23 • Life changed

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





Sebaik saja Ain masuk ke dalam biliknya, dia mengunci pintu bilik lalu menangis sepuasnya di atas katil. Sungguh tak sangka dia bahawa Izz sanggup curang terhadapnya.


Apa yang tak cukupnya pada diri aku? Apa aku buat, Izz? Kenapa kau tak nak jelaskan pada aku?? Tolong jangan buat aku tertanya-tanya!

Macam-macam persoalan bermain dalam minda Ain. Cecair panas keluar dari mata dan mengalir deras membasahi pipinya. Esakan tangis cuba ditahan daripada didengari oleh sesiapa.

"Kenapa wehhh? Kenapa kau tipu aku, Izz? Tsk tsk. Kau kejamlah, Faizz. Kau pentingkan diri sendiriii.. hik. Apa salah aku sebenarnyaaa?" Ain meratap sendiri bersama esak tangisnya. Dia memeluk erat bantal kesayangannya sambil tubuhnya meniarap. Wajah disembam pada bantal tersebut.

Hubungan antara dia dengan lelaki tersayang dia putus macam tu saja. Dia kehilangan kekasih dan kawan baiknya sendiri oleh sebab perasaan hasad dengki dan salah faham. Begitu bahayanya perasaan dengki dan benci-membenci ini. Sekelip mata saja hidup kita boleh berubah disebabkan perasaan negatif ini.





~~~~





Keesokannya, Ain gagahkan diri untuk ke sekolah. Dia tak boleh biarkan Izz dan Farah menang macam tu saja. Tak mahu dia tunjukkan bahawa dirinya lemah. Jadi, dia gagahkan diri juga bangun awal pagi walaupun malam semalam dia menangis sehingga lewat malam.

Ain tenung dirinya pada pantulan cermin. Matanya sembap.

"Haihhh... teruklah kau ni. Buat apa menangis sebab dia? Hish, bodohlah. Habis sembap teruk mata kau." Ain terbeliakkan matanya yang sembap itu tetapi masih kelihatan sepet sedikit.

"Haish, lantaklah. Bukannya ada orang kisah pun."





~~~~





Tiba di sekolah, Ain buntu. Tak tahu nak buat apa. Selalunya sampai saja di sekolah, dia akan pergi ke kantin di mana Farah dan Izz menunggu kehadirannya untuk berbual bersama. Sekarang, tiada lagi rutin itu. Dia keseorangan.

Lalu Ain putuskan untuk duduk di sebuah wakaf sendirian sementara menunggu loceng sekolah untuk berbunyi. Dia mengeluarkan sebuah novel fantasy untuk dibaca.

Beberapa minit berlalu, loceng sekolah pun berbunyi. Ain bangun lalu menggalas begnya dan berjalan ke barisan kelasnya. Dia beratur di tempat yang biasa dia beratur. Tak naklah orang pandang dia pelik, tiba-tiba nak tukar tempat pula.

Kelihatan Izz dan Farah sedang berjalan beriringan masuk ke barisan kelas masing-masing. Mereka kelihatan mesra seperti selalu cuma kali ini, tiada Ain Qaisara. Beberapa pelajar yang mengenali mereka pun sudah memandang pelik. Ain pula hanya buat tak endah dan meneruskan bacaannya.

Bila tiba giliran untuk barisan kelasnya masuk ke kelas, dia menutup buku dan berjalan seperti biasa masuk ke dalam kelas.

Masuk saja kelas, dia duduk di tempatnya sendiri. Kelihatan Farah sudah menapak masuk ke dalam kelas bersama rakan-rakannya. Farah memang seorang yang mesra. Begitu juga Ain. Cuma waktu ini, Ain perlukan masa untuk bersendiri. Gadis itu memandang melalui ekor matanya dan mendapati Farah sudah melabuhkan punggung di tempat duduk bersama sekumpulan rakan sekelasnya.


Hm, baguslah kau duduk situ. Takde sakit mata aku nak pandang kau lagi.




Beberapa rakan sekelas perasan bahawa Ain dan Farah tidak bersemuka mahupun berbual-bual. Macam baru lepas perang dingin pun ada. Airil turut perasan akan perkara itu.


Diorang bergaduh sebab apa ni?

Fikirnya.

Malas dia nak sibuk dengan hal orang, Airil pun duduk bersama rakannya yang lain lalu mengeluarkan buku untuk mata pelajaran bagi waktu pertama.





~~~~





Waktu rehat tiba. Ain mengeluarkan buku novel fantasy tadi dari laci meja dan membawanya keluar kelas. Tak ada selera pula nak makan. Lagipun, dia tak mahu bersemuka dengan Izz. Jadi, dia bercadang untuk duduk di perpustakaan saja.

Tiba di perpustakaan sekolah, dia membuka kasut sekolahnya lalu menapak masuk ke dalam. Kelihatan Airil sedang duduk mengulang kaji di tempat yang biasa didudukinya. Ain pun melangkah mendekati pemuda tersebut lalu menghenyak punggung di atas kerusi berhadapan dengan Airil.

Airil mendongak memandang siapa gerangan di hadapannya.



Ain?

Pelik dia melihat Ain yang sedang membaca novel di hadapannya ini. Angin gadis itu pun macam tak okey saja hari ni. Airil pun menegurnya.

"Woi."

Kepala didongak sekilas oleh Ain tanda 'apa'. Mata masih fokus pada novelnya.

"Kau okey tak ni? Apasal tak pergi makan?"

"Takde selera." Balas Ain ringkas.

Suasana sepi seketika.

"Kau gaduh dengan Farah eh?" Soal Airil lagi.

"Tch, mana adaaa.."

"Yelah tu. Habis apasal korang senyap je? Selalu koranglah yang paling kuat memekak."

"Tak tahulah. Dah, jangan kacau aku." Ain sambung membaca novel. Wajahnya dingin saja.

Airil masih ingin tahu apa yang tak kena dengan gadis di depannya ini tapi tak payahlah nak sibuk dengan urusan orang.





~~~~





Beberapa jam berlalu, waktu sekolah telah pun tamat. Ain berjalan laju keluar kelas dan menuruni tangga. Takut bertembung dengan Izz nanti semasa berjalan di koridor sekolah. Sakit di hatinya masih belum hilang mengingatkan Izz yang mempertahankan Farah semalam.

Balik saja rumah, Ain menghempaskan tubuh di atas katil. Entahlah nak rasa apa sekarang ni. Yang dia tahu, hidupnya sudah berubah. Mungkin ke arah yang lebih baik. Ain cuba berfikir positif.

Telefonnya yang berada di bawah bantal dicapai lalu Ain menghidupkannya. Matanya melihat tarikh pada lock screen telefon lantas keluhan dilepaskan.



Lagi tiga hari birthday aku. Malangnya hidup aku tahun ni.





Tanpa sedar, air matanya menitis lagi mengingatkan Izz. Fikirannya mula mengimbas kembali kenangan dia bersama lelaki itu. Kalau dulu-dulu, dia menyambut hari lahir dengan senyuman lebar terukir di bibirnya. Tapi siapa tahu kali ini bagaimana dia akan menyambut hari lahirnya? Mungkinkah air mata saja yang akan menemaninya nanti?

Satu persatu kenangannya bersama Izz dan Farah diimbas kembali dalam fikiran Ain. Masih segar lagi memori di mana mereka bertiga mula berkenalan.





• Flashback •





Ain dan Izz kenal sejak sekolah rendah lagi. Mereka dapat masuk ke sekolah menengah yang sama juga. Izz mendapat kelas pertama iaitu kelas 1 Setia manakala Ain mendapat kelas 1 Usaha yang merupakan kelas kedua.

Gadis itu mula berkenalan dengan Farah memandangkan mereka duduk bersebelahan satu sama lain.

Waktu rehat tiba, Ain dan Farah rehat bersama-sama dan tiba-tiba Izz datang berjumpa dengan Ain.

"Hai, Sara. Nak rehat dengan kau boleh? Aku takde kawanlah.." kata Izz dengan nada dibuat-buat sedih.

"Takde kawan? Alalalaa... shian dia hahaha. Boleh je, duduklah."

Izz duduk dengan gembiranya di hadapan Ain dan Farah bersama bihun goreng yang baru dibeli tadi di tangannya.

"Ha Farah. Ni kawan aku sejak sekolah rendah. Faizz Daniel. Izz, ni Farah Dahlia. My new friend hee.." Ain bersuara bagi membuka bicara.

"Hai, saya Farah. Heheh." Ucap Farah malu-malu. Dia tak biasa berkawan dengan lelaki.

"Saya Faizz. Boleh panggil Izz je." Izz tersenyum manis pada Farah.

Sejak hari itu, mereka mula rapat dan banyak meluangkan masa bersama. Izz ada juga lepak dengan rakannya yang lain tetapi dia lebih gemar meluangkan masa dengan Ain dan Farah.





• End of flashback •





Kalau aku tahu akan jadi macam ni, aku takkan kenalkan dia pada Izz. Haish...








"Ainnn!! Buat apa terperap dalam bilik lama-lama tu?? Meh tolong mama bersihkan depan rumah ni!"

Tersentak Ain bila mamanya teriak dari luar bilik.

Haih, mama ni. Tak sah kalau tak jerit. Nasib baiklah aku takde sakit jantung.




Ain bangun dan melangkah keluar bilik menuju ke depan rumahnya. Kelihatan Puan Liza sedang menyiram pokok-pokok bunga yang mekar menghiasi halaman rumahnya.

"Ha sini tolong- ya Allah... tak mandi lagi budak ni?" Terkejut Puan Liza melihat anak daranya yang seorang tu masih lagi belum mandi walaupun sudah hampir sejam balik dari sekolah.

Ain tersengih sambil menggaru belakang kepalanya.

"Pergi tukar baju dulu! Ish dia nih.. kotor kang baju sekolah. Tu mata sembap tu kenapa?"

"Heheheh. Takde apalah, ma. Ain tonyoh-tonyoh sebab masuk habuk. Ain tukar baju dulu." Ain pun melangkah masuk ke dalam rumah semula lalu ke biliknya untuk menyalin baju.

Terpaksa berbohong mama dia sekali lagi. Malulah kalau beritahu mengenai hubungannya dengan bekas teman lelaki dia. Nanti mesti kena marah.





~~~~





Keesokan harinya, Ain ke sekolah seperti biasa lagi. Dia cuba membiasakan diri untuk menjalani hidup barunya tanpa kekasih dan rakan baiknya.

Waktu balik tiba lalu Ain berjalan menuruni tangga dan bergegas ke pagar utama sekolah.

"Sara! Sara!!" Kedengaran suara Izz memanggilnya.

Ain buat tak endah lantas melajukan langkahnya keluar dari sekolah.

"Sara, dengarlah dulu I nak explain!" Pergelangan tangan Ain dipaut oleh Izz. Ain terus menepis.

"Kau nak apa lagi? Bukan kau kata takde benda nak dijelaskan ke?" Ujar Ain keras.

"Sara, I'm sorry okay? I tak sukalah you larikan diri dari I. Biarlah I explain dulu." Rayu Izz.

"Okay, go on. Habiskan apa yang kau nak cakap. Lepas ni, aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau."

"Sara, jangan macam tu-"

"Explain sekarang. Aku takde masa la nak layan kau!" Ain tanpa sengaja meninggikan suara, menarik perhatian pelajar-pelajar di sekelilingnya. Emosinya masih tak terkawal lagi.

"Okay, first of all... I am so sorry for leaving you. I bukan sengaja tau tinggalkan you. I merajuk dengan youlah. I geram tengok you luangkan masa lagi banyak dengan Airil berbanding I. Mana adil! You boleh spend time dengan dia tapi kenapa dengan I tak boleh? I ajak keluar sekali-sekala pun you tak nak. I rasa kurang perhatian dengan you tau. So... s-sebab tulah I.. I keluar dengan Farah..." jelas Izz panjang lebar.

Ain hanya mendiamkan diri mendengar penjelasan lelaki itu. Tawa sinis dilepaskan.

"Faizz. Aku dengan Airil tu belajar weh. Be.la.jar! Takkan tak faham kot girlfriend kau ni nak fokus SPM? Masa tu exam trial dah dekat weh. Memang patutlah aku luang lebih masa dengan dia untuk belajar. Heh, kau ni boleh tahan childish jugak eh? Fine, sorrylah. Salah aku jugak sebab abaikan kau tapi kau..." Ain berjeda seketika. Nafas diambil setelah panjang lebar dia meluahkan apa yang dipendam.

"Kau sanggup keluar dengan perempuan lain. Dengan kawan baik aku pulak tu? Hahahah. Weh, kita dah kenal bertahun weh. Sejak sekolah rendah. Sampai hati kau tamatkan hubungan kita macam ni je? Sebab apa? Sebab tak puas hati? That's all?? Hahah, kau kelakar la Izz. Sumpah kelakar." Ain ketawa mengejek.

Izz pula cuma mendiamkan diri. Terasa dia semasa mendengar kata-kata wanita itu lagi-lagi bila digelar 'kebudak-budakan'.

"Tapi apa-apa pun... kau tahulah kan? Sekali kepercayaan aku hilang pada seseorang, memang susah aku nak percaya orang tu balik. Sorrylah. Ni gelang ni. Kau ambiklah balik! Aku tak inginlah simpan barang kau."

Ain mencabut gelang dari pergelangan tangannya secara paksa menyebabkan gelang itu putus. Dicampaknya gelang tersebut ke lantai. Pergelangan tangan kanannya terluka akibat tarikan daripada gelang tersebut yang kuat.

Usai meluahkan segalanya, Ain berpusing lalu berjalan masuk ke dalam kereta Encik Naem yang dari tadi menunggu anaknya untuk pulang.

"Sara..." Izz memandang Ain yang sudah pun berada di dalam kereta. Wajahnya diraup perlahan.

Kereta Toyota jingga yang telah bergerak menjauhi kawasan itu dipandang Izz. Dengusan dilepaskan perlahan. Gelang yang dicampak oleh Ain tadi diambil.





I'm so sorry, Sara. I admit that I'm childish but it hurts me when you're the one who said it.





~~~~





Ting tong!

Sedang Airil menonton TV di ruang tamu, bunyi loceng rumah kedengaran. Dia pun bangun dan membuka pintu. Kelihatan Ain sedang berdiri di luar rumahnya sambil menggalas beg galas pada sebelah bahu.





Eik?? Dah kenapa tiba-tiba datang dia ni?


Selipar dipakai lalu Airil berjalan mendekati pagar rumah luar.

"Datang pulak kau? Apasal tak bagitau kau nak datang hari ni?" Soalnya.

"Salah ke aku datang nak belajar?" Ain menyoal semula. Wajahnya dingin.

"Salah tu tidak. Mak aku keluar sekarang ni. Dia pergi kedai bunga. Aku takleh bagi kau masuk. Nanti apa pulak orang kata kalau tengok kita duduk berdua dalam rumah."

"Habis tu kau nak biar aku panas-panas kat luar ni?" Tanya Ain mendatar.

Airil memandang gadis tersebut dengan pandangan kosong.



Dia ni dah kenapa nak marah-marah?

Desis hatinya.

"Kita duduk kat meja luar dululah. Dah, masuk." Airil membuka kunci mangga pagar lalu pagar dibuka luas, membenarkan Ain untuk masuk.

Setelah gadis itu masuk, pagar dikunci semula lalu mereka duduk di anjung rumah yang terdapat sebuah meja bulat dan dua buah kerusi. Airil masuk ke dalam rumah dan mematikan TV yang tadinya menyala. Dia mencapai Iphone X dia di atas sofa lalu melangkah keluar dan duduk di hadapan Ain. Mata jejaka tersebut menatap telefonnya.

Beg galas dibuka oleh Ain lalu buku Kimia dikeluarkan. Dia pun menyiapkan kerja sekolahnya dengan senyap. Riak wajahnya kosong saja.

Setelah beberapa ketika, Airil berhenti main telefon dan memerhati Ain.

"Kau kenapa ni? Dari hari tu lagi angin tak okey. Apasal?" Tanya dia ingin tahu.

"Nothing." Balas Ain ringkas. Matanya masih fokus pada buku latihannya.

"Nothing.. nothing.. tu tangan tu dah kenapa?" Tanya Airil lagi bila ternampak pergelangan tangan kanan Ain yang terluka akibat rentapan gelang tadi.

Ain memandang pergelangan tangannya sekilas lalu menggeleng.

"Takde pe.."

Dengar saja balasan pendek Ain, Airil mengeluh perlahan dan bangun lantas menapak masuk ke dalam rumah. Ain cuma memandangnya melalui ekor mata.



Nak buat apalah tu..

Desis hatinya.







"Meh sini, aku balut. Kau nih... luka macam ni jangan biar terdedah. Nanti jadi jangkitan kang, dah mula gatal-gatal. Lepas tu lagi teruk pulak."

Airil tiba semula bersama sebuah kotak first aid kit. Fuh, orang kaya semua benda ada. Kotak first aid kit pun ada. Entah-entah pemadam api pun ada.

Ain menggulingkan matanya mendengar Airil berleter.

"Tak payahlah..." tangan kanannya ditarik semula, tak mahu bagi Airil balutkan.

"Tch, sinilahhh. Orang nak tolong ni. Alahai, mengada betul."

Ain berdecit.

"Yelah yelah! Ish dia nih."

Airil mula menuang antiseptik pada kapas lalu menyapunya pada luka tersebut. Ain menahan rasa pedih yang menyerang. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit. Airil pula memandangnya melalui ekor mata.


Tahu pun sakit. Padan muka.

Bisik hatinya.

Sepanjang Airil membalut tangan Ain, suasana sepi saja. Seorang pun tidak bersuara. Airil dah mula berasa janggal. Fikiran Ain pula melayang entah ke mana.







"Dah, kau jangan buka pulak. Tunggu beberapa hari nanti sembuhlah." Kata Airil lalu menyimpan peralatan ubat semula.

Ain tidak membalas apa-apa. Dia termenung memandang akuarium ikan di hadapannya. Cantik akuarium itu. Ada banyak ikan dan batu pebble berwarna-warni.

"Woi, kau dengar tak ni?" Airil memetik jari di depan Ain.

"Ha?" Gadis itu pun tersedar dari lamunan.

"Berangan boyfriend la tu sampai mengelamun jauh." Tuduh Airil.

"Ish, diamlah kau. Kau tak tahu apa-apa, main tuduh je." Pandangan dingin dihadiahkan kepada Airil.

"Ha ceritalah. Mana tahu aku boleh tolong ke?"

"Engkau tolong? Hahah. Sakitkan hati aku adalah." Perli Ain.

"Tak nak cerita sudah. Duduklah kau kat luar ni seorang-seorang." Airil bangun dan ingin masuk ke dalam rumah.

"Ish, takkan nak tinggal aku kat sini? Temanlahhh."

"Tak nakkk." Selipar ditanggalkan oleh Airil lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Pantas Ain bangun dan mengejarnya.

"Airiiilll..! Temanlah akuuu." Lengan Airil ditarik oleh Ain.

"Eh engkau ni dah kenapa sentuh-sentuh? Tak faham ke istilah 'haram'?" Airil menepis tangan Ain yang memegang lengannya tadi.

Dia sedang memakai t-shirt berlengan pendek, jadi memang tak berlapiklah semasa mereka bersentuhan tadi.

"Temanlah akuuu..." ujar Ain sayu. Sentap pula bila Airil menegur mengenai agama.

Airil melepaskan keluhan.

"Panaslah duduk luar." Katanya malas.

"Habis tu kau nak biar aku panas seorang-seorang? Eee... tak gentleman langsung."

Airil berasa agak tercabar mendengar kata-kata Ain. Tak gentleman eh?

"Fine. Heih... bilalah ibu nak balik ni?" Omelnya sendiri.

Mereka kembali duduk di anjung rumah.











"Kalau aku cerita ni... kau jangan bagitahu siapa-siapa pula." Ain bersuara setelah lama mereka berdiam diri.

"Apa dia?" Airil memandang gadis tersebut dengan wajah ingin tahu.

Ain pula membisu seketika sebelum bersuara lagi. Dia bermain dengan jari-jemarinya di bawah meja.




"Aku dengan Izz... break.." kata Ain perlahan.

"Ha?? Jap jap, apa dia? Cakap lagi sekali." Airil bagaikan tak percaya dengan apa yang disampaikan oleh gadis di hadapannya ini.

"Tch, iyeeee! Aku dah break dengan Izz! Ish, buat-buat tak percaya pula."

"Korang break???"

Ain mengangguk sambil bibirnya mencebik. Airil pula tersenyum menahan diri daripada ketawa.

"Gelak ah gelak! Sukalah tu kan? Halamakkk..." bibir Ain dimuncungkan. Tiba-tiba rasa sebak pula hatinya.

"Jujur dengan aku. Betul ke kau pernah nampak Izz keluar dengan perempuan lain? Cakap." Tegas suara Ain kedengaran.

"Fine. Ya, aku pernah nampak dia dengan perempuan lain. Masa tu aku joging kat taman. Then ternampak diorang kat satu kafe. Hari yang kau tunggu dia tapi dia tak sampai-sampai lagi tu." Jelas Airil jujur.

Ain tergamam. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedih.

"So maksudnya gambar tu betullah?" Tanya dia.

Lambat-lambat Airil mengangguk.

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal? Huhuuu..!" Iphone 7 plus dicampak ke lantai oleh Ain.

Terkejut Airil melihat tindakan gadis itu.

"Woi, kau dah kenapa?? Mahal kot phone tu! Iphone 7 tau!"

Airil bangun dan mencapai telefon Ain di atas lantai. Nasib baik tak retak sebab adanya screen protector.



Haih perempuan ni... dah emo tu emo jelah. Jangan sampai rosakkan barang.

"Aku tak nak masuk campur urusan kau dengan budak tu. So aku biar jelah kau dapat tahu sendiri. Baguslah kau dah tahu." Terang Airil.

Ain tidak membalas apa-apa sebaliknya menekup wajahnya. Dia mengalirkan air mata.

"Ah sudahhh. Menangis pulak dia ni. Takyah la nangis..." pujuk Airil.

Ain cuba untuk berhenti menangis tetapi matanya masih setia mengeluarkan air mata. Dia mula menangis teresak-esak. Tangannya menutup separuh wajahnya yang sudah kemerahan.

"Bila kau break dengan dia?" Tanya Airil.

"Kel..marin..." jawab Ain dengan suara serak basahnya.

Airil mengangguk saja mendengar jawapannya. Dia tak tahu nak pujuk Ain macam mana.

"Takyah sedih-sedih la weh. Mungkin dah ini yang Allah tentukan untuk kau. Dia nak elakkan kau daripada dekati maksiat. Bersyukurlah sikit."

Ain cuma mendiamkan diri mendengar nasihat Airil. Tak suka betul dia bila lelaki itu tegur tentang agama.

"Kau jangan tunjuk sangat yang kau sedih. Kalau budak tu nampak, mesti dia lagi suka."

"Aku bukan sedih sebab dia... aku sedih sebab fikir betapa bodohnya aku pergi percaya diorang."


Tak. Kau sedih sebab dia jugak. Kau sayang dia, Ain.



"Yelah tu." Airil membalas.


"Tu ha.. mak aku dah sampai. Jom masuk." Tutur Airil bila melihat kereta Mercedes GLC 300 ibunya lalu dia pun masuk ke dalam rumah dan mencapai sebuah remote yang dikhaskan untuk membuka pagar secara automatik.

Ain membawa peralatannya lalu masuk ke dalam rumah juga.

Setelah kereta Puan Dina masuk ke pekarangan rumah, Airil menekan butang 'tutup' pada remote untuk menutup pagar. Puan Dina melangkah keluar dari keretanya dengan beberapa pokok bunga yang dibelinya tadi di sebuah kedai bunga tidak jauh dari rumahnya itu. Airil pula melangkah masuk ke dalam rumah semula diikuti ibunya. Dia melabuhkan punggung di atas sofa dan menonton TV.

Pandangan Puan Dina jatuh pada Ain yang sedang duduk di ruang tamu bersama Airil.

"Eh, Ain? Aunty tak tahu pun Ain nak datang hari ni." Tegur Puan Dina sambil tersenyum manis.

"Airil pun tak tahu dia nak datang hari ni, bu. Tiba-tiba je muncul depan rumah." Ujar Airil sambil mata ditumpukan pada TV.

Ain tersengih lalu berjalan mendekati ibu Airil ingin bersalaman.

"Eh, kenapa nangis ni?? Airil buat apa ha sampai menangis anak orang ni?"

"Hm, dah agak dahh..."

Terkejut Puan Dina bila melihat mata Ain sembap akibat terlalu banyak menangis. Airil pula menggulingkan mata bila dituduh sembarangan.

"Tak, aunty. Erm... ada la sebabnya eheh." Ain mencapai tangan Puan Dina dan bersalam dengan beliau. Bibirnya menguntumkan senyuman nipis.

"Baru lepas break tu, ibu... tu yang broken teruk tu. Sampai sembap matanya." Kata Airil selamba.

Pipi Ain pula sudah membahang akibat malu. Exposed la couple masa zaman sekolah hahaha.

Puan Dina menggeleng perlahan.

"Takpe... biasalah tu, remaja. Insha-Allah, lama-lama nanti Ain okeylah ya? Jom, tolong aunty tanam bunga-bunga ni." Ajak Puan Dina.

Ain mengangguk lalu mengikuti langkah beliau ke sebuah taman di belakang rumah. Airil memandang gadis yang semakin menjauh itu melalui ekor mata.





Kesiannn. Kena tinggal dengan boyfriend hahah. Tulahhh... berlagak sangat status dia taken. Sekelip mata je dah single.





❤️❤️❤️

3000+ words 🤧💝 vote vote!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro