MPQ - Part 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Along!" Bunyi ketukan pintu dan juga laungan tersebut berselang-seli. Ketukan yang maha dahsyat dengan suara yang terlolong seperti hendak mencabutkan anak tekak sendiri. Sesiapa saja akan menutup telinga.

"Ish.. Along ni memang liat betul nak bangun. Apa dia ni pekak ke tak dengar? Aku bukan main ketuk punya kuat, jerit sampai nak tercabut 'anak' aku, dia boleh tak keluar lagi?" rungut si Dia.

Sesiapa saja akan merungut apabila hampir setengah jam mengejut adik beradik sendiri yang liat hendak bangun tidur. Pasti saja mulut tidak habis pot pek pot pek saja tak henti-henti.

Kali ini, dia nekad. Jika Alongnya tidak membuka pintu juga, dia akan merempuh masuk saja. Pedulilah kalau pintu di roboh atau pun 'patah'. Tidak dia peduli. Apa yang difikirannya sekarang adalah...

Along. Mesti. Bangun. Tak kisahlah bagaimana cara sekalipun.

Nafas ditarik lalu dihela perlahan sebelum ditarik dalam dan tangan bersedia untuk 'menumbuk' pintu bilik Alongnya.

"A..." Belum pun sempat dia mengetuk mahupun menjerit nama Alongnya, terasa dahinya ditampar kuat sehingga badannya terdorong ke belakang. Sakit wo!

Dia menyentuh dahinya sambil memandang ke arah Alongnya yang mencekak pinggang dihadapan pintu bilik sendiri dengan pandangan marah. Gulp! Alamak..

"Angah kenapa? Tak ada otak? Kut ya pun nak kejut Along bangun tidur, tak payahlah sampai nak robohkan pintu ni. Apa Angah ingat pintu ni bayar guna taik binatang?"

Dia mencebik kecil. Tu kau, taik binatang weh. Bukan air liur tapi taik binatang. Punyalah ada perkataan yang baik, perkataan yang berdosa juga dipilihnya.

"Salah Angah lah ni? Hello. It's all your own fault. Siapa suruh Along tak bangun masa Angah kejut. Padan mukalah," ujar Angah, memperlahankan dirinya.

Along senyum sinis sambil menggeleng kepalanya. Bijaknya. Salah diri sendiri, tapi salahkan orang. Otak ada letak kat jamban. Nak kata bijak, nampak macam bodoh. Nak kata bodoh, Top 5 dalam pelajaran.

"Along kenapa geleng kepala?" soal Angah dengan nada tidak puas hati. Adalah tu hendak diperlinya. Tak pun dikutuk.

"Angahlah. Kenapa bodoh sangat? Kunci penduakan ada. Kenapa tak guna kunci tu untuk masuk bilik Along? Perlu ke sampai nak robohkan pintu bilik? Dah kebal sangat ke tangan tu sampai kuat sangat ketuk pintu. Hmm?" tanya Along bertalu-talu dengan nada sinis.

Angah terkedu. Seakan baru tersedar, dirinya sendiri turut menepuk dahinya. Apa lah dirinya ini. Bukan tak boleh guna cara baik tapi tak fikir. Tahu nak kejut guna cara teruk je. Hah! Kan dah kena setepek. Padan muka! Angah menunduk ke bawah.

"Angah tahu apa Along buat masa Angah tengah seronok buat rancangan 'merobohkan pintu bilik', Angah tahu Along tengah buat apa?" Keras suaranya bertanya pada adiknya.

Angah menggeleng kepalanya. Takut pun ya juga apabila dengar nada keras daripada Along. Soalan tak boleh ke bijak sikit? Manalah dia tahu, bukannya dia ada dalam bilik Alongnya pun.

"Along tengah 'membuang'. Angah tahu membuang tu apa, kan?" Angah mengangguk. Along ingin melepiaskan amarahnya namun terhenti niatnya apabila satu suara menegur mereka.

"Along? Angah? Ada apa bising-bising pagi-pagi ni?"

Serentak Along dan Angah memandang ke arah figura yang menegur mereka.

"Walid!"

Serentak Along dan Angah memanggil Haji Abdullah yang perlahan mendekati mereka. Kedua mereka menelan air liur. Bukan kerana suara Walid mereka marah pun. Tidak langsung tetapi aura seorang ayah tetap dirasai. Gerun!

"Kenapa gaduh ni?" tanya Haji Abdullah.

Angah menuding jari ke arah Along lalu bersuara dengan muka tak puas hatinya. "Along ni, Walid. Angah dah kejut banyak kali tapi Along tak buka-buka pintu bilik dia. Pastu, Along tunjal dahi Angah..." belum Angah habiskan ayatnya, Along menyelit.

"Along takkan tunjal dahi Angah kalau Angah kejut Along guna otak," ujar Along, geram.

Haji Abdullah mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Along. "Kenapa nak kejut Along, kena guna otak pula?" soal Haji Abdullah.

"Yalah. Ada ke patut Angah 'tumbuk' pintu tu macam tumbuk punching bag? Ingat pintu tu tempat melepaskan geram ke? Sudahlah ketuk pintu masa Along tengah buang hajat," kata Along, memerli adiknya.

Terangguk-angguk kepala Haji Abdullah memahami kata-kata Along. Kemudian, kepalanya terarah pada Angah. "Hah, Angah? Kenapa ketuk pintu masa Along tengah buat 'kerja'?"

Angah menggeleng kepalanya. "Manalah Angah tahu Along tengah buat 'kerja'. Dah Along kunci pintu," jawab Angah dengan jawapan selamat.

Haji Abdullah mengusap jambang nipisnya sambil terangguk-angguk. Along marah sebab Angah ketuk pintu masa dia buat 'kerja'. Angah pula tak puas hati sebab Along kunci pintu dan lambat buka pintu. Tapi, kan boleh guna kunci? Kemudian barulah Haji Abdullah tersedar akan ayat Along tadi.

Along takkan tunjal dahi Angah kalau Angah guna otak.

Begitu rupanya. Haji Abdullah memandang anak keduanya sekali lagi. Angah terpinga-pinga apabila Walid memandangnya tiba-tiba.

"Kenapa Walid pandang Angah macam tu?"

Haji Abdullah tersenyum lalu menggeleng perlahan. "Tak ada apa. Walid nak tanya, Angah dah sarapan ke belum?"

Along ternganga. What the... Dia bukan main marah pada Angah, Walid macam nak bagi green light supaya Angah terlepas. Mana boleh! Dia menjeling Angah dari ekor mata.

Terkelip-kelip mata Angah tidak memahami situasi sekarang. Namun, diangguk juga kepalanya. Ya, memang dia dah sarapan sebelum mengejut Along tadi.

Haji Abdullah senyum misteri. "Makan apa tadi?"

"Erm.. Honeystar," jawab Angah teragak-agak.

"Bukan makan semut?" Angah mengerutkan dahi. Semut? Bukan sekadar Angah saja, Along juga turut serta mengerutkan dahi. Tak faham.

Melihatkan reaksi anak-anaknya. Haji Abdullah melebarkan lagi senyumannya. "Yalah. Kunci kan ada. Kenapa tak guna kunci je?"

Angah tersengih apabila dia memahami maksud Walidnya berkenaan semut. Dia menggaru keningnya. "Angah lupalah."

Haji Abdullah menggeleng kepalanya. Matanya mengerling Along yang menarik muncung apabila dia seakan tidak marah pada Angah. Nafas dihela. "Along."

Along mendiamkan diri namun matanya tertumpu pada Walidnya.

"Sudahlah tu. Angah tak tahu, kan? Jangan merajuk. Kamu tu manusia bukannya haiwan," pujuk Haji Abdullah sambil memerli anak sulongnya.

"Walid..." rengek Along sambil menghentak kakinya. Muncungnya semakin panjang.

Angah yang melihat kelakuan Alongnya menggeliat perlahan. Eee.. geli mak! Mengada betul!

Haji Abdullah ketawa perlahan. Lawak apabila Along menghentak kaki dengan muncung yang bolehlah tahan macam itik itu. Sebiji macam angsa! Hahaha.

Along memeluk tubuhnya. Tak suka apabila dirinya diketawakan lalu dia memasuki biliknya dan menghempas pintu dengan kuat. Heh! Merajuk dengan Walid.

Terhinjut bahu Haji Abdullah dan Angah dibuatnya. Lalu serentak mereka berdua menggeleng kepala. Perangai anak sulung apa macam tu? Mengada sungguh.

"Walid tak payahlah layan sangat manja Along tu. Nanti naik kepala. Lagi mengada adalah. Gedik!" luah Angah.

Haji Abdullah mengusap rambut Angah. "Angah apa cakap macam tu. Tak elok. Tak kisahlah macam mana sekalipun perangai Along tu, still she is your 'Along'. Be respectful, okay?" nasihat Haji Abdullah.

Angah terdiam. Walaupun dia berasa agak menyampah dengan perangai Along, Along tetap seorang Kakak yang lebih tua darinya. Nafas dihela dan kepalanya diangguk perlahan.

Haji Abdullah tersenyum melihat balasan Angah. "Good. After this, say sorry to Along. If not, no game for a month."

Angah ternganga. "What? Mana boleh sampai satu bulan, Walid! Tak boleh, tak boleh. Yalah, nanti Angah minta ampun dekat Along," ujar Angah sambil memeluk tubuhnya. Meskipun Walidnya tidak menyuruh sekali pun, dia tetap akan meminta maaf pada Alongnya.

"Dah pergi masuk bilik."

Mendengarkan arahan Haji Abdullah mengundang kerutan didahi Angah. "Kenapa pula? Angah dah lambatlah nak pergi sekolah."

Haji Abdullah menggeleng kepalanya. "Angah, nak pergi sekolah sekalipun kena pakai baju dengan betul."

"Apa pula yang tak betul? Betullah Angah pa..."

Terkedu Angah apabila kepalanya menunduk, memandang pakaian yang tersarung pada tubuh. What fish is this? Baju seragam sekolah dan kain batik? Kain sekolah terbang ke mana? Angah mendongak sambil tersengih pada Haji Abdullah.

"Cantik betul kain sekolah Angah. Beli dekat mana tu, Ngah?" usik Haji Abdullah.

Angah melebarkan lagi sengihannya. "Angah masuk bilik sekejap, ya?" tutur Angah lalu berlari ke biliknya dan mencari keberadaan kain sekolahnya.

Haji Abdullah yang melihat perangai kelam kabut Angah hanya menggeleng. Angah... Angah... macam-macam! Lalu menuruni tangga untuk bersarapan diruang makan ditingkat satu.

Sebelum melangkah menuruni tangga, sempat dia melaungkan usikan pada Along.

"Along! Cepat keluar dari bilik! Kalau tak Nasi Lemak Sambal Sotong kegemaran Along, Walid habiskan!"

"Apa?" jerit Along dari dalam bilik.

***

Okay part 1. Tak best, sekian.
Vote and comment!

Mr. Coffee out.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro