BAB 10 - SAD OR HAPPY ENDING?🌸

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Huwaaa, ni bab terakhir. Jadi, adakah Aurora masih hidup? Atau Raid akan jadi duda untuk selamanya?

Anyone nak gantikan Aurora? Hahaha

Sad or happy ending?

________________________

"SAYANG..."

Air matanya tumpah untuk entah ke berapa kali.

"Wake up, please. I miss you so much," ucap Raid lalu mengucup pipi Aurora.

Raid mengusap perut Aurora yang kempis.

"Baby kita dah tak ada",bisik Raid lalu menangis.

"Abang dah hilang baby kita, jadi jangan tinggalkan abang."

Ariase, James dan Faiz mengeluh melihat keadaan Raid yang tidak terurus. Aurora kaku di atas katil hospital. Sudah dua minggu, Aurora tidak sedarkan diri.

Setelah tamat pembedahan, doktor kata Aurora mengalami keguguran dan Aurora kritikal. Alangkah terkejutnya Raid apabila tahu isterinya mengandung dan keguguran. Kenapa Aurora tak pernah beritahunya?

Kini, Raid langsung tidak berpisah dengan Aurora walaupun sesaat. Dia tak mahu Aurora pergi.

"I'm here sayang. Wake up."

Doktor kata Aurora tiada tanda-tanda mahu sedar dan tiada perubahan.

Lagi sedih si Raid itu.

"I miss you sayang"

"Raid..."

Raid mengangkat kepala.

"Sudahlah tu. Jom makan. Kau tak makan lagi kan? Kita pergi kafeteria kat bawah."

"Tak nak."

"Raid. Eva akan okey. Kejap saja tinggalkan dia. Jom makan. Eva mesti tak nak tengok suami dia tak makan," pujuk Ariase.

"Kau nak ke Aurora bebel sebab kau tak makan?" soal James.

"Hmmm yelah. Tapi sekejap saja tau!"

"Ya..."

"Bye sayang. Abang pergi makan sekejap. Wait for me," bisik Raid lalu mengucup dahi Aurora.

Di kafeteria...

"Makanlah Raid," ujar Faiz

"Hmm."

"Janganlah macam ni. Kau tahu kan, Aurora tak suka kalau kau macam ni? Kalau dia tahu kau tak makan, habis kau kena nanti."

"Dah dua minggu James. Dia masih macam tu."

Ariase hanya senyap.

"Macam mana aku nak bagitahu dia pasal baby?"

James terdiam.

"Kau slowtalk dengan dia lah nanti"

"Hmmmm"

"Raid..." panggil Ariase

Raid memandang Ariase.

"Actually..."

"What?"

"Actually, Eva tahu pasal kandungan dia. Cuma dia tak beritahu kau. Dia nak bagitahu tapi bila dapat tahu musuh kau akan serang bila-bila masa. So, dia buat keputusan lepas kau dan musuh kau settle."

"What?!"

"Dia tak nak kau risaukan dia"

Raid menekup wajah ke meja.

"Raid..."

"Yes?"

"Dia red girl you. Red girl yang kau cari selama ini."

"Jadi dia lah yang tolong Raid dan kitaorang selama ni?"

"Yes."

"Tapi kau?"

Ariase senyum.

"Aku? Aku saja nak jadi macam Aurora dan nak kaburkan readers yang aku ni red girl. Hahahaha."

Faiz tersenyum.

"Hmmm tak sangka Aurora power kan?"

"Well adik aku tu."

Raid mendiamkan diri.

Tiba-tiba telefon Raid berdering. Terpapar Doktor Teressa di skrin telefon.

"Helo doktor?"

"Encik Raid! Puan Aurora! Puan Aurora amat kritikal. Jantung dia berhenti sekarang ni."

Dummmm!

Raid terkejut. Jantungnya bagai tercabut. Aurora?

"Raid kenapa?"

"Auroraaa!"

Kelam kabut Raid berlari ke tingkat atas dan menuju ke wad Aurora. Faiz, James dan Ariase terkejut lalu mengekori Raid yang sudah jauh.

"Sayang! Aurora!"

Raid merempuh masuk ke bilik yang dihuni oleh Aurora.

"Encik! Encik tak boleh masuk. Doktor sedang membantu pesakit." Jururawat yang bertugas menghalang jalan Raid.

"Aku nak tengok isteri aku! Bodoh!" Raid menolak tubuh jururawat itu lalu merempuh masuk.

"Au... rora?"

Doktor Teressa dan Doktor Arifah sedang berusaha menyelamatkan Aurora.

Beep beep beeep

Raid merapati Aurora.

"Sayang? Sayang! Wake up! Please!"

"Encik Raid..."

Beeeeeeeeeppppppppp

Akhirnya, satu bunyi beep yang panjang. Semua disitu kaku.

"Sayang! Please don't leave me!"

Raid memeluk tubuh Aurora yang kaku. Raid meraung dan meraung. James, Faiz dan Ariase baru tiba.

"Eva?"

"Evaaaa!"

Ariase turut memeluk Aurora.

"Eva please. Evaaaa!"

Faiz merapati Ariase lalu peluk.

"Shhhh."

"Faiz, Eva Faiz! Eva dah tinggalkan aku!" Ariase menangis semahu-mahunya di dada Faiz.

"Eva!"

"Sayangggg!"

Raid tidak lepas dari memeluk Aurora. Tuhan, terima kasih kerana kurniakan Aurora sebagai isteri aku. Aku bahagia bersama dia. Aku tahu dia hanya pinjaman dariMu. Terima kasih kerana pinjamkan dia untuk aku.

Raid mencium dahi dan seluruh wajah isterinya.

"Thank you for everything, sayang"

"Raid..."

❦ ❦ ❦

SETAHUN KEMUDIAN...

Perut yang semakin membesar itu diusap perlahan. Dirinya sudah tidak mampu berjalan lagi.

Menunggu airnya tiba.

"Sayang..."

Aurora mengangkat kepala memandang suaminya.

"Nah makan. Abang order hot chocolate dengan BigMac"

"Thank you, abang"

"You are welcome, sayang"

Aurora dan Raid mula makan makanan mereka.

"Hmmm abang..."

"Makan dulu lah sayang. Mulut penuh tu," ujar Raid lalu mengelap tepi bibir isterinya.

"Abang, lepas ni sayang nak makan abc boleh tak?"

"Abc? Mana nak cari sayang?"

"Alaaa kat mana-mana jelah. Sayang teringinlah"

"Yalah nanti kita cari okey?"

"Okey. Tapi nanti kita cari kek batik sekali eh abang? Sebab sayang rasa nak makan kek batiklah malam nanti."

Raid tersenyum.

"Ya, sayang. Nanti kita beli."

"Thank you, abang!"

Raid tersenyum manis. Dinginnya sudah hilang sejak Aurora mengandung untuk kali kedua. Aurora terselamat dari kematian. Ceh ayat!

Sebenarnya, mesin Electrocardiogram(ECG) telah rosak dan menunjukkan Aurora mati. Sebenarnya, Aurora masih tidak sedarkan diri dan doktor pula membuat CPR membuatkan Aurora tersedar dari lena yang lama.

"Amboi serinya bakal ibu ni," tegur seseorang.

"Ava!"

"Hey sis Eva!"

Raid bersalaman dengan Faiz.

"Buat apa kat sini? Dating eh?" teka Aurora.

Ariase tersimpul malu.

"Mestilah sayang. Diorang pun nak dating juga macam kita," ujar Raid lalu memeluk pinggang Aurora.

"Elehh siapa nak dating dengan abang?"

"Ohhh sampai hati eh?"

"Hahahah muah." Aurora mencium sekilas pipi Raid.

"Aduhai, nak sweet pula diorang ni. Dahlah kitaorang nak makan kat sana," sampuk Faiz.

Mereka berempat hanya ketawa. Faiz dan Ariase berlalu pergi. Ya, hubungan Faiz dan Ariase sudah lapan bulan. Mereka akan berkahwin dalam dua bulan sahaja lagi.

❦ ❦ ❦

RAID baring di atas riba isterinya di atas katil. Perut Aurora yang semakin lama mebesar itu diusap perlahan.

Raid mencium perut Aurora yang dilapik dengan baju.

"Kenapa besar sangat perut ni sayang?"

"Tak tahulah abang. Mungkin baby besar kut. Hahahaha. Lagipun kan dah masuk 9 bulan."

"Hmm bila-bila masa saja sayang nak beranak kan?"

"Yeahhh."

"Kalau girl, sayang nak letak nama apa?"

"Tak sur.e"

"Hmm boy?"

"Tak tahulah abang. Benda tu sayang serahkan kat abang eh? Sayang pasti abang akan pilih nama yang terbaik untuk anak kit," ujar Aurora.

"Okey, sayang. Now, drink your milk."

Raid menghulur segelas susu kepada Aurora sebelum tidur.

"Good night, baby," bisik Raid.

"Baby jer? Mommy baby?"

"Hahahaha good night my sayang ni. Muahh," ucap Raid lalu memeluk tubuh Aurora yang semakin tembam.

Aurora tersenyum nipis.

❦ ❦ ❦

JAM menunjukkan 3 pagi.

Aurora tersedar dari tidur. Perut terasa sakit sangat. Dia sudah biasa bangun jam sebegini.

Tapi kali ini sakitnya lain macam. Sungguh dia tidak tahan. Kakinya juga sakit. Sudah tiba masanya kah?

"Abang."

Sepi.

"Abang!"

Dengkuran Raid membingitkan suasana bilik yang agak suram itu.

"Abang!" Kali ini Aurora menolak bahu Raid. Sebelah tangan lagi memegang perutnya yang besar.

"Hmmmm." Raid kembali lena.

"Abang!!!" jerit Aurora dengan muka menahan sakit.

Terkejut Raid lalu duduk.

"Kenapa sayang? Sakit kaki ke? Nak urut?"

"Bu... kannnn"

"Then? Nak air? Ke sayang lapar?"

"Abangggggg," Geram Aurora. Tak sempat dia nak kata apa-apa, Raid sudah memotong.

"What?"

"Dah."

"Dah apa?"

"Dah tiba masanya baby nak keluarrrr!" jerit Aurora.

"What? Now, nak buat apa ni sayang? Oh my god! Abang nak buat apa ni?"

Aurora menahan sakit.

"Ab... bang..."

"Hospital! Sayang jom pergi hospital!" Raid mengambil kunci kereta dan dompet lalu menuju ke pintu bilik.

Aurora terpinga-pinga.

"Abang! Kenapa tinggalkan sayang?!" jerit Aurora.

Raid kembali menaiki tangga apabila teringat isterinya masih di bilik.

"Sorry. Hah jom!"

Berderum laju kereta Honda Accord milik Raid ke hospital.

Seusai tiba, Raid membawa Aurora ke lobi hospital. Meminta bantuan doktor dan jururawat disitu.

Kini, Aurora berada dalam labour room. Kata doktor, baby dah nak keluar.

"Raid! Aurora macam mana?"soal Ariase yang baru tiba.

Faiz dan James turut tiba.

"Baru masuk. Doktor kata baby nak keluar."

Pintu bilik dibuka. Keluar seorang doktor perempuan.

"Encik, nak sambut your babies tak? Maybe your wife perlukan sokongan dari encik," ujar doktor itu

"What? Babies? What do you mean?"

"Kembar. Encik dapat baby kembar."

"Ya Allah! Saya nak sambut mereka."

"Baik encik boleh masuk."

Raid masuk ke wad bersalin untuk memberi sokongan kepada isterinya dan menyambut kedua anaknya.

❦ ❦ ❦

AURORA tersenyum gembira melihat anak kembarnya dalam dakapan. Comel.

"So, sayang.. ada nak explain apa-apa tak?" soal Raid perlahan sambil mengusap anak perempuannya.

"Hmm explain what?"

"About our babies."

"Ohh hahaha sorry, abang. Sayang nak surprisekan abang yang sayang mengandung kembar. So, how? Surprise tak?"

"Ya Allah, sayang. Nak tercabut tau abang punya jantung ni bila tahu."

"Hahahha habistu abang kutip tak?"

"Kutip apa?"

"Jantung abang yang tercabut tu"

"Main-main ehhh!"

"Hahahaha."

Pintu bilik dihuni Aurora dibuka dari luar.

"Mommy! Daddy!" panggil Aurora ceria.

"Haih! Terkejut your babies tu nanti, Eva," kata mommy Aurora.

"Hehehehe. Miss both of you so much!"

"Me too, sayang," balas mommy Aurora.

Raid bersalam dengan daddy Aurora.

"So, apa nama babies yang comel ni? Boy and girl kan? So cuteee!" puji mommy Aurora.

"Yang boy Raffael Hyver Noah and yang girl pula Raissa Auvyer Noah," jawab Raid.

"Nice name," puji daddy Aurora.

"Eva!" jerit Ariase apabila sudah tiba di wad vip yang dihuni Aurora

Kemudian, Raissa menangis akibat terkejut. Raffael yang sedang lena terganggu apabila mendengar tangisan adik kembarnya.

"Ava!" Mommy terus pukul lengan Ariase.

"Sorry."

"Meh, abang dodoikan Raissa. Sayang pegang Raffael."

Raffael dan Raissa masih menangis.

"Shhhh daddy ada dekat sini sayang," pujuk Raid.

"Stop crying, Raff. I'm here",pujuk Aurora.

Kemudian, kedua-dua kembar itu berhenti menangis dan tersenyum.

"Nak pegang twins!" pinta Ariase.

"Hati-hati," ujar Aurora.

Manakala mommy Aurora mengambil Raffael. Raissa dalam dukungan Ariase.

"Ya Allah, comelnya!" omel Ariase.

"Cucu mommy memang comel kan?" kata mommy Aurora.

"Eh cucu daddy juga tau"

"Hai Raissa, ni Aunty Ava tau!"

"I'm your Uncle Faiz!"

"Raffael, ni Tok My tau sayang."

"Ni Tok Dy tau twins."

Raffael dan Raissa tersenyum girang.

"Wehh jangan lupa aku. Raffael, Raissa ni uncle James yang kacak lagi bergaya. Uncle masih single tau. Ha siapa nak uncle meh pm. Hahahah," sampuk James.

Semua di dalam wad itu ketawa.

Raid memandang Aurora.

"Sayang..."

"Hmm?"

"Thank you."

"For?"

"For everything and our twins. Rezeki kita. Even dulu sayang keguguran. Tapi Allah gantikan yang dulu dan beri kita kembar. Thank you, sayang. I love you so much."

"Welcome and thank you abang sebab sudi jaga sayang and our babies. I love you too abang. Te Amo, Raid."

Raid mengucup dahi Aurora lama.

"Te Amo."

Aurora mencium sekilas pipi Raid.

"Sayang abang ketat-ketat!"

"Ehem ehem! Kitaorang masih ada di sini tau! Twins tengok your mummy and daddy ni. Hmmm buat Uncle James jealous tau!" omel James.

Raffael dan Raissa ketawa.

Raid dan Aurora tersenyum bahagia.

'Tuhan, sesungguhnya takdirMu sangat indah. Dari terlanggar di shopping mall. Tak sia-sia juga aku mengajak si dia mengahwini aku. Tuhan, terima kasih kerana takdirkan dia(Raid) dalam hidupku.

Raid suamiku. Walaupun dia Mafia. Aku tetap mencintainya. Dialah pelindungku dan anak-anak aku,' bisik hati Aurora.









-END-



Akhirnyaaaaa...
Sudah tamat readers! Terima kasih atas sokongan anda. Komen-komen anda amat memberi semangat kepada author. Thank you, readers!

Kau orang happy ke tak baca Marry Me, Mafia?

Nak tanya ni.

Sayang Raid tak?

Sayang Aurora tak?

Sayang author tak? Hahahahah

So, kalau kau orang nak lah kan.

Special Part??

NAK KE TAK NAK?

Drop your comment.

Kalau ramai NAK, author buat cuma lambat sedikit. So how?

Comment and vote.

Muahhh




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro