30 • Rival

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





          Kringggg!

          Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik tiba. Ain mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg dalam keadaan kelam-kabut. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari kelas dan berlari anak melalui koridor untuk turun tangga. Semasa dia berlari melepasi kelas Izz, dia nampak pemuda itu sedang menggalas beg sekolah. Tanpa sengaja, mata mereka bertembung bila Izz perasan ada orang di depan kelasnya.


          Ish, dia nampak aku pulak!

          Hati Ain dah menggelabah. Dia melajukan langkah dan menuruni tangga.

          "Sara!" Izz memanggil sambil kakinya laju mengejar Ain.

          Ain pula sudah menyumpah seranah lelaki itu bila dikejar.



          Haih, kenapalah kelas kami perlu sebelah-sebelah?


          Tiba di tingkat bawah, Ain berlari anak menuju ke pagar utama sekolah. Namun, langkah Izz lebih laju berbanding Ain yang berkain sekolah itu yang menyukarkannya untuk berlari.

          Beg sekolah gadis itu ditarik secara mengejut dari belakang menyebabkan dia hampir terjatuh ke belakang.

          "Ah!" Terjerit kecil Ain apabila begnya ditarik.

          Nasib baiklah Izz sempat memeluk pinggang wanita tersebut dan menangkapnya sebelum terjatuh. Masa seakan-akan berjeda seketika. Mereka menatap mata satu sama lain.





















          "Wuit wuitt~! Pewwiittt! Amboi, sweetnya! Shooting drama pukul berapa ni?" Tegur seseorang yang baru turun dari tangga itu.

          Pelajar lain yang bersamanya melepaskan tawa.

          Ain terus menolak dada Izz menjauhinya. Pipinya mula membahang. Dia memandang sekumpulan pelajar yang turun tadi.

          Rupanya geng Airil iaitu, Syafiq, Khairul dan Hanif yang menyaksikan adegan sweet tak berbayar tadi. Airil turut ada di situ. Wajahnya kosong saja memandang Ain.

          Akibat rasa malu yang amat, gadis itu lantas berlari meninggalkan kawasan itu. Izz pun mengikut jejak langkahnya.

          "Sara, tunggulah." Izz cuba memaut tangan Ain tetapi Ain terlebih dahulu memusingkan badannya menghadap dia.

          "Kau nak apa lagi, Faizz? Sudahlah weh. Aku nak balik. Tolong, aku merayu dekat kau. Jangan ganggu hidup aku lagi."

          "Sara, I'm begging you. Please forgive me. Sumpah, I menyesal tinggalkan you."

          "Hahah. Okay, fine. Aku maafkan kau. Puas? Dah, aku nak balik."

          Ain pusing ke depan semula ingin berjalan masuk ke dalam kereta papanya yang sudah elok diletak di depan sekolah tetapi Izz menghalangnya lagi.

          "Tipu.. you tipu. You masih tak nak maafkan I lagi kan? Say it sincerely."

          "Heh, tahu pun. Weh Faizz. Bila aku cakap tak tu, aku maksudkannya. Takde masa aku nak bergurau dengan kau dah. Kau jangan sampai aku bagitahu papa yang kau ganggu aku sampai menyusahkan hidup aku. Kau nak ke dia jumpa and marah kau? Kau kenal kan papa macam mana?" Ugut Ain.

          Terdiam Izz mendengar kata-katanya. Papa Ain ada sisi lain apabila beliau marah. Namun, beliau sebenarnya seorang yang penyayang walaupun garang.

          Ain yang ternampak Airil berjalan di kawasan dia berada terus berpusing dan masuk ke dalam kereta Encik Naem. Kereta Toyota tersebut bergerak membelah jalan raya meninggalkan kawasan sekolah.

          Izz meraup wajahnya.


          What should I do now? It seems like she hates me.





~~~~





          Ain ke rumah Airil seperti biasa untuk membuat kerja sekolah bersama-sama. Semasa belajar tu, Airil dan Ain cuma senyap saja. Masing-masing tidak bersuara. Mungkin disebabkan adegan memalukan yang berlaku di sekolah petang tadi.

          Airil melirik mata ke arah gadis yang sedang mengelamun di sebelahnya itu. Kerja tak buat, mengelamun saja kerja.

          Manakala dalam fikiran Ain pula...



          Hm... Farah dah minta maaf kat aku. Aku rasa dia ikhlas dengan kata-katanya. Tapi... betul ke kau nak maafkan dia, Ain? Macam mana kalau tetiba kau dengan dia gaduh balik? Haih.















          "Buat kerjalah woi. Mengelamun apa?" Tegur Airil yang semakin menyampah melihat Ain. Lama benar termenungnya.

          Ain masih membisu. Fikirannya bercelaru tika ini.

          "Weh, kau rasa patut ke aku maafkan Farah?" Tanya dia tiba-tiba.

          "Maafkan jelah. Member kau kan? Buat apa nak simpan dendam lama-lama?"

          "Tapi dia rampas Faizz dari aku do!"

          "Ah, pergi mampuslah dengan budak Faizz tu! Menyampah aku dengar nama dia." Kata Airil dan sambung membuat kerja sekolahnya.

          "Ish dia ni. Tapi seriuslah? Patut ke aku maafkan dia?"

          "Maafkan Farah. Budak Faizz tu boleh pergi mampus. Apa bodoh sangat nak curang? Kalau betul dia sayangkan kau, dia takkan buat benda bodoh macam tu." Balas Airil sambil matanya masih ditumpukan pada kerjanya. Nada suaranya kedengaran seperti menyampah.

          "Tadi tu pun dah kenapa? Nak berpeluk-peluk kat sekolah pula. Kalau cikgu nampak, memang habis korang tau." Sambung lelaki itu tentang situasi di sekolah antara Ain dengan Izz tadi.

          "Bukan sengaja k. Tadi aku nak terjatuh, dia tangkaplah aku. Memang taklah aku nak peluk dia."

          "Yelah tu." Mendengar balasan Airil, Ain cuma menjeling dan senyap saja. Malas dia nak bertengkar.










         

          "Tapi kan weh... dia kata dia menyesal tau. Semua orang layak diberi peluang kedua kan? Yelah, sebab kita kan manusia. Tak lepas dari membuat kesalahan." Kata Ain perlahan.

          Airil memandang gadis itu dengan pandangan malas.



          Perempuan ni biar betul? Minta pendapat orang tapi banyak bagi alasan.

          Desis hatinya.

          "Weh, kalau dia berani buat sekali, tak mustahil dia akan buat berkali-kali lepas ni." Kata-kata Airil membuatkan Ain terdiam sebentar.

          "Also, korang dah besar kan? Benda macam ni dia patutnya fikir dulu akibatnya sebelum buat. Ni tak. Bertindak macam takde akal." Sambung Airil.

          Ain membisu lagi.

          "Tapi Izz ni kawan sejak kecil tauuu." Sayu Ain berkata. Tak sanggup dia nak tinggalkan kawan yang dah bersama dengannya bertahun-tahun.

          Airil mengeluh bila banyak pula alasan yang diberi Ain.

          "Weh, tak semua orang yang kita kenal akan stay dengan kita selamanya. Even kalau kau kenal dia sejak lahir pun, kalau dah ditakdirkan untuk tak bersama, memang takkan bersama pun. It's either kita terima hakikatnya sebagai pengajaran hidup atau menderita kerana kehilangannya."

          Ain diam mendengar nasihat Airil.


          Betul ke apa yang dia cakap ni?



          Fikiran Ain terus-menerus berfikir untuk membuat keputusan terakhir.

















          "Tapi sebenarnya aku masih sa-"

          "Masih nak bagi alasan? Ah, suka hati kaulah. Nanti broken, kau jangan mengadu kat aku. Aku tak nak dengar."

          Airil bangun dan keluar dari bilik tersebut meninggalkan Ain sendirian.


          Geram betul aku. Dah kenapa asyik nak back up budak tu?



          Melihat Airil yang meninggalkannya, bibir Ain terus memuncung.



          Ish, minta pendapat pun nak marah.

          Gumam hatinya tak puas hati.

          Memikirkan hidupnya dengan Faizz dahulu, hati Ain tiba-tiba berasa sebak. Rasa nak menangis pula, haih.





~~~~





          Keesokan harinya, Ain melangkah masuk ke dalam sekolah dan duduk di wakaf seperti hari-hari sebelum ini. Novel fantasy yang setia dibawanya ke mana-mana saja dibaca dengan tekun.

          Tekaknya terasa kering pula. Jadi, dia mencapai botol airnya di sebelah. Terkapai-kapai tangannya bergerak mencari botol airnya.

          "Eik? Mana-" Ain tersedar sesuatu.

          "Takkan tertinggal pula? Ish, masalah laaa. Nak kena beli pula air mineral." Omelnya sendiri.

          Dia meninggalkan begnya di wakaf tersebut lalu berjalan menuju ke kantin sekolah bersama novel di tangannya untuk membeli air mineral. Tidak lupa juga dompet kecilnya turut dibawa.

          Tiba di kantin, Ain terus berjalan ke kaunter lalu memesan sebotol air mineral. Seorang mak cik kantin menghulurkan sebotol air mineral sejuk kepada Ain lalu Ain pun membayar harga air tersebut.

          Selesai membeli, dia melangkah keluar dari kantin. Langkahnya terhenti apabila seseorang tiba-tiba berdiri di hadapannya.

          Izz.

          Ain dengan spontan menggulingkan matanya dan memandang ke arah lain.

          "Apa lagi weh?" Soal Ain menyampah.

          "You masih tak nak maafkan I ke?" Tanya Izz dengan nada sedih.

          "Stoplah dengan panggilan 'I-you' kau tu. Menyampah aku dengar tau."

          "Apa salahnya? 'You' tu maksudnya 'kau' kan? Ha, sama je kalau tukar pun."

          "Ha dah tahu sama, tukar jelah panggilan. Cakap macam orang biasa je guna 'kau-aku'. Mengada sangat nak 'I-you I-you' bagai.."

          "Eleh, dia sendiri yang panggil kita guna 'I-you' dulu." Perli Izz menyebabkan Ain mengetap gigi geram.

          "Eee, sudahlah. Tepi sana kau."

          Ain sambung melangkah keluar dari kantin. Niatnya ingin mengelak dari Izz terbatal bila lelaki itu berjalan beriringan dengannya.



          Haih, macam manalah aku boleh lupa dia selalu tunggu kat kantin sebelum loceng bunyi?

          Bisik hatinya geram.

          "Sanalahhh. Kau ikut aku apahal?" Tanya Ain geram bila Izz mengikutinya keluar kantin.

          "Salah ke I ikut?"

          "Kita dah break weh. Aku tak nak tengok muka lagi dah. Blah sana."

          Bahu Izz ditolak oleh Ain lalu gadis itu melajukan langkah menuju ke wakaf tetapi Izz tetap mengikut langkahnya.

          "Amboi, kasarnya sampai tolak I eh? Dulu-dulu takde pun sampai macam ni." Ujar Izz.

          "Dulu tu lain. I've changed, okay? Berubah jadi lebih baik. Tak perlu kau nak ungkit-ungkit lagi pasal dulu. Aku tak nak ingat pun."

          "Ye ke niii? You rindu I kan?? I tahuuu. I miss you too, baby."

          "Faizz, stop please. Kau panggil aku dengan panggilan manja kau tu lagi, siap kau eh?" Ugut Ain dengan jelingan maut.

          "You nak buat apa? Hm??" Izz cuba menguji wanita itu. Kening dijongketkan.

          Ain yang memandang Izz yang semakin dekat dengannya pantas menjauhkan diri dari lelaki itu.

          "Ergh, jauhlah! Jangan dekat dengan aku." Katanya lalu melabuhkan punggung di bangku kayu yang disediakan di wakaf. Panas hatinya bila Izz duduk dengannya sekali.

          "Sanalahhhh. Kau ni tak faham bahasa ke?" Ain bertanya geram.

          Dahinya berkerut memandang Izz dan tanpa sengaja bibirnya dicebikkan. Izz yang memandang terus tergelak kecil.

          "Comel." Kata lelaki itu perlahan. "You're still the same, Sara. You haven't changed yet."

          "Yes I do! Memandai je kau, nak buat-buat macam kenal aku pula." Ujar Ain sambil cuba fokus membaca novelnya. Entah kenapa hatinya berdebar-debar bila Izz memandangnya lama.

          "Mestilah I kenal you. Tengok, perangai manja you masih sama macam dulu. And I miss it so much."

          Kata-kata Izz membuatkan Ain bertambah geram. Sakit hatinya mengingatkan situasi perit yang berlaku bulan lepas antara dia dengan Izz.



          Aku pun rindukan kau weh.






          "How about if... we get back like how we used to? Please..."

          Dada Ain terasa berat tiba-tiba apabila mendengar rayuan Izz. Rasa sebak entah datang dari mana. Nafasnya mulai tidak teratur lantas dia bangun dan meninggalkan Izz di wakaf itu. Laju langkahnya diatur menuju ke tandas pelajar perempuan tidak jauh dari situ.

          Izz melepaskan keluhan melihat Ain yang meninggalkannya sendirian di wakaf.



          She suddenly became so hard to get.





~~~~





          Setelah beberapa minit selepas loceng berbunyi, Ain melangkah keluar dari tandas perlahan-lahan. Lega hatinya melihat Izz sudah tiada.

          "Are you okay?" Tanya seorang pengawas yang bertugas di situ. Risau dia melihat wajah Ain yang agak kemerahan akibat menangis tadi.

          "Yeah, I'm fine. Heheh." Ain berlalu dan menggalas begnya yang terletak di wakaf lalu berjalan menuju ke tapak perhimpunan. Wajahnya ditundukkan bagi menyorok muka merahnya.



          Harap-harap takde siapa yang perasanlah dengan muka aku ni. Haih... kau ni Ain. Senang betul menangis. Cubalah kuat sikit hati tu!




          Izz yang sedang beratur di barisan kelasnya yang selang beberapa barisan kelas lain, curi-curi memandang Ain. Dia perasan hidung gadis itu agak kemerahan walaupun Ain sedang menunduk.







          She cried?





~~~~





          Ain melabuhkan punggung di atas kerusi di tempatnya setelah masuk ke dalam kelas. Sementara menunggu cikgu masuk, dia membuka zip beg sekolahnya dan mencari novelnya di dalam.

          "Eik? Mana pulak ni? Aduhhh, kau ni apasal cuai sangat hari ni ha, Ain?"

          Puas Ain menyelongkar satu begnya bagi mencari novel kegemarannya itu tapi tak ada pun novel tersebut.

          Seketika kemudian, dia teringat sesuatu.



          Ni mesti tertinggal dekat wakaf ni! Aduihhh!




          Cik Teoh melangkah masuk ke dalam kelas dan mula mengajar mata pelajaran Sejarah selepas mengucapkan selamat pagi kepada pelajar.


          Ish, tak boleh jadi ni. Aku kena pergi ambil juga buku tu. Nanti orang curi! (╥﹏╥)




          Ain bangun dan berjalan ke depan kelas menuju ke arah cikgu bagi meminta izin untuk ke tandas padahal nak pergi wakaf.

          "Erm... cikgu. Boleh saya pergi tandas?" Tanya Ain.

          "Ish, saya baru nak mula mengajar. Awak nak pergi tandas pula. Tak boleh! Pergi duduk." Kata cikgu sambil menutup semula zip bekas penselnya setelah mengeluarkan beberapa batang marker.

          "Alaaa, bolehlah cikgu."

          "No. Pergi duduk. Saya tak cukup masa ni."

          Dengan pasrah Ain melangkah ke tempat duduknya semula. Airil cuma memandang.



          Kelas dah nak mula, baru nak ke tandas. Tadi sebelum naik kelas apasal tak pergi?

          Desis hati Airil.





~~~~





          Kringggg!

          Sebaik saja loceng waktu rehat berbunyi, Ain dengan pantas berlari keluar dari kelas turun ke tingkat bawah. Nasib baik berseluar trek sekolah. Kalau pakai kain sekolah? Tak senonoh la orang tengok.

          Rakan sekelasnya sudah memandang dia pelik. Kelam-kabut semacam. Airil turut pelik melihatnya.


          Tak betul sia ikan ni.

          Gumam hati pemuda itu.

          Ain sampai di wakaf. Dia mencari novelnya di sekeliling wakaf tersebut.

          Hampa. Tak jumpa pun novel fantasy dia itu. Yang dia jumpa hanyalah sebuah buku latihan seorang pelajar tingkatan dua. Tercicirlah tu.

          Ain sudah menggelabah.

          "Alaaaa, janganlah ada orang curiii. Aku belum habis baca lagi huhuu.. dah pertengahan cerita tau! Ish, takde kerja ke curi buku orang??" Bebel Ain sendiri.

          Dia teruskan mencari di sebalik pokok-pokok yang ada di wakaf tersebut. Mana tahu terjatuh kat sini ke?














          "Cari ni ke?" Tanya seseorang di belakang Ain.

          Gadis itu terus menoleh memandang siapa gerangan yang bercakap tadi.

          Kelihatan Izz sedang berdiri sambil sebuah novel diangkat di depan Ain. Lega sungguh hati Ain melihat novelnya di tangan Izz. Nasib baik tak hilang.

          "Mana kau jumpa?" Tanya Ain mendatar.

          Izz diam sebentar.

          "Erm actually... I ambil masa you pergi toilet tadi. Hee.." Izz tersengih. "You... nangis ke?" Tanya dia kebimbangan.

          Ain memandangnya kosong.


          Dia ni sengaja buat aku risau. Nasib baik tak hilang buku aku.



          "Bukan masalah kau. Bak sini buku tu." Ain ingin mengambil novelnya dari tangan Izz tetapi lelaki itu menyorok novel tersebut di belakangnya.

          "Uh uh..!" Izz menggeleng. "Maafkan I dulu."

          Berkerut dahi Ain mendengar permintaan Izz.

          "Cepatlah weh. Aku takde masa la nak main-main."

          "I tak main-main pun. I'm serious right now. Forgive me, baru I bagi balik buku ni."

          Ain memandang ke arah lain dengan pandangan menyampah. Malas betul nak layan Izz ni.

          "Faizz, pleaselah. Give me back my book."

          "Maafkan I dulu."

          Bibir Ain diketap menahan geram.


          Dia ni memang menguji kesabaran betullah.




          "I'd rather buy a new one." Ucap Ain lalu melangkah pergi menyebabkan Izz berdecit tak puas hati.


          Sampai macam tu sekali you, Sara? Kenapa susah sangat you nak maafkan kawan sejak kecil you ni?



          Izz berjalan beriringan dengan Ain.

          "Sara, kenapa susah sangat you nak maafkan I? I'm your childhood friend. And I nak betulkan balik keadaan tapi you yang tak bekerjasama. You sendiri yang nak tamatkan hubungan kita."

          Kata-kata Izz membuatkan Ain berhenti berjalan dan memandangnya tajam.

          "Are you saying it's my fault this whole time? Hah? Faizz, bukan aku yang mulakan dulu tau. Engkau yang curang. Engkau! Kau jangan nak cari salah akulah weih! Salah kau sendiri!" Marah Ain. Suaranya meninggi tetapi masih dikawal.

          Nasib baik tak ramai orang di situ. Izz mati kata mendengar balasan Ain. Terkejut dia bila gadis itu meninggi suara padanya lagi.








          "Ain." Seseorang memanggil Ain dari belakang lalu automatik Izz dan Ain menoleh memandang orang itu.

          "Airil.."


          Niat Airil yang ingin ke pusat sumber tadi terbantut bila terdengar suara Ain semasa dia menuruni tangga tadi. Dah kenapa nak tinggi-tinggi suara kan? Itu sebab dia turun dan melihat Ain dan Izz di depan wakaf.

          "Aduhhh. Balik-balik, muka kau lagi. Kau kenapa ha? Tiba-tiba nak jadi hero Sara pulak?" Rosak mood Izz melihat wajah Airil.

          Airil buat-buat macam lelaki itu tak wujud. Malas dia nak bertekak dengan Izz.

          "Apahal ni weh? Sampai ke tingkat atas boleh dengar suara kau. Nak gaduh, bukan kat sinilah. Memalukan tahu tak?" Katanya sambil memandang Ain yang lebih rendah daripadanya itu.

          Ain pula kena mendongak sikit memandang Airil. Sama macam bila dia pandang Izz, kena dongak juga. Haih.


          Kuajar betul budak ni. Dia boleh palau aku?

          Gumam hati Izz.

          "Ni haa.. dia ambil novel aku." Ain mengadu.

          Airil memandang Izz sekilas lalu sebuah novel di tangan Izz dipandang.

          "Oh, sebab novel pun nak gaduh ke? Ambil jelah."

          "Masalahnya dia tak nak kasi weh. Kalau tak, takdenya sampai aku marah tadi."

          "Oh." Airil memandang Izz lagi. "Bro, buku orang tu. Bagilah balik."

          "Eh, engkau diam. Kau pergi belajarlah weh. Takyah nak masuk campur urusan aku dengan Sara." Kata Izz geram.

          Tak suka betul dia tengok muka Airil. Baginya, Airil punca segala-galanya. Kalau tak, tak adalah semua ni terjadi.

          "Nak pergilah ni. Tengah tunggu Ain. Dia selalu belajar dengan aku masa rehat. Kau? Kau makan dengan awek kau kan? Mana dia?" Mata Airil melilau ke sekeliling berpura-pura mencari orang yang dimaksudkannya.

          "Eh engkau memang sengaja cari pasal kan?"

          "Faizz. Faizz, rilek weh. Jangan macam ni, ya Allah.."

          Sempat Ain menghalang Izz yang ingin mendekati Airil. Entah apa yang lelaki itu nak buat pada Airil. Takut betul Ain dibuatnya.

          Airil tergelak sinis sambil memandang ke arah lain.

          "Kau nak buat apa kat aku? Ha?? Nak gaduh? Setahu aku, kau bukan jenis yang suka berlaw-"

          "Airil, cukuplah. Jangan asyik nak sakitkan hati orang."

          Terdiam Airil bila Ain bersuara. Dia memandang Ain dengan pandangan kosong.

          "Welp.. sorry." Katanya dengan nada tak bersalah.

          "Izz, bolehlah.. aku nak novel aku balik." Pinta Ain lembut.

          Entah kenapa dia tak suka melihat Izz marah. Seperti ada benda buruk yang akan berlaku. Yelah, selalunya Izz ni seorang yang sweet dan sopan saja. Jarang gila tengok dia berkasar.

          Tanpa membantah, Izz menolak novel tersebut pada Ain dan melangkah pergi. Terkejut Ain bila novel tersebut ditolak padanya. Dia dan Airil cuma memandang Izz yang berjalan entah ke mana tu. Kantin mungkin.












          "Dah, tunggu apa lagi? Jomlah cepat." Kata Airil yang sudah berjalan jauh dari Ain untuk ke pusat sumber.

          Ain tersentak dari lamunan lalu berjalan mengikuti Airil.



          Hish, nampaknya Izz macam tak suka Airil je. Dia selalu marah bila dengan Airil. Haih...





~~~~





          Setelah waktu sekolah tamat, Ain dan Airil bercadang untuk stay back di sekolah untuk mengulang kaji pelajaran. Entahlah, rasa macam nak belajar di sekolah pula hari ni.

          Izz ternampak Ain sedang membuat kerja sekolah di kantin. Dengan terujanya dia berjalan ke situ. Namun, langkahnya mulai perlahan bila melihat Airil ada bersama Ain.


          Budak ni dah kenapa asyik berkepit dengan Sara eh? Menyemak sia!



          Nak tak nak, Izz tetap meneruskan perjalanannya ke kantin lalu melabuhkan punggung di sebelah Ain. Airil di hadapannya diabaikan. Terkejut Ain bila seseorang tiba-tiba duduk di sebelahnya. Tengok-tengok, Izz rupanya.

          "Hai Sara." Tegur Izz membuatkan Ain menggulingkan mata.

          "Apa kau nak?" Tanya gadis itu malas.

          "I nak you."


          Ergh, tak malu sia. Dah buang aku, lepas tu nak kutip balik.

          Bisik hati Ain.

          Airil berpura-pura membaca buku rujukan Kimia dia. Buat-buat tak dengar, padahal telinga dah mode on.

          "Aku pula tak nak kat kau dah." Tutur Ain.

          "Sara, jangan macam ni. I ada belikan hadiah untuk you."

          Izz mengeluarkan kotak merah yang terdapat seutas gelang cantik di dalamnya. Gelang tersebut dipandang kosong oleh Ain manakala Airil pula curi-curi memandang hadiah apa yang dimaksudkan Izz itu.

          "Sara, I betul-betul menyesal sebab curang dengan you. Please bagi I peluang kedua."

          "Heh, kau dah buang aku macam tu je... fikir senang ke aku nak terima kau balik? Memang taklah weh. Simpan jelah gelang tu." Kata Ain dingin.

          Buku rujukan Kimia yang dibacanya ditutup lalu Ain bangun untuk beredar tetapi lengannya ditarik Izz. Ain menepis.

          "Jangan sentuh aku."

          "Sara, I'm sorry okay? I janji I akan sentiasa bersama you. I takkan pandang siapa-siapa lagi selain you. I janji." Ujar Izz membuatkan Airil kegelian.


          Nak muntah aku dengar.

          Bisik hati lelaki itu.

          Ain menggeleng sambil tersenyum sinis mendengar janji manis Izz.

          "Pergi matilah dengan janji kau tu. Untuk pengetahuan kau, aku dah sayang orang lain. And aku tak nak kau muncul lagi dalam hidup aku! Faham?? Jom Airil."

          Ain terus berlalu meninggalkan Izz. Airil bangun dan tersenyum sinis pada lelaki di depannya itu sebelum beredar mengikuti Ain. Izz pula menahan geram.


          I don't care how hard it gets. Aku akan pastikan kau kembali pada tangan aku balik, Ain Qaisara.





❤️❤️❤️

Yay. Siap jugak untuk update kali ni huhu. Sorrylah kalau berterabur sikit ayat. Tengah tak larat ni hurm ngantuk HAHAHAH ok lagi 20 min nak berbuka ni. Babaii~ selamat berbuka ehek 😗💗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro