeluk tubuhnya.

"Aci kat india." Jawab Ariff selamba.

"Saya tak kira, saya nak pakcik padam gambar tu sekarang." Desak Naura.

"Kalau aku taknak." Ariff sengaja mengusik Naura.

"Saya menangis kuat-kuat biar semua orang dengar." Naura hampir mengeluarkan airmatanya.

"Menangislah, ada aku kisah." Ariff beriak selamba.

Naura cuba mengambil telefon di tangan Ariff untuk memadam gambarnya, ketinggianya tak mencukupi membuatkan dia hanya terjengket-jengket ketika Ariff mengankat handponenya tinggi.

Dari tadi Naura menahan airmatanya akhirnya terhambur juga, terkejut jugalah Ariff dia ingatkan Naura hanya main-main rupanya betul-betul dia menangis siap tersak-esak lagi.

Ariff menghampiri Naura yang sedang menangis memeluk lutut di atas pangkin.

"Hoi ketot kau tak payahlah nangis kuat-kuat nanti orang dengar, diaorang ingat aku buat apa-apa kat kau." Ariff cuba menenangkanya, tapi makin kuat pula dia menangis.

"Yelah aku padam gambar ni." Akhirnya dia mengalah.

Sambungan bab 9

Naura yang tadi teresak-esak menangis terus berhenti dan memandang Ariff dengan mata yang merah, betul punya menangis.

"Pakcik pada..m gam..bar tu depan saya sekarang." Naura bercakap dengan nada tersekat-sekat.

"Ok kalau kau nak puas hati nah! ambil ni kau padam sendiri." Ariff menghulurkan Iphone6nya kepada Naura.

Naura mengambilnya dan terus memadam gambar yang ditunjuk Ariff tadi. Baru puas hatinya.

"Dah puas hati." Ariff sedari tadi memandang Naura.

'Cenggeng tak bertempat minah ni. Omelnya dalam hati.'

"Puas sangat!!" Naura memulangkan semula handpahone Ariff di tanganya. Tanpa berlengah dia terus berlalu dari situ sakit betul hatinya dengan pakcik mulut cili tu, kalau tak sakitkan hati orang sehari macam tak sah hidup.

Ariff hanya menghantar pandangan hingga Naura hilang di dalam rumah sambil  menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Comel betul di menangis." Omelnya sendiri lalu dia mengeluarkan Iphone5 miliknya yang satu lagi di dalam poket seluarnya, terus dua membuka gambar yang dipadam Naura tadi di dalam galerinya, perlahan bibirnya mengukir senyum.

"Nasib baik aku sempat simpan dalam phone ni." Omelnya sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro