02 • Bila mula?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





Kringggg!

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat tiba. Pelajar-pelajar mula bergegas ke kantin untuk mengisi perut.

"Ain, aku nak kena jumpa Cikgu Suresh jap. Aku pergi bilik guru dulu eh? Kau jaga tempat kita macam biasa. Okey, bye!"

Tanpa mendengar balasan Ain, Farah terus meninggalkan gadis itu sendirian di dalam kelas.




Ish, dia ni main tinggal aku macam tu je.


Ain membawa dompetnya lalu melangkah keluar dari kelas.





Patut ke aku pergi jumpa dia sekarang? Kalau lambat-lambat kang bila je nak mula study?

Ain berfikir.

"Haish, jumpa jelah. Bukannya dia nak buat apa pun."

Ain pun menyusun langkah ke pusat sumber sekolah.

Memang dia selalu nampak Airil meluangkan waktu rehat di pusat sumber untuk mengulang kaji pelajaran. Haih, kenapalah dia ni rajin sangat?





~~~~





Tiba di sana, Ain menanggalkan kasut sekolahnya lalu menapak masuk. Terdapat beberapa pelajar di dalam. Mata gadis tersebut meliar mencari kelibat Airil dan ternampak lelaki itu sedang belajar di suatu sudut. Takut-takut dia mendekatinya.



"Err... hai?" Sapa Ain kekok.

Airil mengangkat muka memandang gadis itu dengan pandangan dingin. Dia tidak membalas apa-apa, sebaliknya mata beralih pada bukunya semula.

"Urm, aku nak bincang pasal study group kita. Bila kita boleh start belajar?"

Teragak-agak Ain ingin duduk berhadapan dengan Airil tapi dia duduk juga akhirnya.

Beberapa saat berlalu, baru Airil bersuara.

"Kita berdua je kan? Nak group apanya?"

Tersentak sikit Ain mendengar suara lelaki di hadapannya ini.




Betul ke yang dia tengah bercakap ni? Ingatkan tak reti nak buka mulut.

Desis hatinya.


"Oh, aku ingat nak ajak Farah sekali. Boleh kan-"

"No."

Tergamam Ain mendengar balasan Airil.

"Tapi-"

"Cikgu suruh aku ajar kau seorang. So tak payah beria nak ajak satu kelas pula."

Ain mencebik.


Haih, so maksudnya aku kena berhadapan dengan dia seorang-seorang la ni? Hm... redha jelah, Ain.






Lama mereka berdiam sebelum Ain bersuara lagi.

"Bila kita nak mula?"

"Entah."


Eyy, dia ni main 'entah entah' pula. Aku cepuk kau kang!


"Betul-betullah. Aku semangat nak belajar ni."

"Tiba-tiba je semangat apahal? Kau semangat nak belajar ke semangat sebab aku?" Balas Airil tanpa memandang Ain.

"Ma-mana ada. Perasan gila sia. Dah nak exam trial kan? Mestilah aku semangat." Ain menoleh ke arah lain. Rasa malu tak semena-mena.








Ish, ni nak masuk kali ketiga aku tanya, bila nak mula. Kang kalau aku tanya lagi, macam desperate sangat pula. Haih, lantaklah.




"Aku pergi dululah. Farah dah tunggu tu."

Ain bangun dari duduk lalu bergerak ke pintu utama. Sebelum keluar, dia menoleh ke arah Airil semula.

Pemuda itu langsung tak pandang dia.

Ceh, sombong betul!





~~~~





"Ha, kau ke mana ha? Aku suruh kau jaga tempat, kau pergi mana? Habis dah ada orang duduk." Bebel Farah.

"Hahaha, sorrylah. Aku jumpa Airil jap tadi."

"Ha? Kau jumpa dia? Wow, berani kak. Macam mana sembang dengan dia? Best dak??" Tanya Farah teruja.

"Best pebenda? Sombong nak mati. Aku tanya bila nak mula, tak jawab jawab. Nanti cikgu soal kang, dah satu hal."

"Ye ke nihhh? Ke kau tak sabar nak study dengan dia?"

"Eee, mana ada. Kalau boleh, aku tak naklah belajar dengan dia. Ugh." Ain berjalan meninggalkan Farah.

"Hahaha, k sorry sorry. Aku gurau je weh." Farah pun mengejar rakan baiknya itu.





~~~~





"Uhh... ngantuknyaaa." Ujar Farah sambil menggosok matanya yang agak berair akibat menguap beberapa kali.

"Bangunlah woi. Nanti cikgu marah." Ain menyiku lengan Farah.

"Bosanlah Sejarah. Aku tak faham. Kenapa kita kena belajar Sejarah? Benda dah lepas, biarlah berlalu."

"Ish ish, kau ni. Orang yang tak belajar Sejarah ni akan mengulangi kesilapan yang sama. Sebab Sejarah ni banyak pengajaran. Ha, that's why la kita kena belajar Sejarah."

"Eh eh, dia ni. Tahulah dapat A untuk Sejarah kan? Halah... dah berjaya, berjaya seorang-seorang. Hm, inilah kawan." Farah memuncungkan bibir.

"Tak payah nak merajuk bagai. Kau yang tak fokus masa cikgu ajar. Macam mana nak masuk dalam kepala?" Balasan Ain membuatkan Farah tersengih.

Okey, dia terasa hahaha.





~~~~





Kringggg!

"Yayyy, balikkk!" Farah cepat-cepat mengemas barangnya masuk ke dalam beg.

Ain pula hanya menggeleng melihat perangai kebudak-budakan Farah itu.


"Terima kasih, kelas."

"Terima kasih, Cik Teoh!"

Semua pelajar terus meninggalkan kelas untuk pulang ke rumah. Baru sahaja Ain ingin menggalas begnya, Airil meletakkan sehelai kertas kecil di atas mejanya lalu keluar dari kelas. Pelik gadis itu dibuatnya.

"Eik? Surat apa tu? Haaa... dah pandai eh kau, Ain??"

"Takyah fikir bukan-bukanlah."

Ain mencapai kertas tersebut lalu membacanya.





Besok pukul dua petang dekat rumah aku.
130, Jalan Utama 17, Taman Bestari,
47500, Petaling Jaya.
Kau lambat, aku kunci pintu.





Amboi, garangnya ayat.

Tersenyum Ain membaca surat tersebut lalu dia menyimpannya di dalam poket.

"Sukalah tu sampai tersengih-sengih kan? Hahahahah!"

"Hish, kau ni suka sangat kacau aku."

"Blekk..!" Farah menjelir lidah dan segera keluar kelas.



Dia tinggal aku lagi...





❤️❤️❤️

Alamat tu reka je.. jangan nak sibuk cari pula rumah Airil kat mana 😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro