05 • Special one

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





          Seminggu berlalu...

          Ain pergi ke rumah Airil setiap hari untuk mengulang kaji subjek Matematik kecuali pada hujung minggu. Dia sedang duduk santai di atas sofa ruang tamu rumahnya sambil tangan menatal feed Instagram dia.

          "Bosannyaaa... tak ada apa-apa update ke member aku ni?" Ujar Ain sendiri.

          Tiba-tiba, dia ternampak story baru yang dimuat naik oleh seseorang. Laju dia menekan untuk melihatnya.





"Just arrived at KLIA! Wait for me, sayang ❤️"





          "Ahhhhh!!" Ain jerit gembira melihat story Instagram tersebut. Rindunya terhadap lelaki yang disayangi itu tak dapat ditampung lagi. Tak sabar nak jumpa dia!

          "Woi woi, kau pahal? Menjerit tak tentu pasal?" Abang kedua Ain, Arif, laju turun ke bawah untuk melihat keadaan wanita itu.

          "Hehe, takde apa. Orang tersayang dah balik Malaysia dah. Heheh." Balas Ain sambil tersengih.

         "Aku fikir apa tadi. Haih, kau ni. Kalau ya pun happy, janganlah menjerit. Terkejut aku." Kata Arif lalu kembali naik ke biliknya.

          Ain membaringkan dirinya di atas sofa sambil menatap gambar wajah seseorang. Senyuman masih tak lekang di bibirnya.




          "Tak sabarnya nak jumpa kau esok. Hurm..."


          Dalam tak sedar, dia tertidur dalam keadaan kepala terbalik di tebing sofa. Mohon fahamlah macam mana cara dia baring tu haha.





~~~~





          Seperti biasa, Ain bersiap untuk ke sekolah. Hari ini ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani, jadi dia menyarungkan baju PJ dan seluar track sekolahnya.


          "Ain pergi dulu, mama."

          Ain menyalami mamanya, Puan Liza setelah habis bersarapan. Langkah diaturkan keluar rumah lalu dia menaiki kereta papanya dan kereta tersebut dipandu oleh Encik Naem menuju ke sekolah.





~~~~





          Tiba di sekolah, Ain bergegas ke tapak perhimpunan di mana pelajar-pelajar selalu berkumpul sebelum masuk ke kelas. Matanya meliar mencari seseorang.

          "Mana dia ni?" Tanya Ain sendiri.



          Seketika kemudian, dia ternampak seseorang yang dikenalinya. Dari susuk tubuh belakang lelaki tersebut, Ain sudah pun mengenalinya. Senyuman dia melebar lantas langkahnya dilajukan ke arah orang itu.





          "Cak!" Ain menepuk bahu Si Dia sambil kepalanya di sebelah bahu kanan lelaki itu.

          Wajah lelaki tersebut berubah terkejut saat matanya melihat wajah Ain.

          "Saraaaa!"



          Faizz Daniel menekup kedua-dua belah pipi Ain menyebabkan gadis itu tergelak.

          "Rindu you sangat-sangat. Hurm..." Ain memuncungkan bibir lagak manja.

          "I rindu you jugak. Dah berapa minggu tak jumpaaa." Izz membalas senyuman Ain.

          "Tulah kan. Tak sabar nak keluar dengan you nanti."

          Izz mengangguk, mengiyakan pernyataan gadis di hadapannya ini dengan senyuman masih terpamer pada wajahnya.

          Kalau nak tahu, inilah teman lelaki Ain.





          "Baiklah, pelajar boleh mula masuk ke kelas. Mula dari kelas 5 Setia." Seorang cikgu bertugas memberi arahan.

          "Alaaa... kejapnya boleh jumpa." Rungut Ain.

          Ain dan Izz duduk di kelas yang berasingan kerana mereka dalam aliran berlainan. Dia memilih aliran Sains tulen manakala Izz pula aliran Sastera.

          "Takpe. Rehat nanti kita rehat sama-sama k? Lepas balik pun boleh jumpa kan? Jumpa nanti ye??"

          "Hurm..." Ain melambai ke arah Izz sebelum berjalan meninggalkannya masuk ke kelas.





~~~~





          "Sweet betul kau dengan Izz tadi. Jealous pulak aku." Kata Farah seraya melabuhkan punggung di tempat duduknya.

          "Hahaha. Jealous pasai pa? Kau pun satu. Pi reject orang yang confess kat kau hari tu apasal?"

          "Eww, tak nak aku dengan budak tu. Dahlah hitam. Ugh." Farah berpeluk tubuh.

          "Weh, jaga mulut kau. Kang kena kat diri sendiri baru tahu."

          Farah terus menekup mulutnya bila Ain menegur kata-katanya.

          "Astaghfirullah. Ya Allah, ampunilah aku sebab celupar sangat."

          Tergelak Ain melihat gelagat kawannya itu. Memang Farah la penceria harinya di sekolah. Tak ada dia, memang sunyi hidup Ain.





~~~~





          Kringggg!

          "Wooo~ balikkk!" Ain cepat-cepat mengemas barangnya masuk ke dalam beg.

          "Kemain gelabah kau eh." Tegur Farah.

          "Yelah. Tak sabar nak keluar dengan Izz nanti hohoh." Balas Ain sambil menggalas beg pada bahu.

          "Eh, jangan lupa. Kau kan ada kelas dengan Airil."

          Ain terus berhenti bergerak bila Farah berkata begitu.


          Waduh... macam mana aku boleh terlupa kelas dengan dia ni?


          Ain menoleh memandang ke tempat duduk Airil.

          Kosong.

          Cepat juga dia keluar kelas.

          "Aku pergi dulu weh. Nak jumpa Airil. Bye!" Terus Ain berlari keluar kelas.

          "Weh weh. Tunggulah aku!" Farah menggalas beg pada bahunya lantas mengejar kawannya itu.






          "Airil! Airiiilll..!"

          Airil yang sedang menghidupkan enjin motosikalnya, menoleh ke arah kirinya apabila namanya dilaung dari jauh.

          Ain mendekati Airil yang sedang duduk di atas motor merah besar milik lelaki itu.

          "Apa dia kau ni..?" Tanya Airil malas.

          "Urm.. hari ni... kelas cancel boleh tak?" Pinta Ain lembut.

          "Apasal?"

          "Aku.. err... adalah sebabnya. Tapi hari ni aku tak boleh pergi rumah kau. Ada hal sikit." Ain tersenyum palsu.

          "Suka hati kaulah. Aku pun malas nak hadap muka kau lama-lama." Kata-kata Airil membuatkan Ain memandangnya tajam.


          Dia ni memang nak kena betul.



          "Dah, chaw."

          Cermin helmet diturunkan oleh Airil lalu dia bergerak meninggalkan pekarangan sekolah.

          Vroom vrooommm...


          Ain mendekati Farah yang sedang menunggunya di kantin tidak jauh dari tempat letak kenderaan.

          "Macam mana?" Tanya Farah.

          "Okey je. Katanya malas nak hadap muka aku. Ugh, kuajaq betui." Ain menayangkan muka menyampah.

          Ayat Airil tak sah kalau tak sakitkan hati orang.





❤️❤️❤️

Ain dah taken hahahah jangan bash k

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro