11 • f3: Polygons II

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





"Okey, hari ni aku nak ajar kau topik Poligon. Ni antara topik paling senang untuk tingkatan tiga. Kalau kau still tak dapat nak faham, memang bodoh kau asli punyalah." Kata-kata Airil membuatkan muka Ain cemberut. Terasa dia.

"Amboi kau. Cakap tu elok-elok sikitlah. Ish, kejam betul ayat." Balas Ain geram.

"Dah benda betul. Nak buat macam mana?"

"Fine fine, aku bodoh. Dah, cepatlah ajar." Ain dengan kasar membuka buku aktiviti Matematik.




Dah pandai, nak pandang rendah kat orang pula. Okay, fine. Kita tengok result SPM nanti.



Airil langsung tak rasa bersalah selepas dia berkata begitu. Dia menyelak buku ke muka surat topik Poligon II, tingkatan tiga dan mencapai sebatang pensel lalu mula mengajar.





Soalan 1







"So, soalan dia kata gambar ni menunjukkan sebuah pentagon kan?" Airil memandang Ain bagi memastikan gadis itu menumpukan perhatian.

"Tak macam pentagon pun." Balas Ain.

"Ada lima sisi tu kira pentagon la."

"Ohh, okey." Ain mengangguk faham.

"Firstly, kau tengok maklumat yang diberi. Semua sudut yang dinyatakan ni kau boleh guna untuk cari jawapan. So, soalan suruh cari x. Kau buatlah-"

"Aku dah jumpa dah x." Ain memotong ayat Airil.


"Hah?" Airil memandang gadis itu dengan pandangan keliru.

"Kau kata soalan suruh cari x. Ni ada x." Jari telunjuk Ain menunjuk pada huruf x dalam gambar soalan tersebut.

Airil yang faham maksud Ain terus mengerlingnya tajam.

"Tak lawak weh."

"Hahahahah!" Ain ketawa dengan lawaknya sendiri.






"Okey, sambung sambung." Tutur Ain setelah habis gelak.

"Mula-mula, pastikan kau dah hafal formula untuk bab Poligon ni. Senang je nak ingat. Dah hafal ke belum?" Pertanyaan Airil dibiarkan tergantung sepi oleh Ain. Dia tersengih.

Melihat saja sengihan gadis tersebut, Airil dapat mengagak jawapannya. Dia menggeleng sambil mengeluh perlahan.

"Satu garis lurus berapa darjah sudutnya?" Tanya Airil.

"180° kan?" Jawab Ain ragu-ragu.

"Betul. Kau tengoklah dalam gambar ni. Soalan kata TPU dan RSV adalah garis lurus. So kau tolak jelah. 180° - 85° berapa?"

Ain mengira menggunakan kalkulatornya. Airil pula membuat kiraan mental saja.

"95° kan?" Soal Airil.

Ain yang baru mendapat jawapan daripada kalkulatornya mengangguk. Kagum sekejap dia dengan kecekapan otak Airil mengira.

"Kau tulislah dalam gambar ni, 95°, dekat sudut tu. Lepas tu, cari yang ni pula. 180° - 70° sama dengan 110° kan?"

Kalkulator ditekan oleh Ain lagi. Dapat saja jawapan, dia mengangguk menyatakan jawapan Airil betul.




Weh, cekap gila dia kira. Aku nak tukar otak dengan dialah. ಥ_ಥ



"Tulis dekat sini pula, 110°, supaya kau tak lupa. Ha, senanglah kau nak kira sekarang. Kita nak kira berapa jumlah sudut dalam pentagon ni. Formula dia, (n - 2) x 180°."

"n tu apa?" Tanya Ain ingin tahu.

"Number of sides. Bilangan sisi pentagon ada 5 kan? Kau buatlah (5 - 2) dapat 3, lepas tu kali dengan 180°. Dapat berapa?"

Ain menekan-nekan kalkulator berjenama Canon dia.

"540° kan?" Soal Airil.

"Weh, macam mana kau boleh laju sangat kira pakai otak ha?? Aku jealous la dengan kau ni!" Ain dah mula melenting.

"Benda ni kena hafal. Jumlah sudut dalam pentagon ada 540°. Dalam heksagon ada 720°. Heptagon pula ada 900°. Kau kenal kan semua bentuk tu?"

"Kenal. Bodoh aku tak asli." Perli Ain. Masih sakit hati dengan ayat kejam lelaki itu tadi.

Airil cuma sambung mengajar, mengabaikan sindiran wanita itu.

"So kau tolak jelah semua. 540° - (110° + 105° + 115° + 95°) dapat berapa?"



"115°." Ain menjawab setelah mendapat jawapan daripada kalkulator.

"Ha tulislah. x = 115°. Dah siap." Pensel diletakkan di atas meja setelah selesai mengajar soalan satu.

"Oh? Macam tu je? Halahhh... kalau senang macam ni, aku dah bolehlah dapat A untuk setiap ujian Maths." Ain mengobrol.

"Itulah kau. Dalam kelas cikgu mengajar, kau sibuk makan kat belakang."

Terdiam Ain mendengar kata-kata Airil.


"Mana kau tahu? Hahahah! Entahlah weh. Aku rasa setiap kali waktu Maths, mesti aku rasa lapar. Aku makanlah dengan Farah." Jelas Ain, geli hati bila teringatkan situasi tersebut.

"Dah dah, aku nak ajar soalan ni pula." Pensel dicapai semula oleh Airil.





Soalan 2







"Soalan kata KLMNP adalah regular pentagon. Kalau dia cakap regular pentagon, maksudnya setiap sudut dalam pentagon ni sama. Faham?"

"Faham, awak."

"Tadi kita dah kira kan jumlah sudut dalam sebuah pentagon ada berapa?"

"540°!" Jawab Ain ceria. Entahlah mood dia ni macam buaian sikit. Kejap merajuk, kejap happy.

"Sekarang kita nak cari untuk satu sudut je dalam pentagon ni. So bahagilah dengan lima. Kenapa kena bahagi lima?" Airil cuba menguji minda Ain.

"Um.. sebabbb... ada lima sudut?"

"Betul. Ha, bahagilah. Berapa?? 108°?"




"Yep." Ain menjawab setelah mendapat jawapan daripada kalkulator.

"Yang 108° ni kau hafal ke... kau otak robot? Kira laju sangat." Tanya Ain, ingin mengetahui kebenaran.

"Aku hafallah." Airil menjawab dengan riak wajah kosong.

Memang riak wajah dia sentiasa kosong pun. Tiada langsung sebaris senyuman. Bosan punya manusia.

"Dah dapat 108° tu, kau tulislah dekat setiap sudut dalam pentagon ni, kalau kau otak kecil sangat tak boleh nak ingat."

Jelingan dihadiahkan kepada Airil yang sedang menulis itu. Serius rasa nak cepuk je kepala lelaki ni! Ayat tu suka sangat sakitkan hati orang.


"Baca soalan ni. Dia kata LKS dan MNQ adalah garis lurus. Maksudnya?" Sekali lagi Airil cuba menguji minda Ain.

"Maksudnyaaa... diorang garis yang luruslah. Bukan gay, bukan lesbian." Ain cuba melawak.

"Weh, sumpah tak lawak do!" Pensel dihempas di atas meja. Panas pula hati Airil bila Ain tidak serius semasa belajar.

"Hahahahahah!!" Terhibur Ain melihat reaksi pemuda itu.

"Yelah yelah. Maksudnya sudut dia 180° kan?"

"Iyelah!" Keras nada suara Airil membuatkan Ain kecut hati sedikit. Tapi suka betul dia bergurau dengan lelaki itu.

Airil cuba menenangkan dirinya.

"Kau kena tolaklah 180° dengan 108° untuk dapat sudut PNQ dengan SKP. Dapat berapa?"

Kalkulator ditekan sekali lagi oleh Ain.





"72°."

"Tulis dekat sudut tu, 72°. Sekarang sudut apa lagi yang tak ada?"

Ain berfikir sebentar sambil meneliti gambar soalan tersebut.




"KPN?" Ragu-ragu dia menjawab.

"Ha, macam mana nak cari sudut dia?"

Selamba Ain mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Airil mendengus melihat reaksi dia. Malas betul nak berfikir Si Ain ni.


"Dia punya sudut ni semestinya dah lebih 180° kan? Kalau kau tengok dalam gambar ni, dia dah macam separuh bulatan dah sudut dia. Betul?"

"Betul betul."

"Satu bulatan sudut dia berapa?"

"Err... 360°?"

"Ha, tolak jelah. 360° - 108° dapat berapa?"

Ain mencapai kalkulator dia dan mula menekan-nekan butangnya.





"252°~!"

"Jadi, kita dah dapat dah nilai untuk semua sudut kecuali x dengan y kan? Kau tengok gambar ni. Bentuk apa QRSKPN ni?"

Gambar soalan ditatap oleh Ain dengan teliti.






"Heksagon?"

"Kenapa heksagon?"

"Sebab dia ada enam sisi."

"Hm, betul. Kau kena cari dulu jumlah sudut dalam heksagon. Berapa aku cakap tadi?"

"Um... 700 something? Aku tak ingat."

"Kiralah. Pakai formula, (n - 2) x 180°."

"Kenapa n kena tolak dengan 2?" Tanya Ain, pelik dengan formula yang diberikan.

"Manalah aku tahu. Dah, jangan banyak tanya. Cepat kira."

Butang kalkulator ditekan-tekan oleh Ain.





(6 - 2) x 180°
= 720°





"Jawapan dia 720°, awak." Bahasa Ain ni bertukar-tukar ya. Sekejap 'kau', sekejap 'awak'.

"Tolaklah 720° dengan semua nilai ni."

Butang kalkulator ditekan lagi oleh Ain.





720 ° - (72° + 252° + 72° + 100°)
= 224°





"Jawapannya 224°!" Ain berkata sambil tersenyum gembira. Rasa bijak pula.

"Tulislah x + y = 224°. Dah habis."


"Waaaaa~!! Weh, ruginyaaaa! Senang je benda ni tapi aku tak boleh buatttt! Kalau aku fokus dalam kelas, mesti boleh dapat A banyak-banyak kan? Lepas tu nanti mama papa belikan aku MacBook~! Haih, tapi dah terlambat dah." Tiba-tiba saja riak wajah Ain bertukar daripada ceria menjadi sedih.



"Kau belajar ni sebab nak pandai ke semata-mata nak mak ayah kau beli barang baru?" Tanya Airil dengan dahi berkerut.

"Eh- ahahah. Takdelah. Kita ni dah susah payah belajar, kenalah dapat hadiah sikit."

"Merepek apa kau? Kita sebagai anak yang kena hadiahkan mak ayah kita keputusan elok. Bukannya meminta je kerjanya."




Hm, mula dah nasihat dia tu.


"Okey awak... jom kita sambung belajar. Soalan tiga pula." Ain mencapai pensel dan mula membaca soalan ketiga.



Nasihat sikit je nak mengelak. Keras kepala betul dia ni.

Desis hati Airil.





Soalan 3







"Okey Abang Airil kita yang comel~ ayuh kita belajar. Kali ni, biar saya pula yang mengajar awak, ya?" Tutur Ain sambil tersenyum.

Airil mengerutkan dahi memandang gadis di sebelahnya ini. Sumpah tak faham dengan perangai Ain ni. Kebudak-budakan sangat.

Ain pula sudah tergelak kecil melihat muka menyampah Airil.

"So mari kita baca soalan. PQR adalah segi tiga sama kaki dan PRU adalah garis lurus. Garis lurus maknanya dia nak bagitahu kita yang garis ni 180°, ya? Bukan pasal bengkok ke tak bengkok."

Airil cuma senyap mendengar lawak hambar Ain. Haih, memang menguji kesabaran betul Si Ain ni.

Mata lelaki itu fokus memandang Ain yang sedang membuat latihan tersebut.


"Dia kata segi tiga sama kaki. Jadi kalau sini sudutnya 20°, sini pun mestilah 20°. Kan cikgu?" Pandangan dialihkan oleh Ain terhadap Airil di sebelah.

"Yelah. Ehh dia ni. Tadi kata nak ajar aku. Sekarang tanya aku pula." Balas Airil.

"Saya budak baru belajar maa~"

Mata Ain kembali menatap latihan Matematik tadi. Pensel diketuk-ketuk di atas meja sambil otaknya cuba berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah soalan ini.




"Ha, jawablah. Tunggu apa lagi?" Tegur Airil bila lama pula Ain berfikir.

"Kejaplahhh... saya budak baru belajar. Sabarlah cikgu."




Setelah hampir tiga minit berlalu, Airil kembali bersuara.

"Kau nak aku tolong, cakap weh. Jangan buang masa."

"Tak mau! Aku nak try buat sendiri. Cikgu berehat dulu, ya? Dah, shh!" Jari telunjuk diletak oleh Ain di depan bibir sendiri, menyuruh Airil untuk senyap.








"Haaaa! Okey, dah tahu dah. Sini weh, duduk duduk." Tempat duduk di sebelah ditepuk-tepuk oleh Ain, mengarah Airil untuk duduk.

Airil yang baru sahaja memasuki bilik tersebut, kembali duduk bersebelahan dengan Ain. Sempat dia pergi ke biliknya sebentar untuk mengambil telefonnya sementara Ain berfikir tadi. Lama betul berfikirnya.


"Ha, berapa banyak masa lagi kau nak? Soalan mudah macam ni pun ambil masa yang lama ke?" Tanya Airil malas.

"Sorry laa... saya budak baru belajar maa~ perlukan banyak masa untuk jadi pandai."

Airil mengeluh perlahan mendengar ayat Ain yang sama.

"Okey weh, dengar dengar. Fokus cikgu nak cakap." Kata Ain sambil tangan mengetuk-ngetuk meja bagi menarik perhatian Airil.

Lelaki itu pun layankan saja perangai dia.

"Firstly, kita tengok triangle ni. Dalam satu triangle, sudutnya 180°. Jadi kalau nak cari x, kita buatlah 180° - 20° - 20° dapatlah 140°. Lepas tu, kita nak cari sudut PRS pula. Caranya adalah kita tolak jelah. 180° - 110° dapat 70°. Lepas tu, untuk bentuk yang ada 4 sisi ni, sudut dia ada berapa, awak?" Ain melirik mata pada Airil.

"360°." Jawab Airil terpaksa.

"Pandai~! Jadi kita tolak jelah. 360° - 70° - 85° - 75° dapat berapa?"

Airil mencapai kalkulator dan mula menekan ayat Matematik tersebut.





"130°." Jawab dia. Nada suaranya kedengaran dingin seperti selalu. Macam manalah Ain boleh bersabar dengan Airil ni?

Kejap. Persoalan sekarang ni, macam mana Airil yang boleh bersabar melayan perangai Ain yang agak kurang matang ini?


"Good boy. So y = 130°. Tapi dia nak jawapan untuk x + y. Jadi, tambah jelah. 140° + 130° dapat berapa?"

"270°." Jawab Airil tanpa menggunakan kalkulator.

"Wahhh~! Pandainya anak murid ni! Takyah pakai kalkulator pun ahahah. Alright, so that's the answer. x + y = 270°. Wohoo, dah siap! Omg weh, aku dah boleh buat sendirilah. Thank you tau."

"Hm." Airil cuma mengangguk mengiyakan pernyataan Ain.



"Hoho, rasa bijaklah pula."

"Kau jangan nak happy sangat. Ini baru chapter senang. Belum yang susah lagi."

"Ala... kau ni. Jangan patahkan semangat akuuu." Kata Ain, sayu tiba-tiba.

"Dah sudah. Jawab yang ni pula."

Ain hanya menurut arahan Airil dan cuba menjawab soalan seterusnya.





❤️❤️❤️

Soalan tu i curi kat internet HAHAHA siapa nak jawab ha silakan 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro