09

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sabar itu susah,
Sabar itu lelah,
Sabar itu pedih,
Tetapi,
Sabar itu indah.

"KAMI perlukan persetujuan encik sebagai ahli keluarga pesakit. Keadaan pesakit kritikal dan dia harus di bedah segera"  ujar doktor Haqim. Dia sudah lengkap berpakaian untuk ke bilik bedah.

Ariq yang baru selesai mengerjakan solat maghrib dan isyak  hanya mengikuti langkah Doktor Haqim.

Usai menandatangani surat persetujuan, Ariq memerhati tubuh Rudi yang di bawa masuk ke dalam bilik pembedahan.

"ia hanya pembedahan yang kecil. Insha Allah semuanya okay. Encik boleh berehat di bilik itu ya"  ujar Nisa sambil menunjukkan bilik rehat untuk pelawat.

Ariq hanya mengangguk-angguk sebelum menyandarkan kepalanya di kerusi.

Selepas 2 jam berada di dalam bilik pembedahan, Doktor Haqim keluar dengan senyuman.

"Kami akan pindahkan pesakit ke ward ICU.  Buat masa sekarang, tiada pelawat dibenarkan"  terang Doktor Haqim sebelum berlalu pergi.

Ariq yang ternampak kelibat Nisa terus menerpa ke arah Nisa dan menghalang perjalanannya.

"Tolong jaga kawan saya sebaik mungkin. Saya kena balik sebab isteri saya sendirian di rumah"  pinta Ariq.

Nisa mengerling jam di tangan. Jam sudah menginjak angka 10 malam. "Kerja saya memang jaga pesakit. Encik jangan risau"  balas Nisa sebelum meminta diri.

Mendengar penjelasan Nisa, hatinya berasa lega kerana ada yang merawat kawannya itu. Dia terus bergegas ke kereta dan terus memecut laju. Entah kenapa hatinya risau akan isterinya. Jantungnya berdegup kencang.

Sampai dipertengahan jalan, hujan turun dengan lebat. Sesekali diselangi dengan guruh dan kilat yang kuat. Ariq memandu dengan penuh berhati-hati.






PELUH merintik laju di dahi Najwa. Walaupun suhu aircond telah rendah, tetap dia berpeluh kerana ketakutan yang dirasai.

Ya, dia takut dengan guruh dan kilat. Di tambah dengan hujan lebat menambahkan ketakutannya. Airmatanya jatuh lebat mengalir menuruni pipi.

"Awak cepatlah balik!"  rintih Najwa. Tangisannya semakin lebat.

Bunyi guruh yang berdentum mengejutkan Najwa sehingga dia berlari menyembunyikan diri di bawah meja makan.

Seketika Najwa dapat menangkap sayup-sayup deruman enjin kereta Ariq. Bila pintu dikuak dari luar, Najwa terus meluru ke arah Ariq dan mendakapnya erat.

"Kenapa awak lambat sangat balik?! Saya takut! Saya takut sangat! Jangan tinggalkan saya!"    tangisan Najwa semakin lebat. Ariq yang terkejut seketika dengan tindakan drastik Najwa hanya mendakap erat isterinya sambil memujuk dan menenangkannya.

"Shh-shh dah jangan nangis. Aku ada ni. Aku tak pergi mana-mana dah"  pujuk Ariq lembut. Kepala Najwa diusap perlahan. Bahunya ditepuk lembut.

Tubuh kecil Najwa terus dicempung dan dibawa ke bilik tidur Ariq. Diletakkan perlahan di atas katil. Diselimutkan isterinya dan diusap airmatanya.

Sangkaan Ariq bahawa Najwa telah lena meleset apabila Najwa bertindak menarik lengan Ariq ke dalam pelukannya kuat.

"Jangan tinggalkan saya"  ucap Najwa berulang kali. Ariq mengusap perlahan pipi Najwa. Di selak rambut  yang menutupi dahi dan mata isterinya. Peluh di sapu dengan sapu tangan kecil.




HUJAN lebat menemani malam Nisa. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap sebelum mengeluh perlahan.

Dia kembali ke katil Rudi untuk memeriksa keadaan Rudi. Lelaki itu sedang lena belum ada tanda-tanda akan sedar.

Dia mengemaskan selimut yang menutupi badan Rudi sebelum keluar untuk melihat pesakit yang lain. Jam dikerling 11.30 malam. Matanya sudah mula berasa berat. Dia segera ke pantry untuk membuat segelas kopi.

Sesampainya dia di pantry, dia terserempak dengan Doktor Haqim. Nisa hanya senyum dan mencapai satu mug dan mula membancuh kopi.

"Macam mana keadaan pesakit tadi? Ada apa-apa simptom yang negatif?"  tanya doktor Haqim memecah kesunyian.

"Dia masih belum sedarkan diri. Setakat ni pesakit tak ada menunjukkan side effect yang negatif"  jawab Nisa perlahan. Dia kepenatan.

Doktor Haqim hanya mengangguk-angguk. "Saya tahu waktu shift awak dah habis. Awak cover shift Kak Rina kan"  teka Doktor Haqim.

Nisa hanya mengangguk lemah seraya menyisip perlahan kopi panasnya itu. Cuaca yang sejuk sangatlah sesuai dengan secawan kopi panas.

Malam yang terasa sangat panjang bagi mereka... Semoga ada sinar dalam kesabaran mereka.








NAJWA terpisat-pisat bangun dari tidur yang sangat lena. Dia terasa sangat bertenaga pagi ini. Tapi ada sesuatu yang menghairankannya. Suasana bilik itu seperti bukan biliknya tapi...

"Ni bilik Ariq!"  jeritnya mengejutkan Ariq dari tidur. Najwa bertambah terkejut apabila melihat tangan Ariq yang elok melingkari pinggangnya.

"Kenapa kau ni jerit-jerit? Sinilah tidur sebelah aku. Semalam nak sangat tidur dengan aku!"  balas Ariq tanpa perasaan malu. Dia kembali baring sambil mendepakan tangannya.

"Bangunlah! Subuh dah nak habis ni!" jerit Najwa seraya dia bangkit dan meninggalkan Ariq sendirian. Sempat dia menepuk perlahan lengan Ariq.

"Malu la tu"  ujar Ariq seraya tersenyum. Dia bingkas bangun untuk menyelesaikan kewajipannya.

Hari ini Ariq mengambil keputusan untuk cuti. Dia ingin fokus pada kesihatan sahabatnya yang satu itu, Rudi Rayqal.

"Saya nak ikut awak pergi tengok Rudi"  ujar Najwa.

"Hm suka hati kau lah. Lagipun lepas pergi jenguk Rudi, aku nak pergi rumah mama kejap. Harini Acik balik"  balas Ariq teruja. Si minah kepoh genit tu dah habis belajar.

"Fiqah dah habis belajar ke? Cepatnya masa berlalu kan. Kita pun dah 5 bulan kahwin"   Najwa juga teruja mendengarnya. Sengaja dia mengingatkan tempoh masa dia dan suaminya bersama.

"Dah 5 bulan eh? Aku rasa macam baru semalam aku sebut nama kau masa akad nikah. Masa tu aku rasa macam dunia dah tak berpihak pada aku. Mama dengan Papa tahu betapa bencinya aku bila ada orang suka memaksa aku. Tapi nak buat macam mana kan"  luah Ariq dengan nada biasa. Bukan niat menyindir Najwa tapi sekadar ingin isterinya tahu apa yang dia rasa pada hari dia diijab qabulkan.

"Habistu sekarang? Awak rasa dunia dah berpihak pada awak? Awak pun belum bagi jawapan bila saya cakap saya cintakan awak hari tu."  Najwa cuba memancing suaminya. Ternyata sangkaannya benar. Ariq menukar topik.

"Cepatlah siap. Kata nak ikut aku pergi hospital. Aku tinggal karang nangis lagi nanti. Macam budak kecil!"  sindirnya tiba-tiba. Najwa bangkit dan terus bergegas ke biliknya. Sempat dia menjerit,

"I LOVE YOU, MR ARIQ ILHAN!"

Ariq hanya menggeleng-geleng dan tergelak kuat. Bini aku dah gila!






"NURSE, saya rasa dahaga"  Ayat pertama yang diungkapkan oleh Rudi sebaik sahaja dia sedar. Nisa yang sedang menaikkan suhu bilik terkejut lantas menoleh.

"Eh, nurse pervert. Hehehehe hai nurse cantik. Walaupun awak pervert, tapi saya maafkan sebab awak cantik"  tambahnya lagi seraya memaparkan sengihan lebar.

Nisa terus menuangkan segelas air dan disuakan ke mulut Rudi. Seteguk, tangannya menolak perlahan gelas itu tanda sudah tidak mahu.

"For your information Encik Rudi Rayqal, saya bukan pervert!"  balas Nisa geram. Dia terus keluar untuk memanggil doktor Haqim.

Seketika, Nisa dan Doktor Haqim sampai di bilik Rudi. Usai diperiksa, Rudi memerhati Doktor Haqim dan Nisa yang sedang berbincang di luar bilik Rudi. Nisa mengangguk-angguk sebelum kembali ke bilik Rudi.

"Doktor suruh awak berehat dan jangan banyak bergerak takut luka jahitan terbuka balik"  arah Nisa seraya membetulkan kemasan selimut.

"Jahitan? Saya dibedah? Bahagian mana?"  jeritnya. Tiba-tiba dia berasa sakit di bahagian abdomen. Dia lantas menyelak bajunya dan terlihat ada tampalan plaster yang agak besar di situ.

"Ia cuma 6 jahitan"  Nisa jongket kening.

"Hello cik nurse! Saya ni masih bujang dan belum berkahwin tau. Cik rasa apa perasaan bakal isteri saya apabila melihat bekas jahitan di bahagian abdomen pula tu!"  rintih Rudi seolah-olah jahitan itu memberi beban yang besar terhadap dirinya.

"Siapa yang beri kebenaran untuk saya dibedah?"  soal Rudi.

"Nama dia Ariq Ilhan. Katanya dia kawan encik"  jawab Nisa.

Rudi menggenggam cadar katil, "ARIQ ILHAN!!!"  jeritnya kuat.








DEBARAN terasa. Perasaan gugup usah di ungkapkan. Tangannya terasa berpeluh. Rasanya keputusan dah keluar.

Terus dia capai alat ujian kehamilan itu dan  merenungnya lama sebelum ucapan Alhamdulillah diucap. Senyuman diukir lebar.

🌸B E R S A M B U N G🌸

Vote
&
Comment



"Aku tidak tahu siapa yang lebih kuat. Kau yang melepaskan aku pergi atau aku yang cuba untuk bertahan."

🌺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro