09 • Visit

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





          Airil menapak masuk ke dalam bilik belajar semula setelah beberapa minit berlalu. Masuk saja dalam bilik, dia melihat Ain sedang tidur di meja dengan beralaskan lengan. Keluhan berat dilepaskan oleh Airil.



          Aku sangka kau dah mula belajar sendiri. Tidur pula dah.

          Airil mendekatinya dan mengejut Ain.

          "Woi, bangun."

          Bahu Ain dipukul lembut tetapi gadis itu tidak menunjukkan apa-apa tanda bahawa dia ingin bangun.

          "Bangunlah woi. Kau datang ni nak belajar ke tidur?"

          Kali ni Airil goyang-goyang bahu Ain. Ain pun terjaga lalu menggosok mata sebelum memakai cermin matanya.

          "Cepat keluarkan buku aktiviti yang aku suruh kau buat tu." Arah Airil.

          Ain hanya menurut perintah tanpa banyak soal. Masih tak puas hati dengan teguran Airil tadi.

          "Dah siap?" Soal Airil cuba membuat Ain bersuara tetapi wanita itu cuma mengangguk.




          Baru kena tegur sikit dah merajuk macam apa. Lepas ni mesti mengadu kat boyfriend dia pulak. Ugh...


          "Islam galakkan umatnya untuk saling tegur-menegur. Jadi tak salah kalau aku tegur kau sebab apa yang kau buat tu berdosa. Dah, jangan nak buat muka sangat. Ingat aku kesiankan kau ke?"

          Ain menggulingkan matanya mendengar kata-kata Airil. Menyampah betul.

          "Suka hati akulah nak buat apa pun. Dosa aku. Yang kau nak sibuk apahal?" Akhirnya Ain meluahkan apa yang ingin diluahnya.

          "Bila aku dah nampak, aku kena tegur. Kalau tak, aku sekali yang berdosa. Faham? Ehh, fikir aku kisah sangat ke pasal kau? Buang masa jelah."

          Ain menahan geram mendengar balasan Airil. Pedas betul ayat!






          Dia nampak aku rupanya. Patutlah tetiba je berceramah macam ustaz. Ergh, bencinya!



          "Woi, aku tengah cakap ni."

          "Ha?" Ain tersedar dari lamunan.

          "Mengelamun boyfriend la tu, sampai aku cakap tak dengar." Tuduh Airil membuatkan Ain mengerling ke arahnya.

          "Buka muka surat yang aku suruh kau buat hari tu. Kau ni memang tabiat eh suka jeling?"

          Ain hanya mengabaikan lelaki di sebelahnya itu lantas membuka buku Matematik. Nasib baik dah siap. Kalau tak? Hm, kena bebel lagilah dia.





~~~~





          Esoknya Ain tak dapat nak hadirkan diri ke sekolah. Sebab apa?





• Flashback semalam •





           Ain pulang dari rumah Airil lalu masuk ke dalam biliknya untuk berehat. Tiba-tiba Arif muncul di depannya.

          "Tadaaa!! Maggi Pedas Giler 10 kali dah siap! Jom makan! Jangan minum air eh? Jom jom." Arif menarik lengan Ain turun ke tingkat bawah dengan dua cup Maggi Pedas Giler di tangannya. Dah siap buat lagi. Semangat sangat nak buat challenge ni dengan adiknya.

          "Okey, satu.. dua.. mula!" Arif mula melahap maggi dia.

          Ain pandang dia macam- ಠ_ಠ

          "Kau ni... aku baru je balik weh."

          "Siapa lambat habis, kena bayar RM 20." Kata Arif dengan mulut penuhnya.

          "Eyyy, apa ni?! Mana aci, kau mula dulu!" Ain terus menyumbat mi ke dalam mulutnya.

          Bila lawan dengan Arif ni kena hati-hati. Kalau dia menang, memang dia akan pastikan dia mendapat hadiahnya.

          Dan semestinya, Arif yang habis dulu. Ain putus asa lantas berlari ke dapur untuk minum air. Pedas dia, ya Allah. Boleh cirit-birit seminggu ni.


          "Woi. Tak habis lagi, kau dah minum air?? Mana boleh!" Arif merampas air yang diminum Ain lantas dia meneguknya rakus. Memang tak tertahan pedasnya.

          "Weh, air aku! Kau ni, ambiklah air lain!"

          Ain merampas semula air tersebut. Habis tertumpah air tu pada wajah Arif.

          Dua budak ni... macam ada satu air saja dalam rumah tu.

          Sebagai penutup, mereka berdua menghabiskan masa dalam bilik air beberapa jam kemudian.





• End of flashback •





          "Ain! Mama nak jumpa ibu Airil kejap. Nak ikut tak?" Tanya Puan Liza dari luar bilik Ain.



          Pergi rumah Airil? Ergh, tak nak aku.



          "Takpelah, ma! Malaslah! Lagipun Ain sakit perut ni." Jerit Ain dari dalam bilik berharap mama dia dengar.

          "Ha, yelah! Jaga rumah."

          Puan Liza pun keluar meninggalkan Ain keseorangan di rumah. Arif dah keluar lepak bersama rakan-rakannya. Cuti semester sekarang. Biasalah tu. Dan satu perkara lagi, dia masih bujang walaupun sudah berumur 21 tahun. Abang sulung Ain, Asyraf, dah berbini satu dan ada seorang cahaya mata dah. Beza umur antara Arif dengan Asyraf hanyalah 5 tahun.





~~~~





          Puan Liza memandu keretanya ikut alamat yang dihantar oleh Ain tadi. Dia meletak keretanya di depan rumah Airil lalu melangkah keluar dari kereta dan menekan loceng rumah.

          Ting tong!



          Seketika kemudian, Puan Dina membuka pintu dan melihat Puan Liza di hadapan pagar rumahnya.


          Eh, siapa ni? Kenapa muka dia sama macam seseorang eh?

          Bisik hati Puan Dina bila melihat muka Puan Liza seiras dengan seseorang.

          "Assalamualaikum. Saya ibu kepada Ain, Nurhaliza. Panggil je Liza." Ujar Puan Liza dengan senyuman manis.

          "Ohh, Liza. Ada apa datang ni?" Tanya Puan Dina sambil membuka kunci pagar rumah.

          "Saja datang melawat. Kata Ain, anak puan mengajar dia Matematik. Siapa nama dia tu? Airil kan?? Ha, tu saya bawa sikit bekalan ni untuk puan sekeluarga." Puan Liza menghulurkan dua buah bekas berisi masakannya kepada Puan Dina. Pemurah betul hatinya. Suka bagi orang makanan.

          "Ehh, susah susah je. Terima kasihhh. Jom jom, masuk."

          Puan Dina memberi ruang kepada Puan Liza untuk masuk ke dalam rumah. Beliau pun mengunci pagar rumah semula dan masuk ke dalam juga. Mereka berdua berkenalan dan berbual-bual di ruang tamu.

          Airil yang berada di biliknya terdengar suara ibunya berbual dengan seseorang.





          Siapa pula yang ibu bawa masuk rumah ni? Takkan Ain? Dia sekolah pun tak tadi. Nak datang belajar pula.



          Airil keluar dari bilik dan turun ke bawah. Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik tembok tangga untuk melihat siapa tetamu tak diundang yang datang tu.






          "Ha, Airil. Buat apa intai-intai tu? Meh sini duduk."

          Terkaku Airil tatkala ibunya menegur.



          Haduih, ibu ni. Baru nak larikan diri.


          Airil menayangkan senyuman semanis yang boleh sebelum berjalan ke arah mereka berdua. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan ibunya.

          "Ha, Airil. Inilah mak Ain. Puan Liza." Puan Dina memperkenalkan Puan Liza kepada anak sulungnya.




          So? Apa kena mengena dengan Airil, ibu?

          Bisik hati Airil.


          "Apa khabar, mak cik?" Airil menunduk hormat pada Puan Liza.

          "Alhamdulillah, sihat. Airil ni anak ke berapa?"

          "Anak sulung, mak cik. Ada seorang adik perempuan."

          "Ohh... untung adik kamu tu. Ada abang yang rajin belajar." Puji Puan Liza membuatkan Airil tertawa kekok.

          "Takdelah, mak cik. Biasa-biasa je. Lagipun ibu yang nak sangat Airil dapat result cemerlang."



          Airil tersedar bahawa dia terlepas cakap. Aduhhh.

          "Hahahah, biasalah tu. Semua ibu mesti nak anak diorang berjaya kan? Ahahah."

          Puan Dina mengusap-usap bahu Airil. Tiba-tiba, Airil terasa belakang lehernya berbisa. Hm, bagus. Kena cubit dengan ibu.

          Pemuda itu cuma mengetap bibir menahan sakit dengan senyumannya masih terpamer.

          "Betullah tu. Saya pun harap sangat Ain dapat keputusan cemerlang dalam exam. Banyak main dia tu sampai tinggal pelajaran. Nasib baik ada Airil yang sudi ajar dia. Bersyukur mak cik. Nak harapkan abang dia tu? Hpmh, macam-macam alasan dia bagi bila suruh mengajar." Bebel Puan Liza panjang.

          "Itulah tu. Nak kena diajar cukup-cukup, baru faham bahasa."

          Puan Liza mengangguk tanda setuju. Tiba-tiba beliau teringat sesuatu.



          "Eh, Airil. Macam mana dengan ayam masak merah mak cik hari tu? Sedap tak?" Tanya Puan Liza inginkan kepastian. Beliau tak berapa nak percaya sangat dengan kata-kata Ain hari tu sebab jawapan gadis tersebut agak meragukan.

          Airil tercengang.






          Ah sudah... bila pula mak cik ni bagi aku ayam masak merah? Jumpa pun baru sekali.



          "Erm... ayam masak merah? Tak ada pun. Bila mak cik bagi?" Tanya Airil sopan bersama senyuman kekoknya.

          "Oh. Si Ain lupa nak bagilah tu. Hari tu mak cik suruh hantarkan pada kamu. Tak apalah."

          "Ohh, okay haha." Airil mengangguk kepalanya tanda faham. Tengkuknya diusap bagi menghilangkan rasa janggal.





          Aku dah agak dah ada yang tak kena dengan Si Ain hari tu. Heihhh, siap kau Ain.

          Bisik hati Puan Liza.





❤️❤️❤️

Hahahah habislah Ain.. 😂

Actually abang i sendiri pun malas nak ajar bila i minta tolong ajarkan maths. Haihh.. sedih betul hidup. Ada abang takde function HAHAH

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro