32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ego perlu.

Tetapi tidak perlu untuk setiap waktu."




'JANGAN angkat Nisa Haura! Jangan nak berangan nak minta tolong daripada dia! Kau ni tak tahu malu ke?!' gumam hati kecil Nisa memberi amaran kepada dirinya. Dibiarkan sahaja telefon yang lama berdering minta di jawab. Seketika bunyi itu tidak lagi kedengaran.

Namun tidak cukup sekali, berkali-kali Rudi menelefon Nisa. Sudahnya, Nisa mematikan telefonnya. Dia mengeluh berat sebelum bangkit dan mengangkat begnya.

Fikirannya cuma satu. Hospital. Apakah ada ruang untuknya menyelinap masuk ke dalam hospital dan memasuki salah satu ward yang kosong.

Dengan keadaan perut yang berbunyi, beg dan bagasi yang mengandungi barang-barang dan pakaiannya menggunakan lebih banyak tenaga Nisa Haura, gadis kecil yang mempunyai kudrat yang sangat kecil.

Sesampainya dia di hadapan hospital, jam menunjukkan angka 9 malam. Jarak perjalanan dari rumahnya ke hospital memakan masa 2 jam untuk sampai. Nasiblah, kena berjalan kaki untuk menjimatkan penggunaan wangnya.

Dipegang sekejap perutnya yang terasa pedih. Mungkin sudah masuk angin. Peluh keringat di dahi di sapu laju menggunakan lengan bajunya.

Matanya terbuntang apabila menangkap sebuah kereta mewah hitam yang keluar menuruni kawasan hospital. Laju Nisa menoleh berpaling dari kereta yang sangat tidak asing baginya. Kereta Rudi!

Cepat-cepat dia mengusung beg dan bagasinya segera berlari anak dan mencari tempat menyorok yang terdekat tidak mahu kantoi.

Namun apakan daya, niatnya untuk menyembunyikan diri gagal apabila dia terdengar bunyi hon dari kereta Rudi yang berhenti disebelahnya.

Dia hanya mampu menundukkan diri merenung lantai menunggu Rudi keluar dari perut kereta dan menuju ke arahnya laju.

"Awak nak pergi mana malam-malam ni? Kenapa awak tak jawab call saya? Awak sengaja off handphone awak? Kenapa sampai bawa banyak beg?" soal Rudi bertalu-talu umpama senapang yang menembak mengeluarkan peluru tak henti-henti.

"Sorry" balas Nisa sepatah. Dia hanya mampu merenung lantai. Sungguh dia tidak mahu bertembung dengan lelaki itu. Jadi lebih baik dia mendiamkan diri. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu.

Rudi mengeluh kasar sebelum memegang kedua bahu Nisa kuat. Nisa terdongak memandang Rudi terkejut dengan tindakan drastiknya. Dipandang wajah Rudi yang menahan geram. Nisa menelan air liur.

"Saya tak nak dengar sorry awak. Saya nak dengar penjelasan dari awak!" ujar Rudi geram melihat Nisa yang terus menunduk merenung lantai.

"Saya kena halau dari rumah! Saya dah tak ada tempat untuk tinggal! Puas hati awak?!" balas Nisa seraya dia menangis kuat. Kuat sehingga menarik perhatian pelawat yang keluar masuk hospital.

Rudi jadi serba salah. Dia memandang sekeliling. Semua mata memandang ke arahnya dengan pandangan yang susah ditafsirkan. Mungkin mereka berpendapat bahawa Rudi yang membuat Nisa menangis.

Laju Rudi mengusung beg dan bagasi Nisa dan diletakkan di boot belakang. Dia kembali menarik Nisa ke tempat penumpang di sebelah pemandu. Nisa yang sedang menangis hanya mengikuti langkah Rudi.

Rudi memicit dahinya perlahan pening memikirkan Nisa yang tak mahu berhenti menangis. Teresak-esak Nisa menangis. Airmata yang mengalir laju dibiarkan jatih membasahi bajunya.

Rudi memakaikan seatbealt untuk Nisa dan segera memecut laju meninggalkan kawasan hospital.

Beberapa minit kemudian, tangisan Nisa mulai reda. Rudi memberhentikam kenderaannya di sebuah taman.

Ditengah taman itu terdapat satu tasik yang dihiasi pelbagai jenis bunga sepanjang jalan ke arah tasik itu.

Nisa memandang bingung apabila melihat Rudi keluar dan menuju ke arah tasik itu bersahaja. Lengan kemeja putih dilipat sehingga ke siku. Tidak dia nafikan ketinggian Rudi yang lebih tinggi berbanding Ariq Ilhan.

Nisa menyeka sisa airmatanya dan ikut keluar dari perut kereta. Dia mengikuti langkah Rudi. Seram juga bersendirian di dalam kereta malam-malam sebegini.

Laju kakinya berlari sehingga sampai ke belakang Rudi sebelum Rudi bertindak berhenti secara mendadak menyebabkan kepala Nisa bertemu dengan belakang badan milik Rudi.

Nisa memegang kepalanya yang terasa sengal. "Sakitlah. Kenapa awak berhenti tiba tiba?!" ujar Nisa geram. Rudi gelak mengejek sebelum merendahkan dirinya hampir sama dengan ketinggian Nisa.

"Awak yang kejar saya lepastu salahkan saya?!" balas Rudi. Nisa mati kata sebelum melarikan pandangan. Laju langkahnya diatur meninggalkan Rudi yang senyum senget.

Mata Nisa terpukau dengan keindahan ciptaan Tuhan. Dia merenung segenap kawasan sekeliling tasik. Diterangi lampu berwarna warni menambahkan lagi keindahan taman itu.

Tanpa dia sedar, bibirnya melukis senyuman yang lebar. Semua masalah dan bebannya terasa hilang serta-merta.

Rudi yang sedang asyik merenung Nisa juga menguntum senyum kecil seraya tangannya diselup ke dalam kocek seluarnya.

"Jadi sekarang awak nak pergi mana?" tegur Rudi mengembalikan Nisa ke dunia nyata yang penuh dengan drama dan dugaan.

Nisa melepaskan keluhan berat sebelum mengangkat bahu tanda tak tahu. Nisa berasa seolah-olah kebahagiaan bukan miliknya.

"Rumah parents awak? Awak taknak menyusahkan diaorang eh?" soal Rudi lagi. Kali ini Nisa tergelak kecil mendengar soalan yang diutarakan Rudi.

"Ibu dengan ayah saya dah lama meninggal dunia. Saya membesar dekat rumah anak-anak yatim" balasnya biasa. Kini, segala kenangan pahitnya hanya tinggal memori yang tidak lagi memberikan luka di hatinya.

"Oh. Sorry" balas Rudi perlahan. Nisa sekadar senyum dan kembali memandang keindahan ciptaan Tuhan.

"Jom ikut saya!" ajak Rudi tapi lebih kelihatan seperti arahan.

"Nak pergi mana?" Nisa kerutkan dahi.

"Nanti awak tahu lah" balas Rudi seraya senyum kecil. Nisa hanya membuntuti langkah Rudi.

Seketika, mereka sampai di suatu kawasan perumahan yang sangat besar. Rasanya mampu memuatkan ramai orang. Besarnya seperti satu buah sekolah.

Nisa menangkap kelibat Rudi sedang bertegur sapa dengan seorang wanita separuh abad yang bertudung labuh. Dia memerhati segenap ruang kawasan luas itu. Mereka hanya berjalan kaki menuju ke kawasan perumahan itu.

Selang beberapa minit, Nisa disapa oleh Rudi dan wanita itu. Nisa menyalami tanda hormat akan wanita itu.

"Rayqal dah ceritakan pasal kamu pada Umi. Marilah, Umi tunjukkan bilik kamu. Hari pun dah lewat malam ni. Rayqal baliklah. Dah lewat sangat ni, nak" ujar wanita yang selesa digelar Umi itu.

Nisa yang bingung memandang Rudi minya penjelasan. "Saya tahu awak tak selesa kalau saya minta awak tinggal dekat rumah saya jadi at least awak boleh tinggal sini. Yang paling penting, saya tahu dekat mana keberadaan awak! Jangan buat saya risau lagi. Awak tahu tak saya dah fikir yang bukan-bukan masa awak tak angkat call saya!" terang Rudi diselit dengan bebelan yang membuatkan Umi senyum nipis.

"Dah, esok boleh sambung borak. Nisa mesti penat" potong Umi seraya memegang lengan Nisa lembut.

Nisa hanya mengikut langkah Umi dan meninggalkan Rudi sendirian. Terima kasih, awak!

Mungkin kerana kepenatan, masing-masing terlupa akan barangan dan pakaian Nisa yang elok berada di dalam boot belakang kereta Rudi.







ARIQ leka bermain dengan rambut ikal mayang milik isterinya. Setelah menuntut janji isterinya tadi, dia tersenyum kemenangan. Tanpa dia sedar, Najwa sudah ralit dibuai mimpi.

"Sayang, apa beza awak dengan cicak?" soal Ariq. Matanya tidak dapat dipejamkan. Najwa yang berada dalam pelukkannya didakap erat. Di tarik selimut menutupi bahagian belakang badan Najwa yang terdedah.

"Apa Abang merepek ni? Najwa nak tidurlah, dah mengantuk sangat ni!" balas Najwa perlahan seraya dia merengek kecil. Matanya dipejam rapat. Dada Ariq tempat dia berbaring.

"Alalala kasihan dia penat ya. Okay, okay tidurlah tidur" pujuk Ariq lembut seraya mengusap perlahan rambut Najwa. Dia gelak kecil melihat isterinya yang sudah lena.

"Bezanya ialah, Cicak melekat dekat dinding tapi sayang melekat dekat hati Abang!" sambung Ariq seraya gelak perlahan. Jam di atas meja sebelahnya dikerling sekejap. Lagi lima belas minit akan menginjak ke angka 1 pagi.

Perlahan, matanya turut tertutup. Masing-masing kepenatan setelah melepaskan dendam asmara yang tersimpan.




NAJWA terpisat-pisat bangun apabila mendengar sayup-sayup kedengaran azan subuh. Matanya terus terbuntang luas.

Ditoleh sebelah sekilas. Terlihat Ariq yang masih lena dibuai mimpi. Kesempatan ini harus digunakan sebaik mungkin. Laju tangannya mencapai pakaiannya yang bertaburan di lantai dan disarung laju.

"Abang dah nampak semua nak malu apa lagi!" tegur Ariq mengejutkan Najwa. Dia menoleh memandang Ariq yang elok bersandar sedang melihatnya bersusah payah menyarungkan baju dibalik selimut.

"Hish janganlah tengok! Pergi mandi sana!" marah Najwa. Sebenarnya dia malu dengan suaminya.

Ariq menyarung seluar pendeknya dan bergerak menuruni katil. Sempat dia berbisik, "Thank you, Sayang!" seraya menghadiahkan ciuman sekilas dipipi Najwa.

Najwa memegang pipinya sekejap sebelum gelak kecil.

Usai mengerjakan solat subuh berjemaah, Najwa duduk di hadapan cermin. Losyen muka yang selalu dia pakai, di sapu lembut ke wajahnya.

"Sayang" panggil Ariq lembut.

Najwa sekadar "hm" dan menyambung sapuan krim pada wajahnya.

"Abang nak kahwin lain boleh?" soal Ariq tiba-tiba serius. Najwa terus menoleh memandang Ariq yang beriak serius. Tiada tanda gurauan dalam matanya.

'Dugaan apa lagi yang kau berikan kepadaku, Ya Allah!' desis hati kecil milik Najwa.



🌸B E R S A M B U N G🌸




Vote
&
Comment




🌄

"Betullah, kedatangan itu amat mahal sehingga ia menjadi kehilangan yang amat bernilai."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro