25 • Nasihat papa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





Ain pulang ke rumah lebih awal daripada hari-hari biasa kerana Airil tak dapat mengajarnya hari ini. Rasa pening macam nak muntah saja.

Punggung dilabuhkan di atas katil lalu Ain mengeluarkan telefon dari dalam kocek seluar. Tarikh pada lock screen ditatap.



Ha'ahlah, hari ni birthday aku. Lupa pulak.

Ain membuka aplikasi Instagram dan memilih satu gambar daripada galerinya lalu memuat naik di Instagram.




Caption: finally 17! Ehek 🤪


Beberapa minit berlalu, dia mendapat notifikasi orang like dan komen di post terbarunya itu. Semua orang mengucapkan "selamat hari jadi" kepadanya. Ia sedikit sebanyak membuatkan wanita itu tersenyum namun dia masih menanti seseorang untuk wish kepadanya.





~~~~





Malam menjelma...

Orang yang Ain harapkan untuk wish dia masih belum berbuat demikian. Ain melepaskan keluhan.

"Dia tak kisah pasal kau dah, Ain. Lupakan jelah dia." Pujuk Ain sendiri.

Hatinya masih tak dapat nak melupakan bekas teman lelaki dia. Bayangkan orang yang kita rapat sejak kecil lagi, kita nak lupakan? Sangat susah.







Ting!

Ain mendapat sebuah mesej di Instagram. Dia pun membukanya dengan malas. Mesej daripada Airil.





a.rilnjmi

Birthday kau?

Yep :)

Oh
Happy birthday

AWWW THANK YOU SO MUCH AIRIL UWUWUWUW SAYANG
KAU BYK2 💓💝💞💗💘💖💞💗💝💓💖|





Tak sempat Ain nak hantar, Airil mesej lagi.





Kau dah semakin dekat dengan kematian





Jari Ain tak jadi ingin menekan butang 'send'. Dia terus memadam mesejnya.





AWWWW THANK YOU SO MUC|
|





Well, at least dia still wish kau.. hahah.

Bisik hati gadis itu.





Thanks
Bunyi macam tak ikhlas tapi takpelah :)

You're welcome

Birthday kau bila?

Dah lepas. Bulan April

Oh, so kau lagi tua dari akulah ni? Ahahaha
Takpelah 😌

Ye

Ok awak
Cepat sembuh ya? 😙
Nanti bolehlah kita belajar sama-sama lagi :3

Okey
Mana latihan Maths yang kau cakap tu?

Ada kat meja belajar kau
Takkan tak nampak?

Mananya...

Takde ke?
Ohhhhh yayayayayaaa!
Tadi aku letak kat bilik belajarlah hehehehe
Saja nak bagi kau keluar dari bilik
🤪🤪

Kau sumpah annoying do

Ngek! Ok bye 😙❤️
Nak buat hw heheheh

seen





Airil mengeluh lalu melangkah keluar dan turun ke tingkat bawah.



Macam-macam betul Si Ikan ni. Pergi letak kat bilik belajar pulak. Haih... malas aku nak jalan.





Airil menapak masuk ke dalam bilik belajar dan mendekati meja yang digunakan olehnya untuk belajar dengan Ain. Kelihatan sebuah lilin diletakkan di atas kertas set Matematik tersebut. Jejaka itu mencapainya dan membaca nota kecil di sebelah cawan gelas lilin itu.





Hadiah untuk awak, okey :)





Airil melepaskan dengusan tawa. Geli pula hatinya bila diberi hadiah.

Buat apalah kau membazir duit nak beli hadiah bagai? Susah-susah je, ikan oi.

Gumam hatinya lalu menapak keluar bersama kertas latihan Matematik.

Kakinya mendaki anak tangga satu persatu dan melangkah masuk ke dalam biliknya semula. Lilin yang dihadiahkan oleh Ain dinyalakan menggunakan lighter. Bau aroma wangi tersebar daripada lilin tersebut setelah ia mulai cair. Airil meletakkan lilin itu di atas meja belajarnya yang agak berselerak. Sejak kebelakangan ini, dia asyik kurang fokus saja akibat kepala yang terasa pening.













Aroma lilin itu sedikit sebanyak mengurangkan rasa pening kepala Airil. Tenang sikit jiwa ni haih.

Telefon bimbit dicapai lalu dia menghantar sebuah mesej kepada Ain.





Thanks





Tak sampai dua minit berlalu, Airil mendapat balasan daripada gadis tersebut.





Ain: dah bukak lilin tu?? Suka tak? Suka tak? Heheheh

Ye.. tapi kau tak perlu bazir duit belikan untuk aku

Aku boleh beli sendiri

Ain: ish, sombong eh kau?

Ain: tahulah kaya kan? Halahhh semua benda beli sendiri

Ain: orang bagi tu bersyukur jelah 😤✊

Fine

Thanks again

Ain: sama-samaaaaa 💞💕💖

Dah, aku nak tidur

Pening kepala

Ain: okey okeyyy~ pergilah

Ain: shian dia 🥺🥺🥺

Ain: gudnite 🤧💗

Night





Skrin telefon ditatap oleh Airil. Status Ain yang tadinya 'online', sudah pun menjadi 'offline'. Fikirannya melayang memikirkan wanita itu.

Dia tahu bahawa Ain sedang bersedih selepas putus hubungan dengan Izz. Dia tahu bahawa gadis tersebut menyorokkan kesedihannya di belakang semua orang tetapi Ain masih kuat untuk terus tersenyum dan melayan semua orang dengan baik.




Aku tahu Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kau, Ain. Bersabar jelah.

Gumam hati Airil.

Telefon dimatikan lalu dia mengeluh perlahan. Jari-jemari Airil mula memicit-micit kepalanya yang asyik berdenyut-denyut saja. Nak kena makan panadol lagi ni.

Airil bangun dan mengeluarkan ubat dari dalam almari bajunya. Dia meneguk air kosong setelah memasukkan satu pil panadol ke dalam mulutnya. Minum air kosong pun terasa pahit, ergh.

Airil membaringkan tubuhnya di atas katil. Jam dinding di dalam biliknya dipandang sekilas.

Pukul 9:04 malam.




Haih, nak tidur tapi kerja sekolah belum siap lagi.



Dia berkira-kira ingin melelapkan mata atau menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu.








Tidur jelah. Besok pun hari Sabtu je.


Lalu kurang daripada lima minit saja, Airil sudah pun terbuai mimpi.














Ain keluar dari aplikasi WhatsApp lalu membuka galeri telefonnya. Tergerak pula hatinya ingin melihat kembali gambar-gambar lamanya. Dia slide dari satu ke satu gambar yang lain. Kebanyakannya gambar dia bersama bekas teman lelakinya, Izz.

Mereka kelihatan begitu rapat dan mesra dalam gambar-gambar di dalam galeri tersebut. Mula rasa pilu di hati Ain. Nak menangis, tapi dah tak mampu nak mengalirkan air mata lagi. Dia dah penat menangis kerana lelaki itu selama lima hari berturut-turut.

Sungguh, rindu tak terkata dia dengan layanan Izz yang dulu. Sudah hampir seminggu mereka tak berbual mahupun bersemuka. Walaupun baru lima hari berpisah tetapi rasanya macam dah berminggu-minggu.

Kalau dulunya mereka ceria semasa berjumpa, kini tidak. Suasana menjadi tegang apabila mereka bertembung antara satu sama lain. Ain cuma memberikan pandangan dingin kepada Izz bila mata mereka bertentangan. Kalau boleh, tak nak pun dia pandang muka Izz. Buat dia sakit hati saja melihat lelaki itu rapat dengan Farah.




Tok tok tok!

Sedang dia dalam angan-angan sendiri, tiba-tiba bunyi ketukan pintu kedengaran.

Ain pasti itu ialah mama atau papanya. Tak mungkinlah abangnya, Si Arif tu. Budak tu mana reti ketuk pintu. Kerjanya main terjah aje.

Ain pun bangun dan membuka pintu sedikit saja. Kot-kotlah tiba-tiba abangnya sengaja berpura-pura menjadi mama dengan mengetuk pintu. Saja nak buat semak dekat bilik Ain.

Kelihatan Encik Naem yang berkain pelikat dan berbaju t-shirt di depan bilik Ain.

"Kenapa pa?" Tanya gadis tersebut.

Hairan juga. Biasanya mama dia yang selalu menjengah ke dalam biliknya. Jarang sekali papanya ingin melihat keadaannya di bilik.

"Papa nak masuk kejap boleh?" Tanya Encik Naem lembut.

"Nak...buat apa?" Tanya Ain semula.

"Nak cakap sikit dengan puteri papa ni." Balas papa Ain bersama senyuman manis di bibirnya.

Ain selalu dimanjakan oleh papanya. Mama dia saja yang sentiasa tegas dalam rumah tu. Tapi siapa tahu, di sebalik muka baik lelaki itu tersimpan satu sifat garang. Jadi, jangan main-main dengan ayah kalian.

Ain cuma iyakan saja dan membuka pintu lebih luas, membenarkan Encik Naem masuk. Setelah beliau masuk, pintu bilik ditutup semula. Mereka duduk di atas katil dalam bilik tersebut. Suasana sepi seketika.

"Papa nampak Ain gaduh dengan Faizz hari tu. Kenapa?? Ain dah putus dengan dia eh?" Soal papa Ain lembut.

Ain senyap membatu. Lambat-lambat dia mengangguk. Matanya tak berani menentang mata papa dia. Takut dimarahi kerana bercinta saja tetapi keputusan Matematik hancur.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Encik Naem.

Ain menarik nafas dan menghembusnya sebelum menceritakan apa yang berlaku. Terangguk-angguk kepala Encik Naem mendengar cerita puterinya yang seorang itu.

"Macam tu rupanya. Heihhh... tak dapat perhatian sikit, dah cari yang baru. Kebudak-budakan sangatlah dia tu." Kata Encik Naem agak marah terhadap lelaki yang membuat puterinya patah hati.

Ain hanya membisu. Teringat dia akan situasi di mana dia melepaskan geram dengan menggelar Izz 'childish'. Rasa bersalah semakin menggunung dalam hatinya.


Aku tak patut berkata begitu... mesti dia kecil hati.

Bisik hatinya memikirkan apa perasaan Izz pada hari itu.

"Takdelah, papa. Salah Ain. Ain tak luang masa dengan dia macam selalu. Ain yang tinggalkan dia sebab tak reti nak bahagi masa. Ain punca semua ni berlaku." Ucap Ain sayu. Entah mengapa hatinya ingin mempertahankan Izz pula.

Encik Naem memandang Ain dengan pandangan sayu. Dia tahu bahawa anak perempuannya itu masih sayangkan lelaki tersebut. Kedua-dua bahu gadis itu ditarik perlahan menghadapnya lalu mata anaknya itu ditatap.

"Dengar sini, Ain. Bila bercinta ni, kita janganlah percaya dengan kata-kata dia. Tumpukan perhatian pada usaha dia untuk menjaga dan menyayangi Ain. Sekali dia putus asa dengan Ain, dia bukanlah yang terbaik untuk Ain. Percayalah. Kalau dia jumpa orang yang lebih bagus daripada Ain, maknanya dia lebih memandang luaran daripada dalaman." Nasihat Encik Naem.

Ain tiba-tiba berasa sebak mendengar nasihat papanya. Dia menahan diri daripada menangis namun gagal. Air matanya menitis juga lalu tangannya cepat-cepat mengesat air matanya.

"Tsk. Papa tahu kan? Ain dengan Izz kawan sejak kecil lagi. Kitorang selalu bersama dari sekolah rendah. Ain sayangkan dia..." tangan Ain menutup separuh wajahnya sambil mata mengalirkan air mata lagi.

Masih tak dapat menerima takdir bahawa dia sudah kehilangan Izz. Lelaki yang dulunya memegang gelaran teman rapat, teman baik dan teman lelakinya, kini sudah tiada lagi.

"Papa faham. Kena tinggal orang yang tersayang itu perit. Tapi jangan risau. Allah akan datangkan yang lebih baik daripada apa yang kita kehilangan. Ain takyah sedih-sedih ya?"

Ain mengangguk perlahan sambil mengeringkan pipinya dengan hujung lengan bajunya.

"Dah dah, jangan nangis. Mata dah sembap, nanti lagi teruk kang. Ish princess ni... dah besar panjang pun manja lagi." Gurau papa Ain sambil belakang badan anaknya ditepuk-tepuk.

Ain tergelak kecil. Esakan tangisnya semakin reda. Malu pula menangis di depan papa. Adoi...

"Papa keluar dulu. Ain rehat jelah ya? Tak payah menangis sebab sesuatu yang kita hilang. Kita kena bersiap sedia untuk nikmat yang akan diberikan Allah kepada kita di masa depan nanti. Tak perlulah Ain buang masa nak benci-membenci diorang. Doakan je yang terbaik. Ya sayang?" Kepala Ain diusap penuh kasih sayang.

Sayu hati seorang ayah melihat puterinya menangis kerana seorang lelaki yang membuatnya patah hati.

"Okay. Thank you, papa." Ain memeluk papanya erat.

Untungnya dia masih ada seorang lelaki yang sentiasa setia menemaninya walau apapun terjadi. Itulah seorang ayah. Bagi yang masih ada seorang ayah di sisi, hargailah dia. Jangan melayan dia kasar-kasar. Sekurang-kurangnya hadiahkan sebuah senyuman kepadanya setiap hari sekiranya tak mampu membalas jasa mereka. Walau mereka melayan kita dengan tidak baik sekalipun, kita mesti membalas dengan kebaikan jua. Kepada yang sudah kehilangan seorang ayah, awak memang seorang yang kuat dan tabah. Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam setiap urusan awak. Amin~ ♥︎





~~~~





Minggu baru bermula...

Airil pergi ke sekolah seperti biasa. Tak mahulah kalau tak hadir banyak hari. Nanti terlepas macam-macam apa yang diajar oleh cikgu di sekolah.

Enam jam sesi pembelajaran, akhirnya loceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik tiba. Ain melangkah keluar dari kelas dan berlari anak menuju ke kantin untuk membeli air mineral. Hari ni cuaca panas lain macam sampai air dia habis untuk seharian di sekolah. Selalunya masih berbaki sikit.

Setelah menghulurkan seringgit kepada akak kantin, Ain membawa sebotol air mineral lalu duduk di satu meja. Dia meneguk air itu rakus.



Ya Allah, nikmatnya minum air sejuk masa haus.

Sehinggakan tertumpah sedikit sampai air mengalir di pipi ke baju sekolahnya. Haih... gelojoh benor anak dara yang seorang ni.

Ain mengelap pipinya yang basah akibat air yang tertumpah tadi. Botol plastik air mineral ditutup lalu dia pun berjalan ingin ke pagar utama sekolah.

Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang berketinggian kira-kira 180 cm di depan Ain. Dia tersenyum manis terhadap gadis itu. Tag namanya dipandang Ain.

Chad.

Ain kenal lelaki ini. Dia merupakan pelajar dari kelas belakang. Nakal sangat sampaikan kena gantung sekolah beberapa kali.

"Hai." Sapa Chad.

"Hai, ada apa tiba-tiba jumpa I ni?" Ain membalas senyuman jejaka tinggi itu.

"So um... I just wanted to let you know thattt... I...."

"I have a crush on you. I like you since the first time I see you. You are so pretty. I just couldn't resist it."

Tergamam Ain mendengar luahan Chad.


Seriously? Aku baru lepas break and dia nak luah perasaan kat aku. Fikir aku ni apa? Ha?? Senang je nak terima manusia macam tu je?




"Um... first of all, thank you... for your.. compliment. But I think.. urm, you deserve someone better. I mean, you know... there's a reason why Faizz and I broke up. Maybe it's because I'm not good enough for him."

"No no nooo! You're already perfect! It's just that he is the one who doesn't appreciate you. But it's okay. I will appreciate you. I will love you and will always give you as much attention as you want."

Chad cuba menyentuh wajah Ain tetapi Ain spontan mengelak dengan melangkah ke belakang sikit. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia tak selesa dengan perlakuan Chad.




Bapak ah dia ni. Memandai je cakap Izz tak appreciate aku? Ish, sakit pulak hati aku. Dahlah dengan muka tak malunya nak sentuh aku. Ish!

Ain mengukirkan senyuman semanis yang boleh.

Chad yang melihat Ain mengelak tadi terus menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya. Malu kena reject hahaha. Padan muka.

"Yeah, thank you but... I am not interested to be in a relationship right now. Cuz u know... after what had happened few days ago. I just need some time to... move on." Jelas Ain, fasih berbahasa Inggeris.

"I understand. If you're ready, just let me know. Okay?"

"Alright."

Chad mengukirkan senyuman seraya kepala diangguk-anggukkan.

"Okay, I'll be going now. Bye, love you." Chad melambai ke arah Ain sambil berlari anak meninggalkan gadis tersebut.

"B-bye..?" Balas Ain kekok.

Setelah Chad hilang dari pandangan, Ain memaparkan riak wajah kosong.

"Eyyy, suka hati je layan aku macam aku ni girlfriend dia. Ugh, geli!" Omel Ain sendirian.

Tiba-tiba, bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang. Pantas dia menoleh memandang manusia tersebut.

"Ish kau ni. Terkejut aku. Tepuk tu perlahan sikit tak boleh ke ha?" Ain mengurut bahu kirinya yang ditepuk oleh Airil tadi.

"Dah jumpa yang baru ke?" Soal Airil tiba-tiba dengan riak wajah kosongnya itu.

"Ha? Jumpa apa?" Tanya Ain pelik.

"Tadi budak tu confess kat kau kan?"

"Oh... yeah, memang pun. Kau dengar ke?"

"Gila tak dengar? Aku kat belakang kau je dari tadi. Gatal gila budak tu ugh."

Airil ingat nak jumpa dengan Ain tadi selepas waktu balik. Tapi tengok-tengok kat tempat duduk Ain sudah kosong. Laju sangat dia keluar. Airil pun keluar mencari wanita itu selepas menuruni tangga. Dia nampak Ain sedang berbual-bual dengan budak kecoh sekolah ini lalu dia berdiri di sebalik sebuah tembok kantin. Dia perhati aje budak Chad tu. Panas pula hatinya melihat Chad yang ingin menyentuh Ain tadi.

"Lol whatever. Sebab saya ni cantik. Ramai orang suka I hoho. Engkau ado? Hahahah kau tak laku sebab sombong nak mati."

"Sebab kau murah. Barang murah mestilah laku. Siapa je tak nak benda murah?" Kata-kata pedas Airil membuatkan Ain memandangnya tajam.

"Kau ni kannn! Sukaaaa sangat sakitkan hati aku kan?!" Ain mencubit lengan Airil kuat.

"Aduh aduh! Sakitlah weh!" Tangan Ain ditepis. Airil mengusap-usap lengan kirinya yang dicubit tadi. Fuh... berbisa yang amat cubitan padu dia.

"Haaaaa~ padanlah dengan muka sombong kau tu! Kau nasib baik aku masih boleh bersabar dengan kau. Kalau tak, memang aku dah lempang muka kau." Puas hati Ain melihat wajah Airil yang menahan sakit itu.

"Berani kau nak lempang aku?" Tanya Airil bersama kening sebelah kanan dijongket.

"Of course."

"Cuba ah."

Ain mengetap gigi menahan geram bila dicabar.


Dia ni kannn! Ergh, geram aku!


Langkah disusun oleh Ain menuju ke pagar utama sekolah meninggalkan Airil di belakang.

Lelaki itu pun tersenyum sinis.



Tahu takut.


Dia mengikut jejak langkah Ain keluar dari sekolah.

"Kau dah kenapa ikut aku? Pergilah balik sana. Mana kereta kau?" Tanya Ain dingin.

"Hari ni aku tak drive sendiri. Ayah aku hantar pagi tadi."

"Kenapa?"

"Entah. Aku rasa malas pulak."

"Ye ke? Ke sebab kau demam lagi?" Teka Ain.

"Memang pun." Airil menjawab dengan tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Alalalaa.... shiannya diaaa. Masih demam ya? Hahahah nak tumpang tak? Aku boleh bagitahu ayah aku."

"Tak payahlah. Aku naik LRT je."

"Amboi, sombong eh? Orang dah pelawa, dia tolak. Kenapa ayah kau tak ambik kau balik rumah?"

"Kerja." Balas Airil pendek.

"Ohh. Meh ah naik dengan aku. Jom jom. Aku bagitau ayah aku eh? Jap jap." Ain terus mendekati kereta Toyota jingga Encik Naem lalu membuka pintu bagi penumpang sebelah pemandu. Dia bertanya sesuatu sebelum menutup pintu semula.



"My papa said can lah. Come come." Kata Ain pada Airil yang masih statik di posisinya.

"Seganlah weh... nanti aku nak cakap apa masa masuk nanti?" Soal Airil agak kerisauan.

"Ala cakap jelah, apa khabar pak cik? Pak cik sihat? Dah makan belum? Nak saya belanja?? Saya kaya tau."

"Kalau macam tu aku naik LRT jelah." Airil mula melangkah pergi.

"Eh eh ehhh. Nak gi mana tu? Hahahahah! Okey okey. Kau masuk nanti kau cakap jelah, pak cik apa khabar? Lepas tu nanti mesti ayah aku tanya punya dekat mana rumah kau. Then kau bagitaulah alamat. Eh, tapi ayah aku dah tahu dah pun rumah kau dekat mana lol. Dia kan selalu hantar aku ke rumah kau untuk belajar." Tutur Ain panjang lebar.

"So macam mana?"

"Alah kau ni risau sangat kenapa? Jomlah." Ain menarik tangan Airil lalu masuk ke dalam kereta diikuti Airil.

"Erm.. p-pak cik sihat?" Tanya Airil gugup setelah menutup pintu kereta rapat.

Ain sudah menahan tawa melihat Airil yang gementar semacam aje. Lelaki itu pun mengerling ke arahnya dalam diam.

"Sihat, alhamdulillah. Ni Airil kan? Tinggal dekat banglo kat Petaling Jaya tu??" Encik Naem bersuara.

"Ah iye."

"Okey, pak cik hantar sekarang."

Airil mengangguk saja lalu Encik Naem pun mula memandu meninggalkan pekarangan sekolah. Ain cuba membuka topik untuk dibual bagi menghilangkan suasana janggal dalam kereta tersebut. Airil pun cuma layankan saja dan turut berborak dalam perbualan Ain dan Encik Naem.







Lebih kurang lima minit memandu, mereka tiba di rumah Airil. Airil membuka pintu setelah mengucapkan terima kasih kepada Encik Naem lalu melangkah keluar.

"Babaiii~ nanti aku datang tau. Nak bincang pasal homework k!" Ain melambai ke arah Airil.

"Ye yee.. bye."

Kunci mangga pagar dibuka oleh Airil dan pada masa yang sama, kereta Toyota Encik Naem bergerak pergi. Senyuman nipis terukir di bibir Airil.


Kecoh betul Si Ikan ni.





~~~~





"Kau sakit lagi ke ni? Macam tak bermaya je." Tegur Ain bila melihat Airil senyap saja.

Dari sekolah lagi dia perasan yang Airil asyik menongkat kepalanya semasa belajar. Selalu tak pun. Tegak aje kepala tu.

"Pening lagi." Balas lelaki itu pendek.

"Ohh... kau demam apa ni? Lamanya sampai empat hari."

Pelik. Selalunya orang demam sampai dua ke tiga hari saja.

"Manalah aku tahu."

"Denggi la ni.."

Airil memandang Ain tajam mendengar balasan gadis itu.

"Mulut kau jaga sikit." Ujar dia mendatar.

Ain terus mengetap bibir.

"Sorry..."

Mereka diam sekejap. Kemudian, Ain bersuara memecahkan kesunyian bilik tersebut.

"Habis tu apasal kau datang sekolah tadi? Duduk jelah rumah."

"Tak nak."

"Apasal?"

"Tch, aku nk belajarlahh.."

Ain cuma diam mendengar balasan Airil.



Belajar belajar belajar. Aku pula yang jemu tengok dia ni, asyik belajar je.

Bisik hatinya.

"Ni kau boleh tak ajar aku pening-pening macam ni?" Tanya Ain.

"Boleh je. Apa kau pikir aku ni lembik ke? Pening sikit dah lemah longlai."

"Manalah tahu~" Ain membalas dengan senyuman mengusik membuatkan Airil menjelingnya.



Meminta betul budak ni. Aku tolak kepala kang jeling macam nak tembus.





~~~~





40 minit mengajar...

Airil membenarkan Ain untuk berehat sebentar. Dia pun nak rehat sebenarnya. Berat saja kepala ni. Nak tertidur aje rasa. Ain melangkah menuju ke pintu untuk keluar makan tengah hari.

"Kau tak nak makan ke?" Tanya dia.

"Tak lapar. Pergi jelah kau."

"Oh, okeyyy?" Ain ragu-ragu ingin keluar tetapi dia keluar juga akhirnya. Perut ni dah lapar sangat ni. Tapi kasihan pula dekat Airil. Tengah demam pun nak kena tolong dia buat kerja sekolah hm.




"Ha Ain. Airil mana?" Tanya Puan Dina sambil meletakkan pinggan-pinggan di atas meja.

"Dalam bilik lagi. Dia kata dia tak lapar."

"Tak lapar? Hm takpelah. Kita makan dulu."

"Alright~"

Puan Dina mencedokkan nasi lalu pinggan yang berisi nasi itu diserahkan kepada Ain.

"Thank you~" ucap Ain lembut dan terus mencedok lauk yang terhidang di meja makan.

Mereka pun menjamu selera sambil berbual-bual.

Selesai makan, Ain mencuci pinggannya sendiri di dapur dan melangkah masuk ke dalam bilik belajar semula. Kelihatan Airil sedang merehatkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya.



Tidur ke dia? Hm, baik aku jangan kacau.

Gumam hati Ain.

Dia duduk dan sambung membuat kerja sekolahnya.

Tergerak hatinya ingin menoleh dan menatap wajah Airil yang sedang mengiring ke arahnya itu. Rasa simpati pula terhadap lelaki itu.

Lamanya dia tak sihat. Kesian dia tak boleh nak fokus dalam kelas tadi. Tolonglah sembuhkan dia, ya Allah. Aminnn.

Doa Ain dalam hati.

Tiba-tiba, terbit satu fikiran nakal ingin mengusik Airil. Sebatang pensel 2B dikeluarkan dari bekas pensel lalu Ain menyentuh lembut pipi Airil menggunakan hujung pensel tersebut. Airil yang rasa terganggu terus menyapu pipinya yang terasa geli. Dia seakan-akan tidak sedar lagi lalu sambung tidur membuatkan Ain menahan tawa.




So adorable.

Desis hatinya.





~~~~





Jarum jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Sampai masa untuk Ain pulang ke rumah. Dia mengemas barang-barangnya lalu memasukkan ke dalam beg galas. Tiba-tiba, tanpa sengaja Ain terjatuhkan correction tape dia di atas meja semasa dia ingin menyimpan bekas pensel ke dalam beg.


Aduhhh, zip tak tutup rapat!



Airil tersentak akibat bunyi hentakan kuat pada meja lalu terjaga dari tidur. Dia meraup wajahnya perlahan dan memandang Ain.

"Hm? Nak balik dah ke?" Tanya dia dengan suara serak basahnya. Masih mamai.

"Ha'ah. Lama betul kau tidur. Lebih setengah jam."

Mendengar balasan Ain, Airil memandang jam dinding dalam bilik tersebut. Pukul 4:05 petang.

"Oh... k."

"Sorrylah. Aku terjatuhkan correction tape tadi. Ingatkan tak nak kejut kau." Ain memohon maaf.

"Takpe. Pergilah balik."

"Okay, bye. Cepat sihat tau. Aku selalu doakan kau k!" Ain bangun dan menggalas begnya.

"Yelah tu. Dah dah, keluar."

"Fine. Bye~ kalau tak sihat lagi, tak payahlah pergi sekolah besok."

"Ye ye yee... aku tahu apa aku buat."

Tergelak kecil Ain melihat wajah menyampah Airil lalu dia pun melangkah keluar dari bilik. Dia menyalam ibu Airil dan meminta izin untuk pulang ke rumah.

Keluar saja Ain dari rumah itu, Airil terus membaringkan diri di atas sofa di ruang tamu. Matanya dipejamkan sambil tangan memicit-micit kepala. Ingatkan nak naik ke bilik tapi tak larat.

"Airil. Eh, okey tak ni? Demam lagi ke?" Tanya Puan Dina yang baru masuk ke dalam rumah. Tadi beliau pergi bukakan pagar untuk Ain keluar.

"Hm..." itu saja respon Airil.

"Itulahhh. Orang kata jangan pergi sekolah, nak jugak pergi. Degil. Cuaca panas kat luar tu... buat apa pergi? Belajar kat rumah jelah."

Ha, kan mak kau dah membebel. Airil mengeluh perlahan.

"Yelah yelah. Aduhhh, orang belajar pun kena marah."

"Tak salah nak belajar. Tapi kalau sampai seksa diri tu, memang orang marahlah. Ish budak ni. Ni makan tengah hari dah makan ke belum?"

Airil diam. Tak ada selera nak makan. Tekaknya sakit.

"Belumlah tu kan? Eyyy budak ni. Ibu dah buat bubur tu. Pergi makan. Lepas tu ubat jangan lupa." Pesan ibu Airil.

"Ya ibu, ya..." balas Airil sambil mata masih dipejamkan.

Puan Dina membiarkan anak sulungnya itu lalu ke dapur untuk mengemas sedikit.

Beberapa minit berlalu, Airil masih statik dalam posisinya. Ibunya yang datang menjenguknya kembali dah mula berapi dah.


Orang suruh makan, dia boleh pulak tidur?



Kusyen di atas lantai diambil lalu dicampaknya pada muka anak lelakinya itu.

"Bangun makan oi! Tidur pulak kau? Nanti sejuk kang, tak sedap bubur tu." Kata ibu Airil.

Airil memaksa matanya untuk dibuka.


Eish ibu ni kacaulah. Suka hati oranglah nak makan ke tak. Ish.

Gumam hatinya.

Dengan terpaksa, Airil bangun dan pergi ke meja makan. Bubur ayam itu ditelan paksa masuk ke dalam tekaknya. Selesai makan, dia membasuh mangkuk dan sudu lalu naik ke biliknya. Ubat dikeluarkan dari dalam almari baju lalu Airil makan beberapa pil mengikut arahan yang diberikan oleh doktor. Selesai itu, dia terus membaringkan dirinya di atas katil. Cepat saja dia terbuai mimpi.





~~~~





Balik saja Ain, dia terus masuk ke dalam biliknya. Badannya terasa berpeluh semacam. Cuaca panas hari ni macam nak bakar ayam saja.

Aircond bilik dihidupkan lalu dia membaringkan diri di atas katilnya. Tanpa sengaja pandangannya jatuh pada sebuah lukisan yang elok tergantung pada dinding biliknya. Sebuah canvas yang terdapat lukisan gambar dia versi manga yang dilukis oleh Izz semasa mereka keluar bersama. Cantik.

Izz memang pandai berseni pun. Tengoklah dia dari kelas aliran mana. Aliran seni. Dari kecil lagi dia minat melukis.

"Nak buang ke tak nak eh?" Soal Ain sendiri.

Nak move on, tapi berat hatinya nak buang lukisan itu. Cantik kot. Dilukis guna canvas lagi.

Ain berkira-kira ingin membuang atau menyimpan lukisan tersebut. Rasa sayang pula kalau buang.

"Hm, simpan jelah. Cantik tu."

Lukisan tersebut dibiarkan tergantung pada dinding menjadi hiasan dalam biliknya. Dia mula terfikir tentang Izz.


Ya Allah, aku masih tak dapat menerima pemergiannya.

Gumam hati Ain sayu.

Ain terus menggeleng-geleng kepalanya bila dia sedar hatinya mula berasa sedih memikirkan Izz.

"Sudahlah tu, Ainnnn. Ingat nasihat papa! Jangan bersedih untuk apa yang kau hilang. Nanti Allah datangkan yang lebih baik daripada dia." Ucap Ain, meyakinkan diri sendiri.





❤️❤️❤️

Ok yang ni dekat 4000 patah perkataan. Vote sekarang! Banyak dah idea i keluarkan!! 😤💗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro