21 • Something fishy

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





Beberapa hari berlalu, Peperiksaan Percubaan SPM telah pun berakhir. Ain melepaskan nafas lega sambil menapak keluar dari kelas selepas ujian terakhir pada hari itu selesai. Dia berjalan beriringan dengan Farah untuk pulang ke rumah dan bertembung dengan Izz apabila melalui di hadapan kelas lelaki itu.

"Hai Izz~ finally, dah habis exam. Boleh kita keluar nanti k?" Kata Ain ceria.

Izz membalas senyumannya.

"Yep, betul tu. Tapi hari ni tak boleh tau. Sebab I nak rehatlah.. penat otak ni lepas dua minggu exam. Heheh." Izz tersenyum nipis sambil menggaru belakang telinganya yang tak gatal. Dah memang terbiasa macam tu bila berasa agak janggal.

"Aww... boleh je hahaha. I faham. Actually I pun nak rehat jugak. Lain kalilah ya kita keluar?"

Izz mengangguk seraya bibir masih menguntumkan senyuman nipis. Mereka bertiga berjalan menuju ke pagar utama sekolah.





~~~~





Airil menutup pintu rumahnya rapat seraya sebelah tangan lagi menggalas beg pada sebelah bahunya. Kakinya melangkah menuju ke meja makan, ingin melihat hidangan makanan tengah hari pada hari tersebut. Tudung saji diangkat.

"Ain dah tak belajar dengan Airil dah ke?" Tanya Puan Dina yang baru saja keluar dari dapur.

Airil menoleh memandang ibunya.

"Tak. Baguslah exam dah habis. Lega Airil, tak payah mengajar dia lagi."

"Ish, macam tu pulak dia. Kalau dia nak belajar dengan Airil lagi, bagi jelah. Ibu okey je dia datang sini hari-hari." Puan Dina berdiri bersebelahan anak sulungnya itu.

"Tak naklah, bu. Kecohlah mengajar dia. Dahlah manja. Marah sikit, dah merajuk."

"Eleh, lain kali tak payahlah garang sangat. Ajar elok-elok. Mana tak merajuknya kalau Airil dok marah dia banyak kali?"

"Biarlah. Kalau tak marah, nanti dia main-main." Balas Airil, geram mengingatkan perangai Ain yang tak serius semasa belajar hari tu.

"Yelahhh. Tapi kalau boleh, ajaklah dia belajar lagi. Tak adalah sunyi rumah ni. Suka ibu tengok dia main dengan adik." Kata ibu Airil tersenyum.

Najwa Alyssa, adik perempuan Airil yang berumur lima tahun. Ain sentiasa meluangkan masa bersamanya bila Airil memberi masa untuk berehat seketika setelah belajar.

"Hm, tengoklah macam mana." Airil berlalu dan mendaki tangga ingin ke biliknya.





~~~~





Malam menjelma...

Ain duduk di meja belajarnya, ingin menyiapkan kerja sekolah yang berlambak diberikan oleh cikgu-cikgu. Bukan cikgunya di sekolah saja, malah cikgu peribadinya pun memberi kerja bertimbun-timbun. Kalau tak siap, memang tak ada waktu rehatlah semasa belajar dengan dia nanti.

Tiba-tiba, Ain teringat akan Airil semasa membuat kerja Matematik.





Kelas kitorang habis sampai sini je ke? Hurm... bosanlah kalau macam ni. Aku dah terbiasa dah pergi rumah dia setiap kali lepas sekolah. Hm... nak WhatsApp ke tak ni?

Lama fikiran Ain berbicara sambil gadis itu menongkat pipinya, memandang dinding kosong yang ditampal dengan beberapa sticky notes. Tergerak hatinya ingin menghantar mesej kepada Airil. Telefon yang sedang dicaj di bawah meja dicapai.














Airil baru saja selesai menyiapkan kerja rumahnya. Dia bangun dari kerusi, ingin keluar dari bilik untuk merehatkan mindanya dengan menonton TV. Tombol pintu ditarik ke bawah lalu daun pintu dibuka.





Ting!

Bunyi mesej diterima oleh telefon Airil menyebabkan niat lelaki itu ingin melangkah keluar terbantut. Dia berjalan ke meja laci bersebelahan katilnya di mana telefonnya terletak. Notifikasi mesej dibaca setelah telefon dihidupkan.





Ain: Airil, boleh tak kalau aku nak belajar dengan kau lagi? :3





Airil mengeluh sebaik saja dia membaca mesej yang dihantar oleh Ain.



Kecoh betullah ikan ni. Aku baru je nak hidup aman.

Bisik hatinya dengan kening bertaut.





Aku dah ajar semua topik yang kau tak faham kan?

Buat apa nak belajar dengan aku lagi?

Ain: ala, bolehlahhh. Pleaseee!

Ain: aku nak mintak tolong kau ajar subjek lain jugak

Ain: please pleaseee! 🥺🥺🥺

Malas ah

Kau tak faham, tanya jelah cikgu

Ain: ala takmooo

Ain: takuuuttt..!! 😣😣

Ain: tanya Cikgu Airil bolehlah :3

Ain: ok?

No

Malas aku nak layan kau lagi

Ain: ala bolehlahhhh

Ain: I'm sorry k kalau aku annoying sangat hurm... 🥺🙏

seen

Ain: bolehlah Airiiilll... 😔😔😔

seen

Ain: AIRIL NAJMIIII!!!

Ain: pleaseeeeE.!!

seen

Ain: cikgu shayang saya yang hensem ni~

Ain: izinkan saya untuk terus belajar dengan awak lagi 🥺💕💞💗

seen

Ain: REPLYLAH AIRIL

Kau mesej macam ni, kalau budak Faiz tu baca kang aku yang kena

Ain: hehehe ala takpe

Ain: dia kenal aku ni macam mana :3

Ain: and btw... Faizz. Not Faiz, okay?

Kisah pulak aku

Ain: tampor kau kang 😊🤚

seen

Ain: bolehlahhh...

Ain pls pls plssss.!!





Airil berfikir sebentar.


Apa salahnya kan? Mengajar dapat pahala jugak. Itu pun kalau kau ikhlaslah. Well, sebelum ni memang aku malas pun nak ajar dia sebab... why? Why me? Ramai lagi budak pandai dalam kelas tu tapi cikgu pilih aku. Haih, takpelah. Mesti ada hikmah di sebalik semua ni kan? Hm yelah.

Airil cuba berfikir positif.

Jarinya menaip sesuatu. Sebelum menekan butang 'send', dia berfikir untuk kali kedua.





Betul ke ni?








Airil membisu sambil otaknya ligat berfikir sama ada keputusannya ini keputusan yang betul atau tidak.


"Hm, tak payahlah. Biar jelah dia belajar sen-"





Fine





Jari Airil tanpa sengaja menyentuh skrin pada butang 'send' lalu mesej tersebut dihantar pada Ain. Dia pun mengeluh panjang.

"Bodohlahhh.." bisiknya sendiri.





Fine

Ain: 😱😱😱😱

Ain: OMG YES

Kau nak aku ajar sampai bila ni?

Ain: sampai akhir hayat kita aCEWAHAHAHAHAH

seen

Ain: yelah, sampai SPM la hak alahhh

Ain: tapi bila aku nak keluar, kau kena benarkan eh

Whatever

Aku tak kisah pun pasal kau

Ain: habis tu apasal kecoh sangat nak ceramah pasal agama kat aku? (¬_¬)

Suka hati akulah

Ain: elehhh... dah la aku nak siapkan hw yang kau bagi bertimbun ni

Ain: bye

seen





Airil melepaskan keluhan berat.



Ugh, nak kena hadap dengan dia dua bulan lagi? Haih, nasib kaulah Airil.





~~~~





Sesi persekolahan berlangsung seperti biasa. Ain ingin berjalan pulang ke rumah tetapi cuaca hari ini tidak mengizinkan.

"Hujanlah pula. Hm, redah jelah." Tutur Ain sendiri.

Nasib baik hujan dah reda sikit. Tak adalah basah sangat baju sekolah nanti.

Sedang berjalan, sebuah kereta BMW merah berhenti di sebelah Ain. Tingkap kereta diturunkan di tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

"Apasal kau jalan kaki ni?" Tanya Airil selaku pemandu kereta tersebut.





Oh, lupa pula ni kereta dia.

Gumam hati Ain.

"Ayah aku tak dapat nak ambil aku. Dia meeting sekarang kat tempat kerja. Abang aku pulak kaki terseliuh. Ha, bagus sangatlah tu." Sempat Ain gelak jahat mengingatkan abangnya yang terseliuh semasa bergaduh dengannya semalam. Bila dah nama adik-beradik, tua ke muda mesti punya akan bergaduh.

"Oh.. lol k." Airil mengangguk faham.

"Erm... tumpang boleh?" Pinta Ain lembut sambil membuat muka comel tetapi lelaki di dalam kereta itu cuma menayangkan riak wajah kosong.

"Memang taklah." Airil mula memandu kereta meninggalkan Ain di belakang.

Tercengang gadis itu seketika. Sampai hati betul Airil ni.

"Kuajar kau Airil!! Aku benci kau! Benci sangat-sangat!"

Pokok di sebelah disepak-sepak oleh Ain bagi melepaskan geram. Airil memandang wanita itu melalui cermin pandang belakang. Tergelak kecil dia melihat gelagat gadis tersebut.

"Comel je dia ni."





Beberapa saat berlalu, Airil terdiam bila sedar apa yang dikatakan olehnya tadi lantas menggeleng-geleng kepalanya.


Apa kau cakap ni, Ril? Ya Allah, dia dah berpunya weh. Ingat tu.





~~~~





"Tak sabar nak keluar dengan Izz nanti~ hurm..." Ain tersenyum sendiri sambil kedua-dua tangannya menongkat pipi, memandang dinding putih di depannya itu.

Dia sekarang sedang membuat kerja sekolah bersama Airil di dalam bilik belajar. Ain berhenti sebentar, ingin berehat seketika. Dia ni sikit-sikit nak berehat. Buat 10 minit, dah nak berehat. 10 minit, berehat lagi. Haih... memang tak siaplah kerja tu.

"Entah-entah dia keluar dengan perempuan lain. Curang belakang kau." Kata Airil sambil matanya fokus pada buku latihannya.

"Kau cakap ni macam kau nampak pula Izz curang belakang aku. Kau bagitahu aku sekarang. Betul ke Izz keluar dengan perempuan lain?"

"Takde ah. Aku main cakap je." Balas Airil, mata masih menatap buku latihannya.

"Cepatlah, aku nak tahu je. Betul ke dia curang dengan aku?" Ain menayangkan muka meminta simpati, berharap kawannya itu menyatakan perkara sebenar.

Airil langsung tak mahu memandang Ain. Dia takut kantoi yang dia menipu. Yelah, dia ni bukannya reti menipu sangat.

"Manalah aku tahuuu." Balasnya menyebabkan Ain berdecit tak puas hati.

"K fine. Kalau kau tak nak bagitau, takpe. Aku nak mintak pendapat kau je. Kau rasa gambar ni betul ke edit?" Ain menunjukkan satu gambar daripada telefonnya kepada Airil. Airil pun menatap skrin telefon tersebut.

Gambar tu sama dengan apa yang dilihat olehnya hari itu. Gambar Izz bersama seorang wanita di sebuah kafe berdekatan dengan taman yang dia bersenam hari tu. Kebetulan wanita tersebut memakai kaca mata hitam, mungkin untuk menutup separuh wajahnya daripada diketahui orang.

"Aku rasa ni edit sebab takkanlah perempuan tu nak date pakai spek hitam pulak? Selesa ke do?" Teka Ain sendiri.

"Tapiii... nampak macam gambar betul jugak. Eish, tak tahulah." Kepala digaru kasar oleh Ain.

"Edit je tu. Ada la tu manusia dengki dengan kau sampai nak fitnah macam-macam." Ujar Airil mendatar.

"Kannn? Betul tu betul." Ain menyokong pernyataan Airil. Dia pun malas nak fikir panjang lalu meletak telefonnya di sebelah.





Biarlah dia dapat tahu sendiri. Kau takyah nak masuk campur urusan orang, Airil.

Gumam hati Airil sendiri.





❤️❤️❤️

Nak spoiler ke? Hahahahhah tak pandailah bagi spoiler macam ni. Kk drama nak start dah bai

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro