38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Datangnya hujan bukan selamanya, Tapi membawa pelangi datang pada kemudiannya.

Usah terlalu bersedih tentang apa yang berlaku masa lalu, Sedangkan yang akan datang adalah lebih baik bagi diri kita."

"YOU are lucky, Ariq. Kalau you terlambat sikit je I rasa you dah kehilangan baby you. Alhamdulillah, keadaan Najwa dah stabil. Pendarahan yang dia alami pun tak berapa serius. I tumpang bersimpati atas apa yang berlaku" terang Doktor Hanim panjang lebar. Ariq menghela nafas lega seraya meraup mukanya.

"So betullah isteri I mengandung?" soal Ariq minta kepastian.

"Ya, 6 weeks" balas Doktor Hanim. Dia meminta diri dan meninggalkan Ariq.

Pintu dikuak perlahan oleh Ariq. Terlihat sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah. Dengan wajah yang pucat, ditambah lagi dengan ada baby dalam perut menambahkan lagi kerisauan dalam hati Ariq.

Perlahan, tangannya naik mengusap pipi Najwa. Airmatanya perlahan mengalir menuruni pipi.

"Abang minta maaf. Abang gagal. Abang gagal lindungi sayang dan baby kita" ujar Ariq perlahan. Bahunya terhinjut menahan sebak apabila melihat wajah isterinya.

Najwa terpisat-pisat membuka matanya apabila terasa ada sentuhan kecil. Telinganya menangkap satu esakan kecil dari sisi kanannya. Perlahan, matanya terbuka. Wajah seketul Ariq yang banjir dengan airmata diperhati.

"Abang" panggil Najwa perlahan hampir tak didengari. Ariq pantas mendongak dan menyeka airmatanya laju.

"Sayang, dah sedar. Alhamdulillah. Sayang nak apa-apa ke? Ada rasa sakit-sakit ke? " soal Ariq bertalu-talu. Perasaan risaunya tidak dapat dibendung lagi.

"Baby? " soal Najwa seraya tangannya singgah diperutnya.

Ariq menggenggam erat tangan isterinya, "Ada dalam tu. Jangan risau" balas Ariq seraya dihadiahkan senyuman kecil untuk Najwa.

Najwa menghela nafas lega. Dipandang mata suaminya yang merah kesan menangis.

"Abang nangis?" soal Najwa polos.

"Hm. Abang takut kalau jadi apa-apa pada sayang" balas Ariq. Terpancar riak kerisauan dalam sepasang mata milik suaminya.

"Najwa okay lah. Najwa kan kuat!" ujar Najwa seraya gelak kecil.

Seketika, mata Najwa meliar seperti mencari kelibat seseorang.

"Mana Nisa? Dia okay kan? Abang, Najwa nak jumpa dia. Bawa Najwa jumpa Nisa please!" pinta Najwa. Tapi hampa, Ariq diam tidak berkutik.

"Abang? Najwa cakap dengan Abang ni!" tambah Najwa lagi. Digoncang perlahan lengan suaminya.

"Sayang tak ingat ke? Nisa... Meninggal dunia dekat tempat kejadian" balas Ariq lambat-lambat. Dia tidak mahu mengganggu emosi isterinya.

"Apa abang merepek ni? Tak! Nisa tak boleh tinggalkan Najwa macam ni! Abang jangan tipu Najwa!!! Najwa nak jumpa Nisa sekarang!" ujar Najwa separuh menjerit.

Airmata terasa hangat mengalir menuruni pipi gebu Najwa. Semakin lama semakin lebat. Dibawa lutut rapat ke dadanya.

Ariq berdiri dan memeluk Najwa erat. Najwa menumbuk-numbuk dada Ariq kuat.

"Abang tipu Najwa! Nisa tak boleh tinggalkan Najwa macam ni! Nisa!!!" jeritnya sebelum menyembamkan mukanya ke dada Ariq.







TIDAK terdaya kaki Rudi apabila berdiri dihadapan bilik mayat itu. Nafasnya seakan tersangkut dikerongkong. Dadanya sakit menahan sebak. Rudi tidak mempunyai keberanian untuk masuk.

Namun digagahkan dirinya untuk masuk. Perlahan, pintu bilik mayat itu dikuak. Matanya menangkap akan sekujur jasad yang tidak bernyawa diletakkan di tengah bilik itu dan ditutupi dengan sehelai kain putih.

Perlahan, tangan Rudi yang menggeletar naik menyelak kain putih itu. Wajah Nisa yang pucat ditatap penuh kasih sebelum dia melurut terduduk di tepi jasad isterinya.

Airmata terus laju menuruni membasahi pipinya. Matanya terpejam rapat cuba mengumpul segala kekuatan dan ketabahan yang dia ada.

Tiada yang lebih sakit daripada kehilangan orang yang kita sayang.

Rudi bangkit dan menatap wajah isterinya yang tidak beriak.

"Nisa, saya ikhlaskan pemergian awak. Mungkin jodoh kita di dunia sampai di sini saja. Saya tak pernah menyesal kenal awak. Terima kasih kerana sudi jadi isteri saya walaupun sekejap. Selamat tinggal, Nisa Haura" tutur Rudi perlahan. Semuanya terlalu perit untuk di telan.

Tangannya naik mengusap pipi Nisa yang dingin. Tiada lagi rasa kehangatan sentuhan dari seorang Nisa Haura. Meskipun pahit untuk ditelan, Rudi Rayqal harus belajar menerima hakikat bahawa Nisa Haura, isterinya telah meninggalkannya buat selama-lamanya.

Dia sedar sebagai orang Islam, dia tidak sepatutnya meratapi seseorang yang telah pergi. Ada lebih baiknya jika dia membaca Alfatihah dan mendoakan agar arwah tenang di sana.

Wajah Nisa ditutupi semula dengan kain putih itu. Rudi melangkah longlai keluar dari bilik mayat.

Dia tersandar lemah. Rambutnya yang berserabut dibiarkan tidak terurus. Sungguh kehilangan Nisa membuatkan dia tidak lagi mempunyai tujuan untuk hidup. Semua orang yang dia sayang pergi meninggalkannya sendiri di dunia ini.







MAHKAMAH menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Zulfaiz setelah kesnya selesai dibicarakan pada tengah hari semalam. Kini, Zulfaiz hanya termenung menunggu hari kematiannya.

Sementara itu, jenazah Alina selesai dikebumikan oleh ibu bapa Alina. Meskipun mereka kecewa dengan Alina, namun tetap pemergian Alina memberi impak yang besar dalam diri seorang ibu dan bapanya.

Datin Maria menangis semahu-mahunya di bahu suaminya. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu sanggup melakukan perkara seperti itu.

Sebaik sahaja mendengar berita dari pihak polis, dibatalkan niat untuk pulang ke London.

"Mummy dengan Daddy balik dulu ya" ujar Dato' Hilman dengan suara sedih. Dipegang sekejap tanah yang menguburi jenazah anaknya.

Datin Maria berpaut pada lengan suaminya cuba meraih kekuatan. Dia masih tidak percaya bahawa anaknya telah pergi buat selama-lamanya.






WAJAH pucat Nisa ditatapi buat kali terakhir sebelum jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan.

Ariq memegang bahu Najwa lembut cuba menyalurkan semua kekuatan yang dia ada saat ini. Airmata Najwa tumpah lagi apabila melihat Nisa.

"Aku ada banyak perkara nak cerita dengan kau tapi... Aku redha dengan takdir Allah. Pertemuan kita sampai sini je. Terima kasih sebab kau sanggup korbankan diri kau untuk aku. Jujur, kaulah sahabat sejati aku" luah Najwa sebelum kepalanya ditundukkan menghadiahkan ciuman lama di dahi Nisa.

Ariq yang berada di sisi Najwa hanya mampu menahan sebak. Dia mencari kelibat Rudi yang sedang tersandar di depan pintu.

Perlahan, dia menapak ke arah Rudi yang termenung.

"Pergilah tengok isteri kau" ujar Ariq seraya ditepuk bahu Rudi lembut. Rudi mendongak lalu bangkit dan menuju ke arah Nisa.

Sudah tidak ada airmata yang dia mampu keluarkan. Wajahnya yang tidak beriak membuatkan Ariq dan Najwa semakin dirundum pilu dan sedih.

"Saya akan cuba bahagia, Nisa. Itu janji saya" ujar Rudi perlahan lalu menghadiahkan ciuman lama di dahi isterinya.

Doktor Haqim dan Syakilla juga hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat Nisa. Tidak disangka, Rina, jururawat yang selalu membulinya juga hadir dengan berlinangan airmata yang tidak berhenti daripada mengalir.

Rudi mengiringi jenazah Nisa yang di bawa di dalam van jenazah. Akhirnya, jasad Nisa harus dia lepaskan. Biarlah Nisa hidup dalam kenangan antara mereka semua.

Usai pengebumian jenazah Nisa, Rudi termenung melihat tanah yang masih merah ditemani Ariq dan Najwa.

"Saya tak pernah salahkan awak atas apa yang berlaku pada Nisa" ujar Rudi kepada Najwa. Dia tahu Najwa dihimpit rasa bersalah. Kerana ingin menyelamatkannya, Nisa telah terkorban.

"Saya minta maaf" balas Najwa perlahan.

Tanpa sebarang balasan, Rudi bangkit dan meninggalkan Ariq dan Najwa. Dia perlu mencari ketenangan.

"Shh... Mari kita balik. Sayang bukannya sihat sangat" ajak Ariq seraya memaut bahu Najwa lembut. Dia risau melihat wajah Najwa yang masih pucat.





🌸B E R S A M B U N G🌸





Vote
&
Comment





🌙️

Menangis tanpa suara.

Itu sakitnya luar biasa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro