SPECIAL - II

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


ARIASE melangkah dengan ayunan laju ke arah restoran. Risaunya tidak hilang sejak tahu apa yang Raid buat di belakang adiknya. Sedihnya tak perlu diungkapkan.

"Baby, wait! Jangan jalan laju-laju!" Faiz menahan pergelangan Ariase.

Langkah Ariase terhenti apabila figura suaminya berdiri di hadapannya.

"Apa? Saya nak cepat jumpa Aurora!"

"No! Please! Kalau awak macam ni, saya tak benarkam awak jumpa Aurora! Awak tahukan keadaan Aurora sekarang macam mana? And kalau awak ikutkan perasaan awak, perihal Raid akan kantoi!" ujar Faiz.

Ariase menghela nafas. Kenapa suaminya tak mahu Aurora tahu tentang semua ini? Kenapa?

"Tapi..."

"Eh, sis! Faiz? Kenapa berdiri kat luar ni? Jomlah masuk," sampuk satu suara.

Ariase dan Faiz terkejut lalu menoleh ke belakang. Terlihat Aurora dan anak kembarnya ada disitu. Raffael dan Raissa sedang lena dalam stroller.

"Err... haa nak masuklah ni. Kau baru sampai ke?" soal Ariase.

"Lama dah. Tadi saja bawa twins ni jalan-jalan kat mall sambil tunggu kau orang," balas Aurora dengan senyuman di wajahnya.

"Comelnya dia tidur," puji Faiz sambil mencuit pipi kembar.

"Eh mestilah comel! Macam mommy dia!" Aurora bangga. Faiz menjeling. Geli. Mula dah angkat bakul sendiri.

"Jomlah."

Mereka bertiga serta kembar comel itu masuk ke dalam restoran. Setelah memesan makanan, mereka memandang satu sama lain.

"Kenapa ajak jumpa?" soal Aurora.

"Erm... aku..."

"Saja ajak jumpa. Aku rindu kembar." Faiz mencelah.

"Ceit! Pigidah!"

Ariase menghirup air apabila air muka dihidang atas meja.

"Kau okey?" soal Ariase.

"Okey."

"Raid?"

Sepi. Aurora mengunci mulutnya. Tangannya terus mengambil Raissa yang lena dalam stroller dan mencium pipi Raissa.

"Aurora?"

"Aku okey."

Ariase dan Faiz saling berbalas pandangan. Faiz mengenggam tangan isterinya di bawah meja untuk memberi kekuatan dan agar isterinya tidak beritahu perihal Raid.

"Aku tahu kau okey. Kau dengan Raid, okey tak? Dah lama tak dengar khabar. Twins yang comel ni pun dah makin tembam!" Ariase berkata sambil menyedapkan hatinya.

"Aku..."

"Okey jer dengan Raid," sambung Aurora.

"Betul?"

Aurora terdiam. Hatinya hiba. Hatinya meraung berkata tidak. Apa yang okey? Sedangkan Raid kini suka pulang lewat ke rumah dan memaki hamun dirinya. Kembar yang memerlukan kasih sayang dari seorang ayah juga tidak diberi oleh Raid.

Raid dah berubah! Aurora menahan air matanya dari mengalir laju. Tuhan!

Ketika itu juga restoran itu memainkan lagu Terbang Pergi. Aurora memeluk Raissa seerat yang mungkin. Di kala dia rasa sakit ditengking dan dilukai oleh Raid, anak-anaknya adalah penguat dia.

"Aurora..."

"Isk... isk... isk..." Aurora kalah dengan tembok air matanya. Raissa dalam dakapannya tersedar lalu senyum ke arah Aurora.

"Aurora..." Ariase terus duduk di sebelah adiknya lalu peluk dari tepi.

Faiz mengambil Raffael dan dodoi semula kerana Raffael terjaga dan merengek.

"Raid..."

"Cerita jer, aku ada ni," bisik Ariase sambil mengusap belakang tubuh Aurora.

"Raid... dia se... karang suka marah aku, teng... tengking aku. Dengan kembar pun dia dah tak layan. Aku... aku tak... tak tahu apa salah aku, Ava! Aku..."

Aurora tidak tahan lalu air matanya kembali mencurah laju bak air terjun menghempas batu.

Raissa yang seakan faham perasaan mommynya terus mengusap air mata Aurora. Tangan kecilnya memegang pipi gebu Aurora. Aurora tersenyum ke arah Raissa.

"Raffael dan Raissalah penguat aku bila aku kena marah dengan Raid. Bila tengok diorang, kekuatan tu meresap dalam diri aku. Aku... tak boleh lemah sebab kembar masih perlukan aku dan kasih sayang dari daddy diorang." Aurora mencium pipi Raissa.

Ariase hanya senyap lalu mengerling ke arah suaminya yang ralit bermain dengan Raffael. Faiz yang seakan direnung terus menoleh ke arah isterinya. Ariase memberi isyarat sama ada perlu berterus terang mengenai Raid atau tidak?

Faiz hanya membalas dengan gelengan. Bukan masanya lagi. Lihatlah, Aurora sedang menangis kalau diberitahu perkara sebenar lagilah dia meraung. Risau murung sahaja. Raffael yang ketawa mengekek sambil bermain hidung Faiz telah menarik perhatian Faiz.

Ariase mengeluh perlahan. Adiknya dipeluk erat. Be strong, sister.

❦ ❦ ❦


JAMES melihat pasangan sejoli merpati di hadapannya kini dengan muka jijik. Geli!

James seperti mahu muntah apabila Carla memeluk lengan sasa Raid dan melentokkan kepalanya. Terasa menyesal ikut cakap Faiz untuk mengekori pasangan ini. Geez!

"Baby, i rasa lapar la. Let's eat!" kata Carla manja sambil mengusap pipi Raid. Raid hanya senyum.

James menarik nafas lega. Akhirnya, mereka mahu makan. Perut ni pun dah berbunyi.

Telefon pintarnya diambil dari poket seluar jeans. Nombor Faiz didail.

'Haih, jawablah mangkuk jamban!' gerutu hati James.

"Helo!"

"Ha kau, apa perkembangan?" soal Faiz.

"Diorang nak pergi makan lunch ni."

"Kat mana? Aku pun tengah lunch ni dengan Aurora kat mall dekat dengan office kita. Nandos."

"Amboi kau sedap eh makan? Bagaikan kebetulan bro, diorang pun makan kat Nandos dalam mall yang dekat dengan office kita. Ahaks! Boleh lepak bro!" kata James.

"Hahaha err... wait a minute... Nandos?!"

Faiz terkejut begitu juga James. James melihat pasangan itu sudah masuk ke dalam restoran Nandos. Faiz turut memandang Aurora yang membelai Raissa lalu pandangannya jatuh kepada Ariase yang memandangnya dengan kening bertaut.

"We are dead!" kata Faiz dan James serentak.

James mengejar Raid dan Carla. Faiz memberi isyarat kepada Ariase. Ariase menggelabah. Aurora berasa aneh.

"Kau orang ni kenapa?" soal Aurora.

"Err... nothing."

Faiz menoleh ke arah pintu masuk. Raid dan Carla sudah masuk.

"Ava, pegang Raissa kejap. Aku nak pergi toilet," ujar Aurora lalu memberi Raissa kepada Ariase.

Ariase dan Faiz saling berbalas pandangan. Faiz menekup wajahnya di leher Raffael. Raffael ketawa akibat kegelian.

Aurora mula berdiri dan mengorak langkah. James pula baru masuk ke dalam restoran. Saat yang mendebarkan.

Ariase menahan rasa. Mungkin ini yang terbaik. Terbongkar sendiri daripada sesiapa yang beritahu Aurora.

Mereka akan bertembung? Itu tidak pasti. Rasanya ya kalau tidak maknanya Raid dan Carla sudah buta.

Raffael dan Raissa yang tidak tahu apa-apa hanya bermain dengan Faiz dan Ariase.

"Ab... abang?"

Hanya satu perkataan meniti di bibir merah Aurora. Hanya satu sahaja tetapi ia telah mengejutkan lima orang disitu. Raid, Carla, Ariase, Faiz dan James.

Pandangan Aurora kabur.



















Oh my god, what will happen in next chapter?

Come drop your COMMENTS and if you like this chapter, do vote.

Nak meroyan ke apa, kat komen eh 😂

-Dari author yang cumil.








To be continued...








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro